PROLOG

Romance Completed 42752

Dipinggirkan. Tiada kasih sayang. Punca semua kesalahan dan masalah. Ya. Itulah aku, aku menggambarkan diriku sendiri. Aku tak pernah merasakan kasih sayang ataupun aku sendiri tak tahu apa itu erti kasih sayang daripada seorang ibu kandung? Aku tidak pernah tahu apa punca ibu membencikan aku. Sejak aku lahir sehingga aku sudah lapan belas tahun pada hari esok. Ibu tidak pernah menjaga aku. Hanya ayah dan arwah nenek sahaja yang selalu melayan aku. Ibu sangat sayangkan kak Maila yang tua dua tahun daripada aku. Aku tak pasti apa keistimewaan yang terdapat pada kak Maila.

Yang boleh aku katakan tentang Kak Maila, dia cantik, berwajah mulus, berkulit putih seperti ayah, berpelajaran tinggi. Dan buktinya sekarang dia sedang menyambung pelajarannya di luar negara kerana memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat tawaran sambung belajar di London dengan biasiswa disediakan. Memang beruntungkan?

Esok adalah hari ulangtahunku yang ke-18 dan juga merupakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar. Aku kena pergi ke sekolah esok selepas menyiapkan sarapan buat ibu dan ayah. Itu memang pekara wajib kalau tidak aku dibelasah oleh ibu. Mungkin dah banyak kali kena dengan ibu kerana aku lambat menyiapkan sarapan. Boleh dikatakan banyak juga parut pada badanku ini dan aku diamkan sahaja tanpa pengetahuan ayah. Taknak aku menjadi penyebab ibu dan ayah bergaduh.

“Yusra, ayah pergi dulu ya. Kamu jaga diri.” Aku mengucup tangan ayah kemudian aku memeluknya erat. Ayah tersenyum lalu dia keluar untuk pergi bekerja. Ibu yang dari tadi melihat aku memandang sinis sahaja. Mula membuat muka menyampahnya bila aku memeluk ayah tadi.

“Kau tahu sekarang apa kau perlu buat?” aku mengangguk perlahan. Aku mengambil tiga buah baldi yang berisi pakaian lalu bawa ke belakang rumah untuk dicuci. Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil mencuci pakaian. [Najwa Latif – Satu Hari Nanti]

Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

“Sayang! Gembira nampak.” Aku terus mencampak baju yang dipenuhi sabun kepada pemilik suara itu. Hah! Padan muka, siapa suruh buat aku terkejut.

“Aduh! Pedih mata.” Aku memandang si pemilik suara itu. Alamak! Ammar lah. Aku terus mendapatkannya.

“Maaf-maaf. Siapa suruh terkejutkan Yusra? Kan dah pedih mata tu.” Aku meniup-niup mata Ammar supaya pedihnya berkurang.

“Abang tak sangka pula, sayang tekun betul cuci baju sambil menyanyi.” Ammar menggosok-gosok matanya kemudian dia ketawa. Aku memukul bahunya dengan baju.

“Apa yang kelakarnya?” marah aku.

“Comel sayang nyanyi tadi.” Kata Ammar. Sebelum itu, Ammar ini jiran sebelah rumah aku. Dia juga bersekolah sama dengan aku cuma dia kelas bawah sikit dari aku. Aku dah ‘couple’ dengan dia masa tingkatan 4. Sampai sekarang aku ingat betapa romantiknya dia ni bila nak aku jadi ‘girlfriend’ dia. Dah tu, siap berjanji nak masuk meminang bila dah dapat keputusan SPM.

“Hish! Malulah.” Aku menjeling ke arah Ammar. Ammar masih ketawa.

“Sayang esok kita ambil keputusan SPM. Nervous tak?” tanya Ammar. Aku diam sahaja merenung simen belakang rumahku ini.

“Hm.. nervous juga. Takapalah banyakan berdoa pada Allah SWT. InshaAllah kita berjaya bersama.” Ammar tersenyum.

“Malam esok abang datang meminang.” Lidah aku seperti dipotong. Like seriously?? Aku memandang dia. Dia hanya membuat muka biasa sahaja.

“Kita nikah secepat yang mungkin. Abang tak sabar nak sehidup semati dengan love abang ni.” Ammar mencuit hidungku. Secara automatik aku menampar bahunya.

“We are not mahram okay? Not yet.” Aku berpeluk tubuh. Ammar mengangkat kedua-dua tangannya tanda meminta maaf. “Jangan garang sangat my future wife.” Ammar ketawa.

“Abang nak pergi kedai ni, emak abang suruh beli barang. Esok tunggu dekat sini tau pukul 10:30 pagi, kita pergi bersama ambil keputusan.” Aku mengangguk lalu aku melambai tangan ke arahnya. Dia membalas lambaianku siap dengan flying kiss lagi. Angau cinta betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience