BAB ENAM

Romance Completed 42752

Allah SWT memurahkan rezekiku dan Waza di pagi hari yang berkat ini. Aku dan Waza diterima kerja menjadi kerani disitu. Kami akan memulakan bekerja pada minggu hadapan. Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, aku mendapat panggilan daripada Ammar.

“Yusra... Yusra datang ke hospital segera. Ayah nak jumpa dengan Yusra. Ayah dah tenat, Yusra. Selepas subuh tadi ayah pergi ke kerja, ayah kemalangan dengan sebuah lori.” Hatiku seperti disiat-siat. Aku terus mengajak Waza ke hospital. Ayah...tunggu Yusra. Jangan tinggalkan Yusra.

Sampai sahaja di hospital yang diberitahu oleh Ammar, aku terus bertanya kepada jururawat disitu di mana wad ayah. Jururawat itu memberitahuku ayah berada di wad ICU. Aku berlari sekuat hati meninggalkan Waza dibelakang. Masuk sahaja di wad ICU kelihatan ayah sedang tenat. Aku mendekati ayah, tangannya aku genggam kuat.

“Ayah! Jangan tinggalkan Yusra. Ayah sayang Yusra kan? Yusra sayang sangat dekat ayah. Ayah...” berjuraian-juraian air mataku jatuh tanpa henti. Aku mendekati pada telinga ayah apabila ayah menarik tanganku perlahan...

“Do..a...kan...un...tuk...a...yah. Ja...di a..nak so...leh..a... a...yah sen...tia...sa a...da... di...sisi... Yus...ra...” perlahan air mata ayah mengalir apabila ayah memejamkan matanya lalu membuka semula.

“Ayah... Yusra janji. Ayah jangan tinggalkan Yusra. Yusra ada ayah je. Ayahhh....” aku memandang pada mesin talian hayat. Garisan panjang.... bermakna.... aku memandang semula wajah ayah. Ayah sudah memejamkan matanya.

“Ayah.... ayah.... bangun. Yusra sayangkan ayah.” Itulah kali terakhir aku memeluk tubuh ayah. Aku teringat pesanan ayah ketika di dalam bilikku.

“Ayah nak beritahu Yusra, kalau ayah dah tak ada suatu hari nanti. Yusra janji dengan ayah, Yusra jadi anak yang solehah ya? Sentiasalah bersabar kerana sabar itu adalah kunci utama dalam hidup kita untuk bahagia.” –Ayah

“Jagalah ibu kamu. Jaga kakak dan abang ipar kamu ya. Bila mereka perlukan kamu waktu itu.” –Ayah

“Menangislah nak, menangis sepuas hati kamu. Nanti ayah dah tak ada. Jangan menangis depan jenazah ayah, ya. Banyakkan berdoa untuk ayah dan ayah nak Yusra tersenyum melihat ayah pergi suatu hari nanti, ya?” –Ayah

Aku mengesat air mataku. Aku sudah berjanji pada ayah yang aku tidak akan menitiskan air mataku di hadapan jenazah ayah. Ibu menolak aku. “Ayah kau dah tak ada, bermakna kau tak ada kaitan dengan aku lagi. Kau jangan pernah datang rumah aku lagi. Pergi ambil barang-barang. Jangan tinggalkan satu pun.” Aku masih memandang tubuh ayah yang sudah aku selimuti dengan selimut.

“Baik ibu. Yusra pergi. Yusra janji Yusra tak akan kacau ibu lagi dan kak Maila.” Kata aku perlahan.

******

Selepas majlis tahlil untuk arwah ayah diadakan, aku akan meninggalkan rumah ini. Rumah ini banyak kenangan manisku bersama ayah. Aku berdoa kepada Allah SWT supaya menempatkan ayah dalam golongan orang beriman. Walaupun baru dua hari pemergian ayah, aku sangat rindu dengannya. Usapannya, kasih sayangnya. Aku tidak sempat membalas jasa ayah.

“Apa yang kau tunggu lagi? Pergilah cepat. Tak payah nak menatap sangat rumah aku ni.” aku keluar dari rumah itu tanpa bersalam dengan ibu. Bersalahkah aku Ya Allah?

“Yus... dah siap ke? Mari kita balik.” Kata Pak cik Hamzah, bapa Waza. Mulai hari ini aku akan tinggal bersama mereka. Mereka menerima kehadiranku sebagai keluarga mereka. Waza berjanji padaku yang dia sentiasa denganku ketika aku senang dan susah.

“Shafiyyah Yusra, mulai hari ini panggil kami umi dan walid ya. Tak usah bermakcik-pakcik lagi. Kami sayang Yusra seperti kami sayang puteri kami, Siti Luwazah.” Ibu Waza iaitu Puan Hanisa memeluk aku dengan erat sekali. Aku dapat merasai pelukkan daripada seorang ibu walaupun ia bukan ibu kandungku.

“Siti Luwazah, kamu layan Shafiyyah Yusra baik-baik ya sayang.” Waza mengangguk sambil tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya. “Mestilah umi. Shafiyyah Yusra sahabat Waza sehingga ke Jannah. Kami akan tetap bersama walaupun sudah beranak-pinak. Kan Yusra?” aku mengangguk setuju dengan kenyataan Waza.

“Yusra nak mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada umi, walid dan Waza sebab terima Yusra jadi sebahagian keluarga ini. Dapat juga Yusra menjadi sebahagian keluarga yang sangat bahagia ini. Yusra doakan keluarga ini kekal dengan kebahagiaan dan keberkatan daripada Allah SWT.” Waza menangis apabila aku cakap macam tu.

“Yusra, umi suka sangat Yusra tinggal dengan kami. Lagipun daripada sekolah rendah lagi kami dah kenal Yusra. Dengan hati terbuka kami menerima Yusra. Tak mau anggap kami keluarga angkat, ya.” Umi mengusap kepalaku lembut.

“Malam ni walid belanja makan, ya. Dah pergilah berehat. Jangan banyak menangis. Redha dan banyakan berdoa ya.” Aku tersenyum lalu Waza menarikku masuk ke dalam biliknya.

“Yusra yang Waza sayangi, esok kita pergi shopping nak tak?” aku ketawa kecil. “Shopping? Yusra tak ada duitlah. Temankan jelah boleh.” Waza memuncungkan mulutnya. “Lupa ke yang Waza ni kakak Yusra, memandangkan kita beza tiga bulan. Kita kan dah jadi keluarga. Mestilah kita belanja Yusra?” aku menunduk malu. “Dahlah macam tak biasa pula kalau Waza belanja awak ni... esok tau pukul 11 pagi kita pergi.” Aku mengangguk perlahan.

Malam itu kami pergi ke restoran KFC untuk menjamu selera makan malam. Aku hanya memesan satu dinner plate seperti mereka juga. Tiba-tiba Waza memberitahu umi dan walid tentang jadual bekerja kami. “Walid, umi minggu hadapan Waza dan Yusra akan mula bekerja dah. Kami bekerja sebagai kerani pejabat Tan Sri Khursyid dan waktu kami bekerja daripada jam 9 pagi sehingga 5:30 petang.” Umi dan walid mengangguk tanda faham.

“Baiklah, kerja elok-elok. Jaga diri baik-baik.” Pesan walid. “Walid, umi esok Waza dan Yusra nak pergi beli sedikit baju untuk bekerja nanti.” Walid mengizinkan kami pergi ke mall esok. “Biar umi ikut sekali ya?” Kami berdua mengangguk sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience