BAB 14

Romance Completed 23758

Maya melangkah laju ke pejabat Qalif dan menerjahnya begitu sahaja.
Qalif mendongak dan melihat setiausahanya bersama pekerjanya, Maya.
"Saya dah halang tuan, tapi dia degil." Qalif membuat isyarat supaya setiausaha nya keluar dan membiarkan sahaja Maya.
"Ada apa ya cik Maya?" Maya senyum sinis dan mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan gambar yang diambilnya tempoh hari.
"Encik Qalif! Encik marah isteri encik dengan lelaki lain tapi encik boleh pulak eh menggatal dengan betina lain! Manusia jenis apa encik ni?"
Mata Qalif terbeliak melihat gambar tersebut. "A.. apa semua ni?"
"Untuk pengetahuan encik, Aisya tu kawan baik saya! And dia cakap, dia akan gunakan gambar ini untuk mintak encik ceraikan dia! Dia akan tuntut fasakh di mahkamah!"
"And lagi satu! Orang yang encik tampar dan encik tengking tempoh hari, sedang mengandungkan zuriat encik Qalif! Encik Qalif tahu tak apa yang encik Qalif dah buat? Sampai situ ajelah kut! Saya pergi dulu! Oh phone saya!" puas hati Maya setelah melepaskan segala yang terbuku di hati nya bagi pihak Aisya.
Qalif meraup rambutnya ke belakang. Dia menghela nafas kasar. Zuriat? Ai..Aisya mengandung? Ya Allah! Apa aku dah buat dekat isteri aku??? Allah!!!

***
"Qal! Bagitahu daddy sekarang! Apa kamu dah buat dekat isteri kamu? Sikap panas baran kamu tu tak pernah berubah!! Kamu tahu tak apa yang akan jadi kalau ayah mertua kamu dapat tahu?? Dia takkan percayakan daddy lagi, tau?" Tan sri Syed menengking anak teruna nya yang seorang itu.
"Qal minta maaf, daddy.."
"Takde guna minta maaf dengan daddy! Pergi cari isteri kamu dan minta maaf dengan dia! Kalau kamu tak jumpa dia, jangan panggil daddy lagi! Daddy tak ada anak macam kamu!"
"Daddy!!" Qalif menarik kaki Tan sri Syed untuk menghalangnya pergi namun ditepis olehnya.Dan kali ini, airmata jantan nya gugur setitis demi titis.
Aisya! Maafkan abang! Abang takkan dapat maafkan diri abang selagi abang tak jumpa sayang! Anak ayah! Tunggu ayah datang jemput ibu dan kamu, ya!
Ya Allah! Besarnya dosaku, Allah! Engkau hukumlah aku ya Allah! Qalif merintih didalam hatinya.
Matanya sudah menjadi merah akibat menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience