BAB TUJUH

Romance Completed 42752

Hari ini kami akan mula bekerja, selepas menunaikan fardhu Subuh kami mula bersiap dan mengenakan pakaian yang formal. Aku mengenakan baju blaus lengan panjang berwarna biru dan kain labuh berwarna putih. Tudung pula aku memakai jenis instant shawl berwarna putih krim. Ini kali pertama aku berpakaian begini, ini semua arahan Siti Luwazah untuk aku memakai seperti ini. Terasa janggal pula.

“Cantiknya adik Yusra kita ni!” teruja Waza. Aku menahan malu apabila dipuji oleh Waza. Waza mencubit kuat pipiku.

“Waza! Sakitlah! Hish...” marah aku. Waza tergelak-gelak. “Jom kita bersarapan.” Kami keluar beriringan dari bilik dan menuju ke meja makan. Umi telah menyediakan mihun goreng dan air milo untuk menu sarapan hari ini. Aku dan Waza makan dengan berselera sekali.

“Waza, Yusra ni duit belanja kamu. Lepas Yusra dan Waza dah dapat gaji, walid hanya masukan RM50 setiap bulan dalam bank kamu berdua.” Kami mengucapkan terima kasih kepada walid lalu walid menghantar kami ke tempat kerja. Rasa berdebar pula.

******

“Assalamualaikum, saya Muntazar Rifqi boleh panggil Rifqi sahaja. Tak perlu ber-encik.” Sampai sahaja di tempat kerja kami terus pergi ke bahagian yang telah ditetapkan untuk kami hari itu.

“Waalaikumussalam. Saya Siti Luwazah, panggil Waza. Ni sahabat saya Shafiyyah Yusra, panggil Yusra.” Aku memberikan senyuman kepada Rifqi, dia membalas senyumanku.

“Hari ini saya akan ajar kamu berdua cara-caranya ya? Tak perlu segan untuk bertanya kalau tak faham.” Kami berdua mengangguk.

Selama dua jam Rifqi mengajar kami cara-cara untuk menyiapkan data atau apa-apa mengenai syarikat ini. Banyak juga dia pesan supaya membuatnya dengan teliti dan banyakan pemeriksaan pada data tersebut supaya tiada kesalahan. Aku semakin mahir membuatnya sama seperti Waza. Meja kami hanya bersebelahan sahaja, senang mahu berkomunikasi.

Aku melihat jam tanganku sekarang sudah pukul 1 tengahhari. Tiba-tiba Rifqi datang ke tempat kami. “Waza, Yusra marilah berehat bersama. Kita hanya ada satu jam sahaja untuk berehat.” Kami mengekori langkah Rifqi sehingga ke satu restoran berdekatan dengan bangunan syarikat itu.

“Jadi kamu berdua belum ambil lesen kereta lagilah ni? siapa yang hantar tadi?” kami asyik berborak dengan Rifqi sepanjang berehat ini. “Belum, nak kumpul duit dulu. Tak nak susahkan walid dengan umi. Tadi walid hantar, mungkin lepas ni kami naik komuter yang berdekatan dengan rumah kami.” Rifqi mengangguk.

“Saya pun nak komuter sebenarnya memandang saya belum beli kereta lagi. Lesen sudah ada.” Kami tergelak. “Ohh begitu. Rifqi, awak bekerja sebagai assistant Tan Sri tak susah ke? Selalu kena marah tak?” tanya aku. Rifqi tersenyum. Pelik aku setiap kali aku ajukan soalan kepadanya, mesti senyum dulu baru jawab.

“Susah. Memang sangat susah. Tak boleh salah satu pun! Ni tambah lagi saya kena jaga awak berdua daripada membuat kesilapan. Tan Sri suruh saya pantau awak, mungkin salah seorang daripada awak akan jadi assistant untuk anaknya, Encik Lutfi Khairuddin.” Kami terkejut.

“Kenapa kami? Kami baru mula bekerja, baru lapan belas tahun. Kenapa Tan Sri tak pilih pekerja yang dah lama?” bertubi-tubi soalan Waza.

“Arahan Tan Sri, saya kena ikut. Assistant Encik Lutfi sudah berkali-kali tukar dengan alasan mereka tak tahan dengan sikap baran Encik Lutfi.” Gulp, anak tan sri ni panas baran. Takutnya.

“Hari ini dia tak datang sebab pergi bercuti. Esok baru dia masuk kerja. Jadi, kamu berdua kena datang awal sebelum dia sampai.” Kami mengangguk faham. “Encik Lutfi akan datang tepat jam 9:00. Dia tak pernah lewat.” aku terfikir macam manalah kalau aku yang terpilih jadi assistant dia. Ya Allah, gementarnya.

“Jom, kita masuk awal. Korang dah kenyangkan?” kami mengangguk lalu beredar dari restoran tersebut dan kami menyambung semula pekerjaan kami.

******

“Yusra, hari ini Encik Lutfi tu datanglah. Nervous pulak aku ni.” tangan Waza kelihatan mengigil. Tapak tanganku juga sudah sejuk. Hari ini kami datang awal setengah jam, kelihatan sudah ramai juga yang dah datang ke tempat kerja. Semuanya takut dengan Encik Lutfi.

Tepat jam 9:00 pagi, Tan Sri Khursyid masuk ke pejabat bersama seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi orangnya. Mungkin itu Encik Lutfi. Kacak juga tapi sayang orangnya seorang yang panas baran.

“Siti Luwazah dan Shafiyyah Yusra, sila ikut saya ke bilik.” Kami memandang antara satu sama lain. Tan Sri sendiri yang memanggil kami untuk ke biliknya. Rasa nak tercabut jantung aku dibuatnya. Perlahan-lahan kami mengekori Tan Sri. Aku perasan anak mata Encik Lutfi asyik memandang kami sahaja.

“Silakan duduk. Tujuan saya panggil kamu berdua untuk memperkenalkan kepada Lutfi Khairuddin, anak saya. Dia akan memilih salah seorang untuk jadi assistantnya.” Lutfi memandang aku lama. Dia langsung tidak memandang Waza. Dia pilih aku ke? Ya Allah tolong...

“Lutfi pilih dia, pa.” Terbuntang mataku apabila dia menunding jari ke arahku. Waza memegang kuat tanganku yang sudah kesejukkan.

“Yusra, mari ikut saya ke bilik saya.” Aku mengangguk lalu mengekori Lutfi ke dalam biliknya. Dia mula memberitahu tentang keperluan dan kehendak dia di dalam syarikat ini. Aku fokus mendengar percakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience