Bab 17 - ( Karisa)

Romance Series 7692

"Tadi kebetulan kami lalu di jalan raya dan kami dapat tahu suami encik dah selamatkan seorang gadis yang hampir mahu terlanggar dengan kereta." Ujar salah satu anggota polis.

"Jadi, mana suami saya?" Soal Inas dengan cemas.

"Sayang!" Inas memandang ke suara itu.Inas berlari meluru mendapatkan Areez yang sedang berdiri sambil mendepakan tangan.

"Kau pergi mana hah? Punyalah aku risau kat kau sebab tak balik rumah? Kau pula nak main-main dengan aku?" Bebel Inas sambil memeluk Areez dengan erat.

Areez tersenyum kecil.Risau?

Sejak bila isterinya pandai risau?

"Risau? Bukan ke awak tak suka saya?" Soal Areez.

Inas mendongak memandang Areez.

"Hey, aku ni isteri kau tau, mana ada isteri yang tak risaukan suami kalau dah malam macam ni tak balik rumah?" Inas memukul dada Areez.

Dua anggota polis itu terkebil-kebil memandang pasangan dihadapannya.Dah lah dia orang single, ni tak apa-apa lagi dah dapat sweet free show dihadapannya.Mereka tak hormat lansung orang yang masih single ni.Haih, reda je lah, dah takde jodoh lagi kan?

"Ehem!" Salah satu anggota polis yang bernama Zarif berdehem.

Inas dan Areez memandang ke arah mereka.

"Kami balik dulu lah ye? Assalamualaikum!" Ucap Zarif dan Yazid dengan serentak.

"Waalaikumsalam!" Balas Areez dan Inas.

Matanya tertunak pada seorang gadis di samping Areez.

"Siapa dia ni?" Soal Inas dengan pelik.

Inas melihat gadis itu atas hingga ke bawah.Penampilan gadis itu sungguh sopan dengan berpakaian baju kurung dan serta menutup aurat dengan memakai tudung.Gadis itu menundukkan kepala.

"Oh lupa nak perkenalkan, ni lah sayang budak yang saya selamatkan tadi." Ucap Areez.

"Nama saya Karisa!" Ucap gadis itu perlahan dan melemparkan sebaris senyuman.

"Dia seorang anak yatim piatu, jadi saya ambil keputusan untuk bawa dia sekali balik rumah.Mulai hari ni dia akan tinggal dengan kita.Saya dah anggap dia macam adik saya dah, kita jaga dia sama-sama eh? Awak okay ke kalau dia tinggal dengan kita?" Soal Areez pada Inas untuk kepastian.

"Aku okay je, lagipun aku tak boleh nak cakap apa sebab ni rumah kau.Kau je ada hak untuk menentukan." Ucap Inas.

"Sayang, rumah saya rumah awak juga dan apa yang jadi hak saya itu akan jadi hak awak juga!" Ucap Areez sambil mengusap kepala Inas.

"Mulai hari ni, rumah ni milik karisa juga.Kita semua satu keluarga." Ucap Areez sambil senyum.

"Terima kasih abang Areez dan akak sebab dah bagi Karisa tinggal di sini." Ucap Karisa dengan senyuman.

Inas mengangguk dan balas senyuman itu.

Setelah Areez selamatkan Karisa dari terlanggar, dia membawa Karisa ke klinik kerana terdapat beberapa luka di tubuh gadis itu.Kemudian, baru Areez mengetahui bahawa Karisa anak yatim piatu dan tidak mempunyai sesiapa pun dan hanya tinggal di teratak.Itu juga Areez tahu dari Doktor yang merawat Karisa kerana doktor itu pernah merawat Karisa sebelum ini.

Areez berat hati mahu meninggalkan Karisa dan dia berasa kasihan pada gadis itu.Dia mengambil keputusan untuk membawa Karisa ke rumahnya.Pada mulanya, Karisa menolak untuk pergi bersama Areez.Kerana dia tidak mengenali Areez lansung.Namun, dari perwatakan Areez, Karisa mengira yang Areez seorang yang baik.Namun, dia tetap juga tidak mahu mengikutinya Areez.

Doktor yang pada masa itu turut ada memberitahu Karisa bahawa Areez seorang yang baik dan bertanggungjawab dan pasti akan menjaganya dengan baik sebagai adik dan Doktor itu juga memberitahu Areez sudah mempunyai isteri.

Karisa juga tidak mahu menyusahkan sesiapapun.Kerana selama ini pun dia berdikari sendiri.Namun, memandang Areez tekad mahu membawanya, akhirnya dia setuju juga.Kemudian Areez menelefon penjaga di teratak bahawa dia mahu membawa Karisa bersamanya.

"Darling, awak bawahlah dia masuk bilik." Ucap Areez sambil membuka kasut.

Inas mengangguk dan mempelawa Karisa masuk ke dalam rumah.Karisa terkesima melihat rumah tiga tingkat itu.Matanya memandang sekeliling rumah.Mereka berdua masuk ke dalam lif untuk pergi ke tingkat dua.Pintu lif terbuka mereka berdua berjalan ke arah satu bilik yang terletak di tepi bilik Inas dan Areez.Inas memulas tombol pintu dan menolaknya.

"Masuklah! mulai hari ni, ni bilik Karisa.Kalau ada apa-apa boleh panggil kak Inas atau abang Areez di bilik tu." Inas memuncung mulutnya ke arah biliknya.

"Kak, tak perlulah bagi Karisa bilik besar ni.Karisa boleh je tidur kat bawah ruang tamu." Ucap Karisa serba salah.

"Eh, kenapa pula tak boleh.Kat rumah ni kan banyak bilik jadi tak salah Kak Inas bagi bilik ni kat Karisa.Anggap je ni macam rumah kamu." Ucap Inas.

"Tapi kak, Karisa seorang je...Karisa pun rasa macam dah menyusahkan abang Areez dengan akak." Ucap Karisa sambil menundukkan kepala.

"Karisa happy tak bila abang Areez kata Karisa sebahagian dari keluarga kita orang?" Soal Inas.

Karisa mendongak dan pantas menganggukkan kepala.Ya, dia gembira bila Areez berkata dia sudah anggap dirinya sebagai adik.

"Kak tahu mesti Karisa gembira.Dah jangan cakap lagi yang Karisa menyusahkan abang Areez dan akak boleh?" Karisa mengangguk tanda setuju.

"Masuklah dalam," ucap Inas.Karisa masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Inas.Matanya melilau memandang sekeliling bilik yang begitu cantik berwarna merah jambu.Karisa kembali keluar dari bilik dan mengucap terima kasih pada Inas.

"Terima kasih kak,"

"No mention," Inas berjalan masuk ke dalam biliknya.

Masuk sahaja di dalam bilik, dia melihat Areez duduk di birai katil sambil menggunakan telefon bimbit.Areez memandang ke hadapan dan tangannya menepuk-nepuk di sebelah menyuruh isterinya duduk disisinya.Inas berjalan dan melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"How?" Soal Areez sambil menjongketkan kening.

"Apa yang how?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Karisa tu macam mana? Okay tak dia?" Soal Areez.

"Karisa tu memang baik! cakap pun hormat orang, sopan santun.Memang terbaiklah dia tu.Walaupun aku baru je kenal dia, tapi aku selesa dengan dia." Ucap Inas apa yang ada dalam hatinya.

"It's good to hear it! Sebab tu saya bawa dia ke sini," Ucap Areez.

Matanya tertunak pada tangan Inas yang sudah kemerahan akibat terkena air panas.Matanya membulat.

"Kenapa ni darling?" Soal Areez dengan risau sambil membelek-belek tangan Inas.

"Kena air panas!" Ucap Inas.

"Kena air panas? Kenapa awak cuai sangat?" Soal Areez geram.

"Aku ta--"

"Sebab awak cuai tengok lah tangan awak jadi macam mana? Nanti jadi apa-apa kat awak macam mana, nanti siapa yang susah awak jugalah yang susah.Ni nasib baik awak dah kahwin bolehlah saya jaga." Bebel Areez.Inas menutup telingannya.Mahu darah telingannya mendengar bebelan Areez.

Inas mencubit lengan Areez membuatkan Areez meringis sakit.

"Kau ni bebel kalah perempuan tahu tak? Aku nak tanya kau marah sebab aku cuai atau kau risaukan aku?" Soal Inas.

"Dua-dua lah!" Ucap Areez.

"Pilij satu je!" Inas menahan tawanya dari pecah.Suka pula dia mahu mengusik Inas.

"Saya marah sebab awak cuai sangat dan saya risau sebab saya takut apa-apa jadi pada awak," Ucap Areez.

"Aku tak cuai pun, tapi disebabkan kau tangan aku jadi macam ni!" Ucap Inas pula

"Kenapa pula saya?" Soal Areez pelik.

"Yelah, aku fikirkan pasal kau sebab dah pukul 9 kau pula tak balik lagi, then aku pun tersalah tumpah air panas kat tangan aku!" Cerita Inas.

"Biarlah saya tak balik pon, apa kene mengena dengan awak? Soal Areez sengaja sambil mengusap lembut tangan Inas yang terkena air panas.

"Aku risau sebab takut nanti jadi apa-apa kat kau!" Ucap Inas.

"Do you love me?" Soal Areez namun kali ini wajahnya kelihatan serius.

Inas tersentak dengan soalan suaminya.

"Nope! Dah lah tidurlah, aku dah mengantuk!" Inas menarik tangannya dari pegangangan Areez dan baring di katil.Dia menarik selimut sehingga ke wajahnya.

Areez memandang Inas yang sedang baring.Nampak sangat isterinya menukar topik.Dia tersenyum kecil.

•••

Inas mencelikkan mata bila rongga hidungnya menangkap sesuatu bau.Dia bangun dari perbaringan dan duduk di birai katil.Dia menggosok-gosok matanya.Kedengaran pancuran dari arah bilik air.Sah itu memang Areez.Inas bangun dari katil dan mengambil tuala serta pakaian.Dia berjalan menuju keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik sebelah untuk membersihkan diri.

Di sebelah bilik pula, Areez keluar dari bilik air dengan tuala melilit di pinggang.Matanya terus tertunak pada katil.Melihat isterinya sudah tiada disitu dia berfikir dimana isterinya pergi.Selalunya Inas akan bangun setelah Areez membersihkan dirinya.Areez memanjat katil dan melihat lantai di arah Inas selalunya tidur.Takut juga isterinya tidur lasak dan jatuh di lantai.

Setelah memastikan Inas tiada di situ Areez kembali berdiri dengan dahi berkerut.Mana pula isterinya pergi.Dia berjalan membuka pintu bilik untuk mencari isterinya.Terhenti kakinya saat matanya terpandang pintu bilik di sebelahnya terbuka sedikit.

Kakinya melangkah ke arah bilik itu dan menolak daun pintu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Inas sedang mengelap badannya dengan tuala tanpa seurat benang.Matanya terus tertunak pada bahagian bawah isterinya

Gulp!

"S--sa...sayang!" Tersekat-sekat suaranya memanggil isterinya.

Inas memandang ke depan.Terkejut, tergamam, terkedu, terkaku semuanya bercampur.Inas melopong mulutnya.

"Arghhh!" Jerit Inas dengan sekuat hatinya.Kelam kabut dia menutup tubuhnya dengan tuala.

Areez terus meluru memeluk dan menekup mulut isterinya untuk menggelakkan menggangu Karisa.Entah dimana tersalah langkah mereka berdua jatuh di atas katil.Inas di bawah dan Areez di atas badan Inas.

Jantung Inas tiba-tiba berdengup dengan laju.Tidak pernah sebelum ini jantungnya berdengup laju apabila berhadapan dengan Areez.Ini kali pertama dia berasa begitu.Mata mereka saling bertembung.

Perlahan-lahan tangan Areez beraksi untuk menyentuh bawah bibir Inas dan mengusapnya dengan lembut.Inas hanya diam tanpa terkutik, mungkin terkejut.Sebelah tangan pula perlahan-lahan naik membuka tuala yang dipakai Inas.Tuala yang dipakai oleh Inas sudah melecut sehingga ke perut.

Bibir Areez mula mendekat di sekitar bibir Inas yang sudah sedia berwarna merah bak delima.Tangan Areez berhenti mengusap bibir Inas.Kini bibirnya mula mengucup bibir isterinya dengan lembut.Semakin lama semakin lama semakin rakus Areez mencium.Entah apa yang merasuki Inas, dia juga mula mengucup bibir Areez dan mereka saling bercumbu.

Inas pula melecutkan tuala yang dipakai oleh Areez.Masing-masing memainkan aksi mereka bercumbu.Inas pula mula sedar apa yang dilakukannya sekarang, pantas tangannya menolak tubuh sasa Areez menjauhinya.Areez pula agak terkejut dengan tindakan drastik Inas.

"Darling, why? Let's enjoy...i really need you!" Ucap Areez dan menarik tangan Inas untuk menyambung.

"Shut up! Keluar dari bilik aku sekarang!" Marah Inas dan memperbetulkan tualanya.

Inas bangun dari katil, dan mengheret Areez keluar dari bilik dan menutup pintu.

Areez yang baru sedar apa yang dibuatnya mula memarahinya dirinya.Sebelum ini dia pernah berjanji dengan dirinya tidak akan melalukan hubungan tanpa kerelaan isterinya.Areez tahu mesti Inas akan memarahi isterinya.Nasib dia tidak beraksi untuk melakukan lebih-lebih hanya sekadar bercumbu sahaja.

"Darling, i'm so sorry! Saya tahu saya salah, saya tak patut buat awak macam tu," Areez memohon maaf dari luar pintu.

Inas pula mendengar setiap perkataan yang terbit dari bibir Areez dari dalam.

"Ya-Allah, apa aku buat ni! Kenapa aku balas ciuman dia!" Inas bercakap sendirian.Dia tidak tahu mengapa dia membalas ciuman itu.

Sorry lambat update :) Ada yang rindu Inas dan Areez?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience