BAB LAPAN

Romance Completed 42752

“Yusra macam mana? Okey tak Encik Lutfi tu?” kami sudah bekerja disitu selama tiga minggu dan aku belum pernah kena baran si Lutfi itu. Mungkin kerjaku memuaskan hatinya. “Bolehlah, dia serius je sepanjang aku bekerja dengannya. Tak pernah mengukirkan senyuman dia tu.” Kata aku sambil membuat muka cemberut. Bosan juga asyik nak menghadap muka orang yang konon serius. Hergh...

“Yelah aku tengok dia pun macam tak ada perasaan.” Kata Waza sambil menyandarkan kepalanya pada bahuku. “Kita cuti hari ini, apa kita nak buat?” Tanya Waza. Aku hanya menjongketkan bahu.

“Jomlah keluar, jalan-jalan.” Aku terus setuju lalu bangun untuk bersiap.

******

“Sedapnya nasi ayam ni. Dah lama tak makan.” Kata Waza lalu menyuap nasi ayam itu ke dalam mulutnya. Aku tergelak sahaja melihat gelagatnya. Aku memandang kesebelah kanan, kelihatan seorang ibu sedang menyuapkan anaknya makan, mungkin anaknya dalam lingkungan 7-8 tahun. Tiba-tiba hatiku rasa sebak, aku amat merindui ibu. Sudah sebulan aku tak berjumpa dengannya. Adakah ibu sihat? Kalau aku pulang ke rumah pasti aku dihalau.

“Sayangku Yusra, jauhnya termenung. Tak tersuap pun nasi ayam tu, kau okey tak?” aku tersedar daripada lamunanku apabila Waza memetik ibu jarinya di hadapan mukaku.

“Hah? okey...” terkejut aku. Waza merenung aku lama. “Yeke okey? Macam tak okey je.” Aku tergelak lalu menyuap nasi ayam ke dalam mulut.

“Ni mesti kau rindu ibu kan? Tengok riak muka pun dah tahu. Aku perasan kau tengok budak tu disuap oleh ibunya.” Aku menunduk. Tiba-tiba Waza menyuapkan aku nasi ayam ke dalam mulutku. Aku tergamam.

“Ala bucuk-bucuk... meh kakak suapkan dia.” Tergelak-gelak aku. Waza memang pandai bab nak menghiburkan hati aku yang sedang sedih. Selesai makan kami berjalan-jalan bersama.

“Yusra, cuba kau tengok sana tu.” Aku melihat ke arah seseorang yang sangat kenal. Encik Lutfi sangat mesra bersama seorang perempuan yang hanya memakai baju t-shirt ketat dan seluar pendek paras atas peha. Seksi sangat.

“Kita pergi sana. Tak mau terserempak dengan dia tu.” Waza menarik tangan aku pergi ke bahagian sebelah sana. Aku pun malas nak bertembung dengan si baran tu. Tak kuasa.

Kami ada membeli beberapa helai tudung dan juga kasut. Sekali lagi Waza ajak aku makan. Memang gemuklah aku asyik makan je, dua jam yang lepas baru makan. Aduhai Waza...

“Eh, assalamualaikum Yusra..Waza.” kami menoleh ke arah empunya suara yang menegur kami itu. Rifqi!

“Waalaikumussalam Rifqi.” Serentak kami menjawab salam. Rifqi tersenyum. “Terserempak di sini pula kita. Korang nak pergi mana?” tanya Rifqi.

“Si Waza ni haa ajak saya pergi makan.” Waza menahan malu. Aku tergelak kecil. “Hmm, baguslah tu. Saya pun lapar sebenarnya. Dah kebetulan marilah kita pergi makan.” Waza menjelir lidah ke arahku. Kelakar si Waza ni macam budak kecil.

Tak sangka Rifqi membelanja kami makan tadi. Malu pula. Kenal pun baru nak masuk sebulan. Kami balik pun dia temankan kami ke komuter. Aku sebenarnya suka dengan sifat Rifqi, dahlah peramah lepastu suka sangat mengukirkan senyuman.

Malam itu kami tidur awal kerana esok kami kena pergi ke kerja semula setelah bercuti sehari. Terpaksalah esok menghadap muka si baran tu. Haih... nasib aku dapat jadi assistant dia. Bersyukurlah wahai Shafiyyah Yusra.

*****

Entah kenapa hari ni kepala aku sangat pening selepas berehat tadi, tapi aku mengagahkan diri aku untuk membuat data yang diarahkan oleh Encik Lutfi tadi. Aku membuat data itu dengan teliti sekali. Kepalaku semakin berdenyut-denyut.

“Yus.. kau okey tak? Muka kau pucat.” Aku mengangguk lemah lalu menyambung semula kerjaku.

“Shafiyyah Yusra! Lama lagikah awak nak siapkan data itu?! Patutnya sekarang awak sudah hantar di atas meja saya!” tercengang aku apabila Encik Lutfi tiba-tiba menengking aku dengan suara lantangnya dihadapan pekerja lain.

“Maafkan saya Encik Lutfi. Saya baru siapkannya. Tadi saya pening tu sebab saya lambat.” Terketar-ketar aku mahu memberitahu dia.

“Masuk bilik saya sekarang!” secara automatik aku bangun sambil mengambil kertas-kertas data tersebut lalu mengikutnya ke bilik.

“Apa saya cakap dekat awak pagi tadi? Letakkan semua data syarikat tu atas meja saya jam 4 petang ini! sekarang dah pukul berapa?! Hah??!” aku menahan tangisanku lalu melihat jam, sudah pukul 4:20 petang. Aku terlewat 20 minit untuk menyiapkan data ini. bersalahnya aku...

“Nak saya panggil awak ni bodoh ke apa?! Saya minta hantar jam 4 petang, awak lewat 20 minit! Awak ni pandai ke tak nak buat data-data tu?! Berkurun saya tunggu awak dekat dalam bilik ni?! awak ingat saya tak ada kerja lain ke nak menunggu awak seorang hanya disebabkan data semua tu! Kalau tak reti buat, cakaplah tak reti! Konon buat-buat reti tapi bodoh!” akhirnya aku mengalirkan air mata aku yang sekian lama menahan. Aku digelar bodoh oleh majikan sendiri. Aku bukan sengaja buat-buat lambat. Kepalaku tiba-tiba sakit dan berdenyut-denyut.

“Menangis jelah yang awak mampu! Hah?! awak dah siapkan data tu dah ke belum?!” aku memberinya data-data tersebut.

“Saya sudah siapkannya. Saya minta maaf, Encik Lutfi.” Dia memandang aku dengan tajam sekali. Kemudian dia menepuk mejanya dengan kuat. Aku tersentak.

“Ingat! Kalau awak ulangi kesilapan macam ni lagi! Memang selamat tinggal saya ucapkan! Faham takk?!” teragak-agak aku mengangguk. “KELUAR!!” terus aku bangun dan keluar dari bilik itu dengan cepat.

Teresak-esak aku menangis. Aku menekup wajahku menggunakan tanganku. Malu nak berhadapan dengan pekerja lain. Aku duduk semula di tempatku lalu menyambung kerjaku yang masih bertimbun. Waza hanya diam sahaja memandangku sayu. Aku tersenyum ke arahnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang tetapi kerjaku masih belum siap. Aku mengambil keputusan untuk membuat overtime sehingga jam 7 malam. Waza pula sanggup menemani aku membuat kerja. Pekerja yang lain sudah pun balik ke rumah masing-masing.

“Yusra, belum siap lagi kerja kamu?” tanya Rifqi prihatin.

“Lagi sikit je. Awak nak balik. Balik sahajalah, tak perlu tunggu saya. Kesian awakkan penat.” Jawabku.

“Tak apalah. Lagipun nak dekat maghrib ni. Selepas solat bolehlah kita sama-sama naik komuter.” Serba salah aku dengan Rifqi sebab aku,dia dan Waza juga kena tunggu aku siapkan kerja.

“Alhamdullilah, kerja dah siap. Azan pun dah berkumandang. Marilah kita ke surau.” Ajakku.

Setelah selesai menunaikan fardhu Maghrib, kami bertiga menuju ke komuter lalu pulang ke rumah. Walid dan umi menunggu kami di ruang tamu. Ada ke patut Waza ceritakan yang aku kena marah dengan Lutfi tu. Aduhh, malu. Umi terus mendakapku apabila Waza menceritakan tentang kejadian tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience