BAB TIGA

Romance Completed 42752

Hari ini ayah bercuti, jadi dia berehat di ruang tamu. Aku sudah bersiap untuk keluar mencari kerja bersama Waza. “Ayah, Yusra nak minta izin keluar untuk cari kerja.” Ayah mengangguk tanda dia mengizinkan.

“Yusra, pergi dengan siapa? Nak abang hantar?” nak menyibuk juga mamat ni. benci aku! Aku tak menjawab soalannya apabila terdengar suara Waza memberi salam dari luar rumah.

“Waza!” aku memeluknya. Rindu sangat. Waza mencium pipiku.

“Hai Ammar.” Waza melambai tangan ke arah Ammar. Ammar hanya tersenyum.

“Ayah, Yusra pergi ya. Assalamualaikum.” Ayah tersenyum. “Waalaikumussalam..” Aku melihat wajah Ammar sayu sahaja melihat aku keluar dengan Waza. Ahh... abaikan saja.

******

“Baiklah, cik berdua tinggalkan nombor telefon. Nanti saya akan call bila bos saya suruh anda bertemuduga dengannya.” Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana memurahkan rezekiku dan Waza dipagi hari ini. Dua syarikat sudah reject kami kerana masih bawah umur tetapi syarikat ketiga kami pergi ini terus diterima untuk ditemuduga nanti. Gelabah rasanya!

“Yusra, lapar tak? Kita laparlah...” kata Waza sambil memuncungkan mulutnya. Aku tergelak lalu mengangguk. Waza mengajak aku ke restoran Chicken Rice Shop. Waza belanja, rezeki datang bertubi-tubi. Alhamdullilah.

Setelah azan Zuhur berkumandang, kami terus ke surau dan menunaikan solat. Di dalam doaku sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah serta Kak Maila dan Ammar.

Selepas menunaikan solat Asar kami terus pulang ke rumah masing-masing. Ketika aku sedang membuka kasut, aku terdengar kak Maila muntah teruk. “Kakak... kakak okey ke?” teruk betul bunyi muntahnya.

“Yus..kau tolong aku. Aku rasa nak pengsan. Aku dah lima kali muntah macam ni.” kata kak Maila sambil memegang perutnya. Aku memapahnya masuk ke dalam bilik. Aku menyediakan besin untuk senang dia muntah nanti.

“Kak, mana ayah dan ibu?” tanya aku sambil menyapu minyak pada perut kak Maila.

“Entah, si Ammar bawa mereka ke pasaraya. Aku malas nak ikut. Tak ada mood.” Jawab kak Maila sambil mengerut dahinya menahan sakit.

“Akak... Yusra rasa baik kita pergi hospital. Wajah akak pucat sangat. Muntah dah banyak kali.” Sekali lagi kak Maila membuat bunyi mahu mengeluarkan sesuatu daripada isi perutnya. Habis dimuntahnya ke dalam besin itu sehingga sudah tiada apa-apa mahu dimuntahkan lagi.

“Haa.. aku tak tahan sangat dah ni. Rasa sejuk....” Kuat betul Kak Maila memeluk aku. Terasa janggal aku bila dia peluk. Cepat-cepat aku menelefon Waza.

*****

Bapa Waza menghantar aku dan Kak Maila ke hospital berdekatan. Aku menemani Kak Maila berjumpa dengan doktor. Aku juga sudah menelefon ayah dan memberitahunya kami di hospital.

“Tahniah Puan Maila. Puan hamil dan kandungan puan berusia dua minggu. Puan juga ada efek normal sedikit sepanjang hamil ini.” Riak wajah kak Maila menggambarkan dia tidak gembira langsung. Aku yang mengucapkan terima kasih kepada doktor manakala kak Maila terus keluar dari bilik doktor. Kelihatan ayah, ibu dan Ammar sedang menunggu diluar bilik doktor.

“Maila, kau sakit apa, nak? Tanya ibu kerisauan. Kak Maila tak jawab sebaliknya menghentam dengan kata-kata negatif pada Ammar.

“Aku tak naklah mengandungkan darah daging kau!” ayah dan ibu terkejut. Ammar juga tercengang.

“Yusra, kenapa dengan kakak kamu?” tanya ayah memandang aku. “Kakak hamil. Dah dua minggu.” Ayah mengucapkan kata syukur. “Ayah! Jangan bersyukur sangat. Maila tak suka! Benci!” Kak Maila menghentak-hentak kakinya. Takku sangka Ammar menampar pipi Maila yang sikap keterlaluan itu.

“Ammar!” jerit ibu. Orang ramai yang berada dalam hospital hanya diam menyaksikan drama tak diterbitkan ini.

“Kakak....” Baru sahaja aku mahu membantu Kak Maila, tubuhku ditolak kasar sehingga aku terjatuh. Ammar sempat paut lenganku. Aku menepis tangan Ammar dengan segera. Aku memberinya amaran menggunakan isyarat mata.

“Ibu tengok! Ammar ni kahwin dengan Maila sebab Maila ni cantik! Nak puaskan nafsu jantan dia tu. Dia masih ada hati dengan si perempuan tak guna.” Kali ini ayah pula yang menampar kak Maila.

“Mariyyah Maila, ayah tak pernah ajar kau jadi kurang ajar macam ni. Dia tu adik kau. Ammar tu suami kau. Mereka hanya ada pertalian abang-adik ipar sahaja. Kamu yang selalu memikirkan negatif. Sama sahaja seperti ibu kamu ni.” ibu tercengang apabila melihat ayah mengamuk begitu. Terus ayah keluar dari hospital lalu masuk ke dalam badan kereta.

Malam itu, ayah tidak sertai kami makan malam. Ayah sepanjang hari duduk di ruang tamu sahaja. Sekiranya ibu memanggil ayah, ayah tidak mengendahkannya sahaja. Jam menunjukkan angka 11 malam. Aku masih tidak dapat melelapkan mata.

Tok..tok...

Siapa pula ni... perlahan-perlahan aku membuka pintu bilikku. Terpacul wajah ayah dihadapan pintuku. “Anak ayah dah tidur?” aku menggelengkan kepala. “Boleh ayah masuk, nak berborak sikit dengan anak ayah?” aku mengangguk lalu tersenyum. Jarang dapat meluangkan masa macam ni dengan ayah.

“Ayah nak beritahu Yusra, kalau ayah dah tak ada suatu hari nanti. Yusra janji dengan ayah, Yusra jadi anak yang solehah ya? Sentiasalah bersabar kerana sabar itu adalah kunci utama dalam hidup kita untuk bahagia.” tiba-tiba hatiku rasa tidak sedap hati. Kenapa ayah cakap macam tu tetapi soalan itu aku tidak soalkan pada ayah sebaliknya aku memeluk ayah lalu mengangguk.

“Jagalah ibu kamu. Jaga kakak dan abang ipar kamu ya. Bila mereka perlukan kamu waktu itu.” Ayah mengusap lembut sahaja kepalaku. Aku menangis disisi ayah.

“Menangislah nak, menangis sepuas hati kamu. Nanti ayah dah tak ada. Jangan menangis depan jenazah ayah, ya. Banyakkan berdoa untuk ayah dan ayah nak Yusra tersenyum melihat ayah pergi suatu hari nanti, ya?” semakin erat pelukkanku pada tubuh ayah. Kenapa seperti ayah mahu pergi jauh? Ya Allah panjangkanlah umur ayah dan ibuku...

“Dah sayang, ayah nak tidur. Esok ayah kena kerja. Kamu tidur ya.” Ayah mengucup dahiku lalu keluar dari bilikku.

Aku memaksa mataku untuk tidur...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience