BAB 5

Romance Completed 23758

MAYA mencari Aisya di dalam kelab malam yang bingit itu. Kemudian dia terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya dari belakang.
"Sya! Jom balik!" Maya memapah Aisya untuk membawanya keluar. Aisya kelihatan sudah mabuk kerana telah meneguk 5 botol arak yang mahal.
Aisya menolak Maya dengan kudratnya yang ada. "Tak nak! Aisya tak nak balik! Aisya tak nak bertunang! Tak nak!" Maya hanya menahan dirinya dengan bau Aisya yang agak menjengkelkan itu. Aisya... Aisya..
Tibanya di rumah Aisya, Maya memapah Aisya kembali dan memberi salam. Pagar dibuka dan Maya memapah Aisya sehingga ke dalam rumah.
"Ya Allah! Aisya! Abang! Aisya, bang!" Tan sri Syam berlari ke bawah apabila dipanggil oleh isterinya. Dia menggelengkan kepalanya lalu berkata.
"Abang minta maaf, sebab tak dapat didik anak kite elok elok, yang. Sampai dah jadi macam ni pun tak boleh nak putar masa." luahnya kesal dengan menitiskan air matanya.
"Saya pun tak didik dia elok, saya ingat beri cadangan suruh dia pergi London, bolehlah ubah dia, tapi tak! Saya menyesal bang, sebab terlalu manjakan dia, selalu tak nampak kesalahan dia." mereka menangisi nasib yang dialami oleh anak mereka. Kerana didikan mereka yang tak cukup, dan kesibukan mereka mengejar harta, sehingga abaikan anaknya yang satu.
Aisya mengangkat tangan kanannya. "Aisya tak.. nak.. tunang.. tak nak... Aisya nak tidur...." suaranya dalam keadaan yang mabuk. Tan sri Syam berterima kasih pada Maya kerana telah membawa pulang Aisya.

***
Kereta kereta mewah tidak henti memasuki kawasan perumahan Tan sri Syam. Pelbagai jenis kereta mewah yang terparkir di sekita kawasan rumah banglo itu.
Aisya sedang disolek oleh jurusolek yang profesional yang disukainya dari dulu lagi. Solekannya untuk bertunang biasa biasa sahaja. Dengan sedikit blusher berwarna pink dipipinya, gincu berwarna peach natural sesuai dengan kulitnya agar nampak natural sahaja solekannya.
Dia memakai baju kebaya berwarna purple cerah kali ini. Pihak lelaki akan masuk ke biliknya setelah dia sudah siap dengan segala persiapan.
Tan sri Syed dan anaknya dan pihak lelaki yang lain hanya menunggu diluar rumah, kerana itulah adat pertunangan yang diamalkan sejak dahulu lagi.
Puan sri Sharifah Malini mengetuk pintu bilik Aisya sebelum masuk kedalam bilik tersebut. Dia tersenyum melihat Aisya yang begitu manis sekali tanpa solekan yang tebal. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Aisya untuk menyarungkan cincin ke jari manis gadis itu.
Usai cincin disarungkan, mereka mengambil gambar untuk menunjukkan bahawa cinci n sudah selesai disarungkan dengan selamat.
Aisya senyum paksa kerana pertunangan ini bukan atas kerelaan dirinya. Dia masih lagi teringat akan kata kata yang diberikan oleh Qalif pada hari sebelum pertunangan mereka.

***
"Saya tak boleh nak buat apa lagi dah! Memang tak boleh! Daddy saya dah aturkan semuanya! Saya tak nak jatuhkan air muka keluarga saya! Lagi satu, awak ingat saya nak sangat dengan perempuan tak cukup kain macam awak ni? Nama aje cantik macam bidadari, tapi perangai jauh sekali berbeza! Saya pun tak kebulur lah!" Qalif melepaskan segala yang terbuku di hati nya pada perempuan dihadapannya itu.
Aisya menahan marah. Wajahnya sangat merah. Geram dengan mulut lepas Qalif, dia bangun dari tempat duduknya dan mengahamburkan juga kata kata yang menyakitkan hati.
"Hello! Setakat nama berketurunan, tak payah cakap banyak lah! Apa you ingat perempuan bertudung bertutup litup tu semua baik baik macam pakaian diorang ke??? Entah entah diorang lagi teruk dari perempuan tak cukup kain macam I ni! You buat macam I pulak terhegeh dekat you! You ingat sikit eh, ni aturan keluarga! Kalau you tak boleh nak batalkan pertunangan ni, jangan nak berjanji macam macam! Esok hari bertunang dah! Takpe saya lepaskan kali ni, tapi jangan harap saya akan datang pada hari pernikahan nanti!"
"And lagi satu, you tahu kan ni semua rancangan daddy you? Kalau tak sebab anak dia yang tak pandai nak cari jodoh, benda ni takkan jadilah! Duit aje banyak tapi tak reti nak goda perempuan!" luahnya lagi sebelum beredar dari situ meninggalkan Qalif seorang diri.
Qalif merengus kasar. Dia menggepal penumbuk menandakan yang dia amat geram dan terasa dengan perlian Aisya.
Disebabkan Qalif lah, Aisya pergi ke kelab malam pada hari itu untuk menghilangkan stress.

***
"Apa kata kita tetapkan tarik pernikahan tu bulan depan? Lagi cepat kita satukan diorang, lagi cepat selesai, lagipun Qalif ni semakin tua, kalau bertunang lama lama pun tak elok. Aisya pun sama, kan dia ubah fikiran tiba tiba pun tak elok jugak, setuju tak Syam, Bibah?" Tan sri Syed memulakan bicara pada sesi makan malam mereka sebagai bakal besan.
Tan sri Syam mengangguk tanda setuju dengan cadangan sahabatnya. Aisya meletakkan sudu ke dalam pinggan dengan kuat sebelum dia memandang papanya.
"Err tapi uncle, tak ke cepat sangat nak nikah tu? Nanti apa kata orang? Baru aje bertunang terus nikah. Nanti orang cakap ada something wrong pulak?" Aisya cuba untuk melengahkan masa pernikahan mereka agar mereka tidak disatukan secepat mungkin seperti yang dirancang.
"Haah, Qalif setuju dengan Aisya, buat apa nak cepat cepat, nanti apa pulak orang cakap?" Qalif buat buat menyokong Aisya kerana dia juga tak mahu kahwin cepat cepat dengan Aisya.
Tan sri Syed menghela nafasnya sebelum bersuara, "Qalif tu dah semakin tua, jadi uncle harap kita tetapkan tarikh tu secepat mungkin. Atau kamu nak nikah minggu depan?"
"Tak nak!" serentak mereka berdua menjawab soalan Tan sri Syed. Dan yang lain berpandangan sesama sendiri. Macam dah rancang nak jawab sama sama.
"Tengok tu, jawab pun sama sama, kuat jodoh kamu berdua ni, tak menyesal uncle setuju dengan cadangan daddy kamu Qalif." kali ni Tan sri Syam pula yang bersuara setelah mendiamkan diri.
Aisya bangun dari kerusinya dan meminta izin untuk ke tandas kerana sakit perut. Dan mereka hanya membenarkan tanpa mengesyak apa apa.
Aisya menuju ke halaman rumahnya dengan melalui pintu dapur agar tidak di perasan oleh sesiapa. Dia mengeluarkan iphonennya dan menaip mesej pada seseorang.
'Maya, jumpa jom esok dekat Pavi.'
Kemudian iphonennya berbunyi tanda mesej masuk.
'Okey, nanti aku datang.'
Aisya mengeluh. Kenapa lah aku yang kena hadap semua ni? Kenapa aku? Aku cintakan Chris, bukannya Qalif! Kenapa? Kenapa? Hatinya bersuara sayu.
Bunyi derapan tapak kaki membuatkan Aisya menoleh untuk melihat siapakah gerangan orang itu. Qalif! Dia memandang hadapan kembali.
Mereka hanya diam tidak bersuara sambil memandang ke langit. Melihat bintang bintang yang berkelip kelip yang begitu cantik dan indah. Alangkah indahnya kalau hidup mereka seperti bintang bintang itu.
Qalif berdeham membuatkan Aisya tersedar dari lamunannya. "The wedding is going to held soon. Esok diorang suruh kita pergi cari cincin dan baju untuk bernikah, bersanding semua. Awak pergi sendiri boleh?"
Aisya menoleh lalu ketawa sinis. "Pergi la sorang. I busy." katanya lalu berlalu untuk masuk ke dalam rumah kembali.
Qalif merengus kasar. Kurang ajar tak habis habis perempuan ni. Heish! Kalau bukan dekat rumah dia ni, dah lama aku buli dia!

***
"Maya! Sini sini!" Maya mencari suara yang memanggilnya itu dan melihat Aisya sedang minum air peppermint di starbuck itu.
Maya mengambil tempat di hadapan Aisya.
"Kau ok tak ni? Monyok aje muka aku tengok. Orang lain nak kahwin muka berseri, kau pulak monyok aje. Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku?"
Aisya menghela nafasnya berat. "Aku okey lah, penat sikit aje semalam kan majlis aku tunang."
Maya tersenyum lega. "Bagus la macam tu, eh by the way kau tahu tak CEO syarikat aku kerja tu kan, nak kahwin... Dia tu dahla hensem, kaya pulak tu, ruginya la aku terlepas! Untung pulak bakal isteri dia, haih!"
Aisya yang sedang menyedut air itu tersedak apabila mendengar cerita Maya. "Eh, kau okey tak ni?"
Aisya mengangguk laju dan mengelap bibirnya yang kotor. "Eh jom pergi jalan dalam ni, aku dengar ada banyak promosi semenjak dua menjak ni." Aisya mengubah topik kerana tidak mahu Maya mengesyaki sesuatu.
Mereka berjalan sambil gelak tawa di dalam shopping mall itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience