BAB 15

Romance Completed 23758

AISYA memandang Iphone nya sekilas. Sudah hampir 100 kali nama Qalif tertera di skrin telefonnya. Naik rimas dia dibuatnya.
Hampir sebulan dia tidak pulang ke rumah, namun suaminya itu tidak ada gaya untuk mencari dirinya langsung!
Sehingga dia merasakan hatinya semakin lama semakin tawar buat suaminya. Perut yang semakin membesar sedikit diusapnya lembut. Setiap kali terpandangkan perutnya, kenangan indah bersama suaminya pasti bermain di ingatan.

Qalif mendengus kasar. Sudah berapa kali dia cuba menelefon isterinya yang sudah lama tidak pulang ke rumah.
Hatinya semakin sakit akibat menanggung rindu kepada isteri tercinta. Tak pernah luak rasa cintanya semenjak kejadian hari itu.
Rasa bersalah mula menghantui diri. Jika terjadi apa apa pada isterinya, dia takkan maafkan dirinya walau apapun.
"Mira! Tolong carikan fail peribadi Maya!" Qalif menekan butang telekom pejabatnya untuk mengarahkan setiausahanya mengambil fail peribadi Maya, kawan baik isterinya.
Dia yakin isterinya sekarang menginap di rumah Maya. Tapi dia tidak tahu dimana rumah Maya.

***
Aisya terdengar suara orang memberi salam dari tadi. Maya ada memberitahunya jika ada orang tak dikenali datang, jangan buka pintu. Bahaya!
Aisya mengintai ke luar rumah untuk melihat siapa yang memberi salam tidak putus putus itu.
Bulat matanya saat tertumpu pada susuk tubuh yang amat dikenalinya itu.
"Assalamualaikum! Sayang! Abang tahu sayang ada dekat dalam! Sayang keluarlah!" Qalif tidak berputus asa menjerit dan memanggil isterinya untuk keluar.
Biarlah apa kata jiran, dia ke sini dengan hajat untuk membawa pulang isterinya dan menebus segala kesalahannya.
Aisya mengeluh. Hesy buat malu la dia no. Datang sini terjerit-jerit. Aisya membuka pintu dan menyarung selipar jepunnya.
Walaupun langkahnya berat untuk bertemu dengan suaminya itu, dia tetap keluar kerana suaminya seperti membuat bising dan akan mengganggu jiran tetangga.
Aisya menayang wajah selamba dan memalingkan wajahnya dari Qalif. Walaupun wajah itu dirinduinya setiap malam, namun suaminya yang langsung tidak mencari dirinya selama ini membuatkan hatinya menjadi semakin tawar.
"Awak nak apa?" wajah Qalif yang ceria bertukar suram. Panggilan isterinya pada dirinya telah berubah.
"Abang nak sayang balik. Abang rin..."
"Bermakna lagi perkataan rindu tu dekat awak?" kali ni suara Aisya kedengaran sedikit tegas membuatkan Qalif semakin serba salah.
"Sayang, abang minta maaf pasal haritu, tapi kalau sayang nak hukum abang, hukumlah! Janji sayang balik semula pada abang,ya sayang?"
Aisya tersenyum sinis memandang wajah Qalif. "Maaf? Kalau lah terjadi apa apa dekat anak dalam kandungan ni, saya takkan maafkan awak, tau!"
Qalif menjadi semakin bersalah. Dia sedar dia tidak sepatutnya menghalau dan memukul isterinya hari itu. Namun disebabkan emosi dan terlalu ikutkan bisikan syaitan, dia gagal melawan nafsu amarah nya.
Qalif diam tak berkutik. Dia menundukkan wajahnya memandang lantai. Fikirannya kosong Tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk si isteri.
"Dah tak ada apa? Baik saya masuk" Qalif terus mendongak.
"Nanti!" langkah Aisya terhenti.
"Nak apa lagi?"
"Abang nak sayang!" Aisya terkedu. Dia benar benar tersentuh dengan luahan suaminya namun cepat cepat dia mengusir rasa simpati di hati nya. Dia takkan tewas lagi dengan permainan Qalif kalini.
Aisya kembali menoleh dan berlalu meninggalkan Qalif terkulat-kulat seorang diri diluar pagar rumah.
Qalif masih lagi setia menunggu Aisya diluar rumah Maya. Dia tidak akan pergi selagi tidak membawa pulang isterinya.

JAM menunjukkan 6 petang. Qalif masih lagi berada disitu. Maya memerhati rumahnya dari jauh. Ternampak sebuah kereta BMW X5 dihadapan rumahnya. Qalif ke?
Maya keluar dari perut keretanya untuk membuka pagar rumahnya. Dia melihat Qalif yang sedang duduk di atas koridor longkang sambil memandang ke bawah.
Dia tidak menghiraukan Qalif lalu membawa masuk keretanya ke perkarangan rumah. Usai memarkir keretanya dengan elok, dia keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Qalif.
"Bos? Macam mana bos tahu rumah saya?" Qalif mendongak ke arah suara yang memanggilnya.
"Tolong pujuk Aisya... saya mohon sangat dekat awak, Maya. Awak lah harapan saya untuk kembali semula dengan Aisya.. kalau awak nak tengok dia bahagia, tolonglah saya.. saya merayu dekat awak."
Maya sedikit terkedu dengan tindakan Qalif yang sanggup menunggu Aisya di luar rumahnya. Entah dari jam berapa dia berada disini. Dia juga melihat air mata yang berguguran di pipi bosnya itu.
Keikhlasan dan kekesalan wajahnya cukup membuat Maya berasa simpati.
"Err... bos masuklah dulu... saya panggilkan Aisya... " pantas Qalif menggeleng.
"Saya dah jumpa dia, dia tak pedulikan saya. Saya nak buat apa lagi, Maya? Saya buntu."
"Kalau macam tu, saya try pujuk dia, tapi bos pergilah balik dulu. Nanti apa pulak kata orang?"
Qalif menggelengkan kepalanya. "Saya tak peduli! Saya sanggup renangi 200 juta ekor harimau sekalipun untuk bawa dia pulang.."
Maya semakin kesian akan bosnya yang juga suami kepada sahabatnya. Bukan dia hendak membela Qalif atas apa yang telah dilakukan pada Aisya, tapi dia rasa sudah hampir sebulan dan Qalif kelihatan benar benar menyesal dengan tindakannya.
"Kalau macam tu, saya masuk dulu, dekat simpang sebelah kanan ada surau, bolehlah bos pergi solat tenangkan diri."
Dia pasti Qalif masih belum menunaikan solat asar. Walau macam manapun, suruhan ilahi tidak boleh diabaikannya.
Qalif hanya mengangguk sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience