Bab 5 - ( Dimalukan)

Romance Series 7692

Tangannya penat sudah memilih salah satu pakaian yang sesuai untuk dipakai.Satu pun tidak menarik perhatiannya.Dia mengeluh kecil.Tiba-tiba dia tersenyum baru teringat, minggu lepas dia telah pergi ke shopping dan membeli beberapa pakaian.

Inas berjalan ke arah satu almari dan membuka almari itu.Kakinya menjengket sedikit mengambil pakaian yang terletak di rak atas yang dibelinya seminggu lepas.Selesai menyarungkan pakaian di tubuhnya, dia berjalan ke arah cermin besar dan duduk di hadapan cermin.

Lama dia tatap wajahnya dari cermin.Dia melepaskan keluhan kecil.Apalah nasibnya, dah lah kena ugut abahnya dan sekarang kena paksa lagi kahwin dengan lelaki tidak kenal.Ini pun abahnya menyuruhnya berjumpa dengan bakal suaminya.Katanya boleh kenal antara satu sama lain.

Inas mengoles sedikit lipbalm di bibirnya.Inas mengambil handbag nya lalu keluar dari bilik itu menuruni anak tangga.Tidak dia endah Tuan Hamri yang duduk di sofa.Tuan Hamri hanya menggelengkan kepala.Tahu anaknya sangat marah padanya.

Sebagai bapa dia faham akan perasaan anaknya dan sebagai bapa juga dia layak memilih pilihan yang tepat untuk anaknya.Tuan Hamri memilih calon yang tepat kerana dia tidak mahu Inas terus hanyut ke dalam emosinya.Siapa mahu anaknya jadi begitu bukan? Kerana itulah dia mendesak Inas berkahwin dengan Areez.Tuan Hamri tahu, dengan itu Inas boleh melupakan kisah cinta silamnya bersama Arin.

•••

INAS menilik jam tangan di tangannya.Dia memdengus geram.Hampir satu jam setengah dia menunggun Areez namun batang hidung lelaki itu tidak nampak juga.

"Ingat aku ni tunggul kayu ke apa? Dah berapa lama dah aku tunggu.Jantan ni entah pergi kemana.Dah mampos agaknya.Ingat orang lain takde kerja ke apa, bodoh!" Carut Inas sendirian.

Selang berapa minit, seorang lelaki bertubuh sasa dan tinggi memerhati Inas dari jauh dari sebalik dinding yang duduk tidak jauh darinya sambil mencicip kopi.Lelaki itu mengecilkan mata melihat seraut wajah Inas.Sah gadis itu sedang menahan amarah padanya.Lelaki itu menahan ketawa sambil menekup mulut melihat wajah bengang Inas.Comel!

Lelaki itu menarik nafas dan menghembus.Dia berjalan menghampiri Inas.

"Hi, sayang!" Sapa Areez dengan ceria.

Inas berpaling ke arah lelaki itu dan berpaling ke arah lain semula.

Areez berjalan berdiri di hadapan gadis itu.Inas mendongak memandang lelaki itu, dia mengetap bibir.

"Kau asal? Aku ada hutang dengan kau? Aku lempang muka tu masuk lubang mangkuk kang! Sengih-sengih macam orang gila?" Marah Inas.

Areez mengerutkan dahi.Kenapa dia tak ingat Aku? Lama dia tatap wajah cantik itu.

Sah gadis dihadapannya tidak ingat siapa dirinya.Areez baru teringat akan perbualan dia bersama Tuan Hamri tempoh hari bahawa Inas tidak akan ingat apa yang terjadi sewaktu dia teremosi.Jadi betul lah dia tidak tahu lelaki bernama Areez malah dia juga tidak ingat kedatangan Areez di rumahnya semalam.

"Ehem!" Areez berdehem sebelum memulakan perbualan.

Areez mengambil tempat di hadapan Inas.

"Saya tahu awak tak ingat saya, tapi takpe saya akan kenalkan diri saya." Areez memulakan perbualan.

"Aku tak perlu kenal dengan kau.Hisy, kau siapa huh? Tib---

"Jangan celah bila saya bercakap, boleh? Hrmm?" Areez mengangkat kening mata.

Inas melepaskan keluha kasar.Sempat dia menjeling lelaki dihadapannya.

"Saya Areez Ardani, bakal suami awak." Areez perkenalkan diri memandangkan Inas tidak ingat siapa dirinya.

Inas memerhati wajah lelaki dihadapannya.Dengan dalam dia memerhati.Inas mengecilkan mata memandang bulu mata lelaki itu.Bulu mata lelaki itu sangat lentik seperti memakai bulu mata palsu.Inas menggaru kepala yang tidak gatal.Inas memandang pula bibir lelaki itu, alangkah terkejutnya dia melihat lelaki itu telah mengenakan lipstik di bibirnya yang berwarna merah jambu.Apa ni?

Dia pondan ke?

Tidak pernah dia melihat lelaki seperti ini.

"Kau pondan?" Terus Inas menyoal tanpa segan silu.

Namun Areez hanya diam tidak sahut malah tersenyum memandang Inas.Inas mengepam buku lima, terasa nalurinya diacabar.

"Aku tanya kau lah bodoh, kau pondan ke!" Jerit Inas.

Semua pelenggan di situ memandang semacam pada Inas dan Areez.

"Shh..." Areez meletakkan jari tekunjuknya di bibir seksi Inas.

Lantas Inas menepis jari yang melekat di bibirnya.

"Sah kau memang pondan! Lebih baik aku mati je dari kahwin dengan lelaki macam kau...Ops sorry...bukan lelaki PONDAN.Hey, aku nak tanya kau, orang pondan macam kau pun ada hati nak kahwin dengan perempuan? Bukan ke sepatutnya kau kahwin dengan lelaki? Am i right?" Inas tersenyum sinis.

Puas? Yes Of course dia puas dapat mengejek lelaki di hadapannya, eh no,no...pondan.

Inas menghentak meja.Dia menepuk-nepuk tangannya, senyuman sinis tidak lekang dari bibir mungil itu.

"Hey, ladies and gentleman!" Sapa Inas.Semua pelenggan di situ berpaling ke arah Inas dengan dahi berkerut.

"Korang semua tahu tak siapa lelaki dihadapan saya ni?"

Seluruh pelenggan di situ menggeleng kepala tanda tidak tahu.Mana lah dia orang tahu.

"Okay, biar saya terangkan.Nama dia Areez Ardani, nama yang cantik kan? Abah saya paksa saya kahwin dengan lelaki dihadapan saya.Tapi saya cakap, saya tak setuju.Then abah ugut saya macam-macam.Dan akhirnya saya setuju juga.Hari ni pula abah saya paksa suruh jumpa bakal suami saya, saya hanya patuh pada arahan abah saya.Datang-datang je saya dah syak lelaki dihadapan saya ni bukan lelaki normal." Inas mengerling sekilas Areez dihadapan yang diam seribu bahasa.Mungkin terkejut.

"Bukan lelaki normal? Maksud you macam mana?" Soal salah seorang pelenggan wanita yang turut ada disitu.

"I mean, dia adalah 'mak nyah' atau lebih tepat PONDAN!"  Semua mata pelenggan berpaling ke arah Areez.

"Dari mana you tahu dia pondan? I tengok dia macam lelaki biasa saja.Pakaian dia pun tidak menunjukkan dia pondan.Dia okay je i tengok." Ujar wanita itu semula.Pelenggan disitu semua mengangguk tanda mengiayakan ucapan wanita itu.

"Yes, i know that.Saya pun ingat macam tu, but, cuba korang semua tengok mata dan lips dia.Dari situ korang boleh nampak dia adalah pondan.Dan dia berpakaian macam tu sebab dia nak tutupkan identiti dia sebagai pondan!" Inas menuding jari tepat ke arah Areez.

"So, sekarang you nak kata apa?" Soal pelenggan di situ.

"Patut ke saya kena kahwin dengan pondan ni? Kalau korang ada di situasi saya korang akan kahwin tak dengan pondan ni?" Soal Inas kembali.

"Oh, no...no! Kalau i ada di situsai you, memang i takkan kahwin dengan pondan.Silap hari bulan i kahwin dengan dia, i tak dapat anak." Inas tersenyum bangga.Semua para pelenggan disitu tertawakan Areez.

Yes, ini yang dia mahu dengar dengan jelas dari mulut orang.Betapa bangganya dia dapat menjatuhkan maruah seorang lelaki itu.

"See, dia orang pun meluat nak kahwin dengan lelaki macam kau apatah lagi aku.So, kau janganlah berangan sangat nak kahwin dengan aku.Lebih baik kau cari lelaki kat luar sana yang terhengeh-hengeh dengan pondan macam kau.Goodbye!" Inas mengambil kunci kereta di atas meja dan menghayun kaki keluar dari Restoran itu.

Inas membuka pintu kereta dan membolos tubuhnya ke dalam perut kereta.Inas memerhatikan Areez dari dalam kereta.Dia tersenyum sinis.Padan muka kau! Dia bangga dapat menjatuhkan maruah seorang lelaki, atau lebih tepat pondan.Bukan lelaki sahaja boleh menjatuhkan maruah perempuan malah perempuan juga boleh menjatuhkan maruah lelaki dengan sekelip mata seperti mana dia buat.

Ingat lelaki sahaja boleh buat semuanya.Eh! No, perempuan juga boleh buat.Ingat perempuan tak tahu apa-apa hanya tahu patuh pada arahan lelaki.Hey no, perempuan juga berani membuat sesuatu dan takkan patuh pada lelaki mahupun itu bapanya sendiri.

Kau tanggunglah malu kau tu.Siapa suruh pilih aku, kan dah kena.Aku pasti kau akan batalkan perkahwinan ni, sebab kau dah cukup malu aku malukan di semua orang.Aku tahu kau tak berani nak langsungkan perkahwinan ni.Ini Inas lah takkan sesekali patuh pada arah sesiapa pun dan disebaliknya mereka akan patuh pada arahan aku.

Inas memperbetulkan rambutnya, bahagian kanan rambut yang terjuntai diselitkan di celah telinga.Dia tersenyum puas.Dia menepuk dadanya tanda bangga pada dirinya.

"You're the great!" Inas menekan pedal minyak dan keretanya meluncur di atas Jalan Raya.Dalam perjalanan ke rumah mulutnya tidak berhenti-henti puji dirinya sendiri.Bangga dengan tindakannya.

Fuhh...nasib ada masa nak update. Drop comment, rate my novel and keep suporting me. Luv your support :) Maaf kalau ada typo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience