Bab 9 - ( Tidak mengalah)

Romance Series 7692

DI dalam kereta masing-masing diam tanpa sebarang bunyi.Hanya kedengaran lagu dari pen drive sahaja yang dipasang melalui radio kereta.Sesekali Areez akan menguatkan suara lagu yang bermain di radio itu.Setelah lagu yang ditekan tadi sudah habis dia memilih lagu yang sesuai untuk dipasang dan menguatkan suara radio itu.

"Mula-mula-mula ku happy! Tiba-tiba dia sakitkan hatiku! Tak apalah, terima kasihlah jadi isteriku..." Areez mengikut nyanyi lagu yang dipasangnya yang dinyanyi oleh Projector Band.Areez cuma menukar perkataan 'kekasih' kepada 'isteri'

"Satu dua tiga ku cintamu! Kau hanya satu menjadi isteriku! Berjanjilah padaku sayangku kau akan setia..." Sama juga Areez hanya perkataan 'kekasih' kepada isteri.

Tidak dia endah Inas yang duduk disebelahnya merenung tajam padanya.Mungkin wanita itu sudah tahu lagu yang dipasangnya untuknya juga.

Areez kembali sambung lagu itu.

"Inas jangan ragu-ragu dengan cinta ini! Jangan kau ragu-ragu ku jadi suamimu! Percaya padaku ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu..." Kali ini dia menukar nama 'Aisyah' kepada 'Inas'.

"Hisy, kau ni bising lah!" Inas terus menekan butang off pada radio itu.

Areez hanya diam dan menguntum senyuman sambil menutup mulut.

"Rumah kau dekat kayangan ke apa? Asal lambat sangat nak sampai?" Soal Inas dengan geram.

Areez hanya diam dengan soalan yang diajukan isterinya.Dibiarkan begitu sahaja.

"Pekak betul!" Desis Inas.

Orang tanya tu jawab jelah! Ni tak, ada telinga tu buat macam pekak lagi.

"Asal slow sangat kau bawa kereta macam siput babi? Kalau kau bawa macam ni sampai esok kita tak sampai.Hisy!" Rungut Inas.

"Lambat tak apa asalkan selamat." Kali ini Areez tak diam dia jawab soalan isterinya dengan lembut.

Terbungkam kejap Inas dengan jawapan suaminya.Tidak tahu ingin membalas jawapan apa lagi.Jawapan suaminya power sangat sampaikan membuat lidahnya tutup serta merta untuk menjawab.

Inas mengalihkan pandangan ke luar cermin untuk mengirup udara sejuk diluar memandangkan hari sudah semakin malam.Areez memandang ke arah isterinya yang mengirup udara.

"Kenapa dah diam? Bukan ke mulut awak tadi pot pet pot pet?" Areez ajuk soalan pada isterinya dengan ketawa kecil.

Inas menyentuh mulutnya sendiri menggunakan jari ibunya.

Dia kata aku pot pet! Dasar lelaki pondan! Dahlah tak sedar diri lepastu nak kata kat orang pot pet pulak! Nasib dalam kereta kalau tak dah lama aku tendang aset dia tu biar pecah!

"Macam mana nanti saya nak buat awak sampai mengandung kalau awak pecahkan aset saya?" Areez menjongketkan kening mata menunggu jawapan dari mulut isterinya.

Terbutang mata Inas dek dengan soalan yang diajukan oleh suaminya.Dasar lelaki gatal! Macam mana dia boleh baca fikiran aku? Inas menunjuk wajah riak biasa sahaja.

"Kau ingat aku nak ke mengandungkan anak dari benih kau?Lagi bagus kalau kau mandul!" Pedas mulut itu melontarkan ucapan.

Areez hanya senyum.Baginya dia tidak kisah kalau isterinya mahu memaki, mengutuk, memarahinya.Dia tidak mahu wanita itu jauh darinya.Wanita itu adalah nyawanya.Akan dia jaga wanita itu hingga ke akhir nafasnya.

"Do you still with me if you know who am i?" Areez menyoal pada Inas di dalam hati.Tipulah kalau dia tidak rasa bersalah bila menipu wanita disebelahnya.

•••

Kereta Areez Audi yang berwarna hitam memasuki dalam garaj rumah.Areez menekan butang close di kunci keretanya dan serta merta pintu luar tertutup.Inas terkejut apabila kunci kereta milik suaminya elektronik.Inas pun orang kaya juga tapi tidaklah sampai ada kunci elektronik macam suaminya.

Dia juga ada dengar bapa mertuanya mempunyai sepuluh kilang tapi tidak tahu kilang apa.Mak mertuanya pula bekerja sebagai model antarabangsa dan sangat terkenal di seluruh negara.Sudah tentulah ramai orang kenal akan keluarganya.Jadi tak mustahilah anaknya pun usaha kerjaya.

Inas keluar dari kereta dan menghempas pintu kereta dengan kuat.Terhunjut kedua bahu Areez.Dia memandang isterinya yang memandang sekeliling rumah itu dengan kusyuk.Tidak kerdip matanya.

"Ehem!" Areez berdehem menyebabkan Inas berpaling kepadanya.

"Jom!" Ucap Areez lalu membuka bonet dan mengeluarkan tiga bagasi yang berisi pakaian isterinya.

"Apa yang jom?" Soal Inas tidak mengerti.

"Jom angkat barang sama-sama." Areez menghulurkan salah satu beg bagasi pada Inas.

"Asal aku kena bawa sekali? Aku bukan maid kau!" Inas menepis tangan Areez membuatkan beg bagasi itu jatuh dan terkena di kaki Inas.

"Oh! mummy sakit!" Adu Inas sambil memegang kakinya.Berkerut dahinya menahan sakit.

"Haah, tu lah main tepis tangan orang kang dah kena.Lain kali jangan nak bantah cakap suami." Bebel Areez.Dalam bebelnya ada sayangnya.

Areez berjalan ke arah Inas lalu mencempung tubuh kecil isterinya.Terjerit kecil Inas dengan pakej terbuka luas biji matanya dengan tindakan drastik suaminya.

"Hisy! Lepaslah!" Inas menggoncangkan badannya.

"Tak boleh!"

"Lepas!"

"Tak boleh!"

"I can walk on my own!" 

Inas menarik rambut Areez.Areez meringis kesakitan.Kini rambut yang disikat rapi dan kemas menjadi serabai ala-ala hantu kak limah.Nasib rambut tidak panjang.

Inas menggoncang badannya sekali lagi membuatkan Areez tidak seimbang dan lalu mereka berdua jatuh terjelepur.Habis baju pengantin mereka terkena kotoran.Baju putih bertukar menjadi warna koko.

Areez berpaling ke arah Inas yang sedang memegang pinggagnya dan meringis kesakitan.Meletus tawa Areez saat melihat wajah lucu isterinya.Inas terdiam sebentar memandang suaminya sedang ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling.

Inas mengetap bibir.Orang tengah sakit dia boleh pula ketawa.Inas bangun sambil memegang pinggangnya dan lalu naik atas badan suaminya dan duduk di atas perut suaminya.Tangannya naik menumbuk wajah Areez.

"Aduh!" Areez memegang pipinya.

Buk!

Buk!

Lagi dua kali Inas menumbuk wajah itu.

Jiran disebelah rumahnya yang mahu keluar rumah terkebil-kebil memandang Inas dan Areez yang masing-masing tidak mahu mengalah menarik rambut sesama sendiri.

"Awak tu bukan ke Areez? Tu isteri dia ke?" Soal Stephen kepada isterinya, Grace.

"Ha'ah isteri dia.Katanya isteri dia memang garang mengalahkan singa.Awak tengoklah dia buat macam mana kat suami dia.Ni baru sehari nanti lama-lama entahlah jadi apa." Jawab Grace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience