Bab 7 - ( Kahwin)

Romance Series 7692

"INAS jangan buat macam ni!" Rina berlari mendapatkan Inas yang sudah bersedia untuk mengherotkan pisau itu di lehernya.

Rina merampas pisau lipat dari tangan Inas.Namun dengan pantasnya Inas merampas kembali pisau lipat itu dari tangan Rina.

"Lepaskan aku Rina!"Jangan halang aku! Aku nak mati!" Marah Inas.

Pang!

Pang!

Dua penampar hinggap di pipi gebu Inas.Terteleng kepala Inas dek dengan penampar itu.sakit? Ya, sakit sangat.Pedih! Tapi lebih sakit dan pedih jika seseorang itu janji akan kembali.Namun sebaliknya dia tertipu dengan janji manis orang itu.

"Kau ingat kalau kau bunuh diri semuanya akan kembali? Arin akan kembali? Bunuh diri bukan jalan penyelesaian Inas! Kau tak boleh kalah dengan emosi kau.Disebabkan Arin kau jadi macam ni.Kau tak pernah fikirkan ibu bapa kau yang tengah risaukan kau dalam keadaan kau macam ni.Mana pergi Inas yang dulu, yang suka buat orang senyum.14 Tahun Inas kau jadi macam ni.Aku tak boleh tengok kau macam ni! Tolong berubah Inas, tolong.Papa, mama, Imani semua risaukan kau." Rina memegang kedua belah bahu Inas serentak airmatanya mengalir.

"Aku benci Arin! Sebab dia aku jadi macam ni! Dia dah tipu aku.Aku sakit jiwa sebab dia.Dia kata dia akan datang balik ambil aku, dah 14 tahun aku tunggu dia datang ambil aku.Tapi apa yang aku dapat sakit je.Hati aku sakit Rina, sakit.Aku cintakan Arin Rina." Ujar Inas dengan mata berair.

"Aku memang gila tunggu dia sedangkan dia dah bahagia dengan orang lain! Mungkin memang betul dia gantikan tempat aku untuk orang lain.Buat apa aku hidup lagi sedangkan lelaki yang aku sayang tipu aku hidup-hidup.Dia tak sayang aku Rina!" Sambungnya lagi.

"Aku faham perasaan kau Inas! Tak kisah dia sayangkan kau ke tak, yang penting kami semua sayangkan kau.Sepatutnya kau kena bersyukur sebab papa dengan mama tak buang kau walaupun dia orang tahu kau sakit.Ade je kat luar sana sesetengah ibu bapa buang anak sendiri sebab anak mereka sakit dan macam-macam lagi.Tapi kau tengok papa dengan mama still jaga kau sampai sekarang.Sebab apa? Sebab tu memang tanggungjawab dia orang dan mereka juga sayangkan kau."

"Yang dah pergi, biar pergi.Yang ada ni jangan sia-siakan.Aku tahu kau boleh move on.Kau tak akan dapat apa-apa pun kalau sentiasa tunggu Arin." Rina memegang pipi gebu sahabatnya.

"Janji dengan aku boleh?" Soal Inas.

"Janji apa?" Soal Rina aneh.

"Jangan tinggalkan aku macam Arin tinggalkan aku! Aku tak nak benda ni ulang lagi.Aku akan sedaya upaya lupakan dia.Kau janji dengan aku tau? Aku tak nak kehilangan sesiapa pun dalam hidup aku, cukuplah Arin tinggalkan aku." Inas memeluk erat Rina sambil menangis.Rina membalas pelukan itu dengan erat.

"Aku janji aku tak akan tinggalkan kau.Aku akan ada untuk kau selamanya.Tak kisah kau dalam keadaan apapun aku tetap ada di sisi kau dan sokong dari belakang." Rina mengusap lembut kepala sahabatnya.

"Terima kasih Rina." Perlahan mulut itu mengucap.

•••

Tangannya mencapai kotak besar yang terletak di atas almari dan diletakkan di bawah lantai.Dia berjalan pula ke arah laci almari dan membuka laci itu mengambil satu kotak kecil yang dibalut dengan kertas warna merah.Tangannya membuka balutan dan kotak kecil itu.

Terdapat seutas rantai yang berbentuk hati dan juga terdapat huruf 'A' dan ' I ' di dalam bentuk hati itu.Dia menggengam rantai itu dengan keras.Kakinya berjalan ke arah kotak besar itu dan mengangkat kotak itu menuruni anak tangga dan terus keluar dari rumah mengikut pintu dapur.

Inas mencampak semua mainan, pakaian dan anak patung yang terdapat di dalam dua kotak itu ke bawah.Dia mengangkat tangannya melihat rantai itu dan mencampakkan sekali dengan pakaian, mainan dan anak patung itu.

Dia menghayun kaki dan membawa sebotol besar yang berisi petrol ke arah barang dan menyimbahkan di barang semua.Inas menyeluk poket mengambil lighter dan menyalakannya.Dia membuang lighter itu.Api mula membuak-buak membakar barang yang dibuang olehnya.

Inas berpaling ke belakang dan berjalan memasuki ke dalam rumah mengikut dapur belakang tanpa menoleh kebelakang memandang api yang membuak itu.Dia sudah fikir masak-masak setelah mendengar ucapan sahabatnya.Ya, dia perlu move on.Dia yang rugi menunggu kepulangan jejaka itu macam orang gila.Jejaka itu pula untung membuat gadis itu menunggunya.

Selama 14 tahun dia menunggu jejaka itu pulang tapi sekarang bukan lagi.Bagi Inas dia tidak mahu lagi terseksa dengan kehidupan yang agak menyedihkan.Dia sudah buang jejaka itu dari kehidupannya walaupun benda itu sangat menyakitkan hati.Siapa mahu melepaskan orang yang tersayang.Walaupun Inas masih menyayangi jejaka itu namun di dalam hatinya dia benci dengan jejaka itu.Jejaka yang selalu membuatnya senyum, memberi sokongan, janji tidak akan menyakitinya dan janji akan selalu bersamanya.Tapi disebaliknya apa yang terjadi jejak itu jugalah menyakitinya.

Tanpa Inas sedar, Tuan Hamri dan Puan Aida melihat dari jauh api yang membuak itu dari atas balkoni.Mereka memandang antara satu sama lain.Mereka tahu hati anaknya sakit bagai di toreh dengan pisau.Namun apa boleh buat ini semua takdir yang sudah ditentukan oleh-Nya.Pada masa yang sama, mereka sedikit tenang dan gembira kerana ada Areez untuk menjaga anak mereka dengan baik.Dialah pilihan yang terbaik buat anaknya.

•••

Hari ini hari yang sangat bahagia buat semua orang yang hadir pada majlis itu.Tapi bukan bagi Inas.Walaupun dia sedaya upaya melupakan lelaki disayangi tetapi dia tetap juga tidak menerima Areez sebagai bakal suami.Sebentar sahaja lagi Areez dan Inas akan diijab kabulkan.Malu? Of course dia malu kahwin dengan lelaki itu.Siapa mahu kahwin dengan seorang pondan bukan?

Belum lagi jadi suami tapi diluar sana sudahpun orang gosip sana sini bahawa Inas bakal menghawini seorang pondan.Setiap kali Inas keluar dari rumah beli barang setiap kali itu juga telinganya bernanah mendengar gosip orang yang tak pernah berhenti pok pe pok pe pasal orang.Ini belum lagi jadi bakal suami, mungkin lepas kahwin nanti confirm nama dia yang pertama keluar di sosial media dan mula lah orang nak mengata.Manusia semua suka cari tahu hal orang yang kat rumah sendiri tak nak ambil tahu pula.Tak aci bukan?

Di dalam satu bilik pula, seorang gadis bermundar-mandir ke sana sini.Siapa bukan kalau Inas.Jelas wajahnya kelihatan pucat dan risau.Dia memecit pelipisnya.Tidak sangka  pernikahannya sebentar sahaja lagi akan berlangsung.Dia menggigit jarinya sendiri.Walaupun dia tahu dia tidak lari dari perkahwinan ini namun dia tetap berharap ada seorang akan mengambilnya.Hatinya teramat risau.

Selang beberapa minit, Inas tersenyum sinis.Yes! Dah dapat idea.Inas meloncak suka apabila otaknya sudah memberi idea.Matanya memandang cadar tilam yang berwarna putih.Dia mengambil cadar itu dan mengikat kemas di tiang balkoni.Sempat juga dia mengucap terima kasih pada cadar itu tanda cadar itu sudah memudahkan kerjanya lari dari rumah.Lagi mudah kerjanya kerana biliknya berada di belakang sekali jadi mustahil orang akan nampak.

Matanya memandang sekeliling alaman rumah.Takut juga ada orang ternampak.Nak lari dari rumah kena hati-hati bukan main keluar saje.Dia mengangkat gaun yang tersarung di tubuhnya.Tidak henti-henti dia memaki gaun itu kerana terlalu berat.Semua sebab umminya juga suruh jahit berat-berat, letak manik banyak- banyak baru nampak cantik.Hisy, menyusahkan orang saje.

Belum sempat tangannya memegang cadar tilam bersedia untuk panjat, seseorang membuka pintu bilik.Membulat mata Rina memandang Inas yang bersedia untuk panjat dari rumah.

Inas menepuk dahinya sendiri.Kenapa kau bodoh sangat sampai lupa nak kunci pintu.Kau memang bodoh Inas.Dia memarahi diri sendiri kerana kecuaiannya.Rina merenung tajam ke arah Inas.Perempuan ni suka buat hal!

Inas tersenyum sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Hrmm...Hi." Ucap Inas untuk mengilangkan rasa gugupnya.

"Takde hi, hi! Minta sepak adalah! Kau buat apa tadi." Soal Rina sambil menyilangkan tangan di dada.

"Err...takde buat apapun...saje ambil angin.Biasalah cuaca panas." Inas menghayun-hayun tangannya konon panas.

"Oh, ambil angin sampai ikat cadar kat tiang ke? Tak pernah pula aku tengok orang ambil angin macam ni.First time aku tengok! Lagipun aircond masih tak tutup.Jadi mustahil panas! Baik kau bagitahu apa kau buat sampai ikat cadar kat tiang tu?" Wajah Rina sudah bengang.

"Aku nak lari dari rumah!" Jawab Inas dengan datar.

"WHAT?" Terjerit Rina.Inas berlari menekup mulut Rina.

"Shh...jangan jerit nanti orang dengar." Ujar Inas perlahan.

Rina menepis tangan yang menekup mulutnya.

"Kau jangan buat kerja gila.Aku takkan teragak-agak cakap dengan papa, mama!" Rina menjeling Inas yang berada dihadapannya.

"Jahat betul kau! Aku nak kau tolong aku lari dari rumah.Aku tak nak kahwin dengan pondan tu." Kelam kabut dia berkata bila mendengar seseorang mengetuk pintu.

"Inas kau boleh tak jangan buat macam ni! Kalaupun dia pondan lepas kahwin kau boleh je bincang dengan dia tentang ni.Aku percaya kau boleh berubahkan dia! Kau jangan ambil tindakan terburu-buru.Fikir dulu sebelum buat sesuatu jangan main buat je, nanti kau juga yang akan menyesal!" Nasihat Rina.

Kedengaran tombol pintu bilik memulas.Tertancap wajah Tuan Hamri.Inas dan Rina meneguk air liur dengan kasar.Seluruh tubuh mereka bergetar.Peluh sudah menitik ke lantai.

"Rina buat apa kat sini?" Soal Tuan Hamri.

"Err...Rina...Ah! Rina datang nak hias Inas!" Jawab Rina dengan gugup

"Oh, ingatkan Rina nak tolong Inas lari dari rumah, tu cepat-cepat papa datang bilik.Takut juga kalau Inas suruh kamu tolong dia lari dari rumah.Nanti siap lah kamu berdua dengan papa." Ujar Tuan Hamri dengan tenang.

Terbeliak biji mata Inas. Rina pula ternganga mulutnya mendengar.Tidak mereka sangka Tuan Hamri boleh membaca gerak-geri mereka.Rina memeriksa seluruh bilik itu memastikan ada CCTV atau tidak.Tuan Hamri tu mana boleh percaya sangat.

"Eh, takkan lah Rina nak buat macam tu.Papa jangan risau." Rina menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bagauslah kalau macam tu! Okay lah cepat sikit siap? Rombongan lelaki dah sampai tunggu kamu turun je." Ujar Tuan Hamri.

"Oh ye, lupa nak cakap.Cadar tilam tu simpan baik-baik ye jangan ikat kat tiang tu.Cepat turun bawah, especially Inas.I'm watching you my dear daughter!" Siap memberi amaran Tuan Hamr berlalu pergi meninggalkan dua gadis terpinga-pinga di situ.

"Kau nampak tu papa cakap apa? He's watching you! So lebih baik kau kahwin je dari kau fikir nak lari dari rumah.Hari tu papa ada cakap pasal Areez pada aku.Dari situ aku dah tahu Areez seorang yang baik."

"Masalahnya dia pondan.Aku tak suka dia! Aku benci dia!" Jerit Inas.

"Hisy kau ni! Dah lah cepat siap.Aku nak turun bawah.Cakap dengan kau sampai esok tak habis." Rina menghayun kaki keluar dari bilik.

Inas mendengus geram.Dia melepaskan keluhan berat.Rancangan yang rancang sudah hancur berkecai.Nak tak nak dia terpaksa berkahwin dengan Areez si pondan itu.Apalah nasibnya selepas kahwin dengan si pondan tu!

•••

Tinggal berapa minit sahaja lagi mereka akan sahkan dinikahkan.Inas menilik memandang pengantin lelaki yang tengah duduk bersila di hadapan jurunikah.Inas memerhati bulu mata Areez yang duduk tidak jauh darinya.Sah dia pakai bulu mata.Inas mengepam buku lima.Siapa tak malu kahwin dengan pondan oi!

Matanya memandang kembali ke arah tetamu yang duduk di kerusi menghadapnya.Ada juga sesetengah menggosip.Maklumlah manusia tak sah kalau tak bergosip pasal orang.Inas memberi jelingan maut pada mereka semua.

"Areez Ardani!" Panggil jurunikah.

"Ye, saya!" Jawab Areez.

"Aku nikahkan kau dengan Inas Nuwaira binti Muhammad Hamri dengan emas kahwinnya bernilai RM 9000 ringgit tunai." Ujar jurunikah sambil memegang tangan Areez.

Areez menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus.Dia memandang ke arah Inas yang memberi jelingan padanya.Areez menahan tawanya supaya tidak sembur.Kang dapat malu!

"Aku terima nikahnya dengan Inas Nuwaira Binti Muhammad Hamri dengan emas kahwinnya bernilai RM 9000 ringgit tunai." Ucap Areez dengan tenang.

"Sah!"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz Inas sudah jadi isteri kepada Areez.Dia juga sudah tamatkan zaman bujanghya.Tuan Hamri dan Puan Aida saling berpandang.Mereka menguntum senyuman gembira.

Airmata yang sudah lama ditahan menuruni membasahi pipi gebu Inas.Bukan airmata bahagia tapi airmata mengenangkan nasib dirinya.Areez berjalan ke arah Inas dan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Inas.Areez mendekatkan bibirnya di dahi Inas.Belum sempat, Inas sudah menjarakkan dahinya.Terkejut sekejap tetamu yang hadir di situ terutama Tuan Hamri, Puan Aida, Imani dan Rina.

Buat masalah lagi budak ni! Aku sepak kang budak ni! Marah Rina dalam hati.

Areez memandang Inas dengan senyuman.Areez mendekatkan bibirnya di cuping telinga Inas dan mengatakan sesuatu.

"Darling jangan buat macam tu.Semua orang tengok kan? Malu lah nanti.Janganlah tunjuk muka masam, nanti hilang cantik awak tu.Cuba senyum sikit baru cantik." Ujar Areez dengan lembut.

Inas mengalihan pandangan ke arah tetamu yang sedang melihat mereka dengan wajah terkejut.Inas melepaskan keluhan kecil.Betul semua orang tengah memandang ke arah mereka berdua.Tak baik lah buat muka masam nanti orang ingat kahwin paksa.Tapi betul lah Inas kahwin dengan terpaksa dan tanpa dasar cinta.

Perlahan-lahan Inas mendekatkan wajahnya ke hadapan.

"Good girl!" Puji Areez.

Areez melabuhkan satu kucupan di dahi isterinya dengan syahdu dan lama.Inas memejamkan mata.Inas menyalam tangan Areez dan mengucup tangan suaminya dengan terpaksa.

Sorry semua lama tak update.Bukan sengaja tapi saya terlalu busy. Terima kasih kepada yang sudi tunggu update dari saya. Kepada yang baru start baca karya The Travesti, saya ucapkan selamat membaca. jgn lupa untuk rate novel ini. Keep suporting me. Luv ur all support. Drop comment. Follow me if you want get notified. Follow ig saya juga untuk tengok watak ig: sha05052005

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-28 13:05:20 

Jawab kabul"aku terima nikahnya Inas Nuwaira, takde dengan

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-28 13:04:14 

Buksn emas kahwin. Mas kahwin jer. Atsu mahar in tamil's wedding its called dowri

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-28 12:58:44 

Bukan dimskbulkan, di ijab kabulkan


NovelPlus Premium

The best ads free experience