BAB SEPULUH

Romance Completed 42752

SETAHUN KEMUDIAN,

Sudah 10 bulan aku dan Waza bekerja di syarikat Tan Sri Khursyid. Puan Sri Qismiyyah iaitu mama Encik Lutfi selalu datang menjenguk kami berdua. Kalau kami cuti sahaja, laju je dia ajak kami temankan dia berjalan-jalan. Yang aku hairan, Puan Sri tak pernah ajak Hana iaitu kekasih hati Lutfi temankannya berjalan-jalan. Aku tahu daripada Rifqi tentang Sharifah Hana Aqila merupakan kekasih hati Lutfi, sudah tiga tahun mereka ‘couple’.

Hari ini Tan Sri membuat satu majlis doa selamat dan jamuan kerana syarikatnya mendapat keuntungan yang besar. Semuanya hasil kerja keras kami. Aku dan Waza selalu mendapat pujian daripada Tan Sri atas kerja-kerja kami dan paling menggembirakan kami dinaikkan gaji sebanyak RM 2500 sebulan. Umur kami baru sahaja berganjak ke 19 tahun tapi kami memperoleh gaji yang banyak. Syukur Allah SWT memurahkan rezeki kami. Aku dan Waza sudah pun mengambil lesen kereta dan dapat membeli kereta sebiji dengan berkongsi duit. Sekarang kami ke tempat kerja dengan memandu kereta sahajalah. Tidak naik komuter lagi dah...

“Yusra, kau dah siap ke? Kita dah lambat ni.” tegur Waza. “Ya, dah siap ni. sekejap!” jerit aku. Sekarang sudah jam 7:45 malam, selepas solat Maghrib sahaja kami terus bersiap. Majlis itu akan bermula pada jam 8:30 malam sehingga 11 malam. Hari ini aku mengenakan jubah moden berwarna ungu cair dan tudung gaya Emma Maembong berwarna hitam.

Waza memandu sehingga ke rumah Tan Sri. Memang mewah betul rumah Tan Sri. Selama 10 bulan bekerja baru hari ini aku dan Waza bertandang ke rumahnya. Rumah agam tiga tingkat. Memang sesat kalau siapa yang kali pertama datang. Memang sebiji istana! Ternganga mulutku melihat rumah agam milik Tan Sri.

Aku dan Waza masuk ke dalam rumah itu. Seperti masuk ke dalam hotel bertaraf 10 bintang! Kelihatan sudah ramai datang ke majlis ini. Kelihatan Lutfi bersama Hana sedang duduk di atas sofa sambil bergurau-senda. Memang bebas pergaulan mereka. Waza menarik aku apabila dia ternampak Puan Sri melambai-lambai tangannya ke arah kami.

“Sini sayang. Duduklah. Kita baca Yassin kemudian doa selamat dan bolehlah kita menjamu selera.” Beritahu Puan Sri. Aku dan Waza mengangguk lalu duduk di atas karpet yang dikhaskan untuk membuat doa selamat. Ustaz juga sudah berada disitu.

Jam sudah menunjukan pukul 8:30 malam maka bermulalah majlis doa selamat dengan pembacaan Yassin serta Doa-doa yang lain. Kemudian kami mengambil tempat untuk menjamu selera. Berselera sungguh apabila jamuannya semua berlaukkan masakan kampung. Kami berdua makan di meja yang sama dengan Puan Sri, Tan Sri, Lutfi serta Hana. Terasa janggal aku duduk dengan mereka. Kenalah sopan makan ni.

Aku tengok Hana seperti tidak senang apabila aku duduk bersama mereka. Mungkin aku tak setaraf dengannya. Pandang pun macam geli. Aku lihat Waza berselera makan langsung tidak hairankan Hana yang memandang dia dari tadi.

“Hana, kamu sudah kenal dengan Shafiyyah dan Luwazah?” Hana tergelak. “Tak kenal pun tak apa, aunty. Nama pun dah macam orang kampung sangat.” Hana gelak lagi. Tan Sri berdehem membuatkan ketawa Hana terhenti.

“Sorry.” Minta maaf pun tak ikhlas. Siap jeling-jeling lagi. Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini. Aku hanya banyakan istighfar kemudian menjamu selera dengan tenang. Aku abaikan sahaja jelingan maut Hana itu.

Semua sudah bersurai apabila jam sudah pukul 11 malam. Sudah beberapa kali aku menguap sampai berair mata. Memang mengantuk sangat. Aku lihat Lutfi menghantar Hana sehingga ke kereta ferrari milik Hana. Aksi manja Hana membuatkan aku rasa menyampah. Cepat-cepat aku mengucap lalu mengabaikan segala fikiran negatif yang datang.

“Shafiyyah, Luwazah jangan balik dulu. Saya nak bercakap dengan kamu sebentar.” Kami mengangguk lalu Tan Sri dan Puan Sri serta Lutfi duduk di atas sofa berhadapan dengan kami. Terasa seram pula.

“Lutfi, kamu tahun ni umur berapa?” lutfi memandang pelik ke arah mamanya.

“31 tahun. Kenapa?” Usia aku 12 tahun berbeza dengan Lutfi.

“Mama dengan papa nak kamu bernikah. Kami teringin nak anak tunggal kami ini bahagia.” Tercengang Lutfi. Dan aku pelik, apa kena mengena dengan aku??

“Yeah, so early ma. Lutfi sayangkan Hana. Suatu hari Lutfi akan lamar Hana juga. She’s my angel ma. Lut tak boleh berpisah dengan dia.” Kata Lutfi selamba.

“Not her, Lutfi. Papa nak Lutfi bernikah dengan Shafiyyah. Bukan papa nak menghina Hana. Kamu dah bersama dengan Hana selama 4 tahun. Papa tak tahu macam mana Lut boleh tahan dengan sikap Hana yang liar itu. Dah banyak kali papa terserempak dengan dia masa mabuk, masa bersama dengan lelaki lain.” Jantung aku seperti sudah tiada lagi. Aku? Lutfi? Nikah? Ya Allah.... apakah ini semua Ya Allah?

“With her, pa? No way! She is just my assistant. My worker. Not more than that. I never fall in love with her. Never!” bentak Lutfi.

“Mama juga setuju dengan papa. Kamu bernikah dengan Shafiyyah, mama dapat merasakan kebahagiaan akan Lut nikmati.” Aku diam terkaku. Diam seribu bahasa. Mungkin sejuta.

“Please pa, ma. Don’t force me. I want to married Hana. Not her.” Terang tang tang kena reject, aduhh janganlah paksa dia untuk kahwin dengan aku. Tolong Yusra, Ya Allah.

“Jangan paksa Lut, mama papa!” jerit Lutfi lalu berlari masuk ke dalam biliknya.

“Yusra, maafkan kami. Baliklah dulu. Nanti kita berbincang lagi.” Aku mengangguk lalu aku dan Waza balik ke rumah.

*******

“Waza... kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa mesti Lutfi yang aku kena kahwin?” Waza memeluk bahuku erat lalu jarinya mengesat air mataku yang berjuraian.

“Sabar, mungkin Allah SWT nak memberi kau dugaan. Kau mestilah terima. Kau pernah cakap nak jadi Hamba Allah yang solehah. Jangan risau, Yusra. Aku sentiasa dengan kau. I love you so much, sis.” Aku memeluk Waza. Dalam hidup aku, Waza seorang yang selalu menemani aku yang lara ini.

Aku menangis sehingga tertidur di dalam pangkuan Waza.

Keesokannya, aku tersedar pada jam 4 pagi. Aku bangun lalu aku mengambil wudhu dan aku menunaikan solat istikharah. Selesai solat, aku menangis sambil meminta tolong kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan yang benar kepadaku. Selesai berdoa, aku melihat Waza masih lagi tidur. Aku mengambil masa ini dengan membaca Al-Quran.

Jam sudah bergerak ke angka 6 pagi. Aku mengejut Waza supaya solat Subuh bersama. “Yusra, take a deep breath and tawakal, okay?” aku mengangguk lalu tersenyum.

“Mari kita pergi tolong umi buat sarapan.” Aku mengangguk lalu bangun menuju ke dapur.

Setelah selesai bersarapan bersama umi, kami bersiap untuk pergi bekerja. Walid pula sudah pergi bekerja seawal jam 6 pagi tadi. “Umi, Yusra dan Waza pergi kerja dulu. Umi jaga diri ya. Sayang umi.” Kata aku lalu aku dan Waza memeluk umi erat. Hari ini giliran aku memandu.

*******

“Yusra, sila datang ke bilik saya.” Kata Lutfi yang baru sahaja masuk ke pejabat pada jam 10 pagi. Lewat pula dia datang hari ini. aku bangun lalu menuju ke biliknya. Aku lihat keadaan dia seperti tidak terurus.

“Hari ini awak hanya siapkan file untuk projek ini. Kemudian beri kepada saya secepat yang mungkin. Saya nak hari ini juga.” Aku mengangguk lalu mengambil file tersebut dan beredar.

Aku terus menyiapkan data untuk projek yang dikatakan oleh Lutfi tadi. Tak sampai dua jam aku berjaya menyiapkannya. Ketika aku mahu menghantar file tersebut aku ternampak Rifqi sedang memberitahu Lutfi sesuatu. Terus kelam-kabut Lutfi dan dia keluar dari biliknya.

“Shafiyyah ikut saya sekarang! Beri file itu pada Rifqi.” Aku memberi file itu kepada Rifqi lalu Lutfi terus menarik lenganku sehingga ke keretanya. Kenapa sesuka hati dia nak tarik lengan aku? Dah lah bukan mahram. Marah betul aku.

Lutfi memecut keretanya terus sampai ke sebuah hospital. Siapa pula yang sakit ni? aku terus mengekori Lutfi ke sebuah bilik wad. Aku masuk sahaja kelihatan Tan Sri sedang terbaring dengan wajahnya pucat sekali.

“Papa, Lutfi datang. Lutfi minta ampun, pa.” Kata Lutfi sambil menangis tersedu-sedan memegang tangan Tan Sri.

“Sini Shafiyyah.” Panggil Puan Sri yang sedang duduk disebelah suaminya. “Tan Sri sakit apa?” air mataku berguguran apabila melihat wajah Tan Sri sangat pucat.

“Dia terlalu penat dan jantungnya agak lemah.” Jawab Puan Sri. Aku mengesat air mataku. Keadaan Tan Sri mengingatkan aku sewaktu arwah ayah kemalangan dan terbaring di atas katil hospital ini.

“Lutfi, papa kamu kepenatan sangat sebab memikirkan tentang kamu.” Aku faham maksud Puan Sri. Ni mesti berkenaan hal semalam.

“Lutfi tahu. Papa stres sebab Lutfi marah papa semalam dan pagi tadi Lutfi tak bertegur dengan papa.” Kata Lutfi.

“Lutfi mengalah dengan papa. Lutfi akan menikahi Shafiyyah.” Aku terkaku seperti dipanah kilat. Lutfi nak menikahi aku? Biar betul dia ni. Dia ingat perkahwinan main-main ke?

“Lutfi... papa tak paksa... papa cuma... nak anak lelaki papa bahagia. Tak disakiti oleh perempuan seperti Hana.” Lutfi mengeluh.

“Betul pa, Lutfi akan menikahi Shafiyyah. Ahad ni kita hantar meminang. Lutfi nak papa sembuh sebelum hari Ahad ini.” Lutfi memeluk erat tubuh lemah bapanya itu. lidahku terkelu, tidak dapat mengungkapkan satu perkataan pun.

“Buat masa ni, Lutfi handle syarikat. Biar papa rehat pula.” Kata Puan Sri kepada Lutfi. “Baik ma. Shafiyyah mari.” Lembutnya suara Lutfi memanggil aku untuk pulang ke pejabat semula.

********

“Yusra, are you very seriously about this? He wants to marry with you?” aku mengangguk lemah. Wajah Waza sangat terkejut apabila aku menceritakan tentang hal tadi. Waza mengajak aku ke ruang tamu dan memberitahu umi dan walid.

“Yusra setuju? Pernikahan ini bukan permainan, sayang. Yusra masih muda baru sahaja 19 tahun. Banyak lagi cabaran yang perlu Yusra hadapi. Yusra sanggup?” kata umi. Sebut tentang pernikahan ini, aku teringat ketika Ammar mahu datang meminang aku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Tak mahu ingatkan masa lalu yang dah setahun berlalu. Aku percaya mungkin Lutfi akan berubah.

“Mungkin ini jawapannya, umi. Yusra dah buat solat istikharah. Yusra minta Allah beri petunjuk kepada Yusra. Dan inilah jawapannya, Yusra terima dengan redha.” Kata aku dengan lega. Umi dan walid tersenyum.

“Baiklah. Hari Ahad ini Lutfi akan datang meminang?” aku mengangguk. “Kita buat persediaan kecil sahaja.” Aku tersenyum.

“Terima kasih umi. Terima kasih walid.” Mereka mengangguk sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience