Bab 11 - (Imbas kembali 1)

Romance Series 7692

AREEZ menaiki anak tangga dengan tangannya membawa satu dulang yang ada mangkuk berisi makanan dan satu cawan air untuk Inas.Sejak pagi tadi Inas tidak makan apa-apa hanya terkurung dalam bilik sahaja.

Sudah Areez ajak untuk makan tengah hari bersama tapi Inas tidak mahu melihat wajahnya.Jadi Areez memasak makanan untuk isteri kesayangannya dan berharap Inas makan makanan yang dimasaknya.

Areez teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik.Tapi selang beberapa minit dia ketuk juga kerana tidak mahu isterinya lapar.Dia cukup tahu isterinya sedang menahan dari kelapran.

Inas mendengus geram bila pintu diketuk berapa kali.Terus dia bangun membuka pintu bilik dengan kasar.

"Kau nak apa? Tak cukup lagi ke aku marah kat kau? Ke kau nak dengar aku bebel hah!?" Kasar Inas menyoal macam biasa.Tiada kelembutan!

Areez tidak endah soalan si isterinya malah dia menolak bahu isterinya dan berjalan lalu meletakkan dulang itu di meja tepi katil.

"Excuse me, Do you have sense? Suka-suka hati je nak tolak orang! Buat apa kau masuk bilik? Untuk siapa kau masak? Kau ingat aku na...." Belum sempat dia menghabiskan ayat Areez sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir itu.

"Shh! Tak penat ke hari-hari marah? Hmmm?" Areez menjongketkan kening mata.

Terkedu Inas seketika.Mata mereka saling betembung.

"Dah jom makan." Areez menarik lengan Inas membuatkan dia berhenti bertembung mata.

"Aku tak nak!" Tolak Inas.

"Kenapa tak nak?" Soal Areez

"Aku tak lapar lah!"

"Kenapa tak lapar?" Soal Areez lagi.

Ah sudah, mahu jadi gila Inas dibuatnya dengan soalan suaminya.

Areez ketawa kecil melihat wajah kusut Inas.

"Walaupun awak kata tak lapar perut awak akan bagitahu yang awak sedang lapar.Tak baik tau tipu dengan suami.Nak jadi isteri derhaka ke?" Soal Areez

"Hisy, dah lah kau jangan nak seksa aku dengan soalan bodoh kau tu? Kalau aku nak jadi isteri derhaka pun kenapa? Soalan dibalas dengan soalan.

"Tak baik tau kurang ajar dengan suami, nan..." Kini giliran Inas pula meletakkan jari telunjuknya di bibir Areez.

"Shh, tak penat ke asyik-asyik bagi ceramah free dekat aku?" Inas menjogketkan kening mata.

Kini Areez pula yang terkedu.

"Kenapa diam?" Soal Inas.

"Tak penat pun! Anything for you darling..." Areez mengenyitkan mata.

"Dah-dah tak payah nak buat drama kat sini! Dah keluar lah." Halau Inas.

"Makanan tu jangan lupa makan." Pesan Areez sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Hrmmm.." Respon Inas.

Areez keluar dari bilik dengan hati yang berbunga-bunga bagai ada taman bunga dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

Ya, ini kali pertama isterinya patuh pada arahannya dan dia juga sedar ini kali pertama mereka sedikit bersweet dengan mata saling bertembung.Auch!

•••

Kakinya menuju ke ruang tamu dari dapur setelah mendengar bunyi deringan telefon.Dia melihat nombor yang tidak dia kenalinya.Tangannya terusmelekatkan telefon di telinga.

"Hello..." Ucap Inas seraya mengambil telefon.

"Inas sihat?" Soal pemanggil dari corong telefon.Kedengaran ketawa kecil dari pemanggil wanita itu.

"Siapa ni?" Soal Inas.

"Ni, mama lah sayang" Ucap Puan Mardihah, mama Areez.

"Ooo, mama! Ye, mama Inas sihat.Mama dengan papa sihat?" Soal Inas dengan sopan.

"Ye, mama dengan papa sihat? Honey sihat tak?" Soal Puan Mardihah.

Inas menggaru kepala yang tidak gatal.Siapa honey? Mak mertuany sudah hilang akal ke apa?

"Inas, mama tanya ni? Honey sihat tak?" Soal Puan Mardihah kembali.

"Siapa honey? Takde pula orang yang bernama honey dekat sini." Ucap Inas dengan polos.

Meletua tawa Puan Mardihah mendengar ucapan anak mertuanya.

"Mama okay tak ni?" Soal Inas apabila mendengar ibu mertuanya ketawa macam orang hilang akal.

"Ye, mama okay! Honey tu Areez lah! Takkan suami kamu tak cakap dengan kamu?" Soal Puan Mardihah.

"Tak, dia tak cakap apa-apa pun? Tapi kenapa mama panggil ho..." Belum sempat dia menghabiskan kata, Areez sudah mencelah.

"Sebab saya suka makan madu.Jadi semua orang panggil saya honey.So why not, darling pun panggil lah honey.Baru sweet gitu kan?" Areez tertawa kecil lalu mengambil telefon dari genggaman Inas dan berbual dengan mamanya.

Terus berubah wajah Inas mendengar ucapan Areez.Ya, tentang Areez suka madu mengingatkan dia pada seseorang.Arin! Ya Arin!

Inas memejamkan mata seketika

Imbas kembali...

Seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun berlari membawa madu yang berisi dalam plastik kecil seperti lidi dengan laju.Sesekali dia memandang kebelakang bahawa budak perempuan berambut toncang masih mengejarnya atau tidak.

Ternyata benar, budak kecil yang berumur 10 tahun masih mengejarnya tanpa henti.

"Woi, tunggulah! Awak kenapa lari laju sangat? Bencilah macam ni!" Budak rambut bertoncang dua itu mendengus geram.Dan dia tidak lain tidak bukan adalah Inas.

"Kejarlah-kejarlah....bluerk!" Arin menjelirkan lidah.

"Tak nak! Makan je madu tu!" Inas menjeling Arin.

Terus kaki Arin berhenti.Dia berpaling ke belakang memandang Inas yang bermain kaki di air.Arin berlari membawa madu itu dan terus duduk di sebelah Inas.

"Nak apa!?" Soal Inas kasar.

Arin menunjukkan madu itu dan menghulurkan pada Inas.Bersinar-sinar mata Inas apabila si dia memberi madu.Terus tangannya mengambil madu itu dan makan.

"Kenapa awak suka madu?" Soal Inas sambil makan madu itu.

"Sebab saya sukalah saya makan." Jawab Arin

Serentak mereka ketawa dengan riang.

***

"Darling! Darling kenapa ni?" Panggil Areez setelah menyedari isterinya diam.

Suara Areez menyentakkan Inas dari lamunan.

"Kenapa ni?" Soal Areez dengan risau.

Inas hanya menggelengkan kepala.Dia terus berjalan meninggalkan Areez terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience