Bab 14 - ( Rasa bersalah )

Romance Series 7692

INAS mengatur menaiki anak tangga tingkat tiga untuk menyiram pokok bunga yang terletak di tepi kolam renang.Sungguh nyaman sekali udara pagi hari ini dengan bunyi burung berkicauan.Bukan selalu pun boleh dapat hirup udara macam hari ini sebab dia terlalu sibuk dengan kerjanya dan memandangkan hari ini cuti dia bangun lebih awal sedikit untuk menghirup udara.

Areez tidak pernah pula memberitahunya bahawa ada kolam renang dan garden di halaman rumahnya.Itupun kebetulan sahaja semalam dia menaiki tingkat tiga kerana dia belum pernah lagi menaiki tingkat tiga sebelum ini dan baru dia tahu disitu ada kolam renang dan juga garden walaupun sudah sebulan dia menetap di rumah itu.

Ye lah dia beritahu pon kau bukannya nak layan pon.Inas tersengih sendirian.

Selepas menyiram pokok bunga disitu dia beralih pula ke arah kolam ikan yang terdapat banyak ikan berwarna-warna.Mungkin itu ikan berlaga.Dia mengira ikan satu persatu dalam kolam renang dengan mulutnya tidak henti-henti bergerak mengira ikan persis seperti kanak-kanak.

"Ehem!" Areez berdeham.

Tapi Inas tidak beralih juga dan masih mengira ikan di dalam kolam tersebut.

"Ehem!" Kali ini lebih kuat dari tadi.

Inas menoleh memandang Areez.

"Kau dah kenapa? Tak sihat?" Sindir Inas.Dia berjalan ke arah kolam renang dan meletakkan kaki di dalam air.Areez juga duduk disisi isterinya.

"Buat apa kat sana?" Soal Areez apabila sebentar tadi dia melihat isterinya duduk mencangkung di hadapan kolam ikan.

"Kira ikan." Jawab Inas selamba membuatkan Areez ketawa kecil.

"Macam budak kecil." Usik Areez.

Inas hanya menjeling dan memandang ke langit.

"Awak demam?" Soal Areez.Inas mengerutkan dahi, takde angin takde ribut tiba-tiba je tanya orang demam bisik hati kecil Inas.

"Kau nampak aku macam tak sihat ke?" Soal dibalas dengan soalan.

"Ye lah, selalunya kalau saya usik mesti awak akan marah kan, ni tiba-tiba je diam sebab tu saya tanya." Areez menggariskan sebaris senyuman.

"Aku tak sejahat macam kau ingat hari-hari nak marah orang." Jawab Inas dengan suara kasar.

"I knew darling!" Areez menarik hidung mancung Inas.

Areez mengambil telefon bimbitnya lalu menekan aplikasi WhatsApp untuk melihat sebarang chat dari stafnya.Setelah mengenal pasti tiada sebarang chat yang masuk dia terus pergi ke aplikasi instagram lalu tangannya scrol ke bawah.

Inas curi-curi memandang ke arah telefon yang dipegang oleh suaminya.Membulat matanya apabila melihat Areez melihat gambar seorang wanita dengan zoom.

Amboi main zoom-zoom lagi.Aku yang ada kat sini tak layan pula.Dasar lelaki pilih kasih sayang! Eee...geramnya aku.Bisik hati Inas.

"Sape perempuan tu?" Inas memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah telefon.

"Yang ini ke?" Soal Areez pula sambil menunjuk telefonnya.

"Ha'ah dialah sape lagi!" Jawab Inas pula.

"Darling spy honey eh? Hrmm?" Areez menjongketkan kening mata.

Areez menahan ketawa dari tersembur apabila melihat wajah isteri yang sedang gelabah itu.

"Err...takde masa aku nak spy kau.Mata aku ni hah tiba-tiba je suruh pandang kat telefon kau." Jawapan yang diberi oleh Inas mencuit hati sekeping Areez.

"Darling jealous eh?" Soal Areez lagi, tidak puas hati pula dia mengusik isterinya.

"Takde masa aku nak jealous!" Jawab Inas.

"Yelah tu!"

"Darling look here?" Panggil Areez menyuruh isterinya memandangnya.

Inas hanya patuh sahaja.

Mata mereka saling bertembung.

"Datanglah seribu wanita pun, hati saya hanya untuk awak sahaja.Sebab apa? Sebab saya cintakan awak lebih dari nyawa saya.Saya nak jadi pelindung untuk awak, saya akan buat apa sahaja untuk awak, asalkan awak boleh terima saya sebagai suami awak.Saya akan tunggu untuk waktu itu." Ucapan Areez membuatkan hati Inas terusik dan tersentak.

Lama mereka berdua diam.

"Kenapa kau sangat cintakan aku?" Tanpa sedar soal itu terpancul dari bibir Inas.

"Sebab awak jodoh saya dan saya nak awak jadi milik saya seorang.Last sekali saya nak awak jadi...

Areez mengambil nafas sedalam-dalamnya.

"Cinta terakhir dalam hidup saya." Areez mengucp lembut dahi Inas dan Inas membiarkan sahaja.

"Nanti jangan lupa turun bawah ye, saya dah masak darling." Pesan Areez lalu meninggalkan isterinya.

Setelah hilang bayangan Areez dari pandangan Inas.Dia melepaskan keluhan kecil.Rasa bersalah mula menyelebungi dirinya.

•••

Setelah makan malam bersama Inas dan Areez melabuhkan punggung di sofa.Areez mengambil remote lalu menukar siaran ke TV3 yang pada masa itu sedang berlangsung buletin utama.

Areez mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul 10 malam.Dia menutup tv dan menyimpan remote di atas meja.Dia mengajak Inas untuk tidur, Inas pula tidak bantah dan mengikut kehendak suaminya.

Setelah sampai di dalam bilik, Areez mengambil bantal dan selimut lalu bergerak ke arah sofa dan menghempas tubuhnya.Dia berpaling ke arah Inas yang masih tercegat memandangnya.

"Pergi tidurlah sayang, dah lewat dah ni." Ucap Areez serta melemparkan senyuman.

Inas mengangguk dan menaiki ke atas katil lalu menghempaskan tubuhnya.Setelah berjam-jam, Inas berpaling semula ke arah Areez yang sedang lena.Matanya tidak dapat menutup kerana bayangan Areez bermain-main di dalam fikirannya.

•••

Rina melepaskan keluhan kecil melihat Inas dari tadi diam tidak berkutik.Pandang sana pandang sini namun tiada tanda mahu bincang.Tadi Inas yang menyuruhnya siap-siap dan dia akan mengambilnya di rumah dan katanya mahu berbincang sesuatu perkara.

"Are you okay?" Soal Rina dengan risau sambil menggenggam tangan sahabatnya.

Inas pantas mengangguk.

"So, kau nak bincang apa?" Soal Rina.

"Rin, aku rasa bersalah," ucap Inas dengan lembut.Wajahnya kusut seperti memikirkan sesuatu.

Terbuka luas bola mata Rina mendengarnya.Adakah dia sudah salah dengar? Wanita yang bernama Inas garang, ganas, dingin dan keras kepala jujur bahawa dia rasa bersalah? Seriously? Tidak pernah seumur hidup Rina mendengar Inas berkata begitu yang wanita itu tahu dia sahaja yang betul dan orang lain perlu patuh pada arahannya.

"Kau rasa bersalah dengan sape?" Soal Rina dengan teruja.

"Areez! Dah sebulan aku duduk dengan dia sekali tapi dia tak pernah marah aku ke hina aku ke sekali pun tak pernah.Tapi...aku yang selalu marah dia, hina dia.Walaupun aku buat dia sakit hati dia tetap sayangkan aku." Inas  dengan panjang lebar.

"Aku rasa bersalah sebab aku dah sakiti dia.Aku dah fikri masak-masak walaupun aku tak suka dia tapi aku nak jadi kawan baik dia.Aku nak tahu pendapat kau Rin," ucap Inas.

"Baguslah tu sekurang-kurangnya kau dah boleh terima dia sebagai kawan.Tapi aku nak nasihatkan kau, jangan ulang lagi kesalahan yang kau dah buat pada dia.Areez tu lelaki yang baik, penyayang and he is also a caring person kau nak apa lagi dari tu, so kau kena bersyukur." Pesan Rina.

Inas mengangguk kepala sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience