Bab 12 - ( Tak jadi pergi honeymoon)

Romance Series 7692

AREEZ menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sebelah Inas dengan rapat.Inas menjeling sekilas Areez disebelahnya dan menjauhkan sedikit kedudukannya.Lagi dekat Areez mendekat Inas, sengaja mahu mengusik.

Inas mendecit geram lalu menjauhkan lagi kedudukannya.Dan lagi dekat Areez rapat dengan Inas.

"Apa kau nak?" Soal Inas dengan datar lalu menjauhkan lagi kedudukannya.

"Takde apa." Ucap Areez bersahaja dan mendekatkan lagi kedudukannya dengan isterinya.Kali ini lebih dekat sesak nafas Inas dibuatnya.

1 saat..
2 saat...
3 saat...

Gedebuk!!!

"Adoiii...punggung aku!" Jerit Inas.

"Ya-Allah, sayang...sorry-sorry.I'm so sorry..." Dengan cemas Areez mendapatkan Inas yang sudah jatuh di bawah lantai.

"Sorry darling saya tak sengaja." Areez memohon sambil membelek-belek badan si isterinya.

Inas mencerlung tajam ke arah Areez.Areez pula sudah gementar seluruh tubuhnya.Areez mula bangun dan berdiri bersedia untuk berlari.

"Kau tunggu sini eh? Kau jangan lari!" Inas bangun dari lantai sambil memegang punggungnya dan berjalan menuju ke stor dan kembali datang membawa rotan yang bersaiz panjang.

Terkejut Areez.Sah hari ni akan ada gempa bumi kecil dirumahnya.Kecut perut Areez dibuatnya.Bersiap sedialah wahai badan.

"Err...darling nak buat apa dengan rotan tu?" Soal Areez menghilangkan rasa gementarnya.

"Kau tanya aku nak buat apa? Nak pukul kau lah!" Inas berlari mengejar Areez yang sudah lari.

Areez menggaru kepala, tak tahu nak sorok kat mana.Ha'ah tu lah kacau isteri garang dan macam singa, inilah padahnya.Padan muka kau lah.Areez marah diri sendirinya.

"Kau jangan fikir nak sorok ye? Kalau tak lagi lebih kau dapat! Lebih baik kau serahkan diri kau sekarang?" Bunyi seperti polis menyuruh jenayah serahkan diri.Aduhaii!

Terbuntang mata Areez.Lebih baik dia serahkan diri sahaja dari lari.Kalau tak sampai kucing bertanduk pun takkan sembuh lebam di badannya.

Areez mengangkat tangan persis jenayah dan datang ke depan lalu menundukkan kepala.

Inas berjalan ke hadapan Areez lalu dengan pantasnya menarik rambut Areez.

"Adoiii...mama...sakit!" Rengek Areez.

"Takde mama kat sini! Kau ni memang tak sah kalau sehari tak kacau aku kan? Kang dah dapat!" Tu lah pandai-pandai abahnya menjodohkannya dengan lelaki ini.Sekarang rasakan!

"Sayang, cukup-cukup...sakit...aduh," Areez pegang tangan Inas dari menarik rambutnya lagi.Sakit doh!

"Sape suruh kacau aku? Sekarang ni rasa lah!" Inas menarik lagi rambut Areez.Mahu tercabut rambutnya.

Kini penampilan Areez seperti raksasa comel.

"Sayang..dah, dah," Mohon Areez.Nafasnya sudah tercunggap-cunggap.

"Apa dah, dah?" Inas menunjukkan rotan yang diambil sebentar tadi.

Areez memandang rotan yang ditunjuk isterinya.Areez menggelengkan kepala.Badannya sudah tidak akan tahan lagi kalau dikerjakan oleh isterinya dengan rotan.

Lalu dia berlari menaiki anak tangga.

"Hey, tunggulah!" Jerit Inas dan mengejar Areez dari belakang.

Areez terus memasuki dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam.Kang isterinya masuk dan kerjakannya.

Areez menarik nafas lega.Nasib kau lah dapat isteri ganas dan garang macam tu.

•••

Inas menilik pakaiannya di cermin setelah menyarungkan pakaian.Tadi dia mendapat panggilan dari bapa mertuanya menyuruh dia dan suaminya datang ke rumahnya untuk makan malam bersama dan membincang sesuatu perkara.

Entah perkara apa yang mahu dibincangkan.Dia juga tidak tanya lebih-lebih.Mula-mula dia tidak mahu pergi ke rumah bapa mertuanya namun dia masih ingat mereka lebih tua darinya dan dia juga perlu menghormati mereka.Nak tak nak dia terpaksa mengikut untuk menjaga hati kedua orang tua suaminya.

Dia mengambil begnya dan berjalan menuruni anak tangga.Dia mengunci pintu utama.Dia melihat Areez sudah menunggunya dari dalam kereta.Dia terus membolos tubuh ke dalam perut kereta.Kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.

"Papa ada bagitahu apa-apa tak?" Soal Areez setelah lama diam.

"Tak!" Jawab Inas dengan ringkas.

Areez menganggukkan kepala.

Selang beberapa minit, mereka sudahpun sampai di rumah kedua orang tua Areez.Mereka berdua turun dengan serentak.Kedatangan mereka disambut mesra oleh Puan Mardihah dan Tuan Zaid.

Puan Mardihah dan Inas menyediakan makanan di atas meja sekali dengan air dah mengajak dua lelaki itu makan bersama.Setelah makan bersama, Inas dan Puan Mardihah mengemas semua pinggan mangkuk.Dua lelaki itu pula menonton televisyen sambil gelak tawa setelah makan sebentar tadi.

"Jadi apa yang papa nak bincang suruh kami berdua datang sini?" Soal Areez menunggu jawapan dari mulut papanya.

"Memandangkan semua dah ada, jadi papa nak beritahu yang papa dah beli tiket honeymoon untuk kamu berdua,"

"Uhuk, uhuk!" Terbatuk Inas apabila bapa mertuanya mengatakan begitu.

"Darling, okay tak ni?" Cemas Areez.

Inas menganggukkan kepala.

"Tapi, Inas tak nak pergi honeymmon." Tolak Inas dengan lembut.

Areez memandang sebelah ke arah isterinya.Dia tahu isterinya akan menolak.Nak berbaik pun susah ni kan nak pergi honeymoon memang lah dia akan menolak.

"Kenapa?" Soal kedua orang tua itu dengan serentak dengan dahi berkerut.Ya, lah jika pasangan lain mereka sudah bersorak gembira tapi gembira itu tiada di muka pasangan dihadapan mereka.

"Sebab Inas tak boleh tahan suasana sejuk, nanti Inas mudah jatuh sakit." Jujur Inas.Ya, memang benar Inas tidak boleh kawal dirinya jika cuaca sejuk.

Areez memandang kembali ke arah isterinya.Dia ni nak tipu ke apa?

Inas memberi jelingan maut, dah kenapa nak tengok macam aku ada hutang dengan dia? Kutuk Inas dalam hati.

"Tapi tempat yang kamu berdua pergi bukan tempat cuaca sejuk pun." Ucap Puan Mardihah.

"Habistu tempat apa?" Soal Areez.Walaupun dia tak dapat pergi dia teringin mahu tahu tempat apa yang papa dan mamanya beli tiket.

"Perancis." Ucap kedua orang tua itu dengan serentak terbit senyuman di bibir mereka di akhir ayat.

Terlopong kedua mulut Areez dan Inas.Wah, jauh betul papa dan mamanya pilih tempat untuk honeymoon.

"Tutup mulut kamu berdua nanti masuk lalat." Ucap Tuan Zaid bersahaja.Cepat-cepat mereka tutup mulut.

"Maafkan Inas papa, tapi kami tak nak susahkan papa dan mama.Kami boleh je honeymoon di rumah.Lagipun membazir je, lebih baik papa derma duit itu untuk orang yang susah diluar sana tu," Ucap Inas.

"Laa, apa yang bazirnya.Lagipun kamu berdua baru je kahwin, mesti kamu berdua teringin nak pergi honeymoon macam orang lain kan?" Pujuk Tuan Zaid lagi.

"Aku tak tahu lagi nak pujuk macam mana, kau aje lah pujuk papa!" Bisik Inas di telinga Areez.

"Minta izin, Inas nak pergi tandas jap," Inas berlalu pergi ke tandas.

"Papa mama kami boleh je honeymoon dekat rumah.Kami tak teringin nak pergi Perancis.Lagi-lagi Inas sendiri yang kata kat rumah lagi privasi tiada gangguan." Pujuk Areez.

Tuan Zaid melepaskan keluhan kecil.

"Kalau itu yang kamu berdua nak papa tak halang.Pasal tiket ni papa bagi pada staff papa sebab dia pun baru kahwin." Ucap Tuan Zaid.

"Baik papa." Areez memberi sedikit senyuman.

Puan Mardihah bangun dari kedudukannya dan berlalu pergi.

Berbalik kepada Inas, dia mencuci tangan dan membuka pintu bilik air.Terkejut Inas bila melihat Puan Mardihah berdiri di hadapannya.

"Eh, terkejut Ina.." tangan Inas ditarik oleh Puan Mardihah.Dahi Inas berkerut tidak faham dengan kelakuan mak mertuanya.

"Betul ke kamu dengan Areez bahagia?" Soal Puan Mardihah.

Inas terkejut dengan soalan yang diajukan oleh mak mertuanya.Dia diam tanpa bicara.

"Mama tahu anak mama tak normal macam lelaki lain di luar sana, tapi dia baik.Dia seorang yang penyayang.Mama harap kamu dapat bahagiakan Areez." Suara Puan Mardihah kedengaran sayu.

"Maafkan Inas mama, Inas tak boleh bahagiakan Areez dan Inas juga takkan bahagia berada disisi Areez.Bukan Inas sahaja kalau wanita lain pun mereka tak dapat anggap Areez tu sebagai suami.Sebab mama tahu kan Areez bukan lelaki biasa dan tak lama lagi...Inas akan minta cerai dengan dia." Ucap Inas.

Puan Mardihah agak terkejut dengan kata-kata menantu.Dan tak lama lagi dia memberi sedikit senyuman.

"Mungkin jodoh kamu dengan Areez tak panjang.Mama hormat keputusan Inas.Tapi kamu jangan bagitahu Areez yang kamu akan minta cerai dengan dia nanti dia sakit hati sangat sebab dia terlalu cintakan kamu." Ucap Puan Mardihah dengan sayu.

Inas menganggukkan kepala dan berlalu pergi dari situ.

Maaf kalau ada typo :) Patut ke Inas minta cerai? Drop comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience