BAB 17

Romance Completed 23758

Enam bulan kemudian...

"SAYANG!" Qalif memanggil isterinya. Tidak disahut panggilannya. Dia menuju ke dapur dan melihat Aisya sedang menggoreng bihun.
Qalif memeluk pinggang Aisya dari belakang perlahan-lahan. "Opocot! Kuali tonggeng!"
Qalif terkekek ketawa. Aisya mencebik. Nasib baik tak ada serangan jantung. Kalau tak! Mahu duda tak berlagu lah suami dia ni!
"Sorry, sayng tak sengaja!" kemudian dia mencium pipi kanan isterinya membuatkan Aisya menjadi semakin geram.
Api ditutup. Aisya menoleh dan menghadap suaminya.
Qalif tersenyum manis melihat isterinya yang sedang marah itu. Comel!
"Bibir tu kalau muncung lagi, abang ambil bibir abang letak dekat situ!" wajah Aisya berubah merah.
"Apalah abang ni!! Gatal!" kemudian dia memuncungkan lagi bibirnya.
Cup!
Aisya memasamkan wajahnya dan menolak badan sasa Qalif.
"Kan abang dah cakap! Tak nak dengar?" kemudian dipeluknya isterinya dengan erat sehingga Aisya lemas.
"Abang! Abang!! Perut sakit! Aduh!" Qalif terlupa perut isterinya sedang membesar dan due dikatakan minggu hadapanini.
"Kenapa, sayang? Dah nak bersalin eh?" dengan segera Qalif melepaskan pelukannya dan memandang wajah Aisya dengan resah. Namun... isterinya terkekek ketawakan dia.
Giliran Qalif pula mencebik. Geram apabila dipermainkan begitu. Sungguh dia berdebar apabila isterinya begitu.
"Oo kenakan abang..." Qalif memegang perut Aisya yang membesar itu.
"Baby.. tengok ibu kenakan ayah... kesian ayah.. baby... " Qalif menjeling Aisya yang sedang memerhatinya sebelum menyambung semula.
"Kalau baby nak keluar, baby bagitahu ibu elok elok tau, jangan tendang ibu, nanti kesian ibu sakit.." Aisya terharu dengan kata kata Qalif. Sungguh sungguh Qalif sayangkan dia. Sejak di rumah Maya, Qalif memantau setiap gerak gerinya dengan baik dan berhati hati.

***
Qalif menggengam erat jari jemari Aisya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.
Sungguh seksa isterinya itu menahan sakit. Sekejap menjerit sekejap tarik nafas. Mungkin inilah sebabnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.
Sungguh besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
"Arghhhhh!" Aisya melepaskan genggaman Qalif malah menarik lengan sasanya dengan kuat sehingga membuatkan Qalif terjerit kecil.
Namun ditahannya sakit lengan itu kerana isterinya lebih sakit berbanding dirinya.
Kemudian suara bayi menangis kedengaran. Qalif menghela nafas lega. Tidak henti henti mengucap syukur pada Yang Maha Esa.
Bayi dibalut dengan kain putih untuk mengelap darah darah di badannya. Aisya menarik nafas lega kerana selesai bertarung nyawa demi anaknya.
Doktor Yani menghulurkan bayinya kepada Aisya. Aisya menyambutnya. Air mata seorang ibu menitis perlahan-lahan.
Tidak dapat terucap syukur nya kehadrat ilahi kerana telah melancarkan proses melahirkan dan menghadiahkan zuriat buat dirinya dan Qalif.

Aisya dipindahkan ke wad VIP setelah selesai segalanya.
Tan sri Syam dan Puan sri Habibah muncul bersama besan mereka di bilik wad Aisya. Wajah mereka bahagia sekali.
"Alhamdulillah..." ucap Puan sri Habibah apabila melihat Aisya yang tersenyum di atas katil.
Sejurus itu mereka memandang Qalif yang sedang mengazankan anak sulung nya.
Puan sri Sharifah berjalan ke arah anak bongsunya untuk mengambil cucu ketiganya.
Bayi itu bertukar tangan. Mereka memandang wajah bayi tersebut dengan wajah yang sungguh ceria.
"Hensem nya.... macam saya.." ujar Tan sri Syam dalam nada bergurau.
"Ish, macam sayalah.." Tan sri Syed tidak mahu kalah denga besannya. Mahu juga diselit irasnya disitu.
Qalif hanya menggeleng melihat gelagat daddy dan papa nya lalu menuju ke arah Aisya yang terbaring di atas katil.
Dia mengucup lembut ubun ubun Aisya.
"Terima kasih sayang.. sebab dah lahirkan zuriat abang.." Aisya tersenyum manis sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya.
"Terima kasih jugak sebab temankan Aisya sepanjang Aisya bersalin. Iloveyou.." Qalif mengucup pipi kanannya pula dan beralih ke pipi kiri.
"Apa lah abang ni. Malu mama, papa, daddy dan mummy nampak!"
"Abang sayang sangat isteri abang ni..." kemudian dia menggenggam erat jemari Aisya. Aisya membalas genggaman nya.
Ya Allah! Bersyukur kepada mu kerana telah memberikan aku zuriat yang sempurna berserta suami yang tidak putus putus mencurahkan kasih sayangnya padaku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience