Bab 2 - ( Where are you)

Romance Series 7692

"Ya-Allah...bersepahnya bilik ni! Jerit Inas apabila biliknya seperti tong sampah.Hampir ternganga mulutnya melihat keadaan bilik yang berselerak itu.Dengan baju-baju di atas lantai.Inas mengetap bibir geram apabila biliknya tidak dikemas.

Inas menjerit memanggil adiknya dari tingkat atas.Imani yang sedang membuat tugasan yang diberi pengarah terhinjut kedua bahunya denga suara kakaknya.Dia berlari terkocoh-kocoh mendapatkan kakaknya di tingkat atas.Sebaik sudah berdiri di hadapan kakaknya, nafasnya tercunggap-cunggap seperti ikan kehilangan oksigen akibat berlari dengan pantas.

"Kenapa kau tak kemas bilik aku?" Soal Inas dengan datar sambil menuding jarinya ke arah bilik yang berselarak itu.Imani menjengket kaki melihat ke arah bilik yang ditunjuk oleh kakaknya.

"Maaf kak! Tadi ada assignment sebabtu Imani tak kemas bilik akak.Nanti lepas siap assignment Imani kemas bilik akak ye." Ujar Imani dan kakinya melangkah ingin menuruni anak tangga.Belum sempat kakinya melangkah, Inas sudah menarik lengannya dengan kasar membuatkan Imani merintih kesakitan.

"Ada aku suruh kau pergi? Aku nak kau kemas bilik ni sebelum aku habis mandi.Kalau tak, siap kau!" Ugut Inas pada Imani.Imani mengangguk kepala dengan kepala menuduh.

"Ba..baik kak! Imani akan kemas bilik ni." Ujar Imani dengan suara gagap.

Inas mencapai tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sementara adiknya mengemas bilik yang bersepak itu.Setelah kelibat Inas hilang dari pandangan, Imani melepaskan keluhan kecil.Imani melipatkan baju di belah lengan hingga ke siku dan mula mengemas apa yang patut.

•••

INAS melabuhkan punggung di kerusi dihadapan Puan Aida untuk menjamu makanan.Masing-masing diam menjamu makanan dengan selera.Hanya kedengaran garpu dan sudu sahaja berlawanan antara satu sama lain.Mata Tuan Hamri fokus pada Inas yang selera menjamu makanan.

Tuan Hamri mengambil secawan air dan meneguknya untuk mengilangkan rasa haus.Dia menarik nafas panjang dan menghembus.

"Macam mana keputusan kamu?" Soal Tuan Hamri dengan tenang.Tidak mahu terlalu emosi dengan kejadian semalam.

Inas berpaling ke arah abahnya, selamba dia menunjuk wajah tiada perasan dan kembali menjamu makanan.Tuan Hamri mengetap bibir menahan amarahnya, anaknya selalu mencabarnya seolah-olah dirinya anak patung perlu mengulangi soal yang sama.

Puan Aida yang perasaan akan perubahan wajah suaminya, memberi isyarat mata supaya mengawal emosinya.Tuan Hamri yang melihat isyarat mata isterinya hanya mampu mengawal emosinya.

"Abah tanya ni, macam mana keputusan kamu?" Kali ini suara Tuan Hamri sedikit tinggi dan kasar.

Inas mendecit tidak suka lalu menolak pinggan ke hadapan dengan kasar.Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil menyilangkan tangan.

"Berapa kali nak kata, kalau Inas cakap tak nak bermaksud tak nak lah.Tak faham bahasa ke apa ni.Rimas lah kalau selalu tanya benda yang sama.Keputusan Inas mukatamd.Inas tak akan kahwin dengan jantan tu!" Inas menghentakkan kaki di lantai.

Tuan Hamri menghentakkan kedua tangannya di atas meja makan.Terhinjut bahu ketiga anak-beranak di situ.Emosi Tuan Hamri tidak dapat dikawal dengan perbuatan anaknya.Anaknya sungguh mencabar.Puan Aida dan Imani hanya diam tidak terkutik.

"Baik, kalau kamu tak nak kahwin, abah akan suruh bos kamu pecat kamu dari kerja dan abah juga akan ambil balik kereta yang abah belikan untuk kamu." Ugut Tuan Hamri.Kerjanya lagi mudah kerana bos kepada anaknya adalah anak kepada kawannya.

Membulat mata Inas mendengar ugutan dari abahnya.Kalau dia dipecat macam mana lagi dia mahu mendapat wang? Macam mana nak pergi shopping? Macam mana nak beli baju mahal-mahal? Macam mana, macam mana, macam mana! Adoi abahnya suka mengugut orang dan paksa orang.Susahlah kalau macam ni! Nasib kau lah dapat bapa kepala ugutan.Inas menggelengkan kepala.No, no dia tak dipecatkan.

"Okay fine, Inas setuju!" Ujar Inas lalu menghentakkan kaki menaiki anak tangga dengan wajah bengangnya.

Tersenyum Tuan Hamri dengan jawapan anaknya.Yahoo kali ini betul-betul berhasil ugutannya.Tak sia-sia dia ugut anaknya sebegitu.Anaknya malang percaya sangat dengan ugutannya.

"Yeay!" Jerit Tuan Hamri seperti budak-budak.Tersedak air yang diminum oleh Imani.Dia menepuk-nepuk kepalanya.

"Abah ni dah kenapa?" Soal Imani dengan dengan wajah merah padamnya.Nasib mereka tiada penyakit sakit jantung, kalau tak sudah lama mayatlah jawabnya.

"Tengoklah kakak kamu tu dah setuju nak kahwin dengan calon pilihan abah" Ujar Tuan Hamri dengan bangga.

"Setuju paksa..." Celah Puan Aida.Tuan Hamri menjeling sekilas isteri disebelahnya.Sibuk je!

•••

INAS berguling ke sana sini diatas katil kerana tidak dapat tidur dengan lena.Otaknya ligat memikirkan akan bakal suaminya.Entah-entah wajah bakal suaminya seperti Shrek warna hijau di karton animasi itu, separuh manusia separuh haiwan.Eiw! Geli.Kalau memang benar, dia akan lari dari rumah pada hari pernikahan mereka.Siapa mahu kahwin dengan shrek warna hijau itu, Eee! Tapi benarkah wajah bakal suaminya Shrek?

Inas menggelengkan kepala beberapa kali.Tidak mungkin abahnya memilih calon suami seperti itu sekali.Abahnya tidak sejahat itu.Ya, dia percaya akan abahnya bahawa abahnya tidak memilih bakal suaminya seperti Shrek.Yeah, she know it!

Inas bangun dari perbaringan dan tangannya mengambil sebuah kotak besar di atas almari.Dia meletakkan kotak itu di atas katil dan menggosok-gosok kotak itu menggunakan kain kecil kerana terdapat banyak habuk, mungkin sebab sudah lama tidak sentuh kotak itu.

Perlahan-lahan dia membuka kotak itu, terdapat banyak barang mainan berwarna-warni.Tangannya mengambil patung beruang yang bersaiz sederhana warna putih.Patung itu kelihatan kotor sedikit kerana sudah lama.Inas menekan butang belakang patung beruang itu.

'I love you Inas' Inas tersenyum mendengar ucapan patung beruang itu.Patung yang paling berharga dari orang istimewanya.Dia memeluk erat patung beruang itu dan menciumnya.Inas membelai-belai bulu yang terdapat di patung beruang itu.

Tangannya mengambil sepucuk surat yang warnanya sudah kuning.Dia membuka surat itu dengan penuh berhati-hati supaya tidak terkoyak.Inas mengamati tulisan di surat itu.

'Wait for me Inas, i will back for you Sweetie'

#Arin      

Airmata Inas mengalir dengan deras.Sungguh dia rindu wajah itu, suara itu, ketawa itu.Dia mahukan orang itu.Sungguh dia sayang dengan orang itu.Orang yang paling istimewa buatnya.Inas tahu nama Arin itu datangnya dari nama mereka juga.Mereka yang hasilkan nama itu.Sudah 14 tahun dia menunggu kepulangan orang itu, namun sayang orang itu tidak datang sama sekali, seperti angin Inas menunggu orang itu.Orang itu sudah menipunya.

"Where are you?" Perlahan mulutnya menyoal sambil matanya tertumpu pada surat itu.Anak patung beruang itu masih dipegangnya.

Siapa Arin? Tinggalkan komen tau Sy pun x tahu siapa Airin..hehehe #Arin

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-26 17:42:26 

Inani nasih belajar, so dia menyiapkan tugasan diberi ikeh pensyarahvbukan pengarahkan?


NovelPlus Premium

The best ads free experience