BAB ENAMBELAS

Romance Completed 42752

“Ibu! Ifa nak chuchu...” Shiddiqah Dhaifah kini sudah berusia dua tahun dan ini kali pertama dia akan menjejakikan kaki ke Malaysia. Kami selamat mendarat di KLIA2. Kelihatan Rifqi menunggu kami di satu bangku.

“Uncle Rifqi!” Jerit Dhaifah sambil berlari ke arah Rifqi. Rifqi tersenyum lalu mendukung Dhaifah.

“How are you, Sweden Girl?” Dhaifah ketawa riang. Rifqi suka mengelarnya ‘Sweden Girl’ kerana dia dilahirkan di Sweden. Rifqi membawa kami pulang ke rumah. Rindu aku sudah membuak-buak pada semua. Aku dan Waza berjaya menamatkan pembelajaran kami di Sweden selama dua tahun setengah. Kini kami sudah berusia 21 tahun.

“Ya Allah, anak umi dah balik! Rindunya....” Umi terus memeluk kami berdua setelah kami masuk. Menangis umi.

“Hanisa, kalau ye pun bagilah mereka duduk. Penat tu. Tengok bagasi dorang. Berkilau-kilau dari jauh walid tengok.” Lawak walid.

“Ibu... rindu ibu.” Aku memeluk ibu erat sekali. Ibu membalas pelukkanku.

“Dhaifah, salam nenek dan nek mi.” Comel sahaja Dhaifah mengucup tangan ibu dan umi serta walid.

“Dah besar dah cucu nek mi ni. Rindu dia. Selalu nampak dalam skrin telefon je. Tak puas langsung.” Dhaifah ketawa.

“Umm... walid, ada apa-apa berita tentang Lutfi?” soalanku membuatkan semuanya senyap secara tiba-tiba. Dhaifah bermain-main dengan Aisya.

“Yusra, harap Yusra bertenang. Walid dapat berita ini daripada Tan Sri subuh tadi. Lutfi kemalangan teruk. Keadaanya parah. Sekarang dia berada di rumah. Keadaan dia semakin stabil cuma mata kanannya buta dan kedua-dua kakinya lumpuh.” Aku menekup mulutku kerana terkejut dengan berita yang dibawa oleh walid.

“Umi, Ibu, walid... Yus...Yusra nak pergi rumah papa.” Mereka segera mengangguk lalu aku mendukung Dhaifah dan terus ke dalam perut kereta.

Sampai sahaja di pekarangan rumah papa, aku terus keluar dan mendukung Dhaifah lalu masuk ke dalam rumah. Aku masih lagi menyimpan kunci rumah papa. Kelihatan Lutfi sedang duduk di atas kerusi roda memandang ke luar tingkap. Aku membisik pada telinga Dhaifah lalu menyuruh Dhaifah pergi kepada Lutfi. Setelah aku menurunkan Dhaifah, aku ternampak Lutfi sedang memegang gambar perkahwinan kami. Yang gayanya aku memeluk dia dan dia mencium dahiku. Masih dia simpan lagi.

“Ayah...” panggil Dhaifah. Lutfi tersentak apabila seorang budak kecil di hadapannya tersenyum comel sambil memanggilnya ‘ayah’. Lama Lutfi merenung Dhaifah. Lutfi memaling mukanya ke belakang dan dia terkejut melihat aku berdiri di belakangnya.

“Sha...fiy..yah??” aku mengangguk.

“Ayah... rin...du ayah...” Dhaifah memeluk tubuh Lutfi. Lutfi kaku.

“Awak.. tu anak kita. Nama dia Shiddiqah Dhaifah. Dia dilahirkan di Sweden. Awak ingat gambar-gambar yang saya hantar pada awak?” perlahan tangan Lutfi mengusap wajah Dhaifah lalu dia menitiskan air matanya. Aku melangkah perlahan mendekati Lutfi.

“Shafiyyah.. maaf....kan....abang....” aku senyum sahaja.

“Dah lama saya maafkan awak. Saya dah lupakan semuanya sejak Dhaifah lahir. Saya bahagia. Saya datang ke sini kerana janji awak dahulu. Kita sudah tiga tahun berkahwin. Dan ini ke masanya....?” Lutfi membesarkan matanya lalu tangan kanannya memegang erat tanganku.

“Ta...tak... abang...tarik...semula...janji....abang... tolong... Shafiyyah... jangan tuntut.... jangan....” berjuraian-juraian air mata Lutfi. Dhaifah diam sahaja melihat kami. Lutfi mengusap-usap lembut tanganku merayu supaya aku tidak menuntut cerai darinya yang seperti dijanjikan tiga tahun lepas.

“Be...ri...abang....peluang....kedua.... tolong... Shafiyyah. Abang... janji... abang akan....jadi suami....dan ayah Dhaifah yang baik.... tolong abang... Shafiyyah.” Aku diam sahaja. Lelaki ini yang dahulunya seorang yang panas baran. Seorang kaki sosial. Seorang kaki belasah. Seorang yang tiada hati dan perut merayu kepada aku untuk memberi peluang kedua. Ya Allah... inilah semua disebalik dugaanmu. Teringat kata arwah ayah dahulu, sabar adalah kunci keutamaan dalam hidup. Sekiranya kita sabar, kemudian hari kita akan memperolehi hikmah yang sangat indah.

“Hu...kum...lah...abang....abang....terima...” Lutfi memukul-mukul dirinya sendiri. Aku menghalangnya lalu aku memeluknya erat.

“Terima kasih kerana abang akhirnya terima Shafiyyah dalam hidup abang. Dan Shafiyyah tidak layak untuk menghukum abang.” Gumam aku. Lutfi tergamam. Dia membalas pelukanku erat.

“Abang... Shafiyyah minta ampun daripada abang kerana Shafiyyah meninggalkan abang selama dua tahun. Buat pengetahuan abang, semasa Shafiyyah di Sweden. Shafiyyah sudah menjaga batas pergaulan dan adab Shafiyyah.” Lutfi mengangguk kepalanya.

“A...yah... ibu?” tiba-tiba Dhaifah mendekati kami sekian lama dia mendiamkan diri. Aku mengangkatnya lalu aku meletakkannya di atas riba Lutfi. Lutfi tersenyum lalu diciumnya beberapa kali pipi dan kepala Dhaifah. Dhaifah ketawa keriangan.

“Shafiyyah?” aku ternampak mama dan papa masuk ke dalam rumah. Terus mama menerpa ke arah aku dan mendakapku. Papa pula mendukung Dhaifah.

“Shafiyyah.. maafkan mama sebab paksa kamu berkahwin dengan Lutfi. Mama tak sangka Lutfi bersikap sebegini.” Mama memandang Lutfi tajam, mungkin masih marah. Lutfi hanya menundukkan kepalanya sahaja.

“Mama maafkan Lutfi.” Lutfi cuba mendekati mamanya.

“Don’t call me mama. You are not my son.” Terkejut aku. Begitu sekali mama marah. Aku lihat Lutfi terkial-kial mahu memegang tangan mama tetapi beberapa kali mama tepis.

“Ma... Shafiyyah tak marahkan abang. Ini semua sebenarnya salah Shafiyyah. Mama jangan marahkan abang.” Mama membesarkan matanya ke arah aku.

“Shafiyyah, mama tak sangka tau dia berkahwin dengan Hana secara senyap. Private. Setiap kali mama call tak pernah nak jawab. Entah hilang kemana. Nampak bila ke tempat kerja sahaja. Mama tanya mana Shafiyyah... tak pernah nak dijawab soalan itu sehinggakan papa kamu tak mahu layan dia ni.” marah mama.

Aku diam sahaja. Dhaifah pula terkekek-kekek ketawa apabila dilayan oleh datuknya.

“Shafiyyah, ajaklah keluarga datang ke rumah. Boleh kita makan malam bersama.” Aku tersenyum lalu menelefon Waza.

*********

Selesai makan malam, rumah papa dan mama menjadi riuh-rendah apabila mendengar celoteh si kecil, Dhaifah. Bukan main peramah melayan keluarganya. Aisya turut mengikuti gayanya.

“Ayah! Nanti alau (kalau) alik (balik) Cheweden (Sweden) kan, ayah itut (ikut) tau!” aku tergelak mendengar percakapan pelat Dhaifah comel sangat.

“Amboi cucu nek mi cakap... bukan main...” kata umi. Dhaifah tersenyum-senyum malu lalu berlari menyorok ke arah Lutfi. Lutfi tersenyum.

“Shafiyyah.. kamu akan terus tinggal disini?” tanya ibu perlahan.

“Ya ibu. Sekali-sekala Shafiyyah akan pergi ke Sweden untuk berjumpa dengan rakan-rakan disitu.” Ibu mengangguk.

“Ehem.....” Tiba-tiba Rifqi berdehem. Semua mengalihkan fokus kepadanya. Aku lihat Waza bermain mata dengan Rifqi.

“Dah terlanjur berkumpul dekat sini... saya... Rifqi nak... minta izin daripada mak cik dan pak cik untuk jadikan Waza sebagai isteri saya yang sah.” Kata Rifqi sambil tersengih. Waza pula menutup mukanya, malu. Semua terkejut.

“Waza...kamu bercinta dalam diam ya, nak?” tanya walid. Waza tersenyum-senyum malu.

“Comel sangatlah senyum-senyum macam tu.” Nyakat aku.

“Yusra......” gumam Waza. Semua tergelak.

************

Sesudah aku mendodoikan Dhaifah tidur dan meletakkannya di dalam baby cot. Aku merebah diri yang letih ini disebelah Lutfi. Lutfi masih belum tidur, entah apa yang dimenungnya.

“Abang... tak tidur lagi? Ingat dah tidur.” Lutfi terkejut lalu memandangku.

“Um? Kenapa pandang Shafiyyah macam tu? Se...sebab baring sebelah abang ke?” Lutfi menarik perlahan lenganku apabila aku cuba untuk bangun.

“Tak...bukan. Abang... tak sangka... Shafiyyah akan pulang... ke pangkuan...abang...semula setelah apa abang buat dekat Shafiyyah. Abang... takut kehilangan Shafiyyah. Abang bersalah. Abang suami yang memimpin Shafiyyah ke neraka.” Aku mengelengkan kepalaku lalu mengusap rambut Lutfi.

“Belum terlambat lagi. Pintu taubat Allah SWT akan sentiasa terbuka untuk semua hambanya yang ingin bertaubat.” Lutfi menangis.

“Shafiyyah juga banyak buat dosa dekat abang. Derhaka dekat abang. Shafiyyah abaikan abang sehinggakan abang kemalangan, Shafiyyah tak tahu. Sebab itu Shafiyyah pulang, ingin meminta ampun daripada abang.” Tersedu-sedan aku menangis. Aku terlalu takut sekiranya aku menjadi isteri yang derhaka.

“Bukan salah Shafiyyah. Shafiyyah isteri yang solehah. Baik. Tapi abang yang buta tidak nampak kebaikan Shafiyyah. Sekarang abang dah kena balasan. Allah dah ambil semula penglihatan kanan abang dan kaki abang lumpuh. Abang menyusahkan semua orang.” Aku mengesat air mata Lutfi.

“Tak maulah cakap macamtu. Shafiyyah harap, abang ampunkan Shafiyyah. Shafiyyah takut menjadi isteri yang derhaka.” Lutfi memandang aku lama. Dia mengangguk.

“Abang ampunkan Shafiyyah. Shafiyyah jangan tinggalkan abang lagi.” Jari jemari Lutfi bermain-main rambutku.

“Terima kasih abang. Patutnya abang yang jangan tinggalkan Shafiyyah sorang-sorang lagi. Shafiyyah sunyi.” Aku ketawa kecil. Lutfi tersenyum.

“Abang janji.” Kami berbual-bual sehingga tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience