BAB 6

Romance Completed 23758

SUASANA didalam kereta diam. Hanya bunyi lagu di radio yang membisingkan keadaan diantara mereka berdua.
Aisya memakai cermin mata hitamnya dan berpura pura tidur. Qalif hanya memandu dalam keadaan yang tenang. Sekali sekala dia menoleh ke arah Aisya. Dia tahu gadis itu berpura pura tidur kerana mahu mengelak darinya.
Usai sampai di butik Halana, Aisya segera membuang cermin matanya dan ingin keluar kerana nafasnya bagaikan sesak di dalam kereta BMW X5 berwarna coklat milik Qalif itu.
"Selamat datang." pekerja butik Halana itu menyambut kedatangan Qalif dan Aisya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Aisya mencari designer butik itu untuk membuat design bajunya sendiri. Walaupun terpaksa, dia harus mencari baju mengikut citarasanya kerana ini tetap perkahwinannya.
"Mana designer eh?" soal Aisya kepada pekerja di butik tersebut. Qalif hanya bermain iphone Xnya sambil duduk di atas sofa yang didediakan untuk tetamu. Aisya menjelingnya tajam. Tak membantu langsung!
Belum sempat pekerja itu menjawab, designer yang dicarinya sudah keluar dari situ. "Ya, cik? Saya Julia. Ada apa boleh saya bantu?" soalnya lembut.
"Saya nak tengok design untuk baju pengantin."
"Bila eh cik nak?"
"Berapa lama awak boleh siap?"
"Kalau cik nak secepat mungkin, saya boleh siapkan yang cik dahulu."
"Baiklah, bagi saya tengok design dulu." Julia memghulurkan buku design yang memang TOP kepada Aisya. Aisya membelek setiap helaian buku design itu. Memang bukan calang calang butik ni, baju bajunya semua pernah ditempah oleh artis artis terkenal.
Aisya memilih baju nikahnya berwarna putih dan baju bersandingnya ada dua helai, sati warna pink belacan dan satu lagi warna peach.
Julia mengeluarkan pita untuk mengukur badan Aisya. Qalif hanya memerhati Aisya yang sedang diukur badannya. Qalif pula bangun untuk mengukur badannya. Dia mengikut sahaja kehendak Aisya kerana malas memikir tentangnya.
Usai memilih baju, mereka menyambung perjalanan untuk mencari cincin di kedai emas yang terkenal.

***
Aisya menghempaskan badannya keatas katil empuk di bilik nya. Kemudian dia membelek iphonenya untuk mencari nombor Chris.
Sudah lama dia tidak menghubungi lelaki itu. Dia juga tidak memberitahu tentang perkahwinannya kerana dia sudah merancang untuk melarikan diri sewaktu hari perkahwinannya.
"Hello?" suara perempuan. Aisya mengerutkan dahinya. Dia terdengar suara latar di belakang.
"Baby, come here. I am not done yet, i want to have more, baby!" suara itu. Suara Chris. Aisya menitiskan air matanya. Lelaki itu sudah berjanji tidak akan curang lagi dengan dirinya.
Aisya menekan punat berwarna merah di skrin nya. Dia menghamburkan tangisannya. Teresak esak dia menangis teringatkan perbualan Chris dan wanita itu.
Lantas ingatannya kembali saat Chris berjanji dengannya untuk setia dengannya walaupun dia pulang ke Malaysia. Dan semudah itu dia mempercayai Chris.

"Aisya, wait! I promise. Please, give me second chance? I love you so much, you know it right?" Chris memujuk Aisya dan cuba untuk mencium bibir mungil Aisya.
Aisya mengelak. "What? Second chance? This is hundred chance that i have give to you! You have done it with everyone! And now you want me to give you chance?"
"I promise. Please.. I promise even if you going back to Malaysia, I will always love you and ... i will find you in Malaysia, and i will marry you! Trust me, Aisya.!" Chris meluahkan perasaannya dan berjanji untuk bersama Aisya dengan nada yang betul betul ikhlas membuatkan Aisya terpedaya.
Aisya mengeluh. "Then, i trust you. I give you second chance." setelah Aisya memberi peluang kepada Chris. Chris mencium bibir mungil Aisya dan Aisya membalasnya. Mereka berpelukan dan bercium di dalam rumah sewa Aisya.

Aisya menyentuh bibirnya. Ya, itu kali pertama dia mencium lelaki yang bukan mahram. Dan dia benar benar menyesal kerana memberi Chris mencium bibirnya.
"Argh! Menyesal aku percayakan kau binatang! Kalau dah bukan islam tu, memang kau akan buat benda terkutuk!" Aisya menangis lagi. Menyesal akan perbuatan keji yang pernah dia lakukan.

***
Jefri memandang Qalif sambil menyilang kedua tangannya.
"Kau ni dah kenapa? Kenapa kau tak bagitahu aku kau nak kahwin? Tiba tiba aje berita kau nak kahwin tersebar. Masuk paper pulak tu. Ha, dengan anak Tan sri Syam. Pemilik saham terbanyak di Malaysia ni kan? Bila kau kenal anak dia? Dah lama ke kau bercinta? Setahu aku kau still harapkan...." belum sempat Jefri menghabiskan ayatnya Qalif memotong.
"Aku kena kahwin paksa. Daddy aku yang aturkan. Kalau aku tak terima, dia takkan bagi harta dia dekat aku, and akan bagi dekat kakak aku je. Kau rasa?"
Jefri ketawa besar. "Kau ni biar betul! Zaman bila orang kahwin paksa ni? Eh tapi aku dengar anak dia cantik wo! Ala, kau terima ajelah, lepas kahwin tu kau cerai kan lah dia, bagi dekat aku!" Jefri menjongketkan sebelah keningnya.
Qalif memandangnya tajam. "Apa pandang pandang? Kata kahwin paksa? Takkan tak setuju dengan idea aku?" Jefri menyoal kembali apabila direnung tajam oleh kawannya. Takut juga mana tahu kena bunuh.
Qalif bangun dari duduknya dan memandang Jefri semula. "Ikut suka kaulah." Qalif beredar dari situ kerana sudah bosan melayan Jefri yang mengarut tu.
Jefri tertawa. Haih Qalif, Qalif. Aku yakin kau akan fall in love dengan dia. Kau tu senang jatuh cinta tapi susah nak move on. Tapi sekali jatuh cinta, pandang pun marah. Jefri teringat saat kali pertama Qalif kenalkan Atisya padanya.

"Qalif!" jerit perempuan bertudung merah jambu itu dengan lembut. Qalif menoleh dan tersenyum. Jefri hanya memerhatikan gelagat dua orang ini.
Jefri mencuit Qalif. "Hoi, siapa ni?" dia menyoal Qalif seakan berbisik.
"Girlfriend aku." Atisya berjalan kearah mereka dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
"Awak tak cakap awak bawa kawan?" soal Atisya pada Qalif sebelum matanya beralih pada Jefri.
"Atisya." katanya lalu menunduk sebagai tanda hormat. Jefri senyum sebelum membalas. "Jefri." Qalif hanya memerhatikan mereka kemudian memotong bicara mereka.
"Awak nak makan dekat mana? Ok kan saya bawak kawan saya sebab dia sibuk nak ikut." Qalif menjeling Jefri sebelum menyoal Atisya. Atisya hanya mengangguk.
Mereka bertiga mencari restoran yang sesuai untuk tekak mereka bertiga sebelum menjamu selera.

Jefri mengeluh sendiri. Kesian kau Qalif. Kawan sendiri khianat kau, sampai rampas girl friend kau. Kemudian dia bangun untuk pulang ke tempat kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience