BAB 12

Romance Completed 23758

HARI ini genap setahun perkahwinan Qalif dan Aisya. Aisya bercadang untuk ke Sunway piramid untuk membelikan hadiah kepada suami tercinta.
Aisya berjalan sendirian didalam mall tersebut untuk mencari kedai jam untuk dibuat hadiah kepada suaminya.
Aisya berjalan kesana kesini untuk mencari jam yang sesuai dengan suaminya. Dan akhirnya dia berkenan dengan jam berjenama Rolex yang berwarna biru gelap itu.
"Cik, saya nak yang ni satu. Tolong bungkus sekaki eh." pekerja disitu hanya mengangguk apabila Aisya menyuruh.
Sedang Aisya menunggu, dia ternampak susuk tubuh yang sangat dikenalinya dari belakang. Dia menjegilkan matanya.
"Chris?" Chris menoleh.
"Aisya?" Chris menyoal dengan wajah yang teruja.
Aisya berjalan ke arah Chris yang jaraknya jauh sedikit darinya.
"How and why are you here?"
"I have told you, right? I will find you and marry you?"
"But, Chris... I.." belum sempat Aisya menghabiskan ayatnya, dia menoleh kearah suara yang memanggil Chris. Seorang wanita bertudung litup dan kanak kanak lelaki dalam lingkungan 3 tahun.
"Maira! Come." Aisya terkedu. Siapa wanita ini?
"My wife. Humaira." Aisya mengalihkan pandangannya ke arah Humaira.
"And... this child?"
"My son." Aisya tersenyum. Alhamdulillah !! Tak perlu lagi dia nak explain dekat Chris macam macam.
"What about we sit over there at the cafe and have a little talk? I am sure you have many to tell me." Aisya mengangguk bersetuju.
"You can go first, I would like to get my watch first." Aisya berlalu ke kaunter untuk mengambil jam yang dibelinya tadi.

***
"Aisya, I am convert." Aisya sedikit terkejut namun dia tetap gembira untuk Chris.
"Alhamdulillah, May God bless you." Chris tersenyum sebelum berkata.
"Humaira, the one that have been taking care of me when I have nothing and when i want to give up everything in this world. She is the one that helps me." Aisya tersenyum melihat Humaira yang duduk di meja sebelah mereka untuk memberi mereka privasi.
"I am glad, Chris." Chris ketawa kecil.
"You are different too. With this hijab, look more pretty. Are you married?" Aisya tersenyum malu apabila dipuji sebegitu.
"Yes, i am married and i am madly in love with him."
"Good for you. Look like he is the lucky one the world, right?" Aisya ketawa kecil. Rindunya pada Chris terubat dan juga bersyukur kerana lelaki itu sudah berkahwin. Tidak perlu mengharapkan cinta yang entah apa apa lagi.
Mereka bercerita tentang apa yang terjadi dan segalanya sebagai sahabat. Ya, Chris sahabat yang setia dengannya saat dia berada di London.
Kemesraan mereka diperhati oleh seseorang. Dia menggepal penumbuk tanda geram dan marah dengan adegan yang di saksi nya.

***
Qalif mencampak kot berwarna birunya ke atas sofa kulit di penthouse itu. Dia meleraikan tali lehernya kerana terasa panas membahang di dada.
Pendingin hawa dipasang pada suhu paling rendah kerana terasa panas sahaja hari ini.
Jam sudah menunjukkan 7 petang. Aisya masih belum pulang lagi ke rumah. Membuatkan Qalif bertambah berang dengan sikap Aisya.
Pintu dikuak tanda Aisya sudah pulang ke rumah. Aisya melangkah masuk dan melihat Qalif di atas sofa sedang menonton TV.
"Awal nya abang balik?" Aisya menyoal dan berjalan ke arah Qalif untuk bersalam dengannya. Qalif menepis tangannya apabila Aisya ingin bersalam.
Aisya hampir menitiskan air matanya apabila dilakukan sebegitu. Entah kenapa emosinya tidak stabil sejak dua menjak ini. Selalu aja mudah terasa dengan tindakan kasar seseorang.
"Abang, Aisya nak mandi dulu eh, nanti kita solat sama sama."
"Tunggu!" langkah Aisya terhenti lalu dia menoleh dengan senyuman manis di wajahnya.
"Kenapa, bang?"
"Kau pergi mana tadi?" Aisya tersentak. Kenapa suaminya berubah 360 darjah sebegitu? Kau? Apa semua ni?
"Aisya pergi jalan jalan dekat mall sebab nak..."
"Sebab nak jumpa jantan??" tengking Qalif. Aisya tergamam. Kolam matanya bergenang. Tak sangka ditengking sebegitu oleh suami sendiri.
"Ma.. mana aa.. ada... Ai..Aisya pergi be..." Qalif ketawa sinis.
"Apa? Apa alasan kau nak bagi?? Dahla curang belakang aku! Apa lagi yang tak cukup? Bosan sangat ke duduk rumah sampai kau cari jantan lain, ha?"
Qalif menarik tudung Aisya ke belakang sehingga tercabut. Aisya menangis kesakitan.
"Sakit, bang.. sakit.." Qalif tidak mempedulikannya dan menampar Aisya. 'Pang!' sehingga Aisya jatuh terjelepok ke atas lantai. Aisya memegang pipinya dan bangun perlahan-lahan.
Dia memandang wajah Qalif yang bengis dengan tepat. "Abang tengok muka Aisya! Aisya tak pernah curang dengan abang! Aisya cinta abang sorang aje! Sejak abang hadir dalam hidup Aisya! Buat apa Aisya nak cari lelaki lain kalau abang dah cukup sempurna untuk Aisya?? Tapi Aisya tak sangka abang ada sikap macam ni eh? Tak apa lah, kalau abang dah tak cintakan Aisya, nanti Aisya suruh papa uruskan penceraian kita! Aisya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki Aisya kalau Aisya ada buat silap! Aisya sayang abang! Tapi sekarang Aisya rasa tak ada maknanya lagi perasaan sayang tu!! Aisya minta maaf kalau Aisya jadi isteri yang nusyuz! Aisya pergi dulu!"
Aisya mengambil beg tangannya dan keluar dari penthouse itu. Dia menangis teresak esak mengenangkan perbuatan Qalif tadi. Sampai hati Qalif berbuat begitu padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience