Bab 3 - (Janji palsu)

Romance Series 7692

"LEPASTU kau setuju lah dengan pilihan parents kau?" Soal Rina, sahabat Inas.

Lama Inas diam tidak terkutik dan tidak lama kemudian dia mengangguk dengan persoalan sahabatnya.Rina melepaskan keluhan kecil.

"Kalau kau tak suka kenapa kau terima?" Soal Rina lagi dengan aneh.Bukan dia tidak tahu sahabatnya seorang yang keras kepala tidak mudah setuju atau patuh pada arahan yang disuruhnya, meskipun arahan itu dari ibu bapanya.Jadi mustahil sahabatnya setuju dengan pilihan ibu bapanya.

"Macam mana aku tak setuju kalau abah aku ugut aku itu ini.Sakit hati betul!" Ujar Inas dengan wajah bengang.

Rina tersenyum kecil dengan ucapan sahabatnya.Sebagai sahabat dia juga tahu akan perangai bapa pada kawannya.Dia juga pernah kena dengan abah Inas sewaktu dia sekolah, kecut perut dibuatnya.Dia juga tahu abah Inas selalu ugut sahabatnya itu ini.Kalau sehari tak ugut bukan namanya Hamri lagi.Inas juga selalu mengadu dengannya apabila abahnya ugut.Entah apalah kali ini abahnya ugut sampai sahabatnya terpaksa kahwin.

"Papa ugut kau apa kali ni?" Rina mengecilkan mata menunggu apa yang bakal muncul dari mulut sahabatnya.

Walaupun Rina bukan darah daging Inas, tetapi dia sudah biasa dengan panggilan papa.Dari kecil lagi dia memang rapat dengan keluarga Inas disebabkan itu dia sudah terbiasa dengan panggilan papa.Boleh dikatakan keluarga angkat walaupun bukan keluarga kandungnya.

"Dia nak suruh boss aku pecat aku dari kerja, lepastu dia ugut nak ambil balik kereta yang dibeli untuk aku.Aku tak faham betul dengan abah aku tahu tak? Kalau ada pertandingan ugut mungkin abah aku dapat first prize." Inas mengeluh.

"Serius lah papa ugut kau ke situ? Wuish bisa papa eh.Tapi aku percaya pilihan papa memang terbaik untuk kau.Dia ugut itu ini sebab dia sayangkan kau juga." Lembut Rina berkata sambil menggengam tangan Inas.

"Aku tak tahulah muka jantan tu macam mana.Entah-entah macam lubang mangkuk, Eiw geli.Kalau betul, lebih baik tak payah kahwin, buang masa je." Inas membuat wajah geli.

Lubang mangkuk?

Geli bukan? Geli tu memang geli tapi betul ke wajah pilihan keluarganya seperti lubang mangkuk?

Meletus tawa Rina mendengarnya.

"Hahaha...takdenya macam lubang mangkuk.Kau ni agak-agak lah.Sampai hati kau eh kutuk bakal suami kau sendiri? Hahahaha." Airmata Rina sudah menuruni di pipi akibat kuat sangat ketawa.

Pelenggan di Restoran itu memandang semacam pada Rina.

Inas menendang kaki sahabatnya di bawah meja apabila semua orang melihat mereka dengan semacam.

"Kau asal." Soal Rina masih dalam sisa tawanya.

"Kau ni buat aku malu betul lah.Semua orang tengok kita tahu tak?" Bisik Inas pada Rina.

Rina menoleh memandang pelanggan di dalam Restoran itu.Dia tersenyum sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Err..sorry..sorry." Ucap Rina pada pelenggan di situ.

Inas menggelengkan kepala.

•••

INAS keluar dari perut kereta sambil membaling-baling kunci keretanya.Kaki dihayun masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.Satu suara garau menghentikan langkahnya.Inas menoleh ke arah suara itu.Inas mengeluh.

"Nak apa lagi?" Soal Inas dengan datar.

"Lagi sebulan je pernikahan kamu.Jadi abah nak kamu bersedia ye.Kamu pun tahu kan tanggungjawab seorang isteri bukan mudah.Papa harap kamu bersedia lah." Ujar Tuan Hamri dengan tenang.

"Hah? Lagi sebulan?" Terkejut Inas dibuatnya.Mana cukup sebulan.Dia tak bersedia lagi.

"Ye lah lagi sebulan lah, kamu nak tangguh sampai bila lagi?Ingat sikit umur tu dah dua puluh empat, kalau ditangguh lagi sampai bila kamu nak kahwin?" Celah Puan Aida.

"Baru dua puluh empat bukannya dah lima puluh pun.Cukuplah nak ugut orang itu ini, sekarang ni abah kata lagi sebulan je.Apa ni Inas tak fahamlah? Macam abah kata tadi tanggunbjawab seorang isteri bukan senang, so Inas tak sedia lagi.Bagi Inas masa empat bulan atau lima bulan?" Inas menyilangkan tangan di dada.

"Tak boleh." Bantah Tuan Hamri.

"But, why Abah? Why?" Soal Inas.Susah betul cakap dengan abahnya.

"Inas nak sedia apanya sampai empat lima bulan ni huh?! Jujur dengan abah kamu masih tunggu Arin kan?" Soal Tuan Hamri dengan tegas.

Inas terdiam seribu bahasa.Lidahnya kelu untuk membalas soalan abahnya.Inas memejamkan mata untuk menghilangkan rasa gugupnya.Dia menggengam kedua tangannya dengan kemas.Setiap kali Tuan Hamri mengajukan soalan tentang Arin serta merta Inas terdiam, tidak tahu mengata apa.

"Abah kamu tanya tu, jawablah.Kamu still tunggu Arin?" Kali ini Puan Aida pula mengajukan soalan.

"Inas abah nak bagitahu satu je.Arin takkan kembali lagi.Ye abah tahu dia pernah janji dengan kamu dia akan kembali.Tapi kamu tengok lah dah 14 tahun dia tak kembali.Masa tu kamu berdua kecil lagi, tak tahu apa-apa dan janji Arin tu juga main-main sahaja.Apa kamu masih nak tunggu Arin?" Soal Tuan Hamri sambil mengusap kepala anak sulungnya.

Inas terdiam dengan ucapan abahnya.Ya betul sudah 14 tahun Arin tidak kembali.Inas tidak percaya pada Arin tetapi dia percaya pada janji yang diberinya.Inas tahu Arin bukan lelaki yang suka memugkiri janji.Kalau lelaki itu memberi janji lelaki itu pasti makbulkan, tidak kiralah berapa lama pun lelaki itu pasti akan buat.Kerana itu Inas percaya pada janji itu dan masih menunggu lelaki itu sehingga sekarang.

Adakah dirinya bodoh menunggu lelaki itu sehingga sekarang?

Inas menepis kasar lengan abahnya dan berlari menaiki anak tangga.Inas menghempas pintu bilik dengan kuat.Dia terduduk di atas lantai.Inas menyandarkan kepalanya di pintu.Airmatanya menitis membasahi di lantai.

Sungguh dia berharap lelaki itu kembali kepadanya, tetapi mengapa lelaki itu tidak kembali? Atau lelaki itu sudah menipu dengan janji palsunya?

Jika ia betul, sekeping hatinya hancur sehancurnya.

Orang kata bersegeralah melakukan yang kamu rencanakan dan setialah mengerjakannya sampai selesai agar diri mempercayai janji-janji kepadanya, tetapi lelaki itu memberi janji palsu padanya.Tidak adil bukan?

Inas menepuk-nepuk dadanya menahan kesakitan.Dia layak melupakan lelaki itu tetapi jiwanya tidak membenarkan untuk melupakan lelaki itu.Kerana dia cintakan lelaki itu lebih dari nyawanya.

•••

TUAN Hamri dan Puan Aida berebut dan merampas-rampas beberapa gambar palaroid.Entah gambar siapa yang mereka berebut antara satu sama lain.

"Awak bagilah dekat saya dulu." Ujar Puan Aida dan merampas gambar itu.

"Siapa ketua keluarga? Saya kan, jadi saya lah kena tengok dulu." Ujar Tuan Hamri merampas gambar di tangan isterinya,

"Biar lah saya tengok dulu."

"Tak boleh, saya dulu."

"Saya dulu."

"Saya dulu lah."

"Alaa saya dulu lah."

Mereka merampas-rampas gambar palar1oid itu seperti persis kanak-kanak antara satu sama lain.Tak padan dengan umur.Imani yang baru keluar dari dapur selesai bancuh air mengerutkan dahi memandang adegan di depan mata.

Dah kenapa dengan abah dan umi main rampas-rampas, bisik hati Imani.

Tanpa membuang masa, Imani melangkah ke arah kedua orang tuanya.

"Abah, ummi main rampas-rampas apa tu?" Imani meletakkan kopi di atas meja.

"Ni gambar menantu ummi.Abah kamu tak nak bagi tengok.Ummi teringin nak tengok gambar menantu kita." Puan Aida membuat wajah sedih.

"Ni bukan makanan untuk teringin.Ni gambar MENANTU kita." Sengaja perkataan 'menantu' ditekankan oleh Tuan Hamri.

"Awak diamlah." Puan Aida menjeling sekilas suaminya.

"Dah dah lah gaduh tu.Abah dengan Ummi bukan budak kecil." Tuan Hamri dan Puan Aida menggaru kepala yang tidak gatal.Betul juga anaknya kata.Dia orang bukan kanak-kanak enam tahun.

"Biar Imani tengok dulu gambar abang ipar Imani." Imani merampas gambar palaroid itu dari tangan abahnya.

Imani memerhati gambar seorang lelaki senyum.Imani angguk-anggukkan kepala.Perfect!

"Boleh tahan kacak abang ipar Imani.Sesuai untuk kakak.Akak Inas kan cantik.Perempuan cantik kahwin dengan lelaki kacak, wuish mesti anak pun cantik dan handsome-handsome kan.Tak sabarnya nak dapat anak buah." Imani mula berangan seolah-olah dia baru mendapat anak buah cantik dengan mata warna biru.Wow pretty!

Tuan Hamri merampas gambar itu dari tangan anaknya dan mereka pula melihat gambar menantu mereka.Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain.

"Handsome kan menantu kita, tak sia-sia kita pilih anak mereka kan?" Soal Puan Aida, matanya tidak hilang dari memandang gambar menantu mereka.

"Memang handsome sangat.Tapi bukan handsome macam saya.Saya lagi handsome." Ujar Tuan Hamri dengan berlagak.Imani yang berdiri di situ hanya menggelengkan kepala.

"Awak jangan perasan boleh tak?! Awah handsome masa dulu je.Sekarang dah tak handsome dah, biasalah awak dah tua kan? Kulit pun dah berkerut-kerut, rambut pula dah uban." Ujar Puan Aida dengan selamba.

"Eh-eh dia ni, siapa kata saya tak handsome? Kulit dah kerut-kerut, rambut dah uban pun still wanita di luar sana nak jadi madu awak.Tapi saya kesian dengan awak je, saya tak nak jadikan  mereka madu awak." Ujar Tuan Hamri dengan jujur.

"Oh dah sampai ke situ ye? Awak curang dengan saya kan?" Soal Puan Aida dengan datar.

"Aik, buat apa saya nak curang dengan awak? Jangan risau saya hanya terpikat dengan awak je." Ujar Tuan Hamri dengan senyuman nakal.

Perlahan-lahan Puan Aida senyum lebar.Takut juga suaminya curang dan mahu madukannya.

Derapan kaki mengentikan perbualan mereka.Mereka menoleh ke arah derapan kaki itu.Tertancap susuk tubuh  Inas yang sedang menuruni anak tangga.

Tuan Hamri bangun dari kedudukannya dan menghampiri anaknya.

"Inas ibu bapa bakal suami kamu menghantar gambar anak mereka.Inas pergilah tengok.Mesti kamu akan terpikat dengan dia.Kacak orangnya." Puji Tuan Hamri dengan ketampanan bakal menantunya.

Inas menjeling sekilas ke arah abahnya.

"Tak perlu." Ujar Imani dengan selamba.

Inas menghayun kakinya keluar dari rumah dua tingkat itu.Lama-lama duduk disini boleh menyakitkan hatinya.Baginya tidak perlu melihat gambar bakal suaminya, kalau dia kata tak suka pun bukannya abahnya batalkan pernikahan ini, pernikahan ini akan langsung juga.Jadi takde makna dia mahu melihat gambar bakal suaminya.Nak ke tak nak ke dia kena berkahwin juga dengan lelaki itu.

Kalau nak tengok gambar hero tu, blh follow ig sha05052005 saya dah up dah di ig :)

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-22 14:48:23 

Bisa tu kelantanese jer guna sayang. HeheheHeheheHehehe

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-26 17:45:28 

Bisa papa tu maksudnya hebat ya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience