BAB 18

Romance Completed 23758

SEPANJANG Aisya berpantang, Puan sri Habibah yang datang menjaga anak tunggalnya itu di penthouse mereka.
Qalif juga mengambil cuti dua minggu kerana bimbang akan keadaan isterinya itu. Sayang bini katanya!
Aisya ingin bangun sendiri untuk ke bilik air namun sering dihalang oleh suaminya kerana bimbang terjadi apa apa.
Haihla! Orang kalau dah cinta, macam macam sanggup buat asalkan pasangan bahagia.
"Sayang! Kan abang dah cakap jangan nak pergi toilet sendiri? Panggil abang ke mama ke. Jahitan tu bukannya elok lagi. Nanti terbuka macam mana?"
Aisya sudah bosan dengan bebelan suaminya dari sejak hari pertama da berpantang lagi. Bebel aje kerja nya!
"Cik abangku sayang.. harini cik puan dah berpantang hari ke 30. Tak payah la nak risau sangat.."
Belum sempat Qalif ingin membalas. Syed Qayyum Adha menyelamatkan ibunya daripada di bebel oleh ayahnya dengan menangis.
Qalif berlari ke arah anaknya dengan segera. Kalut sekali mengambil pampers baharu untuk ditukar.
Aisya hanya menggeleng melihat gelagat suaminya. Memang penyayang tapi over sangat!

***
Wajah Aisya berubah semakin gembira apabila Maya datang menjenguknya dirumah.
"Ala comel comel... Geramnya aunty tengok kamu.. rasa nak gigit gigit.."
Aisya hanya menggeleng dengan gelagat Maya itu. Ada ada saja dia ni.
"Eh, kau datang dengan siapa tu?" Maya tersengih sebelum mengangkat keningnya.
"Hehe, suami aku.." Aisya membulatkan matanya.
"La.... bila kau kahwin??"
"Kebetulan pulak kau tengah pantang hari keberapa aje masa tu. Aku buat kecil kecil aje. Tak besar pun. Nanti aku buat sebelah Rezza aku jemput kau eh?"
"Dahla kahwin tak bagitahu, tak ajak pulak tu! Merajuk lah!" Maya mencubit pipi Aisya.
"Aduh! Sakitlah!" aduhan Aisya membuatkan Qalif dan Rezza yang sedang berbual memandang ke arah mereka.
"Kenapa sayang? Ada apa?" lekas Qalif menuju ke arah Aisya yang menggosok pipinya.
Maya hanya tersengih sengih macam kerang busuk.
"Tak ada apa lah, Maya ni cubit pipi orang, ee sakit tau!" Qalif hanya mengangguk kemudian memandang Maya lalu menggelengkan kepalanya sebelum sambung berbual dengan Rezza.
"Amboi.. manjanya.." Maya menyindir sahabatnya itu. Aisya hanya tersengih-sengih.
"Kau lah ni, cubit cubit aku!"
"Eh, aku pula! Kau tu, lepas bersalin makin berseri wajah eh! Kalau dulu bukan main masam.. nak nak masa kahwin.."
Aisya ketawa terbahak-bahak mendengar kisah yang diungkit Maya. Kelakar apabila teringat pada waktu dulu dia sangat membenci Qalif.
Betul la orang dulu dulu cakap. Jangan terlalu benci, lama lama jadi sayang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience