BAB LIMABELAS

Romance Completed 42752

7 Bulan Kemudian...

Aku duduk bersama Lutfi semula. Tiap-tiap hari aku dibelasah olehnya. Sekali lagi. Kenapa dia menyeksa aku sebegini? Sekiranya benci, ceraikan sahajalah. “Hei! Pagi-pagi kau suka naikkan angin aku ni! aku nak pergi kerja! Mana baju kerja aku?!!” terkocoh-kocoh aku berlari mengambil baju kerja Lutfi. Aku sekarang sedikit lambat untuk melakukan kerja di rumah dengan cepat. Usia kandunganku sudah mencecah 7 bulan. Tidak lama lagi aku akan melahirkan anakku. Bilalah Lutfi akan berbaik dengan aku?

Setiap hari aku mendoakan kesejahteraan Lutfi dan meminta Allah SWT untuk melembutkan hatinya dan membuang sifat negatifnya. Sekarang ini Lutfi semakin liar. Sengaja dia membawa Hana ke rumah kami lalu bermesra-mesraan dihadapanku. Disuruhnya aku menyediakan minuman. Makanan dan macam-macam lagi. Hana juga sudah pandai bermalam di rumah kami. Aku sedih, sangat sedih.

“Sayang.....” mendayu-dayu suara Hana memanggil Lutfi yang sedang menonton televisyen. Aku lihat Hana hanya memakai singlet dan seluar pendek lalu selamba duduk di atas riba Lutfi. Hatiku seperti telah dihancurkan oleh mesin pengisar.

Ya Allah, apa yang aku harus lakukan? Patutkah aku terus berada di dalam rumah yang penuh maksiat ini. Ya Allah tolong Yusra... Ampunkan dosa-dosa Yusra. Derhakakah Yusra sekiranya Yusra meninggalkan rumah ini tanpa izin suamiku?

Aku meraup wajahku lembut lalu aku mengusap perutku yang sudah semakin membesar.

Anak ibu, ibu sentiasa sayangkan kamu. Lindung kamu. Sayang, jadilah anak yang beriman kepada Allah SWT , ya. Ibu janji akan didik anak ibu ini menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahnya.

Aku menitiskan air mataku apabila terkenang perbuatan Hana dan Lutfi tadi. Aku memberanikan diri lalu mendekati Lutfi. Aku membuat keputusan untuk pergi bercuti di luar negara bersama Waza. Mungkin sambung belajar.

“Awak... saya nak minta izin.” Lutfi memandang kosong sahaja. Hana pula tersenyum-senyum sinis.

“Apa kau nak?” tanya Lutfi sindir.

“Saya nak minta izin untuk pergi bercuti.” Aku tidak beritahu ke mana aku akan bercuti kerana belum fikirkan lagi.

“Nak bercuti? Pergi jelah, asal nak minta izin bagai.” Hana dan Lutfi ketawa.

“Terima kasih.” Aku berlalu pergi masuk ke dalam bilik dan mula mengemas pakaian.

“Isteri mithali tu siap minta izin.” Aku terdengar Hana mengejek aku. Lutfi ketawa besar.

*********

Aku dan Waza sudah sampai di Arlanda Airport, Stockholm, Sweden. Aku juga membuat keputusan untuk melahirkan anakku di negara ini. Aku dan Waza akan menetap di Sweden mungkin selama tiga tahun. Aku dan Waza sudah mendaftar di Stockholm University.

2 Bulan kemudian..

“Waza... sakitnya....” berpeluh-peluh aku menahan sakit untuk bersalin. “Sabar Yusra. Take a deep breath.” Aku memejamkan mata lalu menarik nafas.

Selama dua jam aku mengerang kesakitan, bayi aku masih belum mahu keluar. Satu jam kemudian, aku terdengar tangisan bayiku. Aku hanya tersenyum lemah sahaja.

“It’s a girl.” Beritahu doktor. Waza mengucapkan kata syukur kepada Allah SWT.

“Alhamdullilah......” kata aku perlahan. Aku dimasukkan ke dalam wad biasa semula. Pertama kali aku menyusukan puteriku ini. Aku juga sudah mempunyai nama untuknya, Shiddiqah Dhaifah Binti Lutfi Khairuddin.

“Geramnya aku tengok Dhaifah ni!! Cubitt baru tahu. Comel sangat!” Kata Waza. Aku ketawa kecil. Tiba-tiba telefon bimbit Waza berdering, lalu Waza mengangkat panggilan itu. Aku tidak dengar perbualan Waza dengan orang itu. Suara Waza perlahan.

Setelah Waza mematikan talian, dia mendekatiku dengan keadaan sedih. “Yusra, perlukah aku beritahu kau sekarang? Tak sampai hati pula. Kau baru lepas bersalin. Serba salah aku, Yusra.” Aku memandang pelik. “Cakap sahajalah, aku tidak kisah.” Waza menarik nafasnya lalu memberitahuku.

“Umi beritahu yang Lutfi dah berkahwin dengan Hana secara private semalam.” Aku hanya tersenyum sahaja. “Kau tak sedih, Yusra?” aku menggelengkan kepalaku.

“Itulah kebahagiaan sebenar dia. Aku cuma sementara sahaja. Lagi dua tahun dia akan ceraikan aku dan hidup bahagia dengan Hana.” Keluh Waza.

“Umi suruh kita buat video call, nak tengok cucu katanya.” aku tergelak lalu Waza membuat video call. Kelihatan pada skrin telefon bimbit Waza, umi, ibu, Ammar, Aisya dan walid sedang berkumpul di hadapan skrin. Kami berbual-bual selama dua jam.

Hari ini aku sudah dibenarkan pulang selepas membuat pemeriksaan dalamanku dan Dhaifah. Aku mengambil gambar Dhaifah ketika tidur lena kemudian aku menghantarnya ke Lutfi menggunakan aplikasi whatsapp. Lutfi adalah bapa kandung Dhaifah jadi Lutfi patut tahu yang aku lahirkan anaknya tetapi Lutfi hanya memberikan bluetick sahaja. Aku sedikit mengeluh. Aku menatap wajah Dhaifah yang lena tidur. Kasihan dia. Ayahnya tiada disampingnya... lagi.

************

Dua tahun kemudian,

“Sayang... I nak RM3000. Nak shopping, dah lama tak shopping. You asyik busy je. Malam balik kerja terus tidur, tak layan pun I.” Kata Hana dengan manja. Tangannya meliar-liar pada bahu Lutfi.

“Sorry baby. I bukan tak nak layan you. Syarikat tu bertimbun kerja, banyak projek kena siapkan untuk tahun ni. Okay nanti I beri you RM5000. Shoppinglah sepuas hati you.” Hana melonjak kegembiraan. Gedik. Dimintanya RM3000 dapat RM5000.

“Okay sayang! I love so munchy!!” Hana mengucup pipi Lutfi. Lutfi tersenyum.

Malam itu Lutfi tidak pulang ke rumah, dia membuat kerja lebih masa untuk menyiapkan projek syarikat papanya. Kepala dia semakin runsing. Jam sudah menunjukan pukul 11:30 malam. Dia mengambil keputusan untuk tidur di hotel yang berdekatan dengan bangunan syarikat.

Seusai check-in di hotel bertaraf 5 bintang, tidak jauh juga dari syarikat cuma mengambil masa 15 minit untuk sampai ke bangunan syarikat papanya, Lutfi terus masuk ke biliknya dah rebah. Terlalu letih. Dia rindu sangat pada Hana kesayangannya.

Sengaja Lutfi menghidupkan aplikasi Waze pada telefon bimbitnya dan mahu melihat kedudukan Hana dimana. Mungkin Hana masih lagi di luar ataupun di rumah. Anak panah di dalam aplikasi Waze menunjukkan Hana sedang berada di hotel! Hotel yang sama! Lutfi membesarkan matanya sekiranya takut dia tersalah pandang. Memang sah Hana di hotel ini juga. Dia menginap di bilik bernombor 18. Bilik itu dekat sahaja dengan biliknya juga. Beza 3 pintu sahaja. Lutfi berasa tidak sedap hati. Dia menyarung baju pada tubuhnya lalu keluar pergi ke bilik 18.

Lutfi mengetuk-getuk pintu bilik itu berkali-kali. Akhirnya pintu itu terbuka dan terpacul wajah seorang lelaki barat. Kulitnya putih dan tinggi. Lutfi terus menolak kuat pintu itu dan terlihat Hana yang hanya memakai baju jarang dan seluar dalam. Lutfi tercengang. Hana pula yang dari tadi memanggil nama lelaki itu, terkejut melihat Lutfi berada di hadapannya.

“Who are you?” tanya Lutfi kepada lelaki barat itu.

“I’m her fiancee. We will married this Saturday. And who are you? Are you know her?” jawab si lelaki barat itu.

“I am her husband. Hana! Are you gonna explain to me?” Riak muka Hana tidak menunjuk dia takut akan kehilangan Lutfi nanti. Sebaliknya dia hanya tersenyum sinis.

********

Lutfi memandu keretanya dengan had laju yang tinggi. Tangan kirinya meramas kasar rambutnya. Dia tidak boleh menerima semua yang terjadi ini.

“Sorry Lutfi, that’s the truth. I never fall in love with you. I fall in love with your money. Aku sengaja memecahkan-belahkan kau dengan isteri kau sebab aku nak harta kau. Well, you dah serahkan semua harta you kepada I. You kosong, Lutfi. You hanya ada rumah itu sahaja. Dan selama ini aku mendekati kau, yeah of course, because of money. Aku dah bertunang dengan Brandon sejak 5 tahun yang lalu. Aku akan berkahwin dengannya di United Kingdom, sabtu ini. I want you to divorce me right now. I don’t want to live with you forever, idiot.”

Terngiang-ngiang lagi suara Hana yang keji itu pada telinga Lutfi. Sekarang ini, baru Lutfi teringatkan Shafiyyah yang sudah dua tahun dia tidak pedulikan sejak dia berkahwin dengan Hana. Lutfi terus mengambil telefon bimbitnya dan mencari-cari nombor Shafiyyah. Malangnya tiada. Dia tidak pernah save nombor Shafiyyah di dalam contact. Mata Lutfi tidak fokus kepada jalan raya, dia sibuk mencari-cari nombor Waza pula. Dia tidak perasan ada sebuah kereta di hadapannya. Kereta itu tidak sempat menekan brek lalu merempuh keretanya. Lutfi kemalangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience