Bab 16 - ( Petanda Buruk )

Romance Series 7692

INAS menilik jam tangan di tangannya yang menunjukkan pukul 7:30 petang.Dia mengusap perutnya yang sudah berkeroncang diminta untuk berisi.Seharian dia tidak makan gara-gara untuk menyiapkan tugasannya.Pagi tadi juga dia tidak makan dan tengah hari juga tidak makan hanya meminum air sahaja untuk menghilangkan kelaparannya.

Inas memandang pula ke meja staf-staf yang lain yang sudah tiada seorang pun disitu hanya dia sahaja.Dia memandang pula ke arah bilik bossnya yang cerah dan terang dengan lampu.Sudah pasti bossnya Rayyan belum pulang lagi.

Inas mengemas barang-barangnya ke dalam begnya.Memandangkan tugasnya sudah disiap dan hari juga sudah gelap dia membatalkan niatnya untuk makan di kedai dan terus balik ke rumah masak dan makan.Inas berjalan membuka pintu kaca pejabat dan berjalan ke arah kereta yang diparkirnya.

Inas membuka pintu kereta tiba-tiba matanya tertunak pada tayar kereta yang sudah pancit.Inas melepaskan keluhan kasar.Pagi tadi sebelum dia masuk ke dalam pejabat dia sudah melihat tayarnya yang dalam keadaan elok-elok sahaja.

"Masa ni juga lah kereta aku ni nak buat hal!" Gumam Inas seraya mengambil telefon bimbitnya.

Jarinya mencari-cari nombor Areez.Malam macam ini hanya Areez sahaja yang dapat membantunya.Inas mendail nombor Areez dan melekapkan telefon di telinganya.
Inas merengus geram apabila mendengar peti suara sahaja.Dia mencuba lagi mendail namun hampa sekali lagi hanya kedengaran peti suara sahaja.

"Masa ni lah tak nak ambil telefon, masa lain kemain lagi ambil telefon...Ish! Geram betul!" Bebel Inas sendirian.

Inas meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg dengan kasar.Setitik air hujan mengenai di pipinya.Inas menyentuh pipinya apabila menyedari ada air di pipinya.Dia memandang ke atas langit.Inas menutup telingannya apabila petir yang begitu kuat kedengaran di dalam cuping telinganya.

"Laa, dah nak hujan ni...aku kenalah jalan kaki balik rumah cepat-cepat." Ucap Inas sendirian.

Dia mengambil payung di dalam beg yang sudah sedia dilipat dan membukannya dan terbuka juga payung itu lalu dia berlari pecut dari situ.Di dalam hatinya tidak henti-henti menyebut perkataan 'laju lagi, laju lagi'.Tidak sabar dia mahu pulang cepat dari sini.Maklumlah tempat yang dilalui sekarang ini sunyi dan sepi sahaja tidak satupun kenderaan yang lalu lalang hanya dirinya sahaja dan ditemankan lampu tiang.

Walaupun ada lampu tiang hatinya masih risau dan takut terjadi sesuatu pada dirinya.Entah-entah ada hantu kat sini.Inas menepuk mulutnya apabila terlepas cakap.Masa ni juga lah mulut ni nak kata bukan-bukan.

Lebih kurang lima belas minit dia berlari, akhirnya dia sudah keletihan.Dia berhenti di tepi jalan dan melilau memandang sekeliling.Kiri kanan hanya kellihatan hutan sahaja.Bulu romanya mula menaik dan dia menelan air liur dengan kasar.Mahu lari dia tidak larat lagi.

Cahaya lampu silau menggerakkan Inas untuk memandang ke arah lampu itu.Kelihatan satu kereta sedang laju datang ke arahnya.Inas melangkah ke tepi sedikit memberi ruang untuk kereta itu pergi.Inas mengerutkan dahi apabila menyedari itu diberhentikan di hadapannya.Keluar lah Rayyan dari kereta itu dan berjalan ke arah Inas.

"Laa, dia rupanya!" Gumam Inas.

"Inas, you buat apa seorang kat sini? Dah jom naik kereta i, i hantar you balik!" Ucap Rayyan sambil menundukkan sedikit wajah dan meletakkan tangan di atas kepalanya untuk berteduh dari hujan.

"Takpe, saya boleh balik sendiri.Awak balik lah." Tolak Inas dengan cara baik.

"You tak nampak ke hujan lebat ni? Still berdegil nak balik sendiri.Lagipun tempat ni sunyi takde siapa nak lalu itupun kalau kebetulan orang nak lalu.Dah jom balik saya hantar awak balik rumah!" Pujuk Rayyan.

"Takpe, saya tak nak!" Dia masih lagi tahu batasnya sebagai isteri orang.Tak manis orang kata jika isteri orang naik kereta dengan lelaki lain.

"Habistu, you nak balik rumah macam mana?" Soal Rayyan lagi.

"Saya boleh tumpang kereta orang kalau ada kereta lalu." Jawab Inas.

"Kalau takde macam mana? Takkan suami you tak nak ambil isteri sendiri kot.Nampak sangat dia bukan lelaki yang bertanggungjawab." Ucap Rayyan selamba

"Awak apa tau pasal suami saya? Dia jenis lelaki yang baik dan bertanggungjawab dan dia juga bukan lelaki yang terhengeh-hengeh dengan hak milik orang!" Sindir Inas.

"Are you teasing me?" Soal Rayyan sambil menunjukkan jari telunjuknya di dadanya sendiri.

"Eh, tak lah! Takkanlah saya nak sindir bos, saya tahu bos seorang yang baik!" Ucap Inas dengan sinis.

Inas berjalan ke tengah jalan lalu mengangkat jarinya apabila melihat ada kereta lalui di situ.Kereta itu dihentikan di hadapan Inas.Kereta yang dipandu oleh tuannya, membuka cermin dan dia adalah seorang wanita.

"Ye, cik apa saya boleh bantu?" Soal wanita itu dengan senyuman manis.Inas membalas senyuman itu.

"Cik, boleh tak saya nak tumpang? Hantar saya dekat rumah sebab kereta dah pancit." Ucap Inas.

Wanita itu memandang ke arah Rayyan yang sedang berdiri. Tubuhnya sudah basah lencun dengan hujan.Wanita memandang pula ke arah Inas.

"Hah, boleh cik masuklah!" Ucap wanita itu.

Inas membuka pintu kereta dan memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta.Wanita itu menekan pedal minyak dan kereta meluncur di atas jalan raya.

Setelah beberapa minit kereta itu diberhentikan di hadapan rumah tiga tingkat.Wanita itu memandang ke arah rumah itu.

"Awak seorang je ke tinggal kat rumah ni?" Soal wanita itu.

"Saya dengan suami saya!" Balas Inas.

"Oh...macam tu?" Inas menganggukkan kepala.

"Saya masuk dulu.Maaf saya dah menyusahkan cik dan terima kasih juga sebab sudi tolong saya!" Ucap Inas serba salah.

"It's ok, takde masalah." Ucap wanita itu.

"Okay, bye assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam!" Wanita itu menyambut lambaian dari Inas dan menekan pedal minya keluar dari perkarangan rumah Inas.

Setelah hilang kereta wanita itu dari pandangannya, Inas berjalan memasuki dalam rumah.Matanya tertunak pada garaj kereta.Kereta suaminya tiada di situ.Selalunya sebelum dia pulang dari kerja suaminya akan pulang terlebih dahulu ke rumah.Ini sudah pukul 8.00 malam tapi masih belum pulang.

"Tak balik lagi ke dia ni?" Soal Inas sendirian sambil membuka kasut dan masuk ke dalam rumah.

Inas terus menaiki anak tangga dan memulas tombol pintu bilik.Sebaik dia melangkah ke dalam bilik dia mengambil tuala dan terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah beberapa minit di dalam bilik air, Inas keluar dari bilik air setelah menyalin pakaiannya.

Dia menuruni anak tangga dan berlalu ke dapur.Matanya sempat melihat angka jam yang menunjukkan pukul 8:30 malam.Sementara menunggu Areez, dia mengambil maggi dan memasaknya.Kemudian dia meletakkan ke dalam mangkuk dan meletakkan di atas meja.

Dia mengambil telefon bimbitnya dari poket baju dan mendail nombor Areez.Hampa panggilannya tidak dijawab dan hanya masuk peti suara.Dia melepaskan keluhan kecil.Dia berfikir-fikir mengapa suaminya tidak pulang lagi sambil mengambil gelas dan menuangkan air panas.Selalunya suaminya akan pulang pukul 6:30 petang namun hari jam sudah menginjak ke pukul 9:00 malam tapi tetap juga tidak pulang.

Tanpa sedar air yang dituang ke dalam gelas terkena di tangannya.Inas terlepas gelas itu apabila suhu panas mula menaik di kulitnya.Gelas itu pecah dan hancur berkecai di lantai.

"Ya-Allah panasnya!" Tanpa sedar airmata jatuh memnasahi pipinya.

Dia meniup-niup tangannya yang sudah kemerahan akibat terkena air panas.Inas mencangkung dan mula kutip serpihan gelas kaca.

"Astaghfirullahalazim...apa dah jadi ni? Kenapa hari ni jadi perkara luar jangkaan? Kenapa Areez tak balik lagi?" Ucap Inas sendirian.Dia berasa ada sesuatu akan jadi.

"Ya-Allah kau selamatkan lah suami aku yang belum pulang lagi!" Doa Inas.Entah dia rasa takut dan risau pada suaminya jika berlaku sesuatu pada suaminya.Perasaan risau dan takut tiba-tiba sahaja hadir dalam dirinya.

Sedang dia bercakap sendirian, bunyi loceng menyentakkan Inas.Inas pasti itu adalah Areez.Dia tersenyum lega dan berjalan membuka pintu rumah.Namun perasaannya hampa, senyuman itu bertukar menjadi muram setelah melihat dua anggota polis berada di hadapannya.Inas mula cemas.

"Cik ni isteri Tuan Areez kan?" Soal salah satu anggota polis lelaki.

Inas mengangguk takut-takut.

"Tadi kebetulan kami lalu di jalan raya dan kami dapat tahu suami encik dah..." ayat itu tergantung.Anggota polis itu memandang ke arah seorang lagi anggota polis.

Inas menanti ayat yang seterusnya akan bakal keluar dari dua anggota polis itu dan tanpa sedar airmatanya mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience