BAB 10

Romance Completed 23758

QALIF berjalan mendahului Aisya. Aisya masih lagi terpegun melihat bunga bunga yang begitu segar di ladang ini. Tak sangka mereka menjaga bunga dengan begitu baik!
Sedang Aisya sibuk menilik bunga bunga itu, Qalif memanggilnya dan 'KLIK!' Qalif menangkap gambar Aisya yang menoleh dengan muka yang tidak bersedia.
Qalif segera melarikan diri terlebih dahulu sebelum Aisya merampas iphonenya.
"Qalif!! Eee jahatnya!!" Aisya mengejar Qalif yang sedang melarikan diri. Entah mengapa hatinya begitu bahagia disaat ini. Mungkin kerana layanan Qalif yang tiba tiba romantik membuatkan hatinya berbunga riang.
Mereka berlari beberapa pusingan di taman bunga itu. Beberapa pengunjung memerhatikan gelagat mereka sambil menggeleng kan kepala.
"Dahla! I penat!" Aisya menjerit kecil kepada Qalif yang masih jauh beberapa meter darinya.
"Bagi phone tu!" Aisya membuat suara manja apabila dia sudah berdiri disebelah Qalif. Qalif menggeleng laju.
Aisya masih lagi memujuk Qalif untuk memberikan phone kepadanya.
"Okey, okey. Tapi satu syarat!" Qalif tersenyum nakal.
"Apa dia?"
"Panggil abang, abang!"
"Hesy! Kenapa saya nak kena panggil macam tu pulak? Kalau saya panggil awak macam tu, maknanya sel sel otak saya dah pecah tau!" luah Aisya lagi sebelum berlalu meninggalkan Qalif.
Qalif tersenyum sendiri. Takpelah, asalkan dia dah tukar 'I' kepada 'saya'.
"Sayang! Tunggulah abang!" Qalif berlari semula apabila Aisya melarikan dirinya setelah melihat Qalif sedang mengejarnya.

***
Qalif merenung wajah Aisya yang sedang menikmati makanan dihadapannya. Aisya yang perasan dirinya direnung terus mendongak dan memandang tajam suaminya.
"Apa tengok tengok? Muka saya ni macam daging bakar ke?" soalan Aisya membuatkan Qalif ketawa kecil. Comel aje isterinya ini. Yalah, orang kalau jatuh cinta semua indah.
"Tak la, muka sayang macam kucing. Tunggu masa aje nak kena terkam dengan harimau ni." Qalif cuba untuk mengusik isterinya. Merah padam wajah Aisya apabila diusik sebegitu. Dia membuat tak tahu dan menyuap nasi ke mulutnya.
"Kenapa diam? Orang cakap diam tanda setuju? Hmmm maknanya malam ni..." belum sempat Qalif menghabiskan ayatnya Aisya menekup mulutnya terlebih dahulu.
"Jangan nak mengarut eh! Makanlah! Merepek aje!" Aisya bangun untuk mengambil tisu di bahagian kaunter. Tiba tiba mood makan tak ada disebabkan Qalif. Spoil mood betul!
Apabila Aisya kembali ke meja, Qalif sudah selesai makan makanannya. "Dah, kenapa tak habis tu?"
"Takde mood." jawab Aisya sepatah. Malas hendak melayan Qalif yang asyik merepek. Qalif ketawa kecil. Pemalu rupanya isteri aku ni, hahahah!
Qalif menarik tangan Aisya dan mereka keluar dari restoran itu. Aisya ingin menarik semula tangannya apabila dipegang begitu oleh Qalif.
"Lepaslah! Lepas.!" sampai aje di parking, Qalif melepaskan tangan Aisya dan memberinya masuk ke dalam kereta.
Qalif memandu dengan tenang sekali. Melihat wajah Aisya yan masam mencuka itu membuatkan Qalif tersenyum lagi.
"Bibir tu kalau muncung lagi nanti abang cium." Aisya menjegilkan matanya lalu membuat bibirnya kembali seperti biasa. Qalif ketawa besar apabila dapat mengenakan isterinya sebegitu. Merah padam wajah Aisya harini kerana sering disakat oleh Qalif.
Usai tiba di hotel, Aisya mengemas barang barangnya untk dibawa pulang. Beberapa plastik buah strawberi yang dibelinya disimpan kedalam beg kertas.
Sedang Aisya asyik mengemas, Qalif masuk ke dalam biliknya dengan menggunakan kad yang dia ada.
"Dah siap? Jom." ajak Qalif sepatah lalu keluar dari bilik itu untuk check out.
Aisya hanya menurut langkah Qalif lalu menuju ke kereta untuk meletakkan barang barangnya yang terlalu banyak untuk dipegang lama lama.
Qalif menolong Aisya meletakkan barang barang ke dalam bot kereta setelah sudah check out tadi.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu membuatkan Aisya memejamkan matanya. Bimbang kalau dia akan muntah sebentar lagi.
Qalif yang memandu memandang ke arah isterinya sekali sekala. Melihat wajah Aisya yang pucat itu membuatkan Qalif memegang tangan kanan Aisya bagi memberi semangat untuknya.
Aisya tergamam. Dia cuba menarik tangannya namun Qalif menggenggam lebih kuat sehingga Aisya tidak mampu lagi melawannya. Aisya membiarkan sahaja dan terlelap saat tangannya digenggam oleh Qalif. Degupan jantungnya semakin laju tetapi dia berasa damai seakan berada di dalam pelukan lelaki itu.
Qalif menghela nafas lega. Aisya tidak lagi melawan macam selalu. Baguslah, senang sikit lepas ni dia nak didik Aisya dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada Aisya.
Aisya ni seorang yang berhati lembut namun hatinya menjadi keras kerana tidak mempunyai kasih sayang buat masa sekarang kerana kebiasaannya ibu bapanya yang memberi kasih sayang dan sekarang sepatutnya Qalif yang memberi kasih sayang tetapi Qalif buat tak tahu. Sekarang baru dia sedar betapa agungnya sebuah cinta yang halal disisi Allah dan agama.

***
"Sayang... bangun lah dah sampai dah ni.." Qalif mengejut isterinya yang sedang lena dibuai mimpi sepanjang perjalanan mereka.
Aisya tidak memberi respon. Qalif menjadi resah. Kemudian dia menyentuh dahi Aisya. Panas! Panas daripada hari itu!
Kereta BMW X5 itu memecut laju dari perkarangan parkir kereta. Qalif bimbang akan keadaan isterinya. Suhu badan naik secara tiba-tiba dan turun secara tiba-tiba.
Sampainya di hospital, Qalif mencempung Aisya ke bahagian emergency.
"Nurse! Doktor! Isteri saya!" pihak hospital segera mengambil tindakan dan menyediakan katil bagi memudahkan mereka membawa Aisya untuk pemeriksaan lanjut.
Qalif mundar mandir dihadapan bilik isterinya dirawat. Dia masih lagi belum memberitahu kedua ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya.
Seorang doktor lelaki keluar dari bilik tersebut dan berjalan ke arah Qalif.
"Ahli keluarga?" Qalif menoleh sebaik mendengar soalan yang diajukan kepadanya.
"Ya, sa.. saya suami dia. Macam mana isteri saya doktor? Dia sakit apa?"
Doktor tersebut hanya tersenyum sebelum bersuara. "Isteri encik terkena keracunan makanan. Tapi dia okey aje, sebab tak banyak yang dia kena. Mungkin makanan yang dimakannya ada pen lalat. Tunggulah dia sedar. Kalau dia dah okey, esok dah boleh balik."
"Keracunan makanan? Tapi dia tak apa apa kan? Terima kasih doktor."
"Ya jangan risau, panggil aje saya doktor Ibrahim. Saya minta diri dulu ya." Doktor Ibrahim meminta dirinya untuk pergi kerana masih ramai pesakit yang perlu dirawat.
Qalif hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik Aisya dirawat. Dia melihat wajah Aisya yang pucat itu. Nasib baik dia tak makan habis nasi tadi. Aku kena saman restoran tu. Makanan tak bersih.
Dia berjalan ke tepi katil Aisya. Digenggamnyaa tangan Aisya untuk memberi kekuatan pada gadis itu.
Aisya membuka matanya apabila terasa tangannya dipegang. Kepala Qalif terlentok di tepi katil sambil memegang tangannya.
Entah kenapa semenjak dia sakit di Cameron haritu, Qalif berubah menjadi baik dan romantik. Dan kini hatinya semakin terpaut dengan kebaikan dan keikhlasan yang ditunjukkan Qalif. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta dekat Qalif?
Banyak yang perlu dia belajar dari Qalif, terutamanya tentang solat, dia yakin Qalif boleh mendidiknya, tapi dia malu nak berterus terang dengan Qalif.

***
Usai solat Isyak,Qalif memandang pintu bilik Aisya yang tertutup rapat. Tengah tidur mungkin?
Aisya keluar dari bilik dan melihat Qalif sedang merenung ke arahnya. Dia ingin masuk semula ke biliknya kerana malu melihat Qalif yang sedang solat.
"Aisya! Wait!" langkah Aisya terhenti. Dia menoleh dan mengerutkan dahinya.
"Mari sini, kejap, abang nak cakap." Aisya menelan liurnya yang kesat.
Dia berjalan ke arah Qalif yang sedang menunggunya di atas sofa itu.
"Sayang dah solat?" Aisya menggeleng. Dia nekad dan yakin yang dia akan berterus terang dengan Qalif hari ini.
"Sa...saya.."
"Abang tahu. Sayang tak pandai solat, kan?" Aisya menundukkan wajahnya. Malu apabila Qalif tahu dia tak pandai untuk solat.
"Saya berdosa... saya tak solat sejak ke London, dan tak puasa.. sa.. saya minum arak... sa.. ya.. berdosa, sangat, Qalif !!! Sa.. saya malu dengan awak, malu sangat!" Aisya menangis teresak esak mengenangkan dosa yang telah dilakukannya itu.
Qalif menarik Aisya kedalam pelukannya dan memujuk Aisya dengan lembut.
"Apa gunanya seorang suami kalau tak didik isteri, betul tak? Jadi mulai harini, abang akan ajar sayang solat dari mula, mengaji semua. Apa yang abang mampu, abang ajar, ya sayang? Dah, menangislah sepuas hati sayang. Abang ada."
Aisya melepaskan segala perasaan yang terbuku di hatinya selama ini. Dia bersyukur kerana dijodohkan dengan suami sebaik Qalif. Tidak pernah ada orang yang menegur dan memujuknya sebegitu.
Malah kalau papa yang tahu ni, dia pasti dimarah teruk kerana lalai dengan dunia.
Ya Allah! Aku bersyukur kepadamu kerana telah menghadirkan insan yang cukup sempurna dalam hidupku! Terima kasih Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience