BAB 9

Romance Completed 23758

"UWEK!! Uwek!!" Aisya mengeluarkan segala isi perut nya. Jalan Cameron Highlands membuatkan Aisya menjadi pening. Dia memang mabuk jalan yang berpusing pusing.
Qalif menepuk belakang Aisya supaya dia dapat memuntahkan isi perutnya.
"Kenapa awak tak cakap awak pening dari tadi?" Aisya tidak menghiraukan soalan Qalif dan kembali ke kereta semula. Nasib baiklah dah sampai tanah rata. Kalau tak!!
Qalif mengikut langkah Aisya dan kembali di seat driver.
"Kita balik hotel dulu. Nanti saya cari ubat. Awak rehatlah dulu ya."
"Satu ke dua bilik?"
"Tengoklah macam mana. Kalau ada banyak kosong, saya book dua bilik." Qalif berkata selamba dan tiba tiba dia teringat akan rancangan Jefri supaya buat Aisya jatuh cinta dengan dirinya. Yes! Nilah peluang terbaik!

TIBANYA di hotel, Qalif mengangkat semua beg ke bilik yang di tempahnya.
Aisya hanya mengikut langkah Qalif dengan keadaan yang tidak bermaya.
"Nah, ni kad, kalau ada apa apa bagitahu saya. Saya pegang satu kad, mana tahu nanti awak tertidur, saya nak bagi ubat macam mana kan."
"Kenapa pulak nak pegang kad? You kan ada bilik sendiri?"
"Hesy dia ni! Dahla pergi masuk, rehat! Saya nak cari ubat. Lagi satu, jangan lupa solat!" pesanan terakhir Qalif membuatkan Aisya tergamam.

***
'Tet' kad disentuh pada pemegang pintu hotel bilik Aisya.
Qalif melangkah masuk dengan berhati hati. Sekujur tubuh yang langsing sedang lena dibuai mimpi serta tubuhnya dibalut selimut. Pendingin hawa juga tidak dipasang. Sejuk mungkin.
Qalif memerhati Aisya teliti. Kesian pulak dia ni, time time macam ni lah dia nak sakit. Qalif meletakkan ubat yang dibelinya di atas meja berdekatan katil sebelum dia mengejutkan Aisya.
"Aisya... Aisya.. " Qalif menepuk lembut bahu Aisya untuk mengejutkan gadis itu.
"Hmmm... Chris... Chris..." Qalif tergamam. Chris? Siapa Chris? Dia mengundur kebelakang beberapa tapak.
Qalif berlalu pergi dan meninggalkan Aisya seorang diri. Entah kenapa hatinya dipagut rasa yang sangat sakit dan kecewa bagaikan saat dimana Atisya meninggalkan dirinya dahulu.
Aisya membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berat matanya. Dia memandang sekeliling dan terlihat ubat diatas meja. Dia gigih kan diri untuk bangun dan makan ubat.
Sebungkus nasi goreng juga ada disebelah ubat itu. Dia menjamahnya sedikit sebelum menelan ubat yang dibeli Qalif.
'Ting tong'
Aisya memandang ke arah pintu, Qalif ke? Bukan dia pegang satu kad ke? Aisya menggagahkan juga dirinya untuk bangun dan membuka pintu untuk melihat siapa yang menekan loceng biliknya.
Ternyata tepat tekaannya. Qalif! "Kenapa you tekan loceng? Bukan dah ada kad ke?"
Qalif tidak memandang wajah Aisya malah dia masuk melulu dan mengambil kunci keretanya yang tertinggal dengan kad hotel.
Qalif terus berlalu ingin keluar setelah mengambil barangnya. Aisya pelik dengan tingkah laku Qalif yang agak dingin. Walaupun hubungan mereka tidak begitu baik, Qalif tidak pernah dingin sebegitu.
Belum sempat Qalif melangkah keluar, "You! Qalif! Qal...." Qalif menoleh, Aisya sudah jatuh terjelepok di atas lantai. Dia mula dihuni rasa bersalah kerana tidak menghiraukan Aisya.
Qalif mencempung tubuh Aisya dan membawa ke katil. Dia meletakkan Aisya dengan perlahan-lahan.
Qalif menyentuh dahi Aisya. Panas! Kemudian dia mengambil kain tuala dan dibasahkan untuk mengelap dahi Aisya.
Kenapa aku rasa lain macam setiap kali aku tengok muka dia eh? Takkan la aku jatuh cinta? Hesy! Mengarut!
Aisya memusingkan badannya dan memeluk Qalif. Qalif tergamam. Jantungnya seakan akan terhenti seketika. Pelukan Aisya yang semakin kemas membuatkan nafasnya sesak.
Dia cuba untuk meleraikan pelukan namun Aisya mengigau lagi. "Mama... papa.. Aisya rindu.... Aisya.... tak...bahagia... Aisya nak... balik.."
Qalif terkedu. Dia menjadi serba salah kerana tidak mampu untuk bahagiakan Aisya selama ini. Aisya lah satu satunya anak Tan sri Syam. Kali ini dia nekad. Dia akan bahagiakan Aisya macam mana mama dan papa Aisya bahagiakan dia.

***
Aisya mengeratkan lagi pelukan pada bantal di sebelah nya. Bantal yang sedikit keras tetapi dia berasa amat tenang di dalam pelukan bantal itu.
Aisha membukakan matanya perlahan-lahan. Susuk tubuh seseorang disebelahnya membuatkan Aisya terkejut dan bangun dari baringannya. Qalif?
Qalif menggosok matanya dan membuka perlahan-lahan. Dia melihat Aisya yang tergamam lalu tersenyum.
"Sayang dah bangun?" Aisya menelan liur. Sayang? Apa dia dah buat dekat aku?
"You ni dah kenapa? You buat apa dekat I semalam? Haa? Baik you cakap sebelum I report dekat mama!" Qalif ketawa kecil melihat gelagat Aisya seperti digoda seseorang.
"Abang tak buat apa pun lah, abang cuma tolong lapkan badan sayang, lepastu abang tukarkan baju, lepastu.." Aisya menekup mulut Qalif sebelum lelaki itu terus bersuara.
"Shhhhhh.... Stop!! Walaupun i selalu pergi kelab, tak bermakna i tak ada maruah tau!" Aisya menahan marah. Geram dengan tindakan Qalif yang sesuka hati itu.
"Takkanlah dengan suami sendiri nak malu? Abang dah tengok dah semua. Tak apa, abang tunggu sayang sedia, okey? Sayang dah sihat ke? Pergi mandi, nanti kita pergi ladang teh, nak?" Qalif mengusik Aisya lagi. Seronok bila tengok isterinya malu.
Ya! Qalif dah jatuh cinta dengan Aisya! Dan dia akan pastikan Aisya bahagia di sisinya selagi dia masih hidup! Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirat dan semoga Qalif dapat mendidik Aisya dengan sempurna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience