Bab 15 - ( Jatuh tangga)

Romance Series 7692

ULANG ALIK kakinya pergi ke sana ke sini sambil bercekak pinggang.Inas mengerut pelipisnya.Mana pulak orangnya pergi, kat dapur takde, kat bilik takde kat luar pun takde.Inas mengetuk dahunya cuba untuk berfikir tempat mana Areez pergi selain bilik, dapur dan halaman rumah.

Inas berjalan membuka pintu bilik kerja atau bacaan kerana Areez suka membuat kerja pejabatnya di bilik bacaan.Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu.

"Dah agak dah dia memang ada kat sini." Gumam Inas apabila melihat Areez sedang membuat kerja di atas meja menggunakan laptop.Dia berjalan mengambil tempat disisi Areez.

Areez tersentak kerana setahunya Inas tidak pernah memasuki di dalam bilik ini ketika dia ada.Ni takde angin takde ribut tiba-tiba je masuk dan duduk disebelahnya.Siapa tak terkejut kan?

"Darling, buat apa tengah-tengah malam ni?" Soal Areez menatap wajah isterinya dengan sayang.

"Takde buat apa, saje je." Balas Inas.

"Darling tak mengantuk ke dah pukul berapa dah ni? Awak pergilah tidur dulu ye sayang, nanti lepas saya buat kerja ni saya datang." Areez mengusap lembut kepala Inas.

"Kau nak halau aku ke apa ni!?" Soal Inas dengan geram apabila ucapan Areez seperti menghalaunya.

"Shh! Dah malam ni kan? Jangan marah-marah.Saya bukan nak halau awak, saya just tanya je takut nanti awak mengantuk ke apa ke." Ucap Areez dengan lembut.

"Ye-ye je kau ni! Bukan ke tempat seorang isteri di sisi suami?" Eh, Ya-Allah terlepas cakap ni.Pantas Inas menekup mulutnya.

Haih, mulut ni pun gatal sangat nak cakap benda tu, dah macam takde perkataan lain nak kata.Inas memarahi dirinya.

"Pandai pun.So stay here by my side forever and don't leave me darling." Ucap Areez dengan penuh tersirat.

Inas hanya diam sahaja tanpa menjawab apa-apa.Melihat isterinya diam, Areez kembali memulakan kerjanya.Sepi sahaja bilik itu hanya kedengaran laptop keyboard sahaja yang ditekan-tekan oleh Areez membuat kerja.

Inas memandang Areez sekejap lalu menarik nafas panjang dan menghembus.

"Aku nak tanya kau, tapi kau jangan ambil hati tau?" Inas menyoal untuk memastikan sama ada soalan yang bakal keluar dari mulutnya menyakitkan hati atau tidak.

"Boleh, tanyalah," jawab Areez matanya masih fokus pada laptop.

"Err...macam mana...Hrmm..kau boleh jadi macam ni?" Agak gagap mulutnya mengajukan soalan.

"Macam ni macam apa?" Soal Areez kebingguan tidak faham dengan soalan isterinya.

"Ish kau ni, macam mana kau boleh jadi macam perempuan ni hah? Pakai bulu mata, lepastu pakai lipstik dah macam apa dah." Soal Inas selamba.

Areez berpaling ke arah Inas kembali.

"Saya pernah pergi tanya doktor macam mana saya boleh jadi macam ni  dan apa puncanya..." Areez menarik nafasnya sebelum sambung memulakan cerita.

"Doktor kata tu adalah punca dari perubahan hormon." Ucap Areez.

"Perubahan hormon? Maksudnya macam mana?" Soal Inas tidak mengerti.

"Maksudnya, masalah ni berlaku bila seseorang tu tak selesa dengan jantina asal dan mereka memilih untuk bersikap sebaliknya dan dalam fikiran mereka, mereka percaya atas pilihan dan memilih untuk menjadi sebaliknya dan dari pemikiran juga membawa kepada perubahan penampilan dan tingkah laku dengan apa yang mereka percaya." Terang Areez panjang lebar.

Inas mengangguk-anggukkan kepala.

"Jadi kau berubah sebab tak selesa dengan jantina asal kau ke?" Soal Inas lagi.

"Boleh juga kata macam tu sebab saya tak yakin lah banyak lelaki diluar sana tu menghormati wanita dan menjaga mereka dengan baik.Saya pernah dengar ada wanita tu kata semua lelaki hanya mementingkan nafsu sahaja sebab dia pernah dimainkan oleh lelaki dan mulai hari tu wanita tu kata dia tak nak lagi percaya pada lelaki kerana bagi dia semua lelaki sama sahaja.Pada masa tu lah saya tak selesa dengan jantina asal sebagai lelaki." Terang Areez dan menarik nafas.

"Aku faham, tapi tak semua lelaki macam tu yang hanya mementingkan nafsu.Aku tahu banyak lelaki je diluar sana tu mementingkan nafsu dan banyak tu juga lelaki diluar sana mereka menjaga dan menghormati seorang wanita sebagai isteri.Dunia memang macam tu kalau ada manusia baik mesti kena ada manusia jahat juga sebab kita semua ciptaan tuhan.Tak semua manusia baik dan tak semua manusia jahat.Tuhan ciptakan kita semua untuk menjadi anak yang soleh dan solehah tapi manusia yang memilih ke jalan yang salah dari jalan yang betul.Sepatutnya kau kena jadi lelaki yang baik pada dunia ini sebagai contoh.Bukannya berubah jadi macam ni.Tuhan tak minta suruh kita jadi macam ni." Terang Inas panjang lebar.

Terkedu Areez seketika.Tak sangka Areez isterinya yang tak suka menghormatinya menerangkannya dengan panjang lebar.Lama dia menatap wajah isterinya.Ada betulnya juga apa yang isterinya pesan.

"Kalau saya berubah awak akan terima saya tak?" Soal Areez menanti jawapan dari isterinya.

Inas menarik nafas panjang.

"Jangan berubah demi aku tapi berubah demi Allah." Ucap Inas lalu meninggalkan Areez.

Areez terkesima mendengar jawapan isterinya.

•••

INAS membaringkan tubuhnya di atas katil sambil tangannya lincah menghantar chat kepada sahabatnya Rina.

Knok...knok...knok...

Bunyi mengetuk pintu menyedarkan Inas sedang chat.Inas tahu itu adalah Areez.

"Masuk, pintu tak kunci pun!" Jerit Inas dari dalam.

Areez masuk ke dalam bilik setelah diberi keizinan.

"Sayang, hari ni saya ingat nak bawa awak pergi shopping, jom!" Ajak Areez.Sejak hari itu lagi dia mahu mengajak isterinya pergi shopping cuma dia menanti masa yang sesuai sahaja.Ya, lah isterinya kadang-kadang okay kadang tak okay.

Inas meletakkan telefon bimbitnya lalu berpaling ke arah Areez.

"Ye lah jom, aku pun boring duduk rumah je!" Inas mula bangun dari katil.

"Aku nak bersiap ni." Ucap Inas sambil mencari pakaian yang sesuai untuk pergi ke shopping.

"Okay!" Jawab Areez.

Inas mengerutkan dahi lalu menoleh memandang suaminya

Okay dia kata, Wah jawapan yang sangat menarik.

"Okay apa kebenda kau ni! Keluar lah! Kalau kau duduk macam ni macam mana aku nak tukar baju?" Tajam renungan Inas memandang suaminya.

"Laa, asal saya kena keluar saya kan suami awak, tak salah tukar baju depan saya." Areez tersenyum nakal.

Terasa ngeri senyuman itu.Bulu roma Inas menaik.Seram pulak tengok senyuman dia ni.

"Tak yah nak mengada-ngada, dah keluar lah ish!" Rungut Inas.

Areez tersengih lalu keluar dari bilik tersebut.

Inas mengambil pakaian yang dipilihnya lalu menyarungkan ditubuhnya.Setelah itu, dia melangkah ke arah meja soleh dan tangannya mengambil lip balm dan mecoleskan di bibirnya yang sedia merah itu.Dia mengambil sikat rambut dan menyikatkan rambutnya yang panjang berwarna blonde.Tidak lupa juga untuk menyebur perfume di pakaiannya.

Dia mengambil begnya lalu keluar dari bilik dan matanya terus mencari susuk tubuh Areez.

"Jom!" Ajak Areez betul-betul di cuping telinga Inas.

"Oh, mak kau hijau!" Terkejut Inas.Berdebar-debar jantungnya.

Meletus tawa Areez.Dia ketawa sambil memegang perutnya dan matanya juga sudah berair akibat terlampau ketawa.Lucu pulak isterinya satu itu.

Terkumat-kamit mulut memarahi Areez.

"Dah lah jom!" Ajak Areez setelah sisa tawanya suda reda.

"Ish, kau ni suka sangat kejutkan aku, nasib aku tak mati sakit jantung!" Marah Inas sambil memukul Areez dengan beg tangannya.

Entah dimana Inas tersilap langkah lalu dia jatuh dari tangga.

Membulat mata Areez.Lantas dia berlari mendapatkan Inas yang sudah merengek kesakitan.

"Ya-Allah macam mana boleh jatuh ni?" Soal Areez dan tangannya mencempung tubuh isterinya dan membawanya ke dalam bilik.

"Ni semua salah kau lah..hiks..hiks, kalau kau tak buat aku terkejut...hiks...hiks, tadi aku takkan sampai jatuh macam ni! Salah kau!" Tangannya memukul dada Areez sambil mengalir airmata.

Laa, aku pula dipersalahkan.Ha'ah ni lah ciri-ciri perempuan dah salah tapi tak nak mengaku lepastu nak tuduh orang pula.Gumam Areez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience