Bab 8 - (Photoshoot)

Romance Series 7692

JURUKAMERA yang sudah berdiri lama dengan kaki lenguhnya mengelap peluh yang menitik dari dahi ke lehernya menggunakan tuala kecil.Mana taknya sudah 2 jam setengah dia berdiri di hadapan pengantin baru untuk mengambil gambar, namun tiada tanda-tanda pengantin baru dihadapanannya memberi kerjasama.

Terutama pengantin perempuan 24 jam dengan muka masamnya.Entah apa yang dinakkan.Orang suruh buat post, dia duk berdiri macam batu.Kadang-kadang jurukamera itu juga merasakan dirinya seolah-olah cakap seorang sahaja.Orang nak photoshoot pun tak boleh!

"1, 2, 3...sekali lagi buat posting!" Ucap jurukamera itu sambil mengfokus pada kamera.

Amarah jurukamera itu sudah membuak-buak.Dia melempar kasar tuala kecil yang digunakan untuk mengelap peluh.Dia berjalan ke arah pintu untuk keluar meninggalkan kamera nya.Orang suruh buat lain, dia buat lain.Ini sudah kali ke berapa.Siapa tak geram kan?

Rina yang sedar akan perubahan jurukamera itu lantas dia menghalang jurukamera itu pergi dari situ.

"Kenapa?" Soal Rina tidak mengerti.

"Cik bawa saya ke sini untuk dipermainkan ke?" Soal jurukamera itu dengan wajah bengangnya.

"Eh, tak lah...kenapa Encik cakap macam tu?" Soal Rina.

"Saya tak pernah tengok pengantin perempuan macam dia! Pening kepala saya tahu tak?Nak pecah kepala saya!" Ujar Jurukamera itu sambil memegang kepalanya.Lagi dia ada sini lagi sakit kepala dibuatnya.

Rina menjengketkan kaki memandang Areez dan Inas yang berlawan mulut itu.Dia memandang kembali ke arah jurukamera itu.

"Saya bayar lebih sikit.Tapi janganlah kata tak nak ambil photoshoot.Selain Encik tiada siapa yang hebat ambil photoshoot.Please!" Rayu Rina.

"Cik tahu tak dah berapa kali dah saya suruh buat post tapi pengantin perempuan buat tak dengar saje! Saya bukan patung.Ada hadnya juga untuk bersabar.Ni dah terlebih cabar kesabaran saya!"

"Maafkan saya dari pihak pengantin.Err...biar saya pujuk dia ye.Tunggu kejap ye?" Rina menghayun kaki ke arah pengantin.

"Wei Inas, janganlah buat macam ni? Penat-penat aku cari camera man yang hebat sekali untuk ambil photoshoot tapi kau buat macam ni! Tolonglah kerjasama sikit.Bukannya dia suruh buat post sampai malam, sekejap je kot.Bagi post okay." Ucap Rina.

"Sebab ni lah aku kata tak nak kahwin dengan pondan ni! Lebih baik aku bujang dari kahwin dengan dia ni!" Inas menepis lengan yang merangkul pinggangnya.

Areez yang dengar akan ucapan isterinya hanya menguntum sebaris senyuman sahaja.

"Suka hati kau lah nak cakap apa! Sekarang ni buat post yang dia bagitahu!" Rina menuding jari ke arah jurukamera itu.

Areez merangkul pinggang Inas dan mendekatkan jarak mereka sepertimana jurukamera itu mengajar.Inas memberi jelingan maut pada Areez apabila menyedari suaminya mendekatkan bibirnya di bibirnya sendiri.

Gatal miang betul! Mengada-ngada je dia ni! Rungut Inas di dalam hati.

"1, 2, 3...Click."

Jurukamera itu melihat photoshoot yang diambilnya.Jurukamera itu menggelengkan kepala apabila di dalam gambar itu Inas membuat muka mimik muntah pada suaminya sendiri.

Rina berjalan ke arah jurukamera itu untuk melihat gambar.

"Dah ambil?" Soal Rina.

"Ni je saya boleh ambil." Jurukamera itu menunjukkan gambar yang diambilnya pada Rina.Rina melihat gambar itu. Dia menggelengkan kepala.

•••

INAS mengambil semua pakaian miliknya dan meletakkan ke dalam beg bagasi.Tak tertinggal satu pun pakaiannya.Dia pergi ke meja soleh dan tangannya mengambil semua alatan makeup, sama tidak tertinggal satu pun.

Kakinya dihayun ke penyidai tuala dan mengambil tuala miliknya yang berwarna putih.Dia memasukkan tualanya ke dalam beg bagasi.

Dia berjalan ke arah bilik air dan mengambil sabun, pencuci muka dan bermacam-macam lagi untuk kegunaannya.

Setelah semuanya selesai disimpan dia menarik beg bagasi keluar dari dalam bilik.Seusai pernikahan Areez membawanya ke rumah untuk mengambil semua barang miliknya dan pindah ke rumah Areez.

Inas juga ada dengar bahawa suaminya telah membeli sebuah banglo untuknya dan juga untuk dirinya.Inas tidak tahu seberapa harga banglo itu dan di area mana.Tapi dia juga tidak suka untuk bertanya lebih lanjut.Dalam erti lain, Not intrested! Ini pun orang tuanya juga yang beritahu kalau tak, takde maknanya dia nak ambil tahu.Waste of time!

Dia memandang kedua orang tuanya dan disebelahnya adalah Imani.

"Suka lah kan Inas keluar dari rumah ni! Inas tahu ini semua plan abah dengan ummi untuk halau Inas dari rumah.Abah dengan Ummi memang tak sayang Inas.Ummi dengan abah sayang perempuan ni je." Inas tuding jari ke arah Imani.Imani hanya menudukkan kepalanya.Dia tidak tahu apa salahnya di mata kakaknya.Ada je selalu salah dimata kakaknya.

"Inas kamu kenapa cakap macam tu! Abah dengan ummi tak pilih orang untuk beri kasih sayang.Kami sayang dua-dua anak kami.Ini bukan plan ke apa ke kami tak boleh tengok kamu sakit sebab tu kami kahwinkan dengan Areez." Ucap Tuan Hamri.

"Dengan pondan tu abah ingat Inas boleh bahagia? Tak! Never! Abah dengan ummi ingat, Inas takkan jejakkan kaki disini lagi.Inas akan buat sampai pondan tu ceraikan Inas." Inas menghayun kaki keluar dari rumah kedua orang tuannya yanh dianggap penjara.

Melorot tubuh Puan Aida jatuh di lantai.Terkesan dengan kata-kata anak perempuannya.Tuan Hamri dan Imani lari mendapatkan Puan Aida.Tuan Hamri mengusap lembut kepala isterinya.Tipu lah kalau dia tidak terkesan dengan kata-kata anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience