BAB 16

Romance Completed 23758

HUJAN yang lebat diiringi guruh yang berdentum dentam di langit membuatkan Aisya menutup segala bekalan elektrik di rumah agar tidak terkena apa apa renjatan.
Dia menuju ke tingkap biliknya di atas untuk melihat hujan yang turun begitu lebat namun dia ternampak susuk tubuh yang kesejukan di luar pagar.
Bulat mata Aisya apabila susuk tubuh itu adalah suaminya! Apa dia buat lagi tu? Kenapa tak balik balik? Namun cepat cepat dia mengusir perasaan simpati terhadap suaminya.
Dia tahu dia berdosa dengan suaminya tetapi apa yang ditanggungnya lebih sakit dari apa yang dia lakukan sekarang.
Bunyi pintu bilik diketuk tidak dihiraukan Aisya malah tubuh yang menggeletar di luar rumah itu di perhati nya sayu.
"Sya.." Aisya menoleh apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Dan seseorang itu pastilah Maya kerana tiada sesiapa di rumah ini selain mereka berdua.
"Aku tahu kau rindukan dia.. kau pergilah maafkan dia, dia dah insaf." Aisya memandangnya tajam.
"Kau mana tahu? Entah entah berlakon aje lebih! Mungkin dia boleh tipu mata kau, tapi dia tak boleh tipu aku! Aku tahulah Maya. Dia tu suami aku. Aku dah share segalanya dengan dia! Dan sekarang aku dah kenal sangat dah perangai dia!"
Aisya meninggikan suaranya pada Maya yang langsung tidak bersalah itu.
Maya mengeluh seketika. "Aku tahu aku tak patut cakap macam tu, aku tak kenal suami kau, tapi aku kenal kau dari dulu lagi! Kau ni orang yang baik walau macam mana pun! Hati kau tu baik, Sya!"
Aisya tersenyum sinis lalu memandang wajah Maya tepat.
"Sebab tu aku dah tak nak jadi Aisya yang dulu, aku rasa lebih baik aku jadi keras kepala, jadi Aisya yang tak ada hati dan perasaan!" tegas sekali nada Aisya berkata kata.
Maya menggelengkan kepalanya. "Ikut suka kau lah, kalau suami kau mati dekat luar tu sebab kesejukan, kan tak pasal pasal kau jadi ibu tunggal nanti. Dahla, aku nak tidur. Kalau kau masih sayangkan dia, kau pergilah, Sya. Jangan ikutkan sangat ego kau tu! Jangan sampai kau jadi hamba pada ego kau sendiri!"
Maya terus berlalu dan keluar dari bilik Aisya. Malas hendak bertekak dengan orang degil. Doa aje yang betul walaupun ego tinggi macam Gunung Kinabalu!
Setelah Maya keluar dari biliknya, kolam matanya bergenang namun dikesatnya segera.
Dia berlalu dari tingkap bilik dan merebahkan dirinya di atas katil.
Semenjak berbadan dua, tubuhnya sering penat.

***
Pusing kekiri. Pusing kekanan. Masih lagi tak dapat melelapkan matanya. Walaupun otaknya berkata tak, hatinya berkata ya.
Dia memikirkan sama ada Qalif sudah pulang atau belum. Hujan yang turun masih belum puas membasahi bumi ini.
Ahhh! Buat apa fikir? Dia dah balik lah tu! Dia bukan sayang aku pun!
Jam tepat pukul 2.30 pagi.
Aisya bangun dari katil nya dan menjenguk keliar tingkap. Qalif masih lagi berada disitu. Cuma kali ini Qalif memeluk lututnya dan menyembamkan wajahnya.
Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Kilat sambung menyambung. Ngeri sekali apabila terpandang. Aisya segera berlari ke bawah untuk membuka pagar rumah.
Dia mendapatkan payung ang tergantung di tepi pintu dan berlari keluar untuk mendapatkan suaminya.
"Abang!"
Qalif mendongak. Wajahnya pucat. Tetapi senyuman tetap di ukirkan apabila terdengar suara isterinya memanggil.
"Sayang buat.. a.. apa kat luar? Hujan lebat ni!" air mata Aisya tidak berhenti bercucuran di pipi nya. Sedih melihat keadaan suaminya yang basah kuyup itu.
Dia mendekati Qalif dan meneduhkan Qalif dibawah payungnya.
"Kenapa abang tak ambil payung ? Kenapa tak duduk dalan kereta aje?"
Qalif tersenyum. Dia suka apabila isterinya kembali risau akan dirinya.
"Eee orang seriuslah! Tengok muka dah pucat!" Aisya menolak lengan sasa suaminya dan menangis lagi.
Qalif bangun dan memeluk Aisya seerat eratnya. "Abng rindukan sayang... Please, balik semula dengan abang?"
Aisya membalas pelukan suaminya sehingga payung ditangan terlepas. Hujan membasahi mereka berdua.
Sungguh dia rindu untuk memeluk tubuh suaminya! Dia rindu akan haruman yang suaminya sentiasa pakai! Dia rindu semuanya tentang Qalif!
Maya yang tersedar dari tidurnya hanya memerhati pasangan itu dari dalam sambil tersenyum.
Kan aku dah kata. Sekeras manapun kepala Aisya, hatinya tetap lembut dan mudah memaafkan orang. Itulah dia. Saffiyatul Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience