BAB 7

Romance Completed 23758

Sebulan kemudian....

"AKU nikahkan engkau dengan anak perempuan ku, Saffiyatul Aisya Binti Syam dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.."
"Aku terima nikahnya Saffiyatul Aisya Binti Syam dengan mas kahwinnya RM1000 tunai..." hanya dengan sekali lafaz, Aisya kini menjadi milik Qalif yang sah.
"Sah? Sah? Sah?" semua saksi mengangguk dan memanjatkan lafaz syukur ke hadrat ilahi kerana melancarkan pernikahan mereka.
Wajah Aisya masam mencuka kerana dia kini sah menjadi hak lelaki itu.
"Sesi batal air sembahyang!" Puan sri Habibah berbisik pada Aisya. Aisya hanya diam dan berpura-pura untuk senyum.
Qalif berjalan menuju ke arah Aisya yang sedang duduk di atas pelamin itu. Dia mengeluarkan kotak cincin dan menyarungkannya pada jari manis Aisya.
Giliran Aisya pula untuk mencium tangannya dan Aisya hanya cium dengan wajah selamba dan tidak mempunyai perasaan.
"Sekali lagi! Cium tangan nak ambil gambar!" jerit jurukamera yang diupah untuk mengambil gambar perkahwinan mereka.
Aisya masamkan wajahnya kerana terpaksa mencium tangan Qalif banyak kali. Giliran Qalif pula untuk mencium dahi Aisya.
Aisya mengerutkan dahinya saat dicum oleh Qalif. Terasa hangat dahinya dan begitu lama bibir Qalif melekat di dahinya. "Sudahlah tu!" Aisya bersuara seakan berbisik.
Qalif melepaskan ciumannya lalu berbisik di telinga Aisya. "Kata nak lari? Hmm?" Wajah Aisya merah padam. Menyesal cakap macam macam hari tu.
Tetamu yang melihat wajah Aisya yang merah itu hanya ketawa sesama mereka apabila mereka merasakan bahawa Qalif berbisik tentang malam pertama.

***
Aisya kelihatan begitu cantik apabila memakai gaun labuh berlabuci berwarna peach sewaktu bersanding. Dengan solekan yang sesuai dengan warna baju itu, Aisya kelihatan seperti menarik perhatian semua tetamu yang hadir.
Majlis mereka diadakan di Hotel Wisma dengan dihiaskan begitu mewah dan cantik. Bagaikan idaman seluruh wanita didunia ini untuk mempunyai majlis yang begitu cantik.
Para tetamu seakan berbisik melihat Aisya dan Qalif bagaikan pinang dibelah dua kerana mereka terlalu serasi bersama. Manisnya mereka berdua sehingga dapat kalahkan Romeo dan Juliet.
Aisya duduk diatas pelamin bersama Qalif disebelahnya. Pipinya bagaikan hendak tercabut kerana dipaksa senyum sepanjang hari. Kemudian dia ternampak Maya yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Sya! Congrats!! Kau tak cakap pun suami kau CEO ofis aku!" Maya berbisik pada Aisya kerana bimbang jika didengari oleh Qalif.
Aisya sengih lalu berbisik semula. "Hehe, nantilah aku cerita dari a sampai z dekat kau, okey? Eh tak nak ambil gambar dengan aku ke?"
Maya berdiri disebelah Aisya dan jurukamera datang untuk mengambil gambar mereka. Kali ni Aisya betul betul senyum dengan ikhlas kerana sahabat nya ada di sebelah nya.
Majlis berlangsung sehingga jam 6 petang. Para tetamu semakin sedikit dan pulang ke rumah masing masing. Aisya kepenatan kerana melayan tetamu seharian harini.
Tan sri Syed dan Tan sri Syam sedang asyik berbual kerana terlalu gembira apabila cadangan untuk menyatukan anak mereka berjaya.
"Aku harap anak kau akan jaga anak aku baik baik lah, Syed."
"InsyaAllah Syam, aku pun harap macam tu jugak." mereka ketawa kembali bercerita tentang anak anak mereka.

***
"Ahhhh!!" Aisya mengeluh lalu baring di atas tilam empuk di bilik nya. Katil yang dihias cantik itu dibiarkannya. Buat apa hias cantik cantik bukannya aku kahwin suka sama suka. Keluh Aisya sendiri.
Aisya memejamkan matanya perlahan-lahan. Dia cuba untuk mengenangkan nasibnya yang akan tinggal sebumbung dengan lelaki yang dia tidak pernah suka itu.
Pintu biliknya dikuak dari luar perlahan-lahan. Derapan kaki itu berjalan menghampiri katil yang Aisya sedang tidur dengan lena. Kelihatan penat sekali wajahnya.
Qalif menggoyangkan badan Aisya. Aisya membuka matanya dan melihat Qalif dihadapannya. "Apa?"
"Nak tuala, nak mandi." Aisya menunjukkan kearah almarinya lalu sambung tidur semula. Qalif hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Aisya. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya.
Aisya membuka matanya dan melihat seseorang sedang menunaikan solat. Aisya terkedu. Tak sangka Qalif seorang yang beriman walaupun mulutnya begitu pedas dan gayanya seperti dirinya. Aisya bangun dan mengambil tuala nya untuk mandi.
Usai mandi, Aisya memakai pelembab wajahnya dimuka. Walaupun penat seharian, menjaga kulit muka tidak di lupa nya. Qalif yang sedang berdoa di atas sejadah itu selesai dan melihat Aisya baring semula ke atas katil.
"Awak tak solat ke?" Aisya menjegilkan matanya dan menggeleng. "Cuti." Qalif hanya mengangguk dan menyoalnya kembali.
"Saya nak tidur dekat mana ni?"
"Tidurlah mana mana asalkan bukan sebelah saya."
"Amboi, awak ingat saya nak sangat ke? Hish, nasib baiklah sofa besar." kata Qalif sebelum berjalan kearah sofa yang besar bagaikan katil single.
Qalif baring disofa itu dan bersuara semula. "Oh lupa nak bagitahu, tadi papa ada bagi kunci penthouse dekat Damansara tu, dia suruh kita pindah esok."
Aisya membuka matanya dan bangun dari baring nya. "What? Kita?"
"Yelah, habis tu takkan satu family nak pindah?" Qalif memerli Aisya.
Aisya menjelingnya dan sambung tidur. Aisya memikirkan tentang Chris dan dia nekad untuk lupakan Chris dan mulakan hidup baru. Tapi bukan hidup barunya dengan Qalif. Cuma ingin lupakan Chris yang khianati dia selama ini.

***
Pak Kadir menyusun beg Aisya dan Qalif kedalam bonet kereta BMW X5 milik Qalif.
"Mama, Aisya nak bawak kereta Aisya. Hmm? Nanti senang nak pergi kerja?" Aisya memujuk Puan sri Habibah untuk membawa keretanya sendiri ke penthouse nanti.
"Nanti papa suruh orang hantarkan, nak kereta banyak mana nanti papa suruh, pergi aje dulu dengan Qalif, tempat seorang isteri kan di sisi suami!" tegas arahan yang diberi Tan sri Syam kepada Aisya.
Qalif tergelak kecil namun tak didengari sesiapa pun. "Mama, papa, kami pergi dulu eh?" kata Qalif lalu bersalam dengan kedua ibubapa mertuanya.
Aisya memasamkan wajahnya sebelum bersalam dengan ibubapanya. "Bawak kereta elok elok Qalif." sempat Tan sri Syam memesan pada menantunya itu. Qalif hanya mengangguk dan masuk ke dalam keretanya.
Aisya ingin masuk ke bahagian penumpang namun Tan sri Syam menghentikan gerakannya. "Dengar cakap suami kamu, syurga kamu bawah tapak kaki dia, jangan lawan dia macam mana kamu lawan papa. Papa maafkan kamu tapi kamu kena dengar cakap papa. Jaga diri elok elok."
Tan sri Syam menarik Aisya kedalam pelukannya. Aisya terkedu dan tanpa sedar dia menitiskan air matanya.Tan sri Syam menepuk belakang anaknya.
"Papa lepaskan satu satunya anak papa dekat orang yang papa percaya. Kalau rindu kami, baliklah." Aisya hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta.

***
"Penthouse ni bawah nama saya tau. Jadi Master room tu bilik saya." Qalif bersuara senada setelah memasuki penthouse itu.
Aisya memandangnya tajam dengan menjegilkan matanya.
"What? Bukan ni rumah papa beli untuk i ke? Kenapa atas nama you pulak?" Aisya menyoalnya tanda tidak puas hati dengan tindakan Qalif. Sesuka hati aje cakap rumah ni under dia.
Qalif berdeham sebelum berbicara semula. "Untuk pengetahuan Puan Aisya, papa awak bagi penthouse ni dekat saya, sebab saya sudi terima anak dia sebagai menantu tau. Kalau fikirkan siapa lah yang nak jadikan awak ni menantu, kan? Tapi saya tetap bayar bulan bulan. Papa cuma tolong belikan. Faham tak faham? Dahla, saya penat lah."
Aisya mencebik. Ada ke patut papa buat macam tu? Percaya sangat dekat menantu dia ni bulat bulat. Hesy, geramnya lah! Aisya menghentak kakinya tanda protes namun Qalif buat tak tahu dan menuju ke biliknya.
'Ting tong!' bunyi loceng membuatkan langkah Aisya terhenti untuk ke biliknya.
Aisya membuka pintu dan Pak Kadir berada dihadapan pintu penthouse itu. "Eh, Pak Kadir! Pak Kadir buat apa kat sini?"
Pak Kadir menghulurkan kunci kereta volkswagen the beetle miliknya. Wajah Aisya berubah menjadi gembira.
Dia mengambil kunci itu dan berterima kasih pada Pak Kadir kerana menghantar keretanya ke sini.
"Pak Kadir minta diri dulu lah eh.. Assalamualaikum." Pak Kadir meminta izin sebelum dia beredar dari situ. Aisya hanya mengangguk dan menutup pintu kembali.
"Siapa datang?"
"Opocot!" Qalif tergelak apabila melihat Aisya terkejut dengan sergahannya. Yelah, tak ada angin tak ada ribut, mari sergah macam tu aje.
"Hisy! Biar lah siapa pun yang datang. Bukan cari you pun!"
"Saya ada hak tau nak tahu! Satu, sebab saya tuan rumah ni. Dua, sebab saya suami awak. Saya tak suka kalau awak nak main kayu tiga dekat rumah saya. Faham tak?"
Aisya tersenyum sinis. "Suami konon! You have nothing to do with me!"
Qalif mengangkat keningnya sebelah. "Oh ya ke? Are you sure?" Aisya memandang Qalif tajam. Memberi isyarat kalau berani buat, siaplah!
Aisya berlalu pergi kerana malas hendak melayan Qalif yang mengarut. Bazir masa! Namun langkahnya dihalang apabila Qalif menariknya dan membawanya ke dada bidang Qalif.
'Dup dap.. dup dap.. dup dap...' Aisya tergamam. Kenapa perasaan ni lain macam aje ni? Argh mungkin terkejut kut! Kemudian dia mendongak dan melihat Qalif sedang menilik wajahnya.
Aisya menolak Qalif sekuat hati sehingga Qalif jatuh terjelepok ke atas lantai.
"Aduh!!"
"I ada seni tahankan diri tau.!" Aisya memberitahu lalu berlalu dari situ meninggalkan Qalif terkulat kulat di atas lantai.
"Main kasar eh dia ni!" Qalif merengus kasar. Nampaknya aku kena buli dia lagi teruk biar dia terseksa.
Aisya baring di atas katil bersaiz queen di bilik baharunya. Penat! Ya, penat sangat! Penat bergaduh dengan Qalif! Macam macam dicari kesalahan aku nak buat gaduh! Hesy!
Aisya mengelamun sehingga tidak tersedar dia sudah melelapkan matanya.

***
"Allahuakbar Allahuakbar !!!" Aisya terkejut apabila laungan azan itu dari didalam rumah.
Dia keluar dari biliknya dan terlihat Qalif sedang melaungkan azan.
"Apa bising bising ni?" Aisya menyoal Qalif yang sedang melaungkan azan subuh itu.
Qalif memandang Aisya. "Saya tengah azan subuh lah, bangun pun! Jom solat sama sama."
Wajah Aisya berubah menjadi merah. Sudah sekian lama dia tidak menunaikan solat dan harini Qalif mengajaknya untuk solat bersama.
Ambik air sembahyang pun dia dah lupa, inikan nak suruh solat? Hesy!
"Errr... er... saya cuti." jawab Aisya ringkas.
"Aik, berapa hari awak cuti eh? Awak sakit apa eh sampai lama sangat cuti? Doktor mana yang bagi cuti lama sangat?" Qalif sengaja memerli Aisya kerana dia tahu wanita itu tidak pernah solat. Bukan dia nak menuduh, tapi tak pernah nampak. Kain sembahyang pun Aisya tak ada.
Qalif berasa sebagai seorang suami patut menegur isterinya, tapi mahukah Aisya menerima tegurannya? Yang pasti, dia sudah menjalankan tugasnya sebagai suami.
Aisya menjeling Qalif lalu menutup pintu biliknya dengan kuat.
'Dum!'
"Eloklah tu! Nanti pintu tu tercabut senang saya nak masuk bilik awak!" Qalif mengenakan Aisya lagi. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
Aisya kembali ke katilnya. Dia mengelamun seketika. Qalif sudah mengajaknya solat banyak kali. Tapi dia sering mengelak kerana tidak tahu solat.
Sepanjang dia di London, tidak pernah sekali pun dia menunaikan solat. Puasa apa lagi. Dia sudah biasa sebegitu kerana tidak diketahui oleh ibu bapanya.
Aisya menyambung tidurnya kembali. Malas memikirkan tentang solat. Masih terlalu awal untuk dirinya bertaubat. Nanti masa yang sesuai pandai-pandailah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience