BAB 3

Romance Completed 23758

"APA semua ni? Kalau awak tak reti nak buat kerja yang baru sedikit saya bagi ni, macam mana saya nak percayakan awak untuk naikkan pangkat awak???" bengis tengkingan seorang lelaki yang bernama Syed Qalif itu.
Semenjak ditinggalkan teman wanitanya, dia sering kali melepaskan amarahnya kepada staf staf yang tidak bersalah itu.
'Kriinggg'. Telefon pejabat berdering, Qalif membuat gerakan menyuruh stafnya keluar daripada pejabatnya sebelum mengangkat telefon yang berdering itu.
"Ya?"
"Qalif, datang ofis daddy. Now!" arahan itu tidak lain dan tidak bukan kalau bukan daripada ayahnya, Tan sri Syed Tajudin.
Qalif merengus kasar sebelum bangkit daripada kerusi empuknya untuk ke pejabat ayahnya.
Pintu dikuak dari luar dan matanya tertumpu pada dua orang lelaki yabg sedang bergelak tawa. Qalif berdeham sebelum melangkah ke arah mereka.
"Haa, Qalif, ni kawan daddy, Uncle Syam. Syam, ni anak aku yang aku cerita tadi." Tan sri Syam hanya tersenyum sebelum tangannya dijabat oleh Qalif.
"Ooo inilah orang dia, segak semacam aje ni, aku rasa jadilah plan kita kali ni!" kata Tan sri Syam kepada sahabatnya. Qalif memandang mereka pelik. Plan? Apa pulak la daddy plan kali ni? Janganla nak bagi company ni dekat uncle ni. Qalif mengeluh sendiri.
"Daddy ingat nak bagitahu kamu dekat rumah nanti, tapi alang alang Uncle Syam dah ada dekat sini, daddy nak bagitahu terus." kali ni bicara Tan sri Syed serius dan tidak ada lagi gelak tawa bersama Syam.
Qalif mengerutkan dahi sebelum bertanya, "Apa dia daddy? Macam penting je?"
"Sangat penting. Untuk masa depan kamu. Daddy nak kamu kahwin dengan anak Uncle Syam. Boleh?"
Qalif menjegilkan matanya. "What????"
"Daddy dah berbincang dengan Uncle Syam dan kami cadang nak tunangkan kamu dua minggu akan datang. Anak Uncle Syam pun tak tahu lagi dan ini memang aturan keluarga." balas Tan sri Syed. Serius.
Qalif menelan air liur. Kalau daddy dah serius, takde apa aku boleh langgar dah. "Tapi kenapa, daddy? Qalif tak kenal pun dia, tiba tiba kene bertunang? Apa ni daddy?" suara Qalif agak meninggi dengan kehadiran tetamu disitu.
Tan sri Syed memandang Qalif dengan tajam. "Listen to me or leave me. Keputusan Qalif dah tak penting sekarang. Yang penting masa depan kamu. Umur kamu makin meningkat Qalif, sama macam daddy. Kamu nak daddy mati dulu sebelum tengok kamu bernikah?" tiba tiba sedu aje suara Tan sri Syed.
Qalif bangun dari duduknya. "Nanti Qalif fikir. Sorry uncle, Qalif ada kerja."
Tan sri Syam hanya mengangguk dan tersenyum manakala Tan sri Syed mengeluh berat. "Aku akan pujuk dia macam mana sekalipun. Tarikh yang kita tetapkan tu jangan batalkan langsung. Kau bincang lah elok elok dengan anak kau, Syam."
Tan sri Syam hanya mengangguk perlahan dan memikirkan cara untuk memujuk Aisya yang sedikit keras kepala itu.

***
Jam tepat pada 11 malam. Aisya mengambil baju gaun berwarna merah yang berkilat itu dan disarungkan pada badannya. Kemudian bersolek sedikit dengan memakai lipstick yang merah.
Aisya menuruni anak tangga perlahan lahan kerana takut papa dan mamanya akan perasan akan dia yang nak keluar itu.
Aisya membuka pintu utama perlahan-lahan sebelum ditegur oleh satu suara garau.
"Aisya." Aisya mengerutkan dahinya dan berpaling ke arah suara itu sebelum tersengih.
"Aisya nak pergi kelab lagi ke? Tak sampai dua hari kamu balik dah nak berfoya-foya? Papa ingatkan kamu ke London lagi okey, rupanya lagi teruk perangai." luah Tan sri Syam kepada Aisya itu.
Aisya mempunyai personaliti yang baik tetapi perangainya yang kaki kelab itu masih lagi tak dapat dielakkan.
"Err.... papa tak tidur lagi?" soal Aisya gugup.
"Tak. Papa ada benda nak bagitahu kamu."
"Apa dia, papa?"
"Kamu akan bertunang dua minggu akan datang." ringkas dan tenang jawapan Tan sri Syam kepada Aisya. Aisya ternganga.
"What? Tunang? Tuan punya badan pun Aisya tak kenal la papa! Apa semua ni?" Aisya merengus geram. Kenapa la papa membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dirinya.
"Papa dah fikir masak masak, kamu akan bertunang juga dengan dia. Kamu boleh nak jumpa dia dulu besok, nak berkenalan ke apa." usai habis Tan sri Syam berkata , Puan sri Habibah turun dan mendekati mereka berdua.
Aisya menarik tangan mamanya dan merengek. "Mama!!! Tengok apa papa dah buat ni! Mama tolong backup Aisya mama! Mama jangan lah setuju macam tu aje! Entah entah orang tu nak ambil kesempatan aje dekat papa."
"Kamu jangan nak tuduh yang bukan-bukan tau Aisya. Papa kenal kawan papa, mesti dia akan didik anaknya elok elok! Cuma papa aje yang tak reti nak didik anak papa walaupun seorang! Kalau kamu tak setuju, ikut suka kamu lah! Tapi.."
"Tapi apa...?" soal Aisya dengan wajah yang sedikit terkejut.
"Papa akan tarik semua harta yang papa bagi dekat kamu, kad kredit kamu, kereta kamu, tu contohnya, dan papa akan kurung kamu dalam bilik. Dan ya ng kedua, kalau kamu pilih nak bertunang, papa akan bagi kamu penthouse dan kamu boleh buat apa saja yang kamu nak. Asal kan kamu bertunang dan dengar cakap papa!" Tan sri Syam meninggikan sedikit suaranya.
Aisya berasa sangat marah lalu membuka pintu dan keluar dari rumah itu meninggalkan mama dan papanya.
"Aisya!!" laung Puan sri Habibah.
"Sudah. Pergi masuk tidur. Tahulah dia nak berfikir. Saya buat macam ni untuk kebaikan dia jugak, awak jangan nak bela dia pulak ye."
"Tapi tak kejam ke awak buat macam tu dekat dia? Baru dua hari dia pulang, awak dah suruh dia bertunang, kalau saya pun marah!" luah Puan sri Habibah geram.
"Bibah! Pergi naik tidur!" Puan sri hanya menurut arahan suaminya. Marah macam mana pun kalau dah syurga di bawah kaki suami, semua kena ikut, tak boleh lawan.

***
Bunyi muzik berdentum dentam yang kuat membingitkan lagi kepala Aisya. Dan kali ni kali pertama dia meneguk air kencing syaitan. Walaupun sudah menetap di London selama 4 tahun, tapi dia tidak pernah meneguk air kencing syaitan selama ini.
"Do you want more?" soal pelayan bar di kelab itu. Aisya hanya mengangguk dan menghulurkan gelas kaca yang diminumnya.
Aisya bangun dan menari bersama sama pelanggan yang lain dengan badan berpusing dan macam macam gaya lagi. Ini kerana dia sudah terbiasa dengan hidup di kelab malam terutama di London.
Aisya keluar dari kelab dengan badan terhuyung hayang.
Qalif sedang lepak di restoran berdekatan dengan kelab malam itu bersama kawannya, Jefri. Sewaktu mereka didalam kereta dalam perjalanan pulang, seorang gadis lalu dihadapan dengan badan terhuyung hayang dan menyebabkan Qalif brek mengejut.
Qalif keluar dari perut kereta dan memapah gadis itu kedalam keretanya.
"Busuknya." Qalif berkata sepatah semasa gadis itu sudah berada di kerusi bahagian belakang kereta.
"Bau arak ni Lif, sayang muka cantik tapi tak jaga akhlak." Jefri menyambung untuk berkata tentang gadis itu.
"Aisya tak nak tunang la papa!!!!!" gadis di belakang itu menjerit dengan kuat.
Qalif dan Jefri hanya memandang sesama mereka dan mengerutkan dahi. Oo nama Aisya? Tapi perangai fuh.

***
Aisya membuka matanya perlahan kerana matanya sangat berat untuk dibuka. Dia melihat keadaan sekeliling yang sememangnya bukan di bilik tidur nya. Aku kat mana ni? Aisya menyoal sendiri.
Dia bangun perlahan lahan daripada katil itu dan melihat ada sekeping surat di atas meja.
'Saya yang tolong awak semalam. Kalau ada apa apa barang hilang, call nombor ni tau. .' aik? Siap tinggalkan surat. siapa yang bawak aku ke sini? Kemudian Aisya cek barang barangnya.
"Wait! Phone! Ah! Macam mana boleh hilang ni? Kejap, maybe jatuh waktu aku nak call Chris semalam? Argh!" Aisya bergegas keluar dari bilik hotel itu dan mencari telefon public untuk menelefon nombor yang diberi itu.
"Hello?" suara garau itu memecahkan gegendang telinga Aisya.
"Err, sa..saya.."
"Cik Aisya?" belum sempat Aisya menjawab, suara garau itu sudah mengetahui namanya.
"Eh, macam mana awak tahu nama saya?"
"Itu tak penting, sekarang ni apa awak nak? Sebab saya tengah sibuk ni." suara itu membalas lagi.
Cis! Bagi sangat nombor tapi tak anak tolong.
"Phone saya! Mungkin jatuh dalam kereta awak! Kita jumpa tengahari nanti dekat Sunway Piramid boleh?"
"Ok." talian diputuskan. Kurang asam punya jantan! Dia tak kenal lagi aku siapa! Main main pulak kau eh!
Bagi Aisya, bukannya penting sangat telefon tu, kalau hilang boleh beli yang baru tapi dalam telefon tu saja yang ada nombor luar negara Chris. Sebab itulah dia gigih nak dapatkan telefon itu semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience