BAB 8

Romance Completed 23758

QALIF sedang bermesyuarat bersama ahli lembaga yang penting untuk menaikkan nama syarikat daddynya.
Sudah sebulan dia menjalani kehidupan rumahtangga, namun tiada apa perubahan pun, Aisya macam wujud tak wujud. Malam aje hilang, pagi baru balik dalam keadaan mabuk.
Qalif tidak mahu mengambil apa apa tindakan lagi kerana dia pun tidak mencintai Aisya, buat apa dia nak pedulikan hidup Aisya.
"Okey, terima kasih kepada semua yang hadir, Encik Idham, Encik Asman, dan lain lain.." Qalif menamatkan mesyuarat itu dengan mengucapkan terima kasih pada yang hadir.
Semua ahli lembaga bertepuk tangan bersalaman sebelum keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Qalif melihat hanya Tengku Afzan yang tidak keluar dari bilik itu dan hanya mereka berdua di bilik itu.
"Along.. kenapa tak keluar lagi? Jomlah pergi makan." Qalif mengajak Tengku Afzan untuk makan bersama sama kerana makanan sudah disediakan.
Tengku Afzan bangun dan menuju ke arah Qalif lalu menepuk bahu Qalif.
"Tahniah Lif, dah sebulan kau kahwin. Sorry tak dapat datang.."
"Thanks, along. Tak apalah nak buat macam mana dah along dengan kaklong dekat overseas kan masa tu. Oh ya, nanti kirim salam kaklong tau, lama tak jumpa dia."
"Yalah, dah orang penting mesti sibuk memanjang kan sampai tak jumpa family sendiri? Dah kahwin pulak tu. Macam mana hidup rumah tangga? Dah rasa lain tak? Bila ada orang jaga makan minum?" soalan itu membuatkan Qalif terdiam.
Siapa yang jaga makan minum? Makan Maggi aje tiap hari balik rumah. Dah isteri hilang entah kemana. Baru sebulan kahwin, kalau hidup selamanya tak tahulah macam mana.
"Sebenarnya long... Qalif kene kahwin paksa.."
"Hah? Biar betulll??? Apa jadi? Cerita dekat along.." Qalif menceritakan segala yang terjadi dan juga memberitahu bahawa isterinya sering ke kelab malam.
Tengku Afzan hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar cerita Qalif. Tak sangka anak Tan sri Syam begitu teruk. Jauh beza dengan kedua ibu bapanya yang seorang yang berjaya.
Tengku Afzan memberi nasihat sedikit sebanyak kepada Qalif agar mendidik dia dengan betul dan elok. Qalif hanya menganggukkan kepalanya.

***
"Ya, papa? Ok Aisya datang nanti dengan Qalif. Ya.. betul.." Aisya meletakkan iphonenya setelah perbualan dengan papanya.
Sebulan berlalu kehidupan rumahtangga nya bagaikan tiada perubahan. Qalif dengan hidupnya. Aisya dengan hidupnya.
'I tak peduli you balik jam berapa. Just be in my parents house at nine pm.'
Mesej dihantar pada Qalif. Aisya menyambung kerjanya yang tergendala kerana Tan sri Syam call.
Ringtone shape of you berbunyi. Aisya melihat iphone nya. Nama Qalif tertera di skrin telefon.
"Hello?"
"Saya ada meeting sampai malam. Kenapa tak bagitahu awal awal?" Aisya mengeluh.
"I pun baru tahu." dia menekan punat berwarna merah di skrin dan offkan iphone nya. Dia sambung kerjanya semula.

Qalif membaling iphone nya ke atas sofa. "Dia ni makin lama buat aku hilang sabar!"
Pintu pejabatnya diketuk. "Masuk!"
Jefri berjalan masuk setelah diizinkan Qalif. Dia memandang wajah Qalif yang sedang marah. Dia mengeluh seketika.
"Asal lak? Apa jadi?" Qalif memandang Jefri apabila disoal oleh Jefri.
"Aisya tu lah.. Makin lama makin menjadi jadi perangai! Buat aku hilang sabar !"
"Sabar la Qalif, kau tahu kan perangai dia macam mana? Apa kata kau buat dia fall in love dengan kau?" Qalif menjegilkan matanya.
"Kau gila ke apa? Kau ajelah yang fall in love dengan dia! Tak nak aku!" Jefri ketawa besar. Seronok apabila dapat mengusik rakannya.
"Aku ada idea."
"Apa?" soal Qalif.

***
Qalif dan Aisya makan malam di rumah Tan sri Syam pada malam ini.
"Aisya macam mana? Ok tak? Kenapa mama rasa macam kamu semakin kurus aje? Qalif tak bagi makan ke dekat kamu?" Tan sri Syam menggelengkan kepalanya.
"Apalah kamu ni, ada pulak tanya macam tu? Aisya, mama kamu ni asyik tanya pasal kamu je hari hari. Pening kepala papa dibuatnya. Ha, ofis macam mana? Okey?"
Aisya tersengih. Sungguh dia rindu untuk bergurau senda dengan kedua ibu bapanya. Semenjak dia lancarkan perang dingin dengan papa, mereka sudah tidak berborak sebegini lagi.
Qalif yang memandang hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga.
"Aisya nak jawab yang mana satu eh??? Banyak nya soalan??!! Hmmm..." Tan sri Syam dan Puan sri Habibah ketawa mendengar soalan anak mereka. Aisya tidak pernah tidak menceriakan hari mereka.
"Sudah lah, papa dah penat ketawa, ni papa nak bagitahu, dah sebulan kamu berdua kahwin, tak pergi honeymoon lagi kan? Papa ada baucar hotel ke Cameron Highlands. Papa rasa buat masa ni kamu pergi la tenangkan fikiran dulu. Nanti cuti panjang kamu pergilah mana nak pergi."
Sebaik mendengar perkataan honeymoon, Aisya tersedak. Qalif buat buat batuk.
Tan sri Syam dan Puan sri Habibah tersenyum melihat gelagat anak menantu mereka. Alahai, comel sungguh mereka ni!
"Kerja kat ofis banyak papa! Aisya tak sempat nak siapkan lagi tau! Nanti siapa nak uruskan?"
"Tak payah bagi alasan! Papa kan ada? Minggu depan kamu pergilah ya?" kata Tan sri Syam kepada mereka.
Aisya hanya menunduk menahan marah. Baru aje nak happy happy! Papa ni spoil la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience