BAB 11

Romance Completed 23758

AISYA sedang menyediakan sarapan pagi untuk suaminya. Memandangkan hujung minggu, banyaklah masa yang dia ada untuk luangkan bersama suami tercinta. Aik? Awalnya tercinta dah. Hahahah!
"Opocot!" Aisya melatah apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia menoleh dan melihat Qalif sedang tersenyum manis padanya.
Aisya memukul lembut tangan Qalif yang memeluknya. "Abang!!"
Qalif ketawa nakal sebelum bersuara. "Apa sayang? Tak dengar? Hmmm? Kuat sikit?"
Aisya menunduk malu. Kenal la suami dia yang kuat sangat sakat dirinya. "Tepilah, orang nak masak ni, nanti hangus."
Aisya ingin meleraikan tangan Qalif namun semakin kemas dipeluknya. Aisya geram lalu mencubit tangan Qalif sehingga Qalif melepaskannya.
"Isteri abang ni ketam ke? Sakitlah!" Aisya menjelingnya tajam dan kembali tertumpu pada nasi goreng kampung yang dimasaknya.
"Sayang buat apa tu?"
"Buat anak." Eh? Ops, tersilap! Ingat nak bergurau tersalah gurau pulak! Hadui!! Qalif ketawa nakal.
"Buat apa sayang? Dah tak sabar eh? Hmmm?" tangan Qalif melingkar di pinggangnya lalu mengucup pipi kanannya lembut.
Aisya tergamam. "Ape ni, tepilah!" Aisya mengundur kebelakang dan menolak Qalif supaya tidak mengganggunya lagi.
Qalif ketawa besar dan berjalan ke meja makan untuk menunggu masakan Aisya.
"Hmm sedapnya bau! Ingat kan isteri ni tak pandai masak! Yalah, dulu abang balik asyik makan Maggi aje!"
Aisya menunduk. Malu dengan tindakannya dahulu. Dia hanya bermain sudu didalam pinggan. Qalif serba salah. Niatnya nak bergurau, tak tahu pulak sampai isterinya terasa.
"Sayang? Kenapa ni? Abang gurau aje la.. Sorry tau.. Hmmm... abang tak niat pun nak.."
"Aisya nak minta maaf dekat abang sebab selama ni Aisya abaikan abang dan melepaskan tanggungjawab Aisya sebagai seorang isteri. Mesti abang dah tertunggu kan? Kali ni Aisya janji, Aisya dah betul betul sedia." luah Aisya dengan mengangkat sebelah tapak tangannya untuk berjanji.
Qalif memandangya sayu. Tersentuh dengan luahan hati Aisya. Aisya seorang gadis yang baik hatinya.. Cuma perangainya sebelum ini menyakitkan hati kerana tidak diambil berat oleh papa dan mama.
"Sayang.. abang tak kisah, abang pun minta maaf sebab selalu singgungkan hati, sayang. Sayang tak payah paksa diri sayang untuk bersedia, abang nak sayang betul betul sedia dan cintakan abang sepenuh hati sayang! Okay?"
"Tapi Aisya dah betul betul cintakan abang.. I love you.." Qalif tersenyum bahagia. Tak sangka Aisya yang akan mengucap kan perkataan itu terlebih dahulu.
"Sayang tahu tak?" Qalif bernada serius. Aisya memandangnya dengan mengerutkan keningnya.
"Apa?"
"Abang ingat nanti nak bawak isteri abang ni pergi dating, tapi bila isteri abang cakap macam tu, abang rasa macam nak dating dalam dating dalam bilik ajelah." Qalif senyum nakal.
Aisya mencubit perut Qalif lalu berkata. "Eee, abang ni kan... ambil ni, ha nanti biar dating dekat hospital aje tau."
Qalif ketawa besar. "Pandai eh isteri abang ni buat lawak! Ni abang makin sayang ni!"
"Dahlah tu, kata nak pergi date, nanti lambat pulak.."
Qalif bangun dari tempatnya dan mengucup lembut dahi Aisya. "Apa kata kita date dalam bilik dulu?" katanya sambil mengenyitkan matanya pada Aisya.
Tapi jari jemari Aisya bertindak lebih pantas dengan mencubit lengan Qalif lebih kuat. "Aduh!! Sakitnya!!" Qalif mengaduh sambil menggosok lengannya yang dicubit.
Aisya menjelirkan lidahnya lalu mengutip pinggan dan berlalu ke dapur. Bibit bibit cinta yang bermula bagaikan sebuah mimpi yang indah.
Ya Allah! Jika benar ini mimpi, jadikanlah kenyataan! Aisya berdoa di dalam hatinya.

***
Sunway piramid itu dipenuhi dengan ramai pengunjung. Sama ada pengunjung luar atau dari dalam, semua sedang sibuk mencari barang keperluan masing masing. Kebiasaan nya hujung minggu memang begitu ramai orang yang datang untuk membeli belah disini. Begitu juga dengan Qalif dan Aisya.
"Abang, jom tengok situ!" Aisya mengajak Qalif ke butik Ariani. Qalif tersenyum bahagia.
"Sayang nak buat apa?"
"Rasa macam nak beli tudung lah, mana tahu one day Aisya akan pakai?"
Qalif memanjatkan kesyukuran di dalam hatinya. Bersyukur kerana Allah telah mengetuk pintu hati isterinya perlahan-lahan.
"Abang!" Aisya menegur suaminya yang bagaikan berada di alam lain. Qalif tersentak dari lamunannya.
"Apa?" Aisya mencebik. "Tengok lah tu, ni cantik tak?" Aisya menunjukkan sehelai tudung berwarna pink yang bercorak bunga di bahagian tepinya.
"Kalau sayang abang yang pakai, semua cantik!" Qalif memuji Aisya sambil mencubit kedua belah pipi isterinya.
Aisya mencebik dan memegang pipinya. "Sakitlah!"
Qalif hanya ketawa melihat Aisya yang merajuk itu. Comel sangat! Aisya menjelingnya dan berlalu untuk mencari tudung yang lain pula.
"Qalif?" seorang wanita bertudung coklat memanggil Qalif apabila melihat lelaki itu di butik Ariani.
Qalif menoleh. "You buat apa dekat sini? Ni butik orang perempuan." Apabila Qalif tidak menjawab, Atisya menyoalnya lagi.
"Abang! Yang ni pulak, cantik tak?" Atisya menoleh ke arah suara itu. Begitu juga Qalif.
"Abang? You.. you dah kahwin?" Qalif menarik tangan Aisya lalu menggenggam nya erat.
"Kenalkan my belove wife, Saffiyatul Aisya."
Aisya mengerutkan dahinya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Atisya.
"Aisya."
"Atisya Khairina."
"Sayang dah pilih dah? Jom bayar!" Aisya pelik dengan tingkah laku Qalif itu. Tiba tiba aje nak balik cepat cepat? Siapa perempuan tu? Kenapa Qalif macam nak larikan diri aje?
Usai membayar dan membeli belah, Qalif terus menuju ke arah lif untuk ke basement level. Aisya hanya mengekori Qalif dengan tangannya yang digenggam oleh lelaki itu.
Masuk je dalam kereta, Qalif hanya mendiamkan diri dan memandu keluar dari basement level itu. Aisya memandang aneh.
"Abang? Siapa Atisya tu? Kawan abang eh?" tiada respon. Melihat Qalif yang mendiamkan diri, Aisya turut mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap.
Itulah Qalif yang sebenar. Seorang yang cepat marah tanpa memikirkan dahulu.

***
"Abang! Jom makan, Aisya dah masak." Qalif yang sedang menonton televisisyen itu mendiamkan diri. Aisya berjalan ke arah Qalif dan memeluk lengannya manja.
"Abang, Aisya dah masak baaaaanyak lauk tau. Rugi tak makan, takkan Aisya nak makan sorang? Tak kesian ke dekat Aisya?"
Qalif menarik lengannya dari pelukan Aisya dan duduk di kerusi meja makan.
Aisya tersenyum lalu mencedok nasi dan lauk pauk kepada Qalif.
Senyap. Qalif dan Aisya masing-masing mendiamkan diri. Aisya takut hendak berbunyi dan hanya diam.
Usai makan, Qalif bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Oh lupa! Bilik tidur mereka!
Aisya memandang langkah Qalif yang menuju ke bilik tidur itu.
Kemudian dia memasuki bilik itu dan melihat Qalif sedang menyiapkan kerja pejabat.
Aisya hanya menuju ke katil dan merenung suaminya dari situ. Terasa suaminya pinggirkan dia.
Jam tepat 12 malam. Aisya masih belum tidur. Dia menunggu Qalif untuk baring di sebelahnya. Qalif bangkit dari meja kerjanya dan menuju ke arah katil dan mengambil tempat di sebelah Aisya.
Dia memalingkan badannya daripada Aisya. Aisya memeluknya dari belakang namun ditepisnya tangan Aisya.
"Abang...." tanpa sedar Aisya menitiskan air matanya apabila dilakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.
Kemudian dia melepaskan pelukan dan berpaling membelakangi Qalif. Dia menangis teresak esak. Qalif yang tersedar dengan kesalahannya, lalu berpaling dan menghadap isterinya.
"Sayang... maafkan abang..." Qalif cuba untuk merangkul pinggang Aisya, namun ditepis oleh Aisya.
"Sayang, abang tahu abang tak patut marahkan sayang. Bukan salah sayang, tapi abang terlalu ikutkan emosi." Aisya memusingkan badannya menghadap Qalif.
"Aisya tak tahu siapa Atisya sampai abang nak marahkan Aisya! Tapi kalau ya pun abang marah kat dia, janganlah lepaskan dekat Aisya! Aisya pun ada hati dan perasaan! Sampai hati abang!" Aisya ingin bangun dan keluar dari bilik itu.
Qalif menarik lengan Aisya dan memeluknya erat lalu dikucup lembut dahi Aisya. "Abang minta maaf sangat sangat.. abang janji abang takkan buat lagi.. izinkan abang tunaikan tanggungjawab abang, sayang?"
Aisya mendongak dan memandang wajah Qalif yang penuh keikhlasan. Itulah Aisya, mudah sangat memaafkan orang.
Qalif membaringkan Aisya perlahan-lahan. Aisya hanya menurut dan tidak membantah.
"Assalamualaikum isteri abang.." Aisya menjawab salam didalam hati. Dia rela dengan apa yang berlaku pada malam ini.
Hujan turun dengan lebat bersama angin yang kuat. Maka hujan ini menjadi saksi bahawa dua insan telah bersatu dengan izinnya Ilahi.
Ya Allah, sungguh suci cinta ini ya Allah! Terima kasih Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience