Bab 4 - ( Sakit jiwa)

Romance Series 7692

INAS berdiri menghadap jendela.Sesekali dia terbersin apabila pasir termasuk ke dalam rongga hidungnya.Hanya tubuhnya sahaja berada disitu, tetapi fikirannya entah melayang kemana.

"Inas.."  Satu suara menyeru namanya dengan lembut.

Inas toleh ke arah suara itu.Tertancap wajah Puan Aida tersenyum ke arahnya.Puan Aida menghayun kakinya mendekati Inas.Dia mengusap kepala anaknya dengan sayang.

"Buat apa kat sini sayang?" Soal Puan Aida dengan lembut.

Jeda!

Puan Aida melepaskan keluhan kecil.

"Areez ada datang nak jumpa kamu.Dia ada dekat bawah, pergilah turun." Ujar Puan Aida dengan lembut.

Tersentak Inas! Nama itu macam pernah dia dengar.

Adakah dia salah dengar? Atau dia sedang bermimpi?

Areez!

Setalah bertahun-tahun menunggu kepulangan lelaki itu, akhirnya sudah kembali untuk membawanya.Lelaki yang selalu membuatnya senyum dan ketawa.Lelaki pertama yang pernah mengisi hatinya.Lelaki yang pernah berjanji akan selalu ada dengannya.Tapi dia tidak sangka lelaki itu akan tinggalkannya selama 14 tahun dan kini krmbali untuk memakbulkan janjinya.

Tanpa sedar airmatanya mengalir.Inas berlari keluar dari bilik tanpa menghiraukan Puan Aida yang masih berdiri di biliknya.Inas menuruni anak tangga dengan laju.Jantungnya berdengup dengan laju.Akhirnya lelaki yang ditunggu-tunggunya sudah kembali padanya.Gembira, sedih, kecewa, marah semuanya menjadi satu.

Tanpa sedar Inas sudah tersilap langkah lalu jatuh dan berguling-guling di tangga hingga ke tangga akhir.Kepalanya terhantuk pada dinding hingga dahinya berdarah.Inas memegang kepalanya yang berdenyut.Matanya kabur untuk melihat sekeliling ruang tamu.

"Arin..." Kedengaran perlahan nama itu terpacul di mulut Inas.Perlahan-lahan matanya tertutup dan akhirnya dia pengsan.

•••

INAS mencelik matanya sedikit apabila terdengar bunyi perbualan.Dia memegang kepalanya yang dibalut apabila terasa kepalanya sakit.

Inas mengerutkan dahi, dia tidak ingat apa yang berlaku.Matanya melilau memandang sekeliling, masih ada di dalam bilik.Setahunya umminya beritahu bahawa Areez berada di bawah untuk jumpanya.

Mana Areez?

Inas mahu menjumpa dengan dengan Areez.

Kelam-kabut dia bangun dari perbaringannya.Belum sempat kakinya melangkah, muncul Puan Aida dengan senyuman.

"Dah bangun.Sakit lagi tak?" Soal Puan Aida dengan lembut.

"Inas jatuh ke tadi?" Soal Inas dengan aneh.

"Ye kamu jatuh tadi kat tangga sampai darah dahi kamu masa nak jumpa dengan Areez." Ujar Puan Aida sambil mengusap kepala anaknya.

"Mana Arin? Inas nak jumpa dengan Arin!" Inas berlari menuruni anak tangga.Namun dihalang oleh Puan Aida.

"Tak habis-habis kamu dengan Arin! Ummi tahu nama Arin sebenar Areez, tapi yang datang jumpa dengan kamu tu bakal suami kamu AREEZ bukan Arin faham! Lupakan je si Arin tu." Ujar Puan Aida dengan tegas.

Terundur satu langkah Inas ke belakang.Kecewa, itu yang dia rasa.Kenapa dia kena tipu sekali lagi? Apa salahnya? Kenapa susah sangat dia mahu menjumpa dengan lelaki itu? Inas menggelengkan kepala beberapa kali.Airmatanya mengalir dengn deras.

"Argh..." Jerit Inas tiba-tiba seperti orang hilang akal.

Terkejut Puan Aida.Dengan pantas dia mendekati anaknya.Inas terpandang pisau lipat di meja sebelahnya.Tangannya mengambil pisau itu dan meletakkan di lehernya sendiri.

"Aku nak jumpa dengan Arin!" Jerit Inas.

Badan Puan Aida ditolak dengan kasar menyebabkan Puan Aida tersungkur ke belakang.Manakala Tuan Hamri dan Imani berlari menaiki anak tangga apabila mendengar jeritan anaknya.

"Ada apa ni?!" Mata Tuan Hamri membulat taktkala melihat pisau lipat itu berada di leher anaknya.

"Inas letak pisau tu sekarang." Ujar Tuan Hamri dengan lembut.Takut nanti bila dia berkasar anaknya pula buat kerja gila.

"Tak nak! Aku nak jumpa dengan Arin lah.Kau faham ke tak?"

"Inas, Arin dah takde.Letak pisau tu sekarang! Jangan cederakan diri kamu untuk lelaki itu." Tuan Hamri mendekati Inas, namun Inas dengan laju dia menghiriskan sedikit lehernya hingga berdarah.

Tergamam mereka.Puan Aida sudah menangis.Imani pula cuba untuk memujuk umminya agar tidak menangis.

"Kalau korang semua tak bawa Arin datang sini.Aku akan cederakan diri aku sendiri.Pilihan di tangan korang, hahaha." Inas ketawa seperti orang sakit jiwa.

Itu adalah salah satu penyakit yang dialami oleh Inas.Bila terlalu emosi atau marah, dia akan jadi seperti orang hilang akal.Dia tidak tahu apa yang dilalukannya sekarang.Kadang-kadang bila sudah tersedar, dia akan menangis dan kurungkan diri sendirian di dalam bilik.Disebabkan Tuan Hamri risau akan anaknya dan takut akan berlaku apa-apa pada anaknya, mereka mengambil keputusan untuk membawanya berjumpa dengan Doktor.

Selepas Doktor telah periksa Inas, Doktor telah sahkan Inas mengalami penyakit sakit jiwa tetapi tidaklah terlalu parah  masih boleh mengawal penyakit itu.Tetapi Doktor juga telah memberitahu penyakit ini tiada jalan penyelesaian sehingga  Inas dapat berjumpa dengan lelaki itu dan penyakit itu juga akan hilang serta merta kerana Doktor telah memberitahu di dalam benak Inas hanya ada Arin, Arin, Arin sahaja.Dia terlalu obses dengan lelaki bernama Arin.Jadi itu sahaja untuk cara  Inas kembali normal.Benda ini akan berterusan sehingga dia berjumpa dengan Arin.Agak payah untuk Inas kembali normal.

"Put the knife under, Inas!" Ujar satu suara garau yang tidak dikenali oleh Inas.

Lelaki itu masuk ke dalam bilik Inas dengan tangan memasukkan ke dalam poket dengan wajah tenang.Dia tidak takut sama sekalipun apabila melihat gadis dihadapannya memegang pisau lipat.Lelaki itu mengampiri Inas.

"Jangan pergi dekat!" Halang Tuan Hamri dengan takut.Risau jika anaknya melakukan kerja yang tidak masuk akal.

"Chill." Dengan tenangnya dia ingin merampas pisau lipat di tangan gadis itu.Namun gadis itu lebih bijak, dia mengelak dari tangan kekar itu mengambil pisau lipat itu.

Lelaki itu tersenyum senget.Suka dengan keberanian si gadis.

"Kau siapa uh? Lelaki gila!" Carut Inas.

"Yes, saya gila dengan kecantikkan awak." Ujar lelaki itu di cuping telinga si gadis itu.

Apa masalah lelaki ni?

Takde angin tiada ribut, tiba-tiba je bagi ayat pickupline!

Perlahan-lahan lelaki itu mengambil pisau lipat dari tangan si gadis dan memasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Hei, lelaki gila kau siapa nak halang aku uh? Lelaki bodoh!" Inas menjeling tajam ke arah lelaki dihadapannya.

Lelaki itu tersenyum kecil melihat jelingan si gadis itu.Comel !

"I'm your future husband my dear.My name is Areez Ardani." Areez memperkenalkan dirinya.Namun sayang dia hanya mendapat  jelingan maut dari Inas.

"I don't care!"

Aik! Tadi dia yang tanya, sekarang tak kisah pula.

"Eh, semua keluar dari bilik aku boleh tak? Eee, rimas tahu tak!?" Halau Inas.Jadi rimas bila semua memandang semacam padanya.

Tuan Hamri, Puan Aida dan Imani menghayun kaki keluar dari bilik setelah mendapat jerkahan dari Inas.Tinggal lah Areez dan Inas di dalam bilik berduaan.

"Kau tunggu sini buat apa lagi? Nak suruh aku dandan rambut kau?" Soal Inas sinis.Areez menggelengkan kepala.

"I want more than that." Areez tersenyum nakal.

Belum halal lagi dah jadi gatal miang.Nanti lepas kahwin entah apa yang akan jadi.

Meremang bulu roma Inas dibuatnya.Badannya sudah menggigil walaupun penghawa dingin tidak dipasang dalam bilik itu.

Areez mendekati Inas dan menguncinya supaya tidak boleh berlari darinya.Inas pandang kiri dan kanan untuk melarikan diri.Wajah Areez semakin mendekat di hadapan wajah Inas.Lagi satu cm sahaja bibir mereka akan bersentuhan.

Gulp!

Inas menelan air liur dengan kasar.

Astaga! Dia mahu buat apa ini? Mahu rogol Inas di sini juga ke? Ah sudah!

"Saya tahu apa yang bermain di fikiran awak.Otak kuning betul awak ni kan? Saya tak sejahat yang awak ingat.Kalaupun saya nak rogol awak, saya akan halalkan dulu hubungan ni dan saya akan BUAT dengan kerelaan awak." Areez tersenyum nakal.Sengaja perkataan 'buat' ditekankan.

Terlopong mulut Inas.Apa ni tak malu ke mamat ni cakap macam tu.

"Saya balik dulu ye sayang? Love you! Take care yourself." Areez memberi flying kiss pada Inas.Inas membuat muka mimik muntah.

Areez tersenyum kecil lalu menghayun kaki keluar dari bilik itu.Inas menghempas pintu bilik dengan kuat.Dia menghempaskan tubuhnya di katil.Lama dia berfikir tentang lelaki yang sebentar tadi datang.Dia tidak tahu siapa lelaki itu dan lelaki itu pula boleh kata kalau dia adalah bakal suaminya.Apa ni!?

Maaf lambat update :) Maaf juga kalau ada typo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience