BAB TIGABELAS

Romance Completed 42752

Ramai tetamu sudah datang ke masjid. Aku akan menjadi isteri Lutfi yang sah beberapa minit sahaja lagi. Waza yang menguruskan aku sepanjang majlis pernikahan ini. Waza banyak kali memuji aku kerana mukaku sangat berseri apabila disolek dan memakai baju pengantin.

“Lutfi Khairuddin Bin Tan Sri Khursyid.” Panggil Tok Kadi.

“Ya saya.” Jawab Lutfi.

“Aku nikahkan dikau dengan Shafiyyah Yusra Binti Ahmad Anas dengan mas kahwin sebanyak RM5000 tunai.” Kata Tok Kadi.

“Saya terima nikahnya Shafiyyah Yusra Binti Ahmad Anas dengan mas kahwin sebanyak RM5000 tunai.” Lutfi melafazkan ayat tu sekali sahaja.

“Sah?” Tok kadi bertanya kepada saksi.

“Sah!” kata saksi itu. Tok kadi mula membaca doa. Tak tahu kenapa air mataku bergenang apabila mendengar Lutfi melafazkan kata-kata itu. Terasa bahagia, tapi itu cuma sementara. Lutfi tak akan cintakan aku.

Mulalah sesi pengambaran untuk kami berdua dan kemudian bersama keluarga. Selepas ini kami akan ke studio gambar. Mama menyuruh kami ke sana untuk membuat gambar kenangan. Hatiku sebak, membazir sahaja mengambil gambar semua ini. Ia cuma sementara sahaja.

Pelbagai gaya yang kami gayakan untuk gambar tersebut. Gambar terakhir, aku memeluk Lutfi lalu Lutfi mencium dahiku. Aku pelik tengok Lutfi, sanggup dia lakonkan semua ni.

Aku pulang ke rumah mama dan papa. Mulai hari ini, aku tinggal bersama mereka sementara Lutfi sedang memilih rumah untuk kami tinggal nanti. Papa dan mama menghadiahkan aku sebuah kereta sport berwarna sliver.

“Pa, ma... Shafiyyah dengan Lut nak naik atas. Penat lah.” Kata Lutfi. Mama dan papa mengangguk lalu tersenyum. Lutfi menarik tanganku lalu kami masuk ke dalam bilik.

Masuk sahaja dalam bilik, Lutfi mengunci pintu lalu menolak aku dengan kuat sehingga aku terduduk di atas tilam. Tergamam aku. Lutfi mendengus.

“Kenapa mesti kau yang muncul dalam hidup aku? Kau tahukan aku buat semua ini sebab terpaksa. Penatlah aku nak berlakon semua ini. Terasa jijik aku dengan semua ni.” Lutfi menepuk kuat tangannya di atas meja solek. Membuat aku terus mengalirkan air mata aku.

“Pergi tukar baju! Lepastu tidur! Itupun nak aku suruh ke?” terkocoh-kocoh aku mengambil tuala dan sehelai baju tidur lalu masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air, aku menangis teresak-esak.

“Shafiyyah! Kau nak tidur dalam bilik air ke? Hah!!” Lutfi mengetuk-getuk pintu bilik air dengan kuat seperti mahu tercabut sahaja. Aku keluar lalu terus merebahkan diri di atas tilam empuk itu. Lutfi sudah pun meletakkan bantal peluk di bahagian tengah tilam untuk menjadi penghadang.

“Tidur! Esok kita nak bersanding pulak.” Pesan Lutfi lalu dia menutup lampu tidur. Aku memejamkan mata diselang-seli air mata jatuh berjuraian.

*******

Pagi itu aku bangun seawal jam 5 pagi, aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh. Aku cuba mengejut Lutfi untuk bersolat bersama.

“Heiii! Jangan kacau aku nak tidurlah! Kau nak solat pun, solat jelah! Tak payah nak kacau aku!” tengking Lutfi. Aku tersentak.

Allahuakhbar... Allahuakhbar...

Selesai azan berkumandang, aku menunaikan fardhu Subuh dengan tenang. Aku cuba menghilangkan perasaan takut kepada Lutfi. Aku hanya takut pada Allah SWT. Allah SWT yang menguasai seluruh alam. Allah SWT yang berkuasa. Bukan manusia. Selesai solat, aku turun ke bawah menolong bibik menyiapkan sarapan. Aku menggoreng mihun dan cekodok pisang lalu membuat white hot coffee.

“Erm... sedapnya bau. Anak mama masak ya.” Aku tersenyum apabila mendengar pujian daripada mama. Papa juga memujiku.

“Lutfi tak bangun lagi?” aku menggelengkan kepala. “Tadi Shafiyyah dah kejutkan, tapi dia kata dia penat sangat.” Mama dan papa mengangguk.

“Nanti Shafiyyah pergi ke rumah umi, bersiap ya untuk persandingan nanti.” Aku mengiyakan.

“Good Morning... papa mama.” kelihatan Lutfi menuruni anak tangga lalu mendekati aku. Dia mencium ubun-ubunku. Aku terkaku. “Good Morning sayang...” aku teragak-agak untuk membalas senyuman Lutfi. Oh! aku sememangnya bukan pelakon yang handal seperti Lutfi.

“Good morning... haa.. awal bangun. Selalu lambat.” Lutfi tergelak.

“Since she come to my life, ma.” Mama dan papa tergelak. Menyampah aku. Dasar penipu!

“Sekejap lagi abang hantar Shafiyyah pergi rumah umi dan walid.” Aku hanya mengangguk sahaja malas nak bercakap banyak.

“Pa, ma.. Lutfi dah beli rumah semalam. Rifqi yang tolong Lut semalam. So ingat esok terus nak pindah.” Mama dan papa mengangguk.

“Baiklah.” Kata papa. Aku lihat selera sungguh Lutfi makan mihun goreng dan juga cekodok buatanku.

Tepat jam 9 pagi, Lutfi menghantar aku ke rumah umi dan walid. Ada masa dua jam untuk aku bersiap kemudian kami akan ke dewan besar Putrajaya dan bersanding disitu. Aku mengenakan jubah moden berkilat berwarna pink cair dengan tudung labuh bersama kain net berwarna putih krim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience