Bab 18 - ( Sesuatu )

Romance Series 7692

DI MEJA MAKAN Inas hanya makan menuduh kepala dari tadi.Tidak berani untuk mengangkat kepala berhadapan dengan Areez, kerana Areez duduk dihadapannya dan Karisa pula disebelahnya.Setelah adegen itu terjadi sebentar tadi, Inas malu berhadapan dengan Areez dan kecewa dengan perangainya sendiri.

Kadang-kadang Areez akan melihat Inas dihadapannya yang dari tadi diam menjamu makanan tanpa memandangnya.Areez juga rasa bersalah dengan perangainya sendiri sedangkan dia sudah berjanji dengan dirinya.Walaupun Inas sudah halal baginya dia tetap juga tidak pernah menyentuh isterinya dan melakukan hubungan intim kerana dia tahu dosa jika membuat tanpa kerelaan.Walaupun adegan sebentar tadi Inas rela memberikannya namun itu tetap salah kerana Inas tidak sedar yang dibuatnya.

Karisa pula sudah bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk mereka bertiga.Dia hanya memasak mee goreng basah dan telur goreng.Dia juga agak hairan dengan tingkah laku Areez dan Inas seperti dua-dua tidak mahu bercakap antara satu sama lain.Namun dia tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka suami isteri.

Setelah habis makan, Inas mengambil air dan minum.Dia memandang ke arah Karisa yang sudah siap makan.

"Lepas ni kita pergi teratak ambil pakaian dan barang Karisa ye." Ucap Inas.Tidak sedikit pun dia memandang ke arah Areez.Malu!

"Baik Kak," Ucap Karisa lalu bangun dari kerusi pergi ke dapur.

Setelah banyangan Karisa hilang Areez berdehem.

"Sa--"

"Cepatlah makan, kita pergi teratak!" Potong Inas.Dia tidak mahu Areez terus berbual tentang adegan tadi.

Areez melepaskan keluhan kecil.Sepertinya Inas mahu menggelak darinya.

Inas dan Karisa mengemas meja makan.Areez pula sudah menghidupkan enjin kereta untuk bertolak dari rumah untuk pergi ke teratak.Kemudian, Karisa dan Inas keluar dari rumah dengan serentak setelah memastikan pintu berkunci.Inas memboloskan tubuh di perut kereta sebelah pemandu.Manakala Karisa duduk di belakang penumpang.

Areez juga memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta dan menekan pedal minyak.Kereta itu meluncur di atss jalan raya.Sesekali Areez memandang isterinya di sebelah yang mengunci mulut.

"Karisa umur berapa ye?" Soal Areez untuk memecahkan kesunyian.

"Umur saya 19 tahun bang." Balas Karisa perlahan.

Areez mengangguk dan menyanyakan soalan lagi.

"Karisa tak sambung belajar ke?"

"Ye, lepas SPM tu Karisa terus kerja di kedai untuk 3 bulan sementara tunggu result.Lepas Karisa dapat result yang cemerlang Karisa terus sambung belajar." Balas Karisa.

"Karisa tumpang siapa pergi kolej?" Soalnya.Namun kali ini Inas yang bertanya.

"Karisa jalan kaki je pergi sebab dari teratak ke kolej Karisa dekat je." Ucap Karisa.Sememangnya setelah masuk ke kuliahnya dia berjalan kaki pergi ke kolej.

Dalam sudut hatinya, Karisa risau jika Areez atau Inas tidak membenarkan dia pergi ke kuliahnya kerana jauh.Kerana  rumah Areez dengan Kuliahnya agak jauh lebih kurang dalam satu jam untuk sampai ke situ.

"Karisa jangan risau, Akak akan hantar Karisa pergi kolej ok? Akak tahu mesti Karisa takut kalau kami tak benarkan Karisa pergi kolej lagi kan?" Ucap Inas.Dia tahu mesti gadis itu risau.
Walaupun Karisa bukan darah dagingnya tapi dia rasa selesa dengan Karisa dari Imani, adiknya.

Karisa senyum mendengarnya.

"Terima kasih abang dan Akak sebab dah banyak tolong Karisa.Karisa sangat berhutang budi dengan abang dan Akak." Karisa bersyukur kerana dapat penjaga seperti ini.Dia sudah anggap Areez sebagai abangnya dan Inas sebagai kakaknya.

"Sama-sama!" Ucap Areez dan Inas dengan serentak.

Setelah satu jam, mereka tiba di teratak tempat tinggal Karisa selama ini.Mereka bertiga turun dari kereta dengan serentak.Kedatangan mereka disambut baik oleh Mak Cik Rania, penjaga teratak itu.

Karisa menyalam tangan Mak Cik Rania dan terus berlari ke arah kanak-kanak anak yatim piatu disitu.

"Kak risa kenapa tak balik semalam?" Kanak-kanak perempuan berambut bertoncang dua mengajukan soalan.

"Ha'ah betul tu! Kita semua rindu kat akak! Sokong seorang kanak-kanak lelaki sambil membuat muka cemberut.

"Alaa, sorry.Mulai hari ni akak takkan duduk sini lagi.Akak akan ikut akak tu dan abang tu pergi rumah dia orang!" Ucap Karisa sambil menunjuk ke arah Areez dan Inas yang sedang berbual dengan Mak Cik Rania.

Berubah sudah wajah kanak-kanak disitu mendengar Karisa ucap begitu.

"Akak nak pergi mana? Akak nak tinggalkan kita orang ke? Akak dah tak sayang kita orang ke? Banyak soalan diajukan oleh kanak-kanak tersebut.Berkaca-kaca mata mereka.

"Ya-Allah apa kata macam tu! Akak sayang adik-adik akak ni.Akak tak tinggal korang pun.Akak cuma tinggal kat rumah dia orang je, nanti ada masa Akak akan singgah lah tengok adik-adik akak yang comel ni!" Ucap Karisa dengan nada sebak.

Sesungguhnya Karisa juga berat hati mahu meninggalkan mereka kerana mereka sudah bergaul seperti adik beradik walaupun bukan darah daging.

"Akak janji tau akak akan datang sini jumpa kami!" Kanak-kanak budak perempuan itu menunjukkan jari kelingkingnya.

"Ye, akak janji sayang!" Ucap Karisa sambil mengusap kepala kanak-kanak itu.

"Akak balik dulu ye!" Ucap Karisa pad kanak-kanak.

Karisa menarik bagasinya dan berjalan ke arah Mak Cik Rania.

"Ibu, Karisa pergi dulu ye?" Mata Karisa berkaca hanya tunggu masa sahaja untuk mengalir.

"Pergi sana jangan lupakan ibu dan adik-adik kamu tu.Dengar cakap Kak Inas dengan Abang Areez.Jangan bantah cakap dia orang.Sayang mereka macam Karisa sayang adik-adik kamu." Nasihat Mak Cik Rania.

"Insya-Allah ibu! Ibu pun jangan lupakan Karisa tau! Insya-Allah nanti ada masa Karisa singgah jumpa ibu ye.Ibu jaga diri tau, jaga makanan dan jaga kesihatan.Karisa sayang ibu!" Karisa memeluk Mak Cik Rania dengan erat sekali.

Walaupun Rania bukan ibu kandung Karisa namun hubungan mereka tetap seperti ibu dan anak kerana Rania yang menjaga Karisa sejak Karisa umur 4 tahun setelah kehilangan ibu dan bapa kandungnya.Rania menjaga pakai minum dan makanan untuk Rania selama ini.Karisa bersyukur kerana Rania menjaganya dengan baik seperti ibu kandungnya.Karisa tidak tahu dimana ibu bapa kandungnya namun kadang-kadang dia merindui ibu bapanya dan pada masa itu Rania yang selalu ada di sisinya.Rania juga bangga dan bersyujur kerana Karisa seorang pandai berdikari, menghormati oranb tua dan berpendidikan.

Rania pula bekas isteri kepada seorang lelaki usahawan yang berjaya 20 tahun yang lepas.Mereka kahwin atas dasar cinta selama 2 tahun berpasangan dan mereka kahwin setelah orang tua merestui hubungan mereka.Selama 3 tahun hubungan mereka baik san saling menyayangi antara satu sama lain.Namun, semuanya bertukar apabila bekas suami Rania sering outstation di luar negara.Rania pula sering berasa bosan dan keseorangan di rumah tanpa suaminya disisi.Tidak dapat kasih sayang dan belaian seorang suami

Rania mengambil keputusan untuk mencari lelaki di luar sana untuk meluangkan masa dan untuk mendapatan belaian seorang lelaki.Tidak kiralah siapa pun asalkan dia dapat memuaskan kemahuannya.Dan akhirnya dia dapat juga mencari seorang lelaki yang kaya raya.Setelah bekas suaminya pergi outstation dia sering akan membawa lelaki itu datang ke rumahnya untuk meluangkan masa.

Suatu hari bekas suami Rania mengetahui tentang kecurangan Rania dari jiran-jiran rumahnya yang pernah melihat Rania membawa seorang lelaki yang tidak dikenali ke rumahnya.Kemudian, Rania mengaku kesalahannya dan yang paling mengejutkan Rania mengandung 2 minggu anak kepada kekasihnya.Bekas suami Rania menjaga Rania sehingga Rania bersalin dan menceraikannya kerana bekas suami Rania tidak mahu lagi Rania menjadi isterinya lagi.

Bekas suami Rania tidak mahu memberi bayi yang baru lahir itu kepada Rania kerana dia berkata Rania mesti tidak dapat menjadi ibu yang baik kepada anak itu lalu dia merampas anak itu dari Rania walaupun Rania merayu dan menangis agar tidak memisahkan dia anaknya.Namun, semua itu sia-sia sahaja bekas suami Rania tetap dengan keputusaannya.Bekas suami membawa bayi itu bersamanya dan menjaganya dengan baik.

Setelah kejadian itu, Rania mencari-cari kekasihnya yang sudah hilang entah ke mana.Rania mencari seperti orang gila.Nombor telefon yang digunakan kekasihnya juga sudah ditukar.Akhirnya selepas 3 bulan dia terjumpa dengan kekasihnya dengan seorang perempuan bila ditanya dia berkata dia hanya mempergunakan Rania untuk melepaskan nafsunya sahaja.Mulai hari itu, Rania sedar dengan kesalahannya.Dia menyesal sangat-sangat curang dengan bekas suaminya dan mempercayai bekas kekasihnya.

Mulai hari itu, dia belajar untuk berdikari.Tidak meminta tolong dari sesiapapun.Selepas setahun dia mendirikan sebuah rumah anak yatim piatu sehingga ke sekarang.Tentang anaknya, mungkin sudah sebaya dengan Karisa.Sehingga ke sekarang dia tidak tahu anaknya dan bekas suaminya di mana.Dia berharap anaknya dan bekas suaminya sihat-sihat sahaja.Setiap hari dia akan mendoakan untuk anaknya.

•••

Kini mereka perjalanan ke rumah ibu bapa Inas selepas pergi ke teratak.Tadi Inas memberitahu Areez yang dia rindu akan kedua ibu bapanya.Sudah dua bulan dia tidak bertemu dengan ibu bapanya malah menelefon menyanyakan khabar juga tidak.Kerana Inas masih lagi pendam kemarahannya pada kedua ibu bapanya kerana sudah menikahkan dengan Areez.

Walau bagaimanapun, dia pernah berkata pada ibu bapanya yang dia tidak akan jejakkan kaki di rumah itu lagi.Inas hanya terlanjur kata namun di dalam hatinya setiap hari dia akan merindui ibu bapanya.Dia masih lagi tanggungjawab seorang anak dan benda itu juga sudah jadi tidak boleh buat apa-apa lagi.Inas juga mahu memperkenalkan Karisa kepada ibu bapanya.

Setelah beberapa minit kereta yang dipandu oleh Areez berhenti di perkarangan rumah.Mereka bertiga turun dari perut kereta dengan serentak.Inas senyum sampai ke telinga.Gembira tidak terkata.Areez hanya menggelengkan kepala.

Imani yang mendengar deruan kereta dari biliknya menuruni anak tangga dan membuka pintu.Tersenyum dia apabila Inas berada di hadapannya.Sungguh dia gembira bila kakaknya datang singgah.

"Kak!" Imani mengulurkan tangan untuk menyalam namun tidak disambut oleh Inas.Dia hanya membuat wajah tiada perasaan.

Areez yang sedar akan keadaan itu terus menghampiri Inas dan menyikunnya.

"Sayang, tak baik tau awak buat macam ni, mesti adik awak rindukan awak!" Ucap Areez di cuping telinga isterinya.

Areez juga terkilan dengan sikap isterinya terhadap adik iparnya apatah lagi Imani yang hadap mesti dia akan kecewa dan sedih dengan layanan dingin kakaknya.Dia hairan dengan sikap isterinya.Dia tidak tahu mengapa isterinya layan Imani begitu.

"Ini urusan aku, kau jangan masuk campur dan kenapa aku perlu sambut huluran dia, budak ni sesiapa pun!" Ucap Inas tanpa memikir perasaan adiknya.

Terus berubah wajah Imani mendengarnya.Matanya sudah berkaca hanya tunggu masa sahaja untuk mengalir.Namun dia masih bertahan, dia memberikan sedikit senyuman walaupun dalam kepedihan.

"Err, takpelah masuklah dalam kak!" Ucap Imani menukar topik.

Inas masuk ke dalam rumah mengendahkan Imani.

"Emm..Imani sihat?" Soal Areez.

"Alhamdulilah, sihat bang? Abang sihat?" Soal Imani matanya merenung ke arah Karisa.

"Tengoklah abang macam mana sihat kan?" Soal Areez sambil tersenyum kecil.

Imani membalas senyuman itu.

"Tapi bang ni si--"

"Kau jangan cakap dengan budak ni?" Celah Inas datang kembali ke arah mereka.

"Kenapa?" Soal Areez

"Aku tak suka?" Balas Inas dengan dingin

"Kena--"

"Jangan banyak tanya!" Potong Inas pula.

"Ohh, Karisa jom masuk dalam!" Inas menarik lengen Karisa dengan lembut.

"Tapi...Err...kak saya tak salam dengan kak tu lagi!" Jawab Karisa sambil menunjuk ke arah Imani yang sedang berdiri.

"Karisa tak salam dengan dia pun tiada masalah sebab dia bukan puteri pun dalam rumah ni!" Jawab Inas dengan sinis sambil matanya memandang ke arah Imani.

Karisa hanya diam.Dia mengekori Inas dari belakang.Dia juga agak hairan dengan Inas.Mengapa Inas perlu bersikap begitu dengan adik sendiri malah layanan Inas padanya lebih baik dari layanan yang diberikan kepada adiknya Imani.

"Imani jangan ambil hati dengan layanan Kak Inas tu.Macam lah Imani tak tahu dia kan garang tapi dia tetap sayangkan Imani!" Ucap Areez untuk menyedapkan hati Imani.

Imani hanya senyum tawar.Dia tahu apa yang keluar dari mulut Areez tidak benar sama sekali.Dia tidak pernah mendapat kasih sayang seorang kakak sejak dari kecil lagi.Namun dia masih lagi tertanya-tanya siapa gadis yang dibawa oleh kakaknya.Sepertinya kakaknya lebih menyayangkan gadis itu darinya.Imani dapat melihat dari sikap yang kakaknya yang menunjukkan Inas lebih menyayangi gadis itu.

Imani merasakan kedatangan Karisa akan membawa sesuatu.Dia tidak sedap hati melihat Karisa.Imani merasakan Karisa ingin merampas sesuatu.

Karisa jahat atau tidak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience