BAB DUA

Romance Completed 42752

Akhirnya Ammar dan Kak Maila menjadi suami isteri yang sah. Mulai hari ini Ammar akan tinggal bersama kami, aku terasa sangat kekok apabila ‘ex-boyfriend’ aku akan tinggal serumah. Weird right? Hm... apa boleh jadi, maknanya jodoh aku belum Allah pertemukan. Aku senyum sahaja dan terima semuanya.

Hari ni sudah sebulan Ammar tinggal serumah, aku sentiasa cuba mengelak daripada berjumpa dengannya. Aku sedang duduk sambil membaca novel di atas sofa. Tiba-tiba aku terdengar Kak Maila membaling-baling barang ke arah Ammar sambil mengutuk.

“Kau ingat aku nak sangat jadi isteri kau ke, hah? Not my taste. You are so digusting. Dahlah kerja jadi pengawal je lepastu bodoh! SPM 3A+ sahaja. Ada hati nak kahwin dengan aku yang berpelajaran tinggi ni.” bongkak betul Kak Maila. Aku tengok Ammar hanya menahan geram sahaja.

“Aku sayangkan kau! Cinta! Aku sanggup ketepikan Yusra sebab kau! Hati aku terpaut cinta pada kau! Aku tahu aku bodoh, SPM tak setaraf dengan kau. Tapi sekarang aku dah jadi suami kau yang sah. Syurga kau dibawah tapak kaki aku! Kau sekurang-kurangnya hormatlah aku. Cubalah cintakan aku.” Kata Ammar dengan nada marah dan sekali-sekala nada sayu. Sedih sahaja aku melihat Ammar ini. Aku meneruskan bacaanku.

“Hah! bagus! Pergilah kahwin dengan Yusra tu! Buah hati kau kan. Ceraikan aku!” kata Kak Maila keras.

“Hei! Apa ni bergaduh-gaduh ni siap minta cerai. Kamu berdua ni kahwin belum hampir setahun. Baru sebulan dah macam ni perangai.” Marah ibu.

“Ibu, huh! I’m just hate him so much!” Kak Maila menghempas pintu biliknya. Ammar terkebil-kebil melihat aku yang mendengar semua pergaduhan mereka tadi.

“Yusra! Eloklah kau ya baca novel senang-lenang atas sofa. Ni pergi beli barang dapur!!!” terkejut aku lantas mengambil kertas senarai barang dapur daripada tangan ibu. Aku menyarung selipar pada kakiku lalu berjalan kaki ke pasaraya kecil berdekatan.

“Yusra! Tunggu, lajunya berjalan. Marilah abang teman.” Aku tergamam apabila Ammar menarik lenganku. Aku merentapnya dengan kasar. Ammar terkejut.

“Kau jangan nak sentuh-sentuh aku. Kau tu abang ipar aku je bukan istimewa buat aku lagi. Aku boleh pergi seorang.” Meletus juga marah yang aku pendam selama ini. Ammar memandang aku sayu.

“Maafkan abang, Yusra. Abang temankan ya. Bahaya seorang diri pergi.” Aku menjeling. “Yusra dah biasa hidup macam ni. Tak perlu nak berteman. Terima kasih.” Aku mempercepatkan langkahku, aku dapat merasai Ammar masih mengekoriku dari belakang. Aku menoleh kebelakang rupanya sangkaanku tepat.

“Bukan dah cakap tak payah teman ke?” aku menyoal dia.

“Tolong Yusra, abang teman. Banyak barang kena belikan. Nanti berat Yusra nak bawa.” Aku menoleh ke hadapan semula dan meneruskan perjalananku.

Sampai sahaja di pasaraya Mini aku menolak troli lalu mengambil barang yang sudah disenaraikan oleh ibu. Ammar sesekali cuba mahu menolongku tetapi aku menghalangnya. Selesai membuat pembayaran, aku terus menjinjit beg plastik lalu berjalan pulang ke rumah.

“Yusra, marilah abang bawa plastik tu. Beratkan.” Aku tidak mengendahkan kata-kata Ammar. Hatiku sudah keras apabila bersamanya. Aku seperti bukan manusia yang mempunyai perasaan.

****

“Hah eloklah tu. Adik ipar pergi beli barang dengan abang ipar.” Aku mengerut menahan sakit apabila ibu menarik cuping telingaku kuat. Ammar terkejut.

“Ibu.. ibu bukan salah Yusra. Ammar yang nak tolong dia. Jangan tarik telinga dia, bu.” Aku lega kerana ibu melepaskan cuping telingaku.

“Kau ni pun dah ada isteri jaga perangai kau sebagai suami. Bukan nak pujuk si Maila tu, ikut kepala kau jugak.” Bebel ibu. Ammar diam sahaja. Selesai ibu membebel, Ammar masuk ke dalam biliknya. Mungkin nak pujuk Kak Maila.

“Ibu... Yusra nak sambung belajar boleh?” aku berdiri dibelakang ibu. “Tak payah, baik kau cari kerja.” Aku terus berjalan masuk ke dalam bilikku.

Aku melihat skrin telefon bimbitku, 3 missed call daripada Waza. Alamak! Tak dengar pula si Waza ni call aku. Aku terus menelefon dia semula.

“Haa..lega aku kau call balik. Mana kau pergi, aku dahlah rindu dekat kau.” Si Waza ni lama menyepi sebab dia pergi bercuti ke Pulau Mabul, Sabah bersama keluarga dia. Untung betul dia.

“Ye ke rindu? Sepi je selama seminggu bercuti kat Sabah tu. Tak telefon aku langsung. Sedih.” Aku sengaja acah-acah membuat suara sedih.

“Alah sayang, janganlah sedih. Siti Luwazah minta maaf okey? Ni Waza nak ajak Shafiyyah Yusra ni cari kerja bersama. Nak? Esok Waza ambil kat rumah.” Ni peluang terbaik, memang niat nak cari kerja esok.

“Baiklah, Shafiyyah Yusra memaafkan Siti Luwazah. Okey! Set! Pukul berapa?” terdengar Waza tergelak di dalam talian.

“I will fetch you at 9am, okay?” aku mengiyakan lalu kami memutuskan talian.

Allahuakhbar... Allahuakhbar...

Kedengaran azan Isya sudah berkumandang, aku terus masuk ke bilik air lalu mengambil wudhu untuk menunaikan solat Isya. Selepas solat aku berwirid. Kemudian aku pergi ke dapur, kelihatan ayah,ibu, Ammar dan Kak Maila sudah duduk untuk menjamu selera.

“Yusra, mari makan nak.” Jemput ayah. Aku mengangguk lalu mengambil tempat berhadapan dengan Ammar. Terpaksalah aku menatap muka lelaki ni lagi. Aku menceduk sendiri nasi ke dalam pingganku dan mengambil seketul ikan goreng lalu makan. Sepi sahaja sepanjang aku makan. Ayah yang banyak cakap bersama Ammar.

Selesai makan malam, aku meminta izin untuk tidur. Esok aku akan keluar mencari kerja bersama Waza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience