BAB EMPAT

Romance Completed 42752

Setelah selesai mencuci baju di belakang rumah, aku menyidai baju di ampaian. Aku terimbau kembali kenangan terakhir aku bersama Ammar sebelum kami mengambil keputusan SPM. Air mataku bergenang apabila teringat walaupun pekara itu sudah sebulan lepasnya.

“Sayang! Gembira nampak.” –Ammar

“Aduh! Pedih mata.” –Ammar

“Maaf-maaf. Siapa suruh terkejutkan Yusra? Kan dah pedih mata tu.” –Yusra

“Abang tak sangka pula, sayang tekun betul cuci baju sambil menyanyi.” –Ammar

“Apa yang kelakarnya?” –Yusra

“Comel sayang nyanyi tadi.” –Ammar

“Hish! Malulah.” –Yusra

“Sayang esok kita ambil keputusan SPM. Nervous tak?” –Ammar

“Hm.. nervous juga. Takapalah banyakan berdoa pada Allah SWT. InshaAllah kita berjaya bersama.”-Yusra

“Malam esok abang datang meminang.” –Ammar

“Kita nikah secepat yang mungkin. Abang tak sabar nak sehidup semati dengan love abang ni.” –Ammar

Masih terngiang-ngiang dialog aku bersamanya kali terakhir. Perlahan air mataku mengalir jatuh ke pipiku. Aku hanya manusia biasa. Aku tak kuat. Hati aku masih mencintai dia. Setiap hari aku cuba untuk membuang perasaan cinta aku kepada dia. Tetapi gagal. Setiap kali aku melihat wajahnya, aku akan perasan yang dia sudah jadi suamiku tetapi sebaliknya tidak.

Aku mengesat air mataku dan meneruskan menyidai baju. “Hei, baju aku ni sidai sekali.” Nasib baik aku tak melatah, main terjah je si Maila ni. Aku tidak menjawab sebaliknya mengambil baldi berisi bajunya itu.

“Aku nak keluar. Cakap kat ibu.” Aku mengangguk. Tiada mood nak memandang muka si Maila pagi-pagi ni. Aku nampak Kak Maila sudah pun keluar. Seorang je? Si Ammar tak ikut ke? Dahlah dia tu pregnant, ikut kepala dia je. Hei....

“Yusra, jauh mengelamun. Banyak lagi baju yang nak disidai lagi? Mari abang tolong.” Sekali lagi aku terkejut. Aku menghalangnya apabila dia cuba untuk menolongnya.

“Yusra, dah sebulan abang duduk sini. Dingin Yusra belum surut lagi?” aku sengaja membuat tidak dengar percakapannya.

“Okey, abang kahwin dengan Yusra? Jadi isteri nombor dua abang ataupun abang ceraikan Maila.” Terbeliak mataku mendengar kata-kata Ammar yang seperti sudah putus wayar otaknya.

“Gila ke apa? Kakak dah mengandungkan anak abang, nak cerai? Senangnya... ingat apa? Boneka?” aku memarahinya. Sesuka hati je cakap macam tu, cakap macam tiada otak sahaja. Ammar memegang lenganku cuba untuk menggodaku. Aku terus membuka langkah silat yang kupelajari bersama bapa Waza sejak sekolah rendah lagi.

Ammar mengaduh kuat. Tiba-tiba ibu terus menerpa ke arahku lalu menampar pipiku. “Kau memang pemusnah rumahtangga kakak kau, kan? Kau sengaja memikat Ammar balik, hah? Anak tak guna!” ibu membelasahku dengan teruk sekali. Ammar cuba menolong tetapi ibu memarahinya.

******

Aku mencelik mataku perlahan, suasana sunyi sahaja. Kelihatan Waza dan bapanya duduk di atas sofa. “Waza...” Waza terus mendapatkan aku. “Yusra... kau okey? Ada rasa sakit dekat mana-mana?” aku menggelengkan kepalaku. “Aku...dekat mana?” Waza mengusap kepalaku.

“Dekat hospital. Kau..kau kena dera dengan ibu kau lagi?” aku terdiam. “Ammar yang call aku, bila dia tengok kau dah teruk sangat.” Aku teringat kembali ibu membelasahku kerana dia ingat aku goda si Ammar.

“Yusra...” aku memandang pintu yang terbuka itu. Terpacul wajah ayah yang kerisauan melihat aku.

“Ayah...” terus aku menangis seperti budak kecil apabila ternampak ayah. Ayah memeluk tubuhku erat.

“Maafkan ayah, nak. Ayah tinggalkan kamu.” Aku menggelengkan kepalaku. “Bukan salah ayah... salah Yusra.” Tersedu-sedan aku menangis.

******

“Haa abang.. baru balik? Saya ingat awak tak nak balik terus, nak duduk dekat hospital.” Kata ibu sinis kepada ayah. Ayah memandang ibu kosong sahaja. Ayah bukan jenis yang suka cari gaduh.

“Yusra.. dah okey?” tanya Ammar kerisauan. Aku hanya mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Tengoklah tu ibu. Yusra siap main mata lagi dengan Ammar.” Aku terkejut lalu memandang kak Maila. “Sudah! Sudah! Kamu suka sangat cari gaduh dengan Yusra! Apa salah dia? Ayah pun tak faham dengan kamu berdua ni. Nauzubillah....” kak Maila menjeling ayah. Ibu pula masih memandang aku sinis.

“Abang tahukan kenapa saya tak suka anak kesayangan awak tu?” ayah memandang ibu dingin. “Awak yang kandungkan dia 9 bulan. Awak yang melahirkan dia. Tak rasa sayang ke pada dia?” tanya ayah dengan suaranya sedikit sebak. Ibu terdiam.

“Ayah tak apalah ayah. Lagipun tadi salah Yusra. Yusra minta maaf dekat ibu dan kak Maila. Yusra banyak buat salah sepanjang Yusra hidup bersama ibu.” Ibu tidak menyambut pun huluran tanganku untuk meminta maaf padanya. Ammar diam sahaja sambil melihat kami.

Ayah menyuruhku masuk ke dalam bilik dan berehat. Aku terus masuk ke dalam bilik, aku menyelak sedikit bajuku dan melihat luka pada badanku semakin mengering lalu merebahkan tubuhku di atas tilam. Aku berdoa agar Allah SWT melembutkan hati ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience