BAB 19

Romance Completed 23758

MAJLIS resepsi Maya dan Rezza itu berlangsung di sebuah Hotel Grand. Ramai sungguh tetamu yang hadir. Mungkin kerana Rezza merupakan orang ternama dan dikenali ramai. Untung Maya dapat suami terkenal.
Aisya dan Qalif berpegang tangan masuk ke dalam Hotel tersebut. Syed Qayyum berada didalam troller bayi. Senang untuk mereka berdua menolaknya kesana kemari.
Maya yang sedar akan kehadiran Aisya itu tersenyum lebar. Melihat Aisya yang bertudung itu membuatkan Maya terpanar. Cantik sungguh Aisya bertudung.
"Cantiknya kau Maya! Dah boleh jadi ratu dunia dah ni!" puji Aisya melambung pada sahabatnya itu. Rezza disebelah hanya tersenyum bangga dengar pujian itu.
"Ada ada aje kau ni. Kau tu apa kurang, makin cantik bila dah bertudung, dah ada anak pun macam baru habis belajar aje muka tu!" sungguh dia cemburu dengan sahabatnya yang mempunyai wajah babyface itu.
Kalau orang lain yang tak kenal Aisya, mesti ingat dia baru tamatkan pengajian.
Aisya menampar lengan Maya lembut. "Aku pulak? Kau tak tengok lagi perut boyot aku ni. Berlapis-lapis! Nasib la Qalif tak kesah!"
Kemudian mereka bergelak tawa bersama sama.
"Eh, pergilah makan! Banyak makanan best best!" kata Maya sambil mengangkat ibu jarinya. Aisya hanya mengangguk dan mencari tempat untuk duduk.

***
Aisya menyuap laksa kedalam mulutnya. Enak sungguh makanan yang ada disini! Manakala Qalif menjamu nasi minyak yang biasa sahaja.
Sedang mereka asyik menjamu selera. Datang seorang lelaki menghampiri meja mereka.
"Qalif?" Qalif mendongak. Dia menayang muka selamba apabila melihat wajah itu.
Aisya memerhati suaminya dan lelaki itu. Diam. Tak bersuara. Tak bersalaman. Pelik.
"Qal.. aku.."
"Kenalkan, isteri aku, sayang, ni Irfan. Oh lagi satu, kali ni jangan nak rampas isteri aku pulak ya. Sebab aku takkan izinkan." Qalif bernada selamba.
Lelaki bernama Irfan itu menahan malu. Apa yang berlaku? Rampas aku? Asal lak?
"Hai.." Aisya hanya menundukkan kepalanya. Tanda hormatnya pada Irfan. Kalau dulu dia bersalam saja dengan mana mana lelaki. Tetapi sekarang tidak lagi.
Irfan melihat pasangan itu silih berganti. Cantik isteri Qalif. Memang sepadan dengan Qalif.
Irfan kemudian menghulurkan kad kahwin kepada Qalif yang sedang menjamu selera itu tanpa menghiraukan kehadirannya.
Qalif mengerutkan dahi. "Apa ni?" dia membuka kad itu dan nama Irfan dan Atisya tertera di situ.
"Oh! Dah nak kahwin? Baguslah! Tahniah! Aku doakan kau orang bahagia. Tapi terima kasihlah! Ak tak ingin pun pergi wedding kau orang! Bukan sebab aku still cintakan Atisya, tapi sebab tak sanggup nak tengok orang yang aku percaya tikam aku dari belakang!" Qalif mencampak kad itu kepada Irfan.
Aisya terkedu. Dia menggosok belakang Qalif agar suaminya itu bersabar.
"Abang... dahla tu.." Qalif terdiam sebentar.
"Dah siap makan? Jom kita balik,tak ingin abang duduk sini lama lam. Meluat tekak!" Aisya hanya mengangguk.
Tahu benar dia dengan sikap panas baran suaminya. Sebab itu dia tak berani melawan. Tapi semenjak kejadian itu, Qalif sudah lama tidak menunjukkan sikapnya itu.
Dia pun pelik kenapa suaminya nak marahkan Irfan tiba tiba.
"Abang pergi la dulu, Aisya nak jumpa Maya sekejap."
Qalif hanya mengangguk dan berlalu pergi bersama anaknya.
Irfan hanya menghantar pemergian Qalif dengan ekor matanya. Dia mengeluh berat. Salah dia jugak Qalif tak maafkan dia.
Serta merta kisah dimana persahabatan mereka terputus berlayar di ingatan.

"Irfan!" Qalif memanggil sahabatnya itu dari jauh. Irfan hanya melambai lambaikan tangannya pada Qalif.
Tercungap-cungap Qalif apabila dihadapan Irfan.
"Ni kenapa pulak? Kau bergaduh lagi denga Tisya?" soal Irfan.
"Haah, dia cakap dia sukakan orang lain. Aku tak boleh terima lah! Kalau aku tahu siapa orang tu, aku cincang dia hidup hidup!"
Wajah Irfan berubah. Qalif begitu berang dengan orang yang merampas buah hatinya. Macam tak ada orang lain! Yang aku jugak diambilnya.
"Sabarlah Qal, nanti aku tolong kau cari orang tu, eh? Aku sentiasa sokong kau!" Irfan menepuk bahu Qalif untuk memberi semangat pada dirinya.
Beberapa hari kemudian, Qalif ke kafe untuk membeli makanan tengahari.
Dia ternampak Atisya yang sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki. Dan susuk tubuh lelaki yang membelakanginya itu amat dikenali.
Takkanlah?
Dia mendekati meja Atisya dan dia amat terkejut dengan apa yang dilihat.
"Kau? Ka... kau?"
Dush! sebiji penumbuk melayang di wajah Irfan.
"Seronok eh kau tikam aku? Halus betul pisau kau guna sampai aku tak perasan!" Qalif ketawa sinis.
Atisya yan ketakutan itu memerhati sahaja gerak geri Qalif yan seterusnya. Takut dia hendak masuk campur.
"Qal.. aku.."
"Argh! Kau dengan perempuan ni boleh pergi mampus! Dan kau... takkan ada lagi dalam kamus persahabatan aku!"
Qalif menengking sebelum berlalu dari situ. Tak guna punya kawan!

IRFAN membenci dirinya sendiri kerana telah mengkhianati kawannya sendiri. Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience