Bab 10 - ( Terasa)

Romance Series 7692

INAS membuka pintu bilik lalu menghempaskan tubuhnya di atas katil.Matanya ketika ini berat untuk dibuka lama.Seharian dia letih lagi-lagi sakit pinggangnya gara-gara jatuh sebentar tadi.

Areez menolak pintu bilik dengan bahunya kerana dua tangannya mempunyai beg bagasi isterinya.Dia meletakkan beg bagasi itu di tepi almari lalu melangkah ke arah laci dan mengambil minyak.Dia berjalan kembali ke arah Inas lalu dia melabuhkan punggung di tepi isterinya.

"Buka baju!" Arah Areez.

Terbuntang mata Inas.Dia berpaling ke arah suaminya.Datang-datang je terus nak arahkan orang buka baju.Apa ni!?

"Kau memang dasar gatal miang kan!? Marah Inas.

"Aik! Saya suruh buka baju je kot bukan nak buat apa pun?" Ujar Areez.

"Kau suruh aku buka baju macam suruh buat kuih! Hisy kau ni asal gatal sangat eh?" Rungut Inas.

Areez melepaskan keluhan kecil.Haih salah faham lah ni!

"Saya suruh buka baju sebab nak sapu minyak kat pinggang awak, bukan nak buat tu!" Jelas Areez.

Inas menggaru kepala yang tidak gatal.Haisy tu lah fikir dia nak buat benda yang tak senonoh kang dah dapat malu.

Inas merampas minyak dari tangan Areez.Dia menjeling suaminya sekilas.

"Aku ada tangan kaki, so aku boleh buat sendiri.Tak perlu orang lain tolong buatkan untuk aku!" Ujar Inas dengan nada kasar.

"Saya bukan orang lain, saya suami awak!" Areez memperbetulkan ucapan isterinya.

"Kau aje yang fikir kau ni suami aku, tapi aku tak! Bagi aku kau memang orang luar yang datang dalam hidup untuk menyeksakan hidup aku macam abah dan ummi aku buat." Inas tersenyum sinis.

Areez memaut bahu Inas memandang ke arahnya.

"Saya tak pernah terfikir untuk seksa awak.Awaklah orang yang satu-satunya saya sayang.Jadi datanglah beribu masalah pun saya takkan seksa awak dan buang awak dari hidup saya.Saya akan jaga awak hingga ke akhir nafas saya." Dengan lembutnya Areez berkata.

"Pergi matilah dengan janji kau! Hey, dah lah aku tak hingin nak tengok muka kau kat sini lama-lama." Rungut Inas.Hati batu itu tetap juga tidak lembut.

Areez bangun dari katil dan mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.

"Suatu hari nanti awak akan faham betapa cintanya saya pada awak." Ucap Areez di dalam hati.Dia menutup pintu bilik air.

Inas pula menyapu minyak di pinggangnya.Kadang-kadang dia meringis kesakitan.Dia menyentuh pinggangnya, terasa bengkak dan kebiruan.Sempat mulutnya memaki suaminya.Inas bangun dari katil dan berjalan ke arah laci sambil berjalan dengan begkok dan meletakkan minyak di dalam laci.Dia kembali balik ke katil dan menghempaskan tubuhnya.

Tanpa sedar dia sudah tidur dengan lasak.Areez keluar dari bilik dengan tuala melilit di pinggangnya dan tangannya pula mengelap rambut yang basah menggunakan tuala kecil.Matanya terarah pada susuk tubuh isterinya yang sedang tidur dengan lasak.Dia mendekati susuk tubuh itu dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

Mata yang berwarna hazel itu lama menatap wajah polos yang sedang tidur itu.Sumpah isterinya sangat cantik.Dengan gaya tidurnya, Inas kelihatan seperti seorang yang lemah lembut jika di waktu lain jadi macam singa pula dan sah-sah gempa bumi kecil akan datang.Areez tersenyum kecil mengenagkan perwatakan isterinya.

Bola matanya terarah pada gaun Inas di kaki yang sudah naik sehingga ke atas menampakkan peha yang gebu itu.Tidak kerdip mata Areez  memandang tepat ke arah peha putih itu.

Gulp!

Areez menelan air liur dengan kasar.Kenapa masa ni juga isterinya tidur macam ni?

"So, hot!" Tanpa sedar perkataan itu muncul dari mulut Areez.

Walaupun dia pondan tak bermaksud dia tak punya nafsu.Dia bukan lelaki normal tapi nafsu itu ada pada semua orang.Jadi, tak salah dia bernafsu melihat isterinya.

Namun dia mengawal juga nafsu yang bergelora itu.Membuat tanpa kerelaan adalah salah walaupun itu isteri sendiri.Lagipun biarlah mereka berbaik dahulu kerana Inas belum lagi dapat menerimanya.Dia menghawini wanita itu bukan hanya untuk itu sahaja tetapi untuk menjadikan wanita itu pendamping kehidupannya buat selama-lamanya.

Areez menurunkan gaun itu sehingga ke kaki.Dia menyelemuti tubuh isterinya dan mengucup lembut dahi isterinya.

"Tidurlah sayang..." Areez mengusap lembut kepala isterinya.

•••

Inas mencelikkan mata lalu menggosok-gosok mata.Dia bangun dari perbaringan sambil menggaru kepala.Matanya melilau memandang seluruh bilik.Dia tersenyum puas.

"Nasib pondan tu takde kat sini. Bebas lah hidup aku pagi ni.Sha la la la, sha la la la..." nyanyi Inas sambil tangannya mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Selang beberapa minit pintu bilik air dikuak dari dalam oleh Inas.Dia mengambil baju biasa lalu menyarungkan ke tubuhnya.Rambutnya yang berwarna merah pekat dilepaskan sehingga ke pinggang.Setelah siap, dia menuruni anak tangga.

Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila hidungnya terbau sesuatu  dari arah dapur.Dia berpaling ke arah dapur.Terkejut dia apabila melihat Areez sedang memasak.

"Dia tak pergi kerja ke? Hisy, menyusahkan orang je!" Rungut Inas dari tangga.

"Good morning, darling...mari lah turun makan saya buat special breakfast untuk darling." Ucap Areez seperti tahu-tahu sahaja Inas sudah berdiri di tangga.

"Kau takde kerja ke hari ni hah!? Aku tak suka kau ada kat sini, menyemak je!" Inas merenung tajam seraut wajah Areez.

"Kenapa tak suka? Takut nanti jatuh cinta?" Soal Areez dengan ketawa kecil.

"Jatuh cinta dengan kau, memang tak lah! Hey, kau pernah tak cermin diri kau sendiri? Cuba kau tanya diri kau sendiri layak tak kau jatuh cinta dengan seorang perempuan, lagi-lagi kau pondan, siapa nak kat kau!?" Dengan senang sahaja Inas menyoal tanpa memikirkan perasaan suaminya

"Sekali lagi aku kata, jangan pernah jatuh cinta dengan aku sebab hati aku takkan terdetik sedikit pun untuk cintakan kau! Kalau orang tanya manusia mana yang aku paling benci, kau tau apa jawapan yang aku bagi? Jawapannya kau, aku benci sangat dekat kau!" Inas terus menaiki anak tangga setelah menghamburkan kemarahannya.

Setelah hilang bayangan Inas, Areez melepaskan keluhan kecil.Tipulah kalau dia tak terasa bila isteri sendiri mengatakan begitu.Namun, dia tetap bersabar kerana dia tahu satu hari nanti pasti Inas akan menerimanya.Walaupun itu agak susah.Kalaupun wanita itu setiap hari menyakitinya dengan kata-kata kasar tapi sayangnya pada wanita itu tidak akan pernah hilang dari hatinya.Selama ini dia keseorangan sebab tiada siapa mahu berkawan dengannya sejak di zaman sekolah kerana dirinya bukan lelaki normal.Adanya Inas dia rasa hidupnya cerah dan bahagia walaupun tiap kali wanita melontarkan kata-kata pedih menusuk hati.

Tapi adakah kebahagian itu akan selamanya ada?

Lama tak update kan? hehehe sorry semua :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience