BAB 13

Romance Completed 23758

MAYA membuka pintu rumah sewanya apabila mendengar seseorang memberi salam.
"Aisya! Apa dah jadi? Kenapa muka kau basah habis ni? Eh, pipi kau merah!" Aisya menyentuh pipinya dan memandang Maya dengan sayu.
Maya memapah Aisya masuk ke dalam rumahnya. Dia ke dapur untuk menyediakan air coklat panas supaya dapat tenangkan keadaan.
"Kau cerita dekat aku, sekarang. Kau kena rompak ke? Habis tu kenapa aku tak balik rumah? Bagitahu suami kau?"
Aisya menangis lagi. Kali ni lebih kuat sehingga membuatkan Maya semakin resah.
"Kau jangan macam ni, sya.. Aku risau lah.."
Aisya membuka mulutnya untuk menceritakan segalanya yang berlaku dari A sampai Z.
"A... aku tak tahu kenapa dia kata aku curang... aku sedih sangat bila dia cakap macam tu.."
"Kesian dekat kau, Dahla, kau pergi naik dulu masuk tidur. Okay?" Maya memujuk Aisya untuk rehatkan dirinya terlebih dahulu.
Aisya mengangguk dan bangun untuk ke bilik namun semuanya menjadi gelap tiba tiba. "Aisya!!"

***
Maya mundar mandir dihadapan bilik pemeriksaan itu. Dia bimbang apa apa yang terjadi dengan sahabatnya itu.
Apabila seorang doktor perempuan keluar dari situ, dia terus menerpa doktor tersebut untuk bertanya tentang keadaan Aisya.
"Ahli keluarga?" Maya menggeleng.
"Saya sahabat dia yang dah macam family. Apa jadi doktor?" doktor itu tersenyum sebelum berbicara.
"Puan Aisya mengandung. Dah 2 bulan. Dia terlalu stress sampai pengsan tu. Nanti awak nasihat dia supaya jaga makan selalu and datang buat check up tiap bulan. Suami dia mana eh?"
Maya memanjatkan kesyukuran terhadap berita gembira ini.
"Terima kasih doc, nanti saya bagitau dia. Err, suami dia outstation. Tadi dia lepak dengan saya, tiba tiba pengsan, risau jugak saya."
"Baiklah. Saya minta diri dulu ya.?" Maya menggangguk. Dia memasuki ke dalam wad Aisya dirawat.
Aisya yang tersedar itu melihat Maya datang ke arahnya. "Maya... kenapa aku dekat sini? Aku sakit apa?"
Maya hanya tersenyum gembira dan memegang tangan Aisya dengan kemas untuk memberi semangat padanya.
"Kau.. kau pregnant.." Aisya memejamkan matanya.
"Ya Allah! Alhamdulilah! Inilah hadiah anniversary aku yang paling bermakna, Maya! Alhamdulillah! Tapi.. Qalif.. mesti ingat ni bukan anak dia.."
"Sya... buat masa ni kau tak payah fikir pasal dia, okay? Kau stress ni. Nanti effect dekat anak kau. Jadi, aku nak kau relaks aje. Nanti aku call mama kau." Aisya menggeleng dengan segera.
" Tak payah bagitahu mama papa aku. Aku tak nak diorang tahu apa Qalif dah buat dekat aku. Okay? Rahsiakan dari semua orang tau! Janji dengan aku?" Maya mengeluh berat.
"Yalah, aku janji!" Aisya kembali tersenyum sambil mengusap perutnya. Anak ibu kena kuat tau? Ibu sayang anak ibu. Anak ibu aje pembakar semangat ibu. Luah Aisya didalam hatinya.
"Eh tapi Aisya, kau tak kerja dah eh?"
"Tak, masa aku dah berbaik dengan Qalif, dia suruh aku berhenti. Dia yang pujuk papa bukan main lagi suruh hentikan aku. Tapi sekarang.."
"Aisya... dah dah. Tak payah fikir.. rehat la.." Maya menggelengkan kepalanya. Qalif ni memang nak kena! Siaplah dia nanti!

***
"Berapa kali saya cakap saya tak suka kerja macam ni? Apa ni? Tahi ayam ke? Dah, dah keluar!" Qalif menengking pekerjanya kerana fikirannya sangat serabut.
Sudah seminggu Aisya meninggalkannya dan sehingga sekarang dia tak tahu di mana wanita itu berada.
'Tok tok.' Pintu dikuak tanpa diberi izin. Atisya! Qalif mendongak dan menjulingkan matanya.
"Nak apa?"
"Qal, please.. i janji kali ni aje, jom pergi lunch dengan i.. "
Qalif memandang wajah Atisya. "Yelah yelah.." dia bangun dan mendahului langkahnya.
Mereka berdua memasuki sebuah restoran nasi kandar yang terkenal.

"Maya! Aku rasa nak makan nasi kandar lah! Jom?" Aisya memujuk Maya untuk ke restoran nasi kandar.
Maya menjeling Aisya lalu berkata. "Kalau tak disebabkan baby dalam perut tu... aku dah tak layan dah kau tau?"
Aisya tergelak kecil. "Apalah kau ni, kesian baby aje? Habis mak baby ni? Tak kesian?"
"Tak!" Maya menjelirkan lidanhya. Mereka gelak bersama sama..
Maya dan Aisya memasuki restoran itu untuk mencari meja kosong. Mata Aisya tertumpu pada dua pasangan yang sedang menjamu selera di situ.
Maya memandang ke tempat yang sama lalu memandang Aisya.
"Kau okey?"
"Jom makan dekat lain, tak de selera lah!"
"Mari aku hantar kau ke kereta, biar aku tapau okey?" Aisya hanya mengangguk. Tidak sanggup dia melihat suaminya bersama wanita lain.
Usai menghantar Aisya ke kereta, Maya kembali ke restoran dan mengambil gambar mereka berdua senyap senyap.
Oooo, kau tengking tampar isteri kau tapi kau seronok seronok keluar dengan perempuan lain eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience