BAB 20

Romance Completed 23758

AISYA termenung di balkoni penthousenya. Masih lagi memikirkan hal yang berlaku tempoh hari.
Qalif merangkul pinggang Aisya dari belakang membuatkan Aisya tersentak.
"Abang kalau tak bagi Aisya heart attack tak sah kan? Nak sangat Aisya mati awal?"
Qalif tergelak besar denga lawak yang dibua isterinya itu.
Aisya menoleh untuk menghadap suaminya lalu mencubit perut suaminya dengan kuat.
"Auch! Sakit la sayang.." Qalif membuat wajah yang manja untuk meraih simpati.
"Gelak la lagi! Kalau nak kena banyak la..."
Cup! Bibirnya dikucup Qalif lama. Aisya menolak tubuh Qalif dengan kuat.
Qalif merenung wajah Aisya dengan penuh kasih dan sayang. Dia membelai rambut Aisya satu persatu.
Aisya yang perasan akan renungan suaminya mengalihkan pandangan. Tahu sangat lah apa yang suami dia nak!
"Kenapa makin lama makin cantik isteri abang ni, eh?" Aisya tersenyum manis.
Kemudian Qalif mengucup pipi Aisya bertalu talu.
"Abang!!" Aisya ketawa keran terasa geli apabila dilakukan sebegitu. Ada ke buat dia macam bayi?
Qalif kembali memeluk Aisya dari belakang dan melihat keindahan malam itu.
Qalif mengucup telinga kanan isterinya lembut. Kemudian beralih ke leher Aisya.
Aisya hanya membiarkan kelakuan suaminya itu. Kalau boleh setiap malam nak belai dia.Tapi tak apa, janji dia pun bahagia!
Sedang Aisya asyik dalam belaian Qalif, Qalif bersuara manja.
"Sayang..."
"Hmmm...?"
"Abang ngantuk la.." belum sempat Aisya membalas, Qalif sudah mencempung tubuh Aisya dan dibawa ke katil.
Aisya tidak membantah malah turut sama membelai suaminya. Inilah antara pengikat suami isteri. Belaian yang penuh kasih mengeratkan lagi hubungan mereka yang berpasangan.

***
Syed Qayyum yang baru pandai berjalan itu terkedek-kedek berjalan ke arah Aisya yang sedang memasak itu.
"I..pu..I..pu.." dia menarik baju Aisya supaya tersedar akan kehadirannya.
Aisya menoleh. "Eh sayang ibu buat apa kat dapur ni? Jom keluar, dapur panas ni!"
Aisya memimpin tangan anaknya untuk keluar dari ruang dapur yang berasap itu.
"Assalamualaikum!" Aisya memberi susu botol kepada Qayyum sebelum membuka pintu.
Kenal sangat dia dengan suara suaminya itu. Qalif melangkah masuk kedalam. Aisya mencapai briefcase milik Qalif lalu mencium tangannya.
Qalif pula mengucup lembut ubun ubun Aisya. Begitulah rutin harian mereka setiap hari.
Qalif berjalan kearah meja makan dan melihat makanan sudah terhidang. Dia menarik kerusi namun ditahan oleh Aisya.
"Abang! Pergi mandi lah dulu badan abang bau busuk lah!" Aisya menutup hidungnya dengan memicit hidungnya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.
"Baiklah, puan!" Qalif memberi tabik ala ala askar begitu. Dia berlalu perlahan-lahan di sebelah Aisya dan.. Cup! Pipi kanan Aisya dikucup lalu berlari ke biliknya.
Aisya hanya menggeleng dengan suaminya. Macam budak budak.
Qayyum yang melihat ayahnya mengucup pipi ibunya merengek manja. Aisya pun menuju ke arah Qayyum yanh sedang minum susu itu.
"Ni nak apa pula?" Qayyum bangun dari baring nya dan mencium pipi Aisya lembut.
Aisya ketawa riang. "Haih, ada ada aja anak dan suaminya ini! Pantang nampak ayah dia cium ibu, dia pun nak jugak?"
Qayyum mengangguk seolah olah sia mengerti dengan bebelan Aisya itu.

***
"Sayang, sini kejap.." Aisya hanya menurut dan melabuhkan punggung di sebelah suaminya di atas katil.
"Anak abang dah tidur?" Aisya hanya mengangguk bagaikan burung belatuk.
Qalif mengeluarkan sesuatu dari belakangnya. Kotak baldu berwarna merah itu dibukanya.
Aisya mengerutkan dahi. "Apa ni?"
"Cincin lah, tak nampak?" Aisya mencubit lengan suaminya.
"Orang tahulah cincin, tapi untuk apa? Jangan jangan, abang nak suruh Aisya tolong pinangkan perempuan lain? Abang nak berma..."
Bibir Aisya dikucup. Aisya menarik wajahnya masam.
"Apa buat muka macam tu? Macam tapai basi abang tengok! Tulah, cakap banyak lagi! Ni, cincin untuk sayang.."
"Cincin apa?"
"Cincin kahwin kita..." Aisya mengerutkan dahinya. Kali ni berlipat-lipat dahinya.
"Tapi bukan dah ada ke?" tanpa menjawab soalan Aisya, Qalif menarik keluar cincin kahwin yang tersarung di tangan Aisya.
"Abang?" kemudian dia menyarungkan cincin yang baru dibelinya.
Qalif memegang pipi Aisya dengan kedua belah tangannya.
"Cincin ni abang bagi sebab yang ni baru betul betul ikhlas punya, yang dulu abang tak ikhlas.. Jadi, abang bagi cincin ni sebagai tanda abang ikhlas kahwin dengan sayang, dan abang ikhlas cintakan sayang. Selepas jumpa sayang, abang tak menyesal untuk cintai sayang... sayanglah cinta terakhir abang.."
Aisya terkedu dengan luahan hati suaminya itu. Bergenang kolam matanya dan hampir tumpah air mata itu.
"A.. abang... Aisya speechless sangat.... Terima kasih abang, terima kasih sebab sudi terima Aisya yang jahil dan teruk ni.. dan sebab sudi didik Aisya untuk jadi seorang isteri yang solehah... Aisya sayang abang sangat.. thankyou for everything.."
Aisya mencium tangan suaminya sebagai tanda bersyukur. Qalif hanya mencium dahi Aisya dengan penuh kasih.
Aisya mengesat airmata nya dan mendongak memandang Qalif.
"Tapi kan, bang.. siapa Irfan tu?" Aisya masih lagi ragu ragu dengan tindakan suaminya terhadap lelaki itu.
Qalif mengeluh berat sebelum menceritakan segalanya yang berlaku. Aisya hanya mengangguk dan turut rasa simpati dengan suaminya.
"Dah, tak payah cakap pasal dia, bazir masa sahaja.."
"Yang pasti sekarang, sayang dah jadi milik abang untuk selama lamanya. Tiada yang dapat pisahkan abang selain Allah yang Maha Esa. I love you so much...." Qalif mengucup lembut bibir mungil Aisya.
"Abang... abang la suami yang paaaaaaling Aisya sayang, paling Aisya cinta...sayang abang ketat ketat!!"
Qalif mengerutkan dahinya. "Aisya ada suami lain ke?"
Aisya tergelak kecil. "Apalah abang ni, nak Aisya ada suami lain betul betul ke??"
Pantas Qalif menggeleng. Walaupun Aisya tidak boleh berkahwin banyak, tapi dia tetap tidak restu.
"Sayang... sayang dah tak nak anak ke?" senyuman dibibir Qalif bertukar nakal. Aisya memukul dada bidang Qalif.
"Apa lah abang ni, gatal!!!" tanpa mempedulikan Aisya, Qalif merebahkan tubuh Aisya ke pembaringan. Cakap banyak tak guna!
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia mengetahui segalanya. Walau macam mana pun kita tolak, kalau dah tertulis, maka jadilah!
Ya Allah, terima kasih atas cinta yang suci ini! Terima kasih untuk segalanya. Suami yang baik, anak yang dengar kata, terima kasih Ya Allah! Tak terucap betapa syukurnya diriku padaMu!
Syed Qalif Syed Tajudin, suami yang palingggg Saffiyatul Aisya sayang sekarang, dan selama lamanya! Semoga cinta mereka berkekalan sehingga ke syurga.


-TAMAT-
Terima kasih kepada yang membaca, coretan saya hanyalah sekadar rekaan semata mata. Maaf kalau ayat yang kurang dramatis atau enak didengar. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience