BAB 4

Romance Completed 23758

AISYA memerhati sekeliling kedai kopi itu. Bayang lelaki yang selamatkan dirinya semalam masih lagi tidak nampak.
Dia ni betul ke boleh percaya? Entah entah dia tipu aku tak? Sengaja nak pancing aku? Tak boleh jadi ni. Aisya mengomel seorang diri.
Tiba tiba ada seseorang menarik kerusi dihadapan Aisya dan membuatkan Aisya mendongak.
"Kenapa lambat?" itu soalan yang diajukan Aisya sebaik sahaja melihat lelaki yanh tidak dikenalinya itu. Bagaikan sudah berkawan berpuluh tahun. Lelaki itu mengerutkan dahi.
"Assalamu'alaikum." jawabnya lalu tersenyum sinis. Aisya tertunduk malu kerana tidak memberi salam terlebih dahulu.
"Maaf. Err encik..?"
" Saya Jefri." sengaja Qalif menggunakan nama Jefri kerana tidak mahu dikenali gadis dihadapannya ini. Entah kenapa dia langsung tidak mempunyai minat dengan gadis berskirt paras lutut ini. Mungkin kerana jauh berbeza dengan bekas teman wanitanya dahulu yang bertudung.
"Oh ya, Jefri. Ada bawak tak telefon saya? Kalau ada, boleh tolong bagi tak? Sebab saya nak cepat ni!"
Qalif menghulurkan Iphone 8plus berwarna hitam itu kepada Aisya. Aisya menyambut nya dan bangun dari kerusi.
"Thanks, Jefri. Sebab tolong saya semalam, and pulangkan phone saya." Aisya berterima kasih kepada Qalif lalu pergi dari kedai kopi itu.
Qalif hanya melihat gerak geri Aisya berlalu dari situ. Dia melihat jam di tangannya dan segera bangun untuk ke pejabat kerana dia terlibat dengan meeting penting sekejap lagi.
Aisya berjalan tergopoh gapah bagaikan orang yang sangat sibuk kemudian dia terlanggar seseorang.
"Auchh!!" barang barang yang dibawa oleh perempuan itu semua berterabur di atas lantai shopping mall itu. Aisya kemudiannya menunduk dan mengutip barang yang dilanggarnya tadi.
"Nah amik barang awak, saya dah siap kutip." Aisya menghulurkan barang barang yang dikutip kepada wanita itu.
"Eh! Aisya?" soal gadis bertudung biru muda bercorak bunga itu. Aisya mengerutkan dahinya untuk cuba mengingati siapakah gerangan wanita dihapannya ini.
"Hei, aku lah ni! Maya!" ujar Maya dengan wajah yang teruja. Aisya menepuk dahinya sebelum berkata.
"Maya!!!! Sorry tak perasan kau! Lain dah kau sekarang eh. Bila kau pakai tudung? Study dah habis ke?"
"Isy kau ni, kalau ye pun jomlah duduk dulu dekat mana mana kafe boleh borak sama sama." Aisya mengangguk setuju dengan cadangan Maya.

***
Aisya memegang tangan Maya dan berkata. "Eeeee, lamanya tak jumpa kau!! 4 tahun weh! Dah lain kau, sampai aku tak perasan! Kau macam mana wehh??" Maya hanya tersenyum sebelum menjawab soalan Aisya.
"Kan!! Lama gila dah weh!! Aku macam nila, kau pulak apa cite? Best tak study dekat London tuuu??"
"Gila tak best?? Mesti la best weh! Best gile! Aku dapat boyfren mat saleh yang macam kita selalu impikan tu!" Maya ketawa. Tidak hairanlah kalau sahabatnya ini disukai orang ramai kerana kecantikannya yang terserlah itu. Dengan kulit yang putih melepak, hidung yang bagaikan dibedah plastik, dan kedua lesung pipitnya.
"Wahh!! Serius lah kau! Ala ruginya aku tak join kau!!" Maya membuat wajah yang sedih.
"Tula kau, aku suruh ikut tak nak, papa aku nak tolong tanggung kau tak nak! Kan dah rugi! Habis tu kau belajar mana weh? Kau kerja apa?"
"Aku tak nak la susahkan family kau, dah banyak aku susahkan family kau kan? Dengan result aku tu, aku belajar dekat UiTM Melaka. Aku sekarang kerja dekat Syed's Holding tau. Atas bidang architecture yang aku ambil tu, diorang offer aku!" Maya bercerita dengan begitu riang sekali.
"Bagus la macam tu.. aku happy untuk kau!"
"Kau sekarang kerja dengan papa kau la eh?" Aisya hanya mengangguk. Yalah, buat apa belajar jauh jauh untuk bidang perniagaan kalau balik tak kerja dengan papanya.
Mereka berdua bercerita tentang kehidupan masing masing setelah lama tidak berjumpa. Kadang kadang bergelak tawa sama sama. Mereka pasti rindu untuk bersama seperti dahulu.

***
Hari ini Aisya mula bekerja di syarikat papanya, Saffi Enterprise. Setelah seminggu bercuti selepas pulang dari London. Aisya mengambil keputusan untuk mula bekerja.
Semua pekerja bangun dan tunduk hormat apabila Tan sri Syam berjalan masuk ke dalam syarikat tersebut.
"Hari ni saya nak perkenalkan, anak saya, Saffiyatul Aisya. Dia akan mula bekerja disini mulai hari ini. Dan dia juga merupakan CEO terbaru untuk syarikat ini. Kamu semua tak perlu risau, saya dah latih dia tentang bussiness dari kecil lagi. Jadi kamu semua akan bekerja di bawah dia, ya?"
Semua pekerja menepuk tangan bagi mengalu alukan kehadiran Aisya ke syarikat ayahnya. Aisya tersenyum.
"Hai semua, anggap saya ni macam pekerja biasa ya, semoga sentiasa beri sokongan ya! Thankyou!" Aisya memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada pekerja nya.
"Kemy!"
"Ya, Tan sri."
"Pukul berapa meeting kita dengan Syed's Holding?"
"Pukul 2 petang, Tan sri."
"Ok kalau macam tu, tolong bawakan Aisya ke pejabat dia,eh?"
"Baik, tan sri. Mari, Cik Aisya. Saya tunjukkan." Kemy, setiausaha Tan sri Syam yang juga paling lama berkhidmat di syarikat besar itu.

***
"Aisya."
Aisya mendongak sebaik mendengar suara itu.
"Ikut papa pergi meeting dengan Syed's Holding." Aisya mengangguk dan mengemas fail fail di atas meja.
"Macam mana harini? Okey tak?" soal Tan sri Syam kepada Aisya semasa dalam perjalanan untuk ke mesyuarat.
"Ok."
Walaupun Aisya terima tunangan itu, dia tetap bersikap dingin terhadap papanya keran membuat keputusan tanpa memikirkan kepentingannya. Dia masih belum sempat untuk.memperkenalkan Chris pada family nya. Dan dia juga masih belum memberitahu Chris tentang perkahwinannya yang akan datang.
"Sampai bila nak macam ni Aisya? Takkan la tak nak bercakap langsung dengan papa?" Tan sri Syam risau dengan anaknya itu. Dia juga takut sebenarnya jika tersalah membuat keputusan kerana terlalu mementingkan sahabat berbanding darah daging sendiri. Dia juga bimbang kalau anak sahabatnya tidak mampu membahagiakan satu satunya anak perempuan dan anak tunggalnya.
"Sampai papa batalkan pertunangan ni."
"Aisya!" Kebetulan sudah sampai di Syed Holding. Aisya membuka pintu kereta dan keluar dengan segera. Tidak mahu lama lama bertekak berdua dengan papanya. Buat sakit hati aje!
Mesyuarat berjalan dengan lancar. Selepas mesyuarat itu, Tan sri Syed mengajak Tan sri Syam dan Aisya untuk makan di restoran bersama sama. Dan mereka hanya menurut dan bersetuju.
Aisya merenung Qalif dengan pandangan yang tajam. Apa mamat ni buat dekat sini? Dia anak kawan papa ke?

Qalif menjadi buntu apabila mengetahui bahawa anak Uncle Syam adalah Aisya! Alamak, macam mana ni? Aisya ke yang aku akan kahwin nanti.
"Aisya? Ingat uncle tak?" soalan yang diajukan Tan sri Syed itu membuatkan mereka berdua tersentak.
"Ha? Oh mestilah ingat, uncle Syed kan?" Aisya tersengih.
"Wah, kamu ingat lagi uncle? Hahaha. Oklah ni uncle nak kenalkan bakal tunang kamu, Qalif. Qalif, ni Aisya." Aisya menjegilkan matanya.
Qalif? Bukan dia ni Jefri ke? And what? Bakal tunang aku? Apa benda ni?
"Oh hai, Qalif!" Aisya sengaja menyebut nama Qalif dengan sedikit kuat. Qalif hanya senyum yang dibuat buat dan amat lah kekok.
"Err, uncle, papa, boleh tak Aisya nak bincang dengan Qalif sekejap? Sambil tu boleh kenalkan diri, betul tak Qalif?" Aisya membuat isyarat supaya Qalif setuju dengan cadangannya. Ya! Mereka perlu berbincang!

***
"What? Bakal tunang? Qalif? Wow. Jadi you dah tahu la yang i ni bakal tunang you?" bertalu talu soalan yang diajukan oleh Aisya kepada Qalif.
"Ya saya pun baru tahu tadi."
"Kenapa you terima eh nak bertunang dengan i? Kenapa i?"
"Habis tu, awak ingat saya nak sangat teruskan pertunangan dengan awak?" kali ni Qalif bengang kerana seperti dirinya yang terhegeh-hegeh dengan gadis dihadapannya ini.
"Then do something!"
"Do what?"
"Batalkan pertunangan ni!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience