BAB SEMBILAN

Romance Completed 42752

Hari ini pelbagai arahan yang diarah oleh Encik Lutfi. Dia bagi aku kerja ni kemudian kerja itu. Dia beri aku masa untuk siapkan setiap kerja hanya sejam sahaja. Sehinggakan waktu rehat pun dia tak bagi rehat. Memang kaw-kaw dia denda aku. Tambahan pula, aku sedang puasa sunat. Dengan kekuatan Allah SWT berikan, aku dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan senang. Encik Lutfi pun terkejut dengan aku hari ni sebab dapat siapkan semua kerja-kerja dengan sempurna. Tiada kesalahan seperti hari itu.

“Shafiyyah, awak dah makan ke belum?” Encik Lutfi seorang sahaja yang memanggil aku dengan panggil Shafiyyah. Aduh.. soalan dia ni logik ke tak? Ke dah nyanyuk? Dia suruh aku buat kerja ini itu sampai waktu rehat aku pun dia tak hairankan. Dah pukul 5 petang baru dia nak tanya aku dah makan ke belum. Sabarlah wahai hatiku...

“Ya Encik Lutfi. Saya puasa hari ini.” muka Encik Lutfi berubah apabila aku cakap aku puasa. Kenapa? Salahkah aku puasa?

“Oh, puasa? Larat awak bekerja tengah puasa?” aku mengukirkan senyuman sahaja. “InshaAllah saya larat selagi mampu.” Encik Lutfi mengangguk.

“Dah pukul 5:25 petang ni. Awak pergilah balik, kerja semua dah settle.” Wah! Mood baik ke si Lutfi ni. Bagi balik awal 5 minit. Selalu kena sharp-sharp baru boleh balik.

“Terima kasih Encik Lutfi.” Aku beredar keluar dari biliknya lalu mendapatkan Waza yang sedang menaip.

“Hai Waza sayang...” Waza memandang aku pelik.

“Dah kenapa suka sangat ni? kena lamar dengan Encik Lutfi ke?” Oh no! Apa ke patut kena lamar? Tak naklah dapat suami panas baran macam tu. Aku memukul manja bahu Waza.

“Woo.. lamar? Tak adalah! Dia bagi aku balik awal 5 minit. Selalu sharp-sharp pukul 5:30 kadang lebih baru dia lepaskan aku.” Waza tergelak. “Alahai 5 minit je?” tergelak-gelak Waza. Bukan main dia gelakkan aku.

“Terkejut juga.” Kata aku. Setelah Waza menutup semua komputernya dan mengemas sedikit di atas meja. Kami pun turun ke bawah. Harini Rifqi tak ada sebab pergi ikut Tan Sri ke suatu tempat. Sedang kami berjalan, aku ternampak seorang wanita terjatuh apabila beg tangannya diragut oleh dua orang peragut yang menunggang motor.

“Tolong! Saya kena ragut!” jerit wanita itu.

Aku berlari sekuat hatiku lalu membaling dahan pokok ke arah motorsikal tersebut. Dahan tersebut berjaya membuatkan penunggang motor itu terjatuh daripada motornya. Aku mendekati mereka, aku sudah membuka langkah silat. Dah luka-luka macam tu pun nak lawan aku. Kurang asam betul! Aku berjaya menumbangkan dua orang peragut itu. Polis sudah pun sampai di kawasan itu terus ditangkapnya peragut-peragut itu. Beg tangan wanita itu aku ambil.

“Yusra kau okey tak? Ada luka?” aku menggelengkan kepalaku. Aku okey cuma dah terasa mandi peluh dah ni. basah lencun!

“Puan, ini beg tangan puan. Puan tak apa-apa?” aku memberi beg tangan kepada wanita itu. Wanita itu terus memeluk aku.

“Terima kasih, nak. Sanggup kamu berlari dan berhadapan dengan peragut itu. Saya berhutang budi pada kamu.” Aku mengangguk. Aku tak kisah, aku memang suka membantu orang. Bukan perasan okey.

“Mama! Mama kena ragut, mana peragut tu?” terkejut aku dan Waza apabila Encik Lutfi memanggil wanita itu ‘mama’.

“Mama selamat, Lut. Mereka berdua yang selamatkan mama. Kalau tak mama tak tahu apa jadi dengan mama.” Lutfi memandang aku.

“Terima kasih Shafiyyah, Luwazah.” Kami mengangguk. “Kamu kenal mereka,Lut?” Lutfi mengangguk. “Mereka berdua pekerja syarikat papa. Baru masuk.” Mama tersenyum lebar.

“Baguslah kalau macam tu. Boleh mama jumpa kamu berdua setiap hari.” Aku dan Waza hanya tersenyum sahaja.

“Kamu nak balik dah ke?” tanya mama Lutfi.

“Ya Puan Sri. Kami nak ke komuterlah ni. Nak balik.” Tiba-tiba Puan Sri menarik tangan kami berdua dan menyuruh kami masuk ke dalam keretanya.

“Lutfi, kamu drive ya. Kereta kamu dekat bengkel lagi?” aku dan Waza membuat muka blur.

“Shafiyyah, Luwazah masuklah. Lutfi akan hantarkan kamu berdua balik.” Ah! Sudah.. majikan aku yang hantar aku balik? Biar betik.. aduh.... nahas aku esok pagi.

“Eh tak apalah Puan Sri, biar kami naik komuter sahaja.” Puan Sri menolak-nolak tubuh kami berdua untuk masuk ke dalam badan kereta. Nak tak nak kena naiklah. Aduh...

“Ini rumah kamu berdua?” kami mengangguk. “Terima kasih Encik Lutfi. Terima kasih Puan Sri.” Kata aku dan Waza serentak.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Waza terus masuk ke dapur. “Yusra, kakak awak ni laparlah. Masakan maggi boleh?” Aik? Baru balik? Ada ke aku yang puasa ni disuruhnya aku masak? Tak apalah demi kakakku tersayang.

“Baiklah kakak, biar adik masak. Kakak nak maggi apa?” Waza tergelak. “Kakak nak maggi bawang ayam SEDAAP satu.” Siap meng-order lagi. Aku tergelak-gelak dengan Waza.

*****

Jarum jam menunjukkan angka 10 malam. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Terpusing sana terpusing sini. Resah gelisah. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering minta diangkat. Aku membaca nama yang tertera pada skrin telefonku. Ammar? Dah kenapa pula dia call, sudah sekian lama tak call aku.

“Assalamualaikum Ammar. Kenapa call?” jahatkan aku? Orang tu call boleh aku tanya kenapa, macam tak kasi orang call je. Ammar menjawab salam aku kemudian dia sengaja call aku untuk bertanya khabar aku.

“Saja abang nak tanya khabar Yusra. Yusra dah bekerja?” tanya Ammar.

“Alhamdullilah Yusra sihat sahaja. Ya. Dah sebulan lebih kerja.” Lama Ammar diam. Dah kenapa?

“Hello? Ammar? Ibu sihat? Kak Maila sihat?” tanya aku. Terdengar keluhan Ammar.

“Abang sihat sahaja. Kak Maila pun okey je. Cuma ibu...” sengaja je Ammar ni membuat ayat dia tergantung. Ni nak marah ni.

“Apa?” Aku mengeraskan sedikit suaraku.

“Ibu kena penyakit kencing manis. Dah banyak keluar masuk hospital.Maila marah dekat ibu sebab duit banyak habis ke hospital. Setiap hari asyik bertekak je Maila tu. Ibu sekarang banyak mendiamkan diri.” Air mataku perlahan mengalir jatuh ke pipi.

“Ibu nak jumpa Yusra ke? Kasihan ibu. Ibu ada cakap apa-apa pasal Yusra?” sebak hatiku.

“Abang pun tak tahu nak cakap. Sebelum ibu sakit ni, ibu asyik sumpah-seranah Yusra aje. Abang tak masuk campur. Ni abang dapat call pun sebab abang kerja shift malam. Kalau dekat rumah memang susah nak call Yusra.” Tiba-tiba aku terdengar Ammar menangis di dalam talian.

“Yusra...abang minta maaf. Abang kecewakan Yusra. Abang mempermainkan perasaan Yusra. Abang kejam sangat bila abang tukar niat abang untuk pinang Maila bukan Yusra.” Lidahku terkelu. Perlu ke dia mengungkit hal yang lepas yang sudah aku lupakan? Aduh...

“Ammar, maaflah. Yusra dah lupakan semua tu. Yusra tak nak ingat semua tu. Alhamdullilah Yusra dekat sini bahagia disamping keluarga Waza. Yusra nak balik, tapi takut ibu mengamuk. Lagi-lagi sekarang ibu sakit. Serba salah Yusra. Ammar tolong jagakan ibu, ya. Kalau ibu perlukan Yusra tolong telefon Yusra dengan segera.” Ammar mengiyakan.

“Yusra jaga diri ya sayang.” Ah sudah, Ammar ni dah kenapa? Isteri dekat rumah tengah hamil boleh pulak dia bersayang dengan aku. Hish...

“Ammar, awak dah ada isteri yang sedang hamil. Tolong ingat.” Rayu aku.

“Maaf Yusra, abang cuma rindukan Yusra.” Aku menggelengkan kepalaku. “Tolong buang perasaan cinta dekat Yusra dan sayangkan Kak Maila dan anak Ammar tu.” Ammar mengeluh.

“Ammar, Yusra nak tidur. Esok kena pergi kerja awal. Terima kasih atas info tentang ibu. Nanti free call atau mesej lah Yusra mengenai ibu.” Ammar mengiyakan lalu kami mematikan talian. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas meja lampu lalu perlahan-lahan aku memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience