Bab 13 - ( Terlalu sakit dan pedih)

Romance Series 7692

HARI INI Areez mula masuk ke kerja setelah dua minggu cuti dan tinggal dirumah.Walaupun Areez bos dia tetap juga masuk ke kerja menjalankan tugasannya.Pada mulanya, Tuan Zaid menyuruhnya mengambil cuti sebulan untuk membawa Inas jalan-jalan di mana-mana tetapi dia tolak cadangan papanya.Kalau ajak Inas bukannya nak ikut malah dirinya juga dihina.Lebih baik dia menjalankan tugasannya di tempat kerja.

Sama juga Inas juga akan masuk ke kerja hari ini.Selama dua minggu dia bekerja dari rumah.Inas menuruni anak tangga setelah siap dan terus duduk di kerusi.Dia mengambil roti yang dibuat Areez dan memasukkan di dalam mulutnya.Dia bangun dari kerusi dan membasuh mulutnya dan berjalan.Tidak dia endah Areez ada disitu.

Areez melepaskan keluhan kasar.Lama-lama perangai Inas makin menjadi-jadi.Tidak hormati dirinya sebagai suami langsung malah mengendahkan dia seperti dia tidak wujud di dalam rumah itu.Walaupun duduk sebumbung Areez merasakan seolah-olah tinggal bersendirian.Mana tak nya semasa mahu makan Inas tidak akan menyapa dirinya untuk makan bersama.Masak pun tak, Areez yang setiap hari masak.

"Tak nak salam?" Soal Areez masih dengan nada lembutnya.

Langkah Inas terhenti dia berpaling ke arah Areez.

"Buat apa aku nak salam kau? Kau bukannya suami sejati pun?" Inas menjeling Areez.

"Awak patut hormat saya macam saya hormat awak sebagai isteri? Setiap hari saya yang masak, kerja dalam rumah ni saya yang buat? Saya tak suruh pun awak buat itu ini kan? Hormat saya pun awak tak boleh nak buat ke? Susah sangat ke Inas?" Soal Areez tegas.

Ini kali pertama dia tegas dengan isterinya.

"Oo, aku dah faham! Kau nak tunjuk yang kau tu baik sangat dan aku ni jahat macam tu lah kan? Maksudnya kau nak tuduh aku lah?" Soal Inas pula dengan datar.

"Saya bukan nak tuduh awak.Tapi saya cuma nak awak faham perasaan saya.Mustahil kalau awak tak faham yang saya ni cintakan awak sangat-sangat.Sampai bila awak nak macam ni?" Soal Areez dengan sebak.

"You have no right to said you love me! And yeah, I will be like this forever because my life my rules only!" Inas tuding jari lalu keluar dari rumah itu.

•••

Inas menjejakkan kaki di dalam pejabat.Riuh rendah pejabatnya dengan suara-suara staf.Inas berjalan menuju ke meja nya dan terlebih dahulu seorang staf yang berpakaian jarang menyapanya.Inas memalingkan wajahnya.

"I dengar you dah kahwin?" Soal Karmila

Inas hanya sekadar mengangguk.Malas mahu melayan.

"And i juga ada dengar suami you pondan..ops sorry kalau bahasa i terlalu kasar." Ucap Karmila sengaja mahu menaikkan amarah Inas.

"Apa kata you diam je, tak payah masuk campur dalam urusan i!" Mencerlung tajam mata Inas menikam mata Karmila.

"I bukan apa, i just kesian dengan you.Ye lah you kan cantik tapi dapat suami macam pondan.I nak tanya macam mana you boleh sampai kahwin dengan pondan?" Soal Karmila dengan nada sinis.

"Apa masalah you sebenarnya? And ikut i lah i nak kahwin dengan siapa pun? You nak membawang sangat kenapa!?" Marah Inas pada karmila.

Suara staf yang riuh rendah sebentar tadi sudah tidak kedengaran lagi.Mereka pandang saling berganti Inas dan karmila.

"Hey, you ni i nak tanya je kot! And i nak warning you, jangan sesekali kacau kekasih i Rayden!" Karmila memberi amaran pada Inas.

"Kau buta ke apa hah! Buka mata tu luas-luas tengok siapa yang goda siapa! Kekasih kau yang goda aku! Tuduh-tuduh aku pula, betina jalang! Hambur Inas.

"Kau...!" Karmila menaikkan tangan menampar pipi Inas.Namun satu tangan kekar menghalangnya.

"Stop it Mila!" Tegas suara lelaki itu memberi amaran.

Karmila menoleh ke belakang memandang wajah lelaki itu dan itu tidak lain tidak bukan Rayden bos di pejabat tersebut dan anak kepada kawan abah Inas.

"You datang sini nak kerja ke atau nak cari gaduh!?" Soal Rayden memandang silih berganti Inas dan Karmila.

"You all dah takde kerusi ke nak duduk atau tengah tengok fashion show ke depan ni!?" Soal Rayden kepada staf-staf yang berdiri.

Dengar sahaja suara bosnya, semua staf kelam kabut mencari tempat masing-masing dan buat kerja mereka.

"So, kenapa you nak lempang muka dia?" Soal Rayden.

"I bagi pengajaran pada dia!" Jawab Karmila dan menjeling ke arah Inas.

"Bagi pengajaran? You berdua masuk dalam pejabat i, now!" Tegas Rayden berkata.

Mereka berdua mengekori Rayden masuk ke dalam pejabat dan berdiri di hadapan bos mereka.

"Apa masalah you berdua sebenarnya?" Soal Rayden kembali.

"Bos tak payah tanya saya, tanya kekasih bos tu.Entah apa-apalah betina ni!" Ucap Inas dengan malas.

Ucapan Inas membuatkan Rayden tersenyum kecil.

"Kalau you nak tahu, dia dah kahwin but dia still nak goda you dan rampas you dari i.Kau memang betina murah tahu tak!?" Karmila menolak bahu Inas.

"Mila stop it i say! Siapa cakap dia goda.Honestly, i yang goda dia!" Jujur Rayden.

Rayden seorang playboy yang suka memainkan perasaan wanita di luar sana.Dia menukar perempuan seperti menukar baju.Bawa wanita pergi sana sini dan melontarkan kata-kata manis supaya mereka dapat mempercayainya dan akhirnya setelah mereka mengandung, Rayden akan meninggalkan mereka begitu sahaja seperti manusia yang tidak punya perasaan.Entah kali ke berapa dia sudah membuat wanita di luar sana mengandung.

Karmila terkejut mendengar ucapan kekasihnya.

"You sedar tak apa you cakap!?" Marah Karmila

"Yes, i sedar and yeah i cintakan Inas sangat-sangat." Jawab Rayden dengan memberi senyuman manis pada Inas.

Inas tahu bosnya atau anak kepada kawan abahnya mempunyai perasaan padanya kerana itu Rayden selalu menggodanya.Tapi lelaki itu tidak pernah mengungkap kata-kata cinta.Boleh dikatakan pertama kali.Tapi Inas tidak pernah melayan Rayden.Baginya Rayden hanya bosnya dan tidak lebih dari itu.

"Apa you cakap ni Rayden!? Habistu you tidur dengan i kat hotel tu semua apa? You jangan mainkan perasaan i Rayden!? Soal Karmila apabila dia teringat mereka berdua sudahpun bersetubuh sebulan yang lalu.

"You sendiri yang serahkan tubuh you kan?" Rayden tersenyum sinis.

"I serah tubuh i sebab you yang minta? You minta i bagi jelah?" Jawab Karmila pula

"You yang bodoh sangat bagi!" Jawab Rayden

Inas sudah tidak mahu lagi berdiri di situ.Mahu berdarah telinganya mendengar Karmila pekik.Inas keluar dari pejabat tanpa meminta izin dari Rayden.

"Bodoh? Nanti i mengandung macam mana!? I nak you bertanggungjawab?" Karmila menunjuk perutnya.

"Gugur je anak tu.Sebab you sendiri yang kata tak nak anak kan? So abortion je lah!" Ucap Rayden dengan tenang.

"Fine! You tunggulah i buat apa nanti!" Karmila keluar dari situ dengan perasaan marahnya.

•••

Inas menghempas pintu kereta dengan kasar.Matanya tertunak pada kereta Areez bermaksud suaminya sudah pulang.Dengan perasaan amarahnya dia memasuki ke dalam rumah.

"Darling!" Panggil Areez dan berjalan ke arah Inas.

"Kau nak apa lagi!?" Soal Inas dengan datar.

"Sorry, i'm so sorry.Pasal pagi tadi maafkan saya.Saya tahu bahasa saya terlalu kasar dengan awak!" Areez memaut bahu Inas.Inas menepis lengan Areez.

"First, Aku malu ada suami macam kau, Eiw jijik!" Inas membuat muka loya.

"Second, kau jangan panggil aku sayang atau darling, mahu loya tekak aku.Aku tak tahulah macam mana parents aku boleh berkenan dengan lelaki jenis macam kau ni, pondan!" Hambur Inas lagi.

"And the last one is, you do anything I will not fall in love with you.This is my life, no one can stop me from doing anything, including you!" Inas tuding jari tepat ke arah dahi Areez.

"Please accept me Inas! Buruk sangat ke saya di mata awak?" Soal Areez dengan sayu.

"Yes, buruk!" Cukup perkataan itu membuat hati si suami sakit.Terlalu sakit dan pedih.

ada yg still tunggu sy update..hehehe sorry for late update cause i have exam... wish me good luck :) drop your comments below to this chapter. terima kasih kepada yg masih tunggu update dari sy dan utk silent reader juga. komen-komen lah sikit silent reader tu menunjukkan awk support sy..thanks..hihihi :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience