BAB DUABELAS

Romance Completed 42752

Hari ini Lutfi memberi aku cuti untuk membuat persiapan perkahwinan kami. Aku macam tak ada mood je bila dia cakap nak pergi beli baju pengantin. Dia memarkir keretanya berdekatan dengan bangunan pusat membeli-belah itu.

“Mari.” Katanya malas.

Aku dan Lutfi masuk ke dalam sebuah butik pengantin. Pelbagai jenis baju. Cantik!

“Eh! Encik Lutfi, kenapa you datang sini? Nak kahwin dah ke?” tanya seorang lelaki yang kelakuannya agak lembut.

“Ya, ya. That my future wife, Shafiyyah.” Aku memberikan senyuman. “So beautiful. Bukan you cakap nak kahwin dengan Hana ke nanti? You are so playboy, Lut.” Lutfi gelak. Aku diam sahaja sambil memandang baju-baju pengantin yang ada disitu.

“Shafiyyah, go choose now.” Aku tidak memberi respons lalu mengikut lelaki tadi itu untuk memilih baju pengantin.

“Miss Shafiyyah, awak nak tema yang macam mana? Before that, my name is Jailani. Just call me Jai.” Aku tersenyum. “Saya nak baju pengantin yang bertemakan muslimah.” Jai mengangguk. “Ini samplenya dan warna.” Aku membelek-belek buku skrap yang diberi oleh Jai. Aku terus memilih on-the-spot.

Aku memilih satu gaun labuh berwarna putih bermanik-manik kecil dan berkilat sedikit manakala tudung pula aku memilih tudung labuh dan ada mahkota kecil diatasnya dan kain net berwarna pink rose.

“Great choice, Shafiyyah.” Puji Jai. Aku senyum sahaja.

“Done! So when you will married?” tanya Jai.

“Another two weeks...” Jai mengangguk lalu mencatat semua yang diperlukan.

“Lut, dah pilih baju untuk you?” Lutfi mengangguk lalu menunjukan pemilihan bajunya. Aku nampak dia memilih baju melayu berwarna putih dan tuksedo putih. Dia pun suka putih ke?

“Okay done. Baju-baju ini akan siap 5 hari lagi. Nanti akan dihantar ke rumah you.” Lut mengangguk. Kami pun keluar dari butik tersebut. Dalam pemikiran aku, aku nak balik je. Malas nak lama-lama berdua dengan dia.

“Nak pergi mana tu? Mengelamun ke?” aku tersentak apabila selamba sahaja Lutfi memukul lenganku.

“Awak jangan nak sesuka hati pegang saya, ya. Kita bukan mahram lagi. Not yet.” Marah aku.

“Not yet.” Ajuk Lutfi.

Aku mengekori sahaja langkah Lutfi sehingga ke sebuah restoran. Dah dia ajak aku pergi makan pulak. Dia mengambil tempat di bahagian tepi restoran. Aku melabuhkan punggung lalu termenung sahaja. Tak ada selera nak makan.

“Nak apa?” tanya Lutfi. Aku gelengkan kepala. “Puasa ke?” tanya Lutfi.

“Tak...” jawab sepatah sahaja dah memadai. Lutfi menjeling.

“Habis tu tak nak makan? Kau jangan nak buat aku naik angin.” Aku menelan air liurku. Dah datang dah baran dia.

“Nasi goreng ayam dengan milo ais.” Kata aku malas.

“Okay good then.” Tanya Lutfi lalu memanggil waiter untuk memesan makanan.

Satu demi satu aku suap nasi goreng ayam itu ke dalam mulutku, kemudian aku menyedut air milo ais. Macam tak ada perasaan je bila makan. Sumbat je dalam mulut sebagai tanda. Malas nak berhadapan dengan baran si bakal suami ni. Bakal...

“Lemah je makan? Tak sedap ke?” aku terkejut. “Sedap je..” kata aku.

Seusai kami makan, Lutfi pergi ke satu tempat untuk menempah persiapan perkahwinan. Macam-macam dia tempah. Bunga telur, bunga manggar dan... banyak lagilah. Beria-ria pula dia nak kahwin dengan aku. Aku pula tengok sahaja gelagat dia bercakap dengan perempuan yang mengambil tempahan disitu. Tengok dari cara dia memang seorang yang playboy. Tak boleh nampak perempuan pakai sendat mesti melayan. Aku beristighfar sahaja sepanjang itu. Aku rasa berdosa sangat.

“Kita balik.” Aku melonjak kegembiraan dalam hati. Yes! Ni saat aku tunggu, memang aku nak balik. Balik! Baik meluangkan masa dengan Waza daripada dia. Aku rasa Waza pun dah pulang ke rumah.

“Lutfi!!!” ketika aku mahu membuka pintu kereta. Tiba-tiba Hana menjerit memanggil Lutfi. Tercengang dia.

Panggg...

Terkejut aku apabila Hana selamba menampar wajah Lutfi di hadapan khalayak ramai. Aku melihat Lutfi tidak marah sebaliknya memujuk. Mulalah... buat aku sakit hati.

“Sampai hati you sanggup nak kahwin dengan budak kampung tu! You kata nak kahwin dengan I nanti. Lama I tunggu you. Hate you!” Meronta-ronta Hana apabila Lutfi memegang kuat kedua-dua lengannya.

“I terpaksa Hana. I ikut kehendak papa. I janji I akan kahwin dengan you juga. I tak lama pun kahwin dengan dia. I janji!” Kata Lutfi, lalu mengucup tangan Hana. Aku sedikit mengeluh. Aku mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Biarlah akulah pergi. Balik pun boleh naik teksi ke bas.

Aku jalan dan jalan. Entah ke mana aku membawa diri ini. Tiba-tiba seseorang terlanggar aku. Hampir aku jatuh tetapi sempat disambut olehnya.

“Eh, Yusra! Sorry...sorry saya tak ada niat nak pegang awak. Maaf saya terlanggar awak.” Kata Rifqi dengan mukanya serba salah.

“Tak apa. Tak sengaja. Sorry, saya yang melolong jalan.” Kata aku sambil tersenyum.

“Seorang sahaja?” aku mengangguk malas nak beritahu sebelum ni aku dengan siapa. Spoil mood je nanti.

“Mari, saya belanja awak minum di kafe sana.” Aku terus setuju lalu melangkah pergi ke kafe bersama Rifqi.

******

“Hah?! seriously awak kena paksa kahwin? Sanggupnya awak, Yusra?” terkejut Rifqi. Aku mengangguk lemah.

“Mungkin ada hikmah. Saya terima sahaja.” Aku perasan riak wajah Rifqi berubah sangat.

“Awak memang seorang perempuan yang baik, Yusra.” Puji Rifqi. “Saya pun banyak buat silap, Rifqi. Saya terima semuanya dengan redha. InshaAllah saya akan bahagia satu hari nanti.” Rifqi tersenyum. “Kalau dah bernikah, jangan lupakan saya. Kita tetap jadi kawan.” Aku ketawa kecil.

“Mestilah. Awak ni.” tiba-tiba telefon aku berdering. Lutfi telefon aku. Nak angkat ke tak? Hmm... aku meminta izin Rifqi untuk menjawab telefon sebentar. Aku pergi ke luar lalu mengangkat panggilannya.

“Shafiyyah Yusra! Ke mana awak pergi menghilang? Kena culik ke? Hah?!!” tersentak aku. Beri salam pun tidak, main jerkah sahaja.

“Saya dekat kafe dengan Rifqi. Tadi saya malas masuk campur awak dengan Hana. Tak naklah ganggu.” Aku hanya mendengar dengusan kuat dari Lutfi.

“Kau masuk kereta sekarang! Aku bagi kau 10 minit!” aku terus mematikan talian lalu berlari mendapatkan Rifqi.

“Rifqi saya minta maaf sangat. Lutfi marah tu. Saya kena pergi. Nanti kita jumpa lagi.” Rifqi mengangguk lalu aku berlari ke arah kereta Lutfi. Lutfi sudah pun berada di dalam kereta. Tidak kelihatan Hana pula.

“Aku ingat kau kena culik. Bagus juga.” Kata Lutfi sinis. Masuk sahaja dalam kereta kena jerkah lagi. Hm... aku diam sahaja.

“Dah kenapa diam?! Tak tahu nak minta maaf ke?!” aku rasa kereta ini akan meletup kalau baran Lutfi dah meletus.

“Saya minta maaf sebab buat awak tertunggu-tunggu, Encik Lutfi.” Lutfi diam lalu memandu keretanya.

Sepanjang di dalam kereta itu, aku hanya berzikir dan meminta perlindungan Allah SWT daripada amarah syaitan. Lutfi aku tengok berdengus sahaja sepanjang memandu.

“Mulai esok, aku akan datang ambil kau pergi kerja. Faham? Aku tak suka orang yang lambat. Sharp pukul 8 pagi aku nak kau ada dekat depan pintu ni.” aku mengangguk lalu aku keluar dari perut kereta. Waza yang sedang menunggu aku di hadapan pintu hanya tersenyum sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience