Bab1 - (My life my rules)

Romance Series 7692

"NO!" Suara Lantang seorang gadis bertubuh langsing bergema di rumah dua tingkat itu.

Seorang lelaki tua berusia 55-an memicit pelipisnya sendiri setelah gadis yang berdiri di hadapannya tidak bersetuju dengan penjelasannya.Dua orang wanita yang turut berada di situ hanya membatukan diri, lidah mereka kelu untuk membuka bicara.Biarlah dua manusia dihadapannya menyelesaikan masalah.

"Kenapa kamu tak setuju?" Soal lelaki tua itu, bapa kepada gadis bertubuh langsing.

Wanita itu tersenyum sinis, dia berpaling ke arah bapanya yang berdiri di hadapannya.Gadis itu berpeluk tubuh.Gadis itu menunjukkan wajah tiada perasan seperti tidak berlaku apa-apa.

"Pandai-pandai je ummi dengan abah terima pinangan dari mereka.Tak tanya pun dengan Inas kan?" Gadis itu menuding jari pada bapanya serta ibunya yang diam tidak terkutik di situ.

Tuan Hamri melepaskan keluhan berat mengenangkan anak daranya.Dia tahu yang anaknya seorang yang keras kepala dan dingin, cakap ikut perasan sendiri, tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.Tidak mengambil tahu tentang orang sekelilingnya.Dia seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja.Tuan Hamri terdiam seketika, dia mengambil nafas panjang dan menghembus sebelum membalas soalan anaknya.

"Kamu sendiri yang bagi tugasan mencari calon suami untuk kamu pada kami kan? Sekarang ni kenapa tak setuju? Bagitahu pada kami sekarang." Tuan Hamri merenung anaknya dengan pandangan tajam, menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut anaknya.

"Okay, now abah dengan ummi bagitahu Inas, macam mana nanti kehidupan Inas kalau Inas kahwin dengan jantan yang tak kenal? Cuba cakap?" Puan Aida hanya menundukkan kepala tidak berani melihat wajah anaknya yang merah padam menahan amarahnya.

"Kenapa ummi diam? Cakaplah! Inas menggelengkan kepala apabila uminya tidak balas sepatah perkataan pun.Susah sangatkah mahu membalas? Menyusahkan orang!

"Ini ke alasan kamu tak nak kahwin dengan calon lelaki yang kami pilih? Lepas kahwin Inas boleh kenal dengan dia, bukan susah pun.Abah percaya, dialah lelaki yang terbaik untuk kamu.Apa-apapun kamu kena tetap kahwin dengan dia! Tuan Hamri menghela nafas panjang.Rimas apabila anaknya membantahnya.

What the hell!  Ini kehidupan Inas, dia ada hak untuk bantah pernikahan ini.Abahnya senang-senang sahaja memaksanya menikah dengan lelaki yang tidak dia kenal.Kang tak pasal-pasal tak sampai sebulan pun kena minta cerai, tak  memalukan ke?

"Abah ingat Inas ni apa patung? Atau robot? Cukuplah Abah nak paksa Inas kahwin dengan jantan tu.Kalau abah suka sangat dengan jantan tu, apa kata abah je kahwin dengan dia ataupun suruh Imani kahwin dengan jantan tu.Easy and simple, Am i right? Tak payahlah paksa orang kahwin dengan jantan tu because my life my rules.Do you understand?" Imani yang berdiri tidak jauh disebelah uminya hanya melepaskan keluhan kasar dengan ucapan kakak kandungnya.

Inas menaiki anak tangga setelah menghambur kemarahhannya tanpa mempedulikan tiga manusia di bawah.Tuan Hamri mengetap gigi, anaknya sudah melebihi hadnya.Terasa dirinya dicabar.Dia meraup wajahnya, tidak tahu lagi dengan cara apa untuk memujuk anaknya menikah dengan lelaki pilihannya.Bak kata orang pilihan orang tua memang tepat tetapi inikan tidak mahu menikah dengan pilihan orang tua.

"Saya tak fahamlah dengan anak awak tu.Sekejap kata ni sekejap kata tu, kalau macam ni boleh jadi gila saya.Dia bukannya lahir di zoo pun sampai perangai dia macam tu." Perli Tuan Hamri yang sememangnya tahu akan perangai anaknya mengalahkan singa, boleh dikatakan singa jadian.Yelah tengok lah perangai Inas tu, keras kepala, dingin dan bermacam-macam lagi, payah untuk dikata.

Puan Aida mengerutkan dahi.Zoo?

"Kenapa abang cakap macam tu?" Soal Puan Aida dengan aneh.

"Tengoklah perangai dia tu, mengalahkan singa.Nanti malam ni awak jangan masuk bilik dia pula nanti awak kena terkam dengan dia.Mungkin sekarang ni dia tunggu masa yang tepat untuk terkam awak.Rawr!" Sempat Tuan Hamri bergurau dengan isterinya sambil menggigit lengan isterinya.

"Hisy, sakitlah awak ni." Puan Aida memukul dada bidang suaminya.Gelak tawa mereka mengisi di rumah pada petang itu.Tua-tua pun masih romantik.Auch!

Imani yang berdiri di situ terkebil-kebil melihat pasangan romantik dihadapannya yang bermain kejar-kejar seperti pengantin baru.Kadang-kadang dia juga terfikir bagaimana dah tua-tua pun mereka larat berlari-lari.Mungkin disebabkan mereka minum produk-produk yang membuatkan tulang dan tubuh mereka masih kekal sihat seperti awet muda.Ah gituw! Maklumlah mereka kan kaya boleh lah membeli produk yang mahal untuk kekal kelihatan mudah.Imani menggelengkan kepala dan lalu meninggalkan pasangan itu enjoy.

BERSAMBUNG...

Sebenarnya nak buat semua bab baru nak pub tapi tangan gatal suruh pub...hehehe Support sy tau, komen² sikit tanda awak semua support sy... Happy reading :)

Share this novel

SHA
2021-09-26 19:02:05 

Thanks sudi tegur bonda..nanti sha edit balik :)

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-26 17:33:00 

Bsru sempat baca

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-26 17:32:48 

Bonda nk ulas sikit lelaki 55 an. Klu nk tulis mcm ni lelski lingkungan 50 an atau lelski berusia 55 tshun itu.


NovelPlus Premium

The best ads free experience