BAB SATU

Romance Completed 42752

“Sakit ibu. Maaf ibu. Sakit...” pagi lagi aku sudah didera oleh ibu kerana aku termasak nasi goreng masin. Habis nasi bersepah di atas lantai.

“Lepas ni kau jangan sentuh dapur aku. Aku tak nak kau masak apa pun. Faham!!!??” ibu menarik kuat rambutku, perlahan-lahan aku mengangguk.

‘Tak ada makanan untuk kau lepas ni. Pandai-pandailah kau jaga diri. Kau dah boleh jadi isteri orang! Sana! Jangan berani tunjuk muka kau dekat aku.” Aku berlari masuk ke dalam bilikku. Pintu bilikku aku kunci. Aku duduk di belakang pintu lalu menangis teresak-esak.

“Ayah...Yusra takut. Sakit ayah....” tangisan aku semakin kuat. Aku memandang jam yang tergantung pada dinding. Sudah jam 9:45 pagi. Aku kena bersiap, Ammar akan ambil aku sebentar lagi. Aku mengeluarkan baju kurungku yang sudah disiap digosok dengan tudung lalu aku membersihkan diriku.

Jam sudah bergerak ke angka 10:30 pagi. Aku keluar perlahan-lahan supaya tidak kedengaran oleh ibu. Telefon bimbitku aku simpan didalam poket kemudian cepat-cepat memakai kasut.

“Hai sayang abang. Jom.” Aku membonceng motorsikal Ammar. Laju juga si Ammar ni menunggang motor. Tak sampai 10 minit aku dan Ammar sudah sampai di kawasan sekolah. Aku ternampak Waza bersama orang tuanya.

“Yusra sayang! Rindu kau! Kau okey?” aku membalas pelukkan Waza kemudian aku bersalam dengan kedua-dua orang tua Waza.

“Alhamdullilah. Kau? Makin comellah kawan aku ni.” aku mencubit pipi Waza. Waza mengaduh.

“Ish kau ni, sakitlah. I’m always okay.” Kami tergelak. Kemudian aku, Waza dan Ammar masuk ke dalam dewan bersama.

“Alhamdullilah Ya Allah! Aku dapat 10A+!” Kata aku sambil melonjak kegembiraan. Waza memeluk aku sambil menangis lalu aku melihat slip keputusannya. Sama! Sebiji keputusan dia dengan aku.

“Tahniah korang.” Kata Ammar sedih. Aku memandang dia lalu melihat slip keputusannya. Dia mendapat 3A+ sahaja.

‘Tahniah juga buat abang. 3A tu rezeki abang juga. Jangan mengeluh dan berputus asa tau!” Ammar tersenyum apabila mendengar kata positif daripadaku.

Selepas mengambil keputusan SPM, ibu dan bapa Waza membawa aku dan Ammar pergi berjalan-jalan di sekitar pekan. Banyak mereka belanja aku, terasa bahagia menyinggah diriku.

*******

“Yusra, jangan lupa hajat abang malam ni.” pesan Ammar sebelum aku masuk ke dalam rumah. “Baik, abang. Yusra tunggu.” Kata aku tersenyum.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku ternampak Kak Maila sedang duduk bersama ibu dan ayah. Nampaknya Kak Maila sudah balik dari luar negara. Ayah memandang aku tersenyum manakala ibu hanya menjeling sahaja.

“Assalamualaikum. Maaf Yusra balik lewat sedikit.” Aku memeluk ayah, rindu sangat. “Waalaikumussalam. Ayah tahu, bapa Waza beritahu ayah. Tak adalah ayah risau.” Ayah mengucup dahiku lalu aku memberinya slip keputusan SPMku. Ayah terus mengalirkan air matanya.

“Alhamdullilah. Tahniah buat anak ayah tersayang. Rezeki kamu.” Aku turut menangis. Ibu dan Kak Maila hanya membuat muka tak ambil tahu sahaja. Aku tahu mereka bencikan aku. Tahu sangat~

“Ayah, malam ni Ammar nak masuk meminang Yusra. Dia nak jadi suami Yusra yang sah.” Riak muka ayah tak terkejut sebaliknya Kak Maila yang menjawab.

“Kau baru dapat result terus nak berkahwin? Kau mengandung ke apa?” selamba sahaja Kak Maila bercakap, aku beristighfar.

“Maila, tak baik kau cakap macam tu pada Yusra. Dah jodoh dia dah sampai, kita terima dengan baik. Semoga mereka bahagia.” Kata ayah positif.

“Eleh, Yusra semuanyalah baik di hadapan mata ayah. Yelah, lupa Maila, Yusra anak kesayangan ayah dunia dan akhirat.” Ayah diam sahaja. Tak mahu bertengkar dengan anaknya yang sudah berusia 20 tahun itu.

“Baiklah nak. Pergi siapkan apa yang patut untuk tetamu malam ni. Ayah nak mandi sekejap. Maila kau tolong sikit Yusra, ya.” Maila menjeling sahaja. Aku malas nak cari gaduh dengannya terus pergi ke dapur menyiapkan apa yang patut. Rasa berdebar pula.

******

“Assalamualaikum Yusra, abang ni.” aku membaca doa supaya berjalan dengan lancar kemudian perlahan-lahan aku membuka pintu utama. Kelihatan emak dan abah Ammar serta adik-beradiknya sedang menunggu di halaman rumah.

“Silakan masuk.” Aku bersalam dengan kedua-dua orang tua Ammar kemudian emak Ammar memelukku dengan erat sekali lalu dia tersenyum ke arahku.

Ketika semua tetamu sedang berborak dan berkenalan dengan ibu dan ayah, Kak Maila keluar dari biliknya dengan berpakaian sendat, baju kebaya moden berwarna biru cair tersarung cantik pada tubuhnya. Aku ternampak mata Ammar meliar melihat tubuh Kak Maila yang menggoda itu.

“Inikah kakak si Yusra?” tanya si bapa Ammar.

“Ya inilah dia, baru sahaja pulang dari London. Namanya Mariyyah Maila.” Nyampuk ibu.

Ammar tak lepas-lepas memandang Kak Maila yang berdiri di belakang sofa. Aku hanya diam sahaja, entah kenapa hatiku yang tadi terasa tenang menjadi gundah-gulana. Aku seperti cacing kepanasan sahaja melihat Ammar.

“Hmm, anak teruna ini apa hajat kamu ke mari ni?” sengaja ayah bertanya kepada Ammar. Ammar memandang wajah ayah lalu tersenyum.

“Hajat saya nak jadikan Mariyyah Maila menjadi isteri saya yang sah.” Hatiku seperti dipanah kilat. Reaksi ayah juga kelihatan terkejut begitu juga dengan emak dan abah Ammar. Kak Maila tersenyum sahaja. Dia tahu pasti Ammar tergoda dengan cara berpakaiannya ini. Biasalah lelaki, tak boleh tengok perempuan cantik dan seksi sepertinya.

Emak Ammar mencubit peha Ammar, Ammar berkerut. “Kamu kata dengan emak nak pinang Yusra. Kenapa kakak dia pula?” aku terdengar bisikan emak Ammar.

“Mak salah dengar kot. Saya nak pinang kakak dialah.” Takku sangka Ammar akan berubah sedrastik itu. Air mata aku mengalir deras. Ayah kelihatan mengeluh. Ibu pula tersenyum sinis ke arahku.

“Bolehkah pak cik hajat saya tertunai?” tanya Ammar sopan. “Mak cik setuju sahaja, Ammar. Boleh. Tak perlu kamu tanya ayah si Maila ni. Semuanya boleh.” Ayah memandang ibu dengan penuh perasaan marah. Aku mengesat air mataku.

Sedang tetamu semuanya menjamu selera, aku berjumpa dengan Ammar dibelakang rumah. Aku mahu bertanya kenapa dia berubah sedrastik itu.

“Abang kenapa macam ni? Sampai hati abang!” esakanku tidak mengubah semua yang telah terjadi. “Kau ingat serius ke aku datang meminang kau. Kau tengok cara pemakaian kau dengan kakak kau. Jauh, sangat jauh. Kakak kau cantik dan seksi. Itulah citarasa aku. Bukan macam kau, macam orang bodoh-bodoh sahaja.” Zuppp... hatiku seperti dibelah dua dengan pedang yang tajam. Aku berlari masuk ke dalam bilikku. Tangisanku sahaja yang menemani aku.

Aku hanya mencuri-curi dengar dari sebalik pintu, Kak Maila dan Ammar akan bernikah pada hari Sabtu ini dan akan bersanding pada Ahad esoknya. Aku diam sejuta bahasa. Aku cuba menenangkan diriku dan aku redha dengan semua yang berlaku. Aku sudah menelefon Waza dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Waza juga terkejut dan dia tidak sangka Ammar meminang kakaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience