BAB LIMA

Romance Completed 42752

“Assalamualaikum. Ini cik Shafiyyah Yusra ke? Saya kerani Syarikat Tan Sri Khursyid.” aku mengangkat panggilan daripada nombor yang aku tidak kenali. Rupanya kerani syarikat yang aku minta kerja dengan Waza tempoh hari.

“Waalaikumussalam. Ya,saya Shafiyyah Yusra. Boleh saya tahu tentang kerja kosong yang cik cakap tempoh hari?” tanya aku dengan susunan ayat yang sopan.

“Ya, saya ingin menjemput cik Shafiyyah Yusra ke temuduga pada hari esok. Sila bawa dokumen yang saya pesan. Sebelum saya lupa kawan cik, Siti Luwazah juga diterima untuk temuduga nanti.” Aku melonjak kegembiraan.

“Terima kasih. Kami akan datang esok.” Kerani itu mematikan talian. Aku menelefon Waza dan memberitahunya tentang esok.

*****

“Ayah, esok Yusra dan Waza akan pergi temuduga di Syarikat Tan Sri Khursyid pada jam 10 pagi. Yusra minta izin ayah...” aku mendekati ayah yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca suratkhabar.

“Alhamdullilah syukur, rezeki Yusra dan Waza. Ayah doakan Yusra dan Waza dapat pekerjaan tersebut.” Aku tersenyum riang.

Tiba-tiba kak Maila keluar dari bilik bersama Ammar. Mukanya kelihatan letih. Mungkin alahan hamil kak Maila belum hilang. Ammar mengambil tempat duduk di sebelah ayah manakala kak Maila pergi ke dapur.

“Ayah, esok Ammar dan Maila nak pergi jumpa emak dan abah kemudian kami mahu pergi bercuti sebentar untuk beberapa hari di Pulau Pangkor.” Aku memberi tumpuan kepada televisyen tetapi telingaku mendengar perbualan ayah dan Ammar. Woah... nak pergi bercuti. Dah berbaik ke dorang dua tu? Alhamdullilah doaku Allah dah makbulkan.

“Baiklah. Jaga diri. Maila tu mengandung anak kamu. Jaga dia baik-baik.” Pesan ayah kepada Ammar.

“Abang, saya nak ikut dorang pergi bercuti. Bosanlah duduk rumah menatap muka awak tu.” Kata ibu kasar. Ayah mengangguk sahaja.

“Pergilah Kamilah. Pergilah berhibur dekat sana puas-puas. Yelah suami sendiri dah lama tak bawa awak pergi bercuti. Pergilah dengan besan anak menantu ya.” Kata ayah sinis. Ibu terkedu.

“Ayah, Yusra nak pergi cuci baju ya.” Ayah tersenyum.

****

Sedang aku menyidai baju di ampaian, Ammar mengangkat dua baldi yang berisi baju lalu dia letakkan di tepi kakiku. “Abang dah tolong basuhkan ni. Yusra sidaikan, ya.” Aku mengangguk. “Yusra, sebenarnya...” cepat-cepat aku memotong percakapannya.

“Abang masuk jelah dalam, teman kak Maila tu. Nanti ibu nampak nahas dia kerjakan Yusra lagi. Yusra dah tak larat lagi, abang.” Ammar mengangguk lalu melangkah lemah masuk ke dalam rumah.

Sebenarnya bukan aku tak suka bila bercakap dengannya, hatiku sangat sedih bila dengar suara dia. Tu aku suruh dia masuk rumah. Nanti ada lagi syak wasangka daripada ibu dan kak Maila. Sejujurnya hatiku sudah pudar dengan Ammar.

Seusai aku menyidai baju, aku masuk ke dalam lalu mengambil sepinggan nasi dan sebiji telur goreng serta botol kicap untuk mengisi perutku yang sudah berkeroncong. Berselera sungguh aku makan, tiba-tiba terdengar bunyi detapan tapak kaki lalu dibelakangku. “Kau lupa apa aku pesan dekat kau, hah? kau bila ada ayah kau bolehlah kau mengada-ngada. Bangun!!!” habis pinggan pecah dan nasi bertaburan. Ibu mengepal nasi di atas lantai itu lalu menyumbat ke dalam mulutku. Tangan kirinya menarik kuat rambutku.

“Ibu, maafkan Yusra. Sakit!” aku sedikit terjerit apabila ibu menghantukkan kepalaku di bucu meja. Tiba-tiba pergerakan ibu terhenti apabila Ammar cuba menenangkan ibu. Ibu memukul Ammar dengan pinggan. Ammar terduduk kesakitan.

“Ammar!” aku mendapatkan Ammar yang kepalanya berdarah akibat ibu memukulnya dengan pinggan sehingga pecah pinggan. “Nampaknya kau masih ada hati dengan Ammar, ya?” tanya Kak Maila yang berdiri disebelah ibu. “Yusra cuma nak tolong dia. Ibu hampir bunuh dia!” tempik aku. Ibu menampar aku beberapa kali. Aku mengagahkan badanku lalu menolak perlahan tubuh ibu ke belakang. Ibu terduduk. Kak Maila diam sahaja melihat kami.

“Yusra penat ibu! Penat! Ibu tak pernah sayangkan Yusra! Apa salah Yusra ibu? Apa salah Yusra!!!” aku menjerit sekuat hatiku. Ibu hanya memandang kosong ke arah aku. Aku terus tersedar sendiri. Aku beristighfar mengingati Allah. Aku sudah meninggikan suara kepada ibu.

“Ibu, maafkan Yusra. Yusra meninggikan suara dekat ibu. Ibu ampun, bu. Buatlah apa-apa dekat Yusra, bu.” Aku dapat memeluk tubuh ibu, terus ibu menolak aku ke belakang. Ammar memegang bahuku.

“Kau tak pernah jadi anak aku! Anak aku hanya Mariyyah Maila. Aku benci kau! Sebab kau bawa malang!” aku menangis teresak-esak. Kak Maila mendekati Ammar lalu memapah Ammar. Mereka membiarkan aku berdepan dengan ibu. Aku takut. Ayah... Yusra nak ayah!

“Kau tak patut hidup!” ibu menengking aku.

“Siti Nur Kamilah!” ayah menarik bahu ibu. Ibu kelihatan terkejut. “Kau masih percaya benda-benda karut itu? Hah! Bawa mengucap Kamilah! Dia tu anak kita. Darah daging kita. Kau lahirkan dia dengan sedaya-upaya kau. Sedih aku tengok sikap kemanusian kau macam ni, Kamilah.” Ayah yang baru balik dari kedai terkejut melihat ibu sedang memarahi aku.

Ayah menarik tanganku lalu menyuruh aku mengemas bajuku dan ayah membawa aku ke rumah Waza. Ayah meminta tolong daripada ibu dan bapa Waza untuk meninggalkan aku di rumah mereka buat seketika. Mereka tidak kisah aku tinggal bersama mereka.

“Ayah... Yusra nak dengan ayah. Nak balik rumah kita. Yusra tak kisah, ayah.” Ayah menolak-nolak tubuhku. Aku mengeraskan badanku lalu aku memeluk ayah sekuat hatiku. Aku terdengar tangisan ayah.

“Maafkan ayah, nak. Ayah tak dapat nak jaga Yusra dengan baik. Yusra jadilah anak ayah yang solehah. Tolong ayah di akhirat nanti. Ya sayang?” aku mengangguk. “Dah masuk dengan Waza tu, kesian dia tunggu kamu. Ayah sayang kamu. Jangan balik selagi keadaan ibu kamu tu begitu.” Ayah terus menunggang motornya lalu beredar. Aku masuk ke dalam bersama Waza.

Aku menangis teresak-esak disisi Waza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience